IN THE NAME OF ALLAH THE MOST GRACIOUS THE MOST MERCIFUL

.

SELAMAT DATANG

Teruslah bergerak, hingga kelelahan itu lelah mengikutimu.
Teruslah berlari, hingga kebosanan itu bosan mengejarmu.
Teruslah berjalan, hingga keletihan itu letih bersamamu.
Teruslah bertahan, hingga kefuturan itu futur menyertaimu.
Tetaplah berjaga, hingga kelesuan itu lesu menemanimu.”
( allahyarham KH Rahmat Abdullah )

3 Ogo 2011

Rumah Tarbiyah Akhwat


Rumah Tarbiyah = Rumah sewa akhwat
rumah tarbiyah adalah rumah menjana ukhwah

Sesetengah orang beranggapan duduk di rumah sewa memerlukan kos yang tinggi. Tapi ada juga orang beranggapan duduk di rumah sewa lagi menjimatkan kos. Dan ada pula yang beranggapan kos duduk di rumah sewa sama sahaja dengan kos duduk di dalam kampus. Mana yang betul sebenarnya?

Saya tidak menyokong mana-mana penyataan Tapi di sini, saya punya tips berguna untuk para akhwat yang duduk di rumah sewa atau bakal duduk di rumah sewa.

Tidak mahu membazir atau berjimat?

Bila duduk di rumah sewa baru kita tahu hakikat berjimat. Jika duduk di kampus, kita bebas membazirkan elektrik dan air kerana menganggap ‘ bukan aku yang bayar ’. Tapi, kita tidak menerapkan dalam diri kita bahawa membazir itu amalan syaitan dan membazir itu satu dosa. 

" Sesungguhnya orang yang membazir itu adalah saudara syaitan. sedang syaitan itu adalah makhluk yang sangat kufur kepada Tuhannya" ( Al Isra'; 27) 

Maka, bila duduk di rumah sewa yang kita memang bayar semua bil, kita akan berjimat dengan alasan tidak mahu membayar bil yang banyak.  Niat kita terpesong sebenarnya.

Lakukanlah penjimatan kerana tidak mahu mengikuti jejak langkah syaitan dan bukan kerana kita yang membayarnya. Oleh itu, bila kita sudah bekerja dan mempunyai duit hasil titik peluh sendiri pun, kita tidak akan lupa perkara ini.

Bahaya duduk dengan bukan akhwat

Jika anda bukan akhwat, maaflah jika artikel ini menganggu ketenteraman anda. Dan jika anda masih belum bergelar akhwat, cepat-cepatlah mencari tarbiyah. Sebenarnya agak payah duduk bersama-sama orang yang tidak ditarbiyah. Orang yang tidak boleh bertolak ansur. Orang yang berkira-kira dalam memberi pinjam barang-barang rumah. Orang yang tidak faham dakwah. Orang yang tidak faham couple itu haram dan boleh selamba ajak lelaki datang ke rumah. Orang yang tidak menjaga kebersihan rumah. Orang yang membiarkan dapur bersepah. Dan senang cerita orang yang tidak mengambil islam sepenuhnya.

Bukan saya kata akhwat bagus sangat. Akhwat sememangnya bukan malaikat. Tapi, at least akhwat memahami akhwat dan akhwat tahu apa itu ukhwah kerana Allah. Akhwat boleh bertolak ansur, tak berkira dalam soal barang dan tahu jadual memasak dan buang sampah walaupun tidak diletakkan jadual. Akhwat juga tahu, ini rumah tarbiyah. Ini rumah tempat berkumpul semasa program. InsyaAllah tiada istilah tidak selesa apabila tetamu selalu berkunjung ke rumah dan tidak akan berkira-kira untuk memberi tetamu makan, minum dan bil air atau elektrik. Akhwat juga tahu segala apa yang dicadangkan demi keselesaan rumah tarbiyah, dia akan terima denga hati terbuka.

Namun, jika terpaksa juga untuk duduk bersama bukan akhwat kerana kos sewa rumah yang tinggi, pastikan kita mengenali mereka dan tahu cara hidup mereka dahulu. Kalau boleh, buat perjanjian atau interview untuk bakal-bakal housemate kita. Jangan lupa, berusahalah sehingga dapat menarik mereka ke jalan tarbiyah jika mampu.

pembaziran akan terjadi jika jika ada sikap sambil lewa
Susunan bilik

Memang kebanyakan rumah sewa akhwat yang saya kunjungi melabelkan bilik kepada 3.  Iaitu bilik solat/halaqah, bilik  pakaian/ tidur dan bilik studi. Jika orang lain, tidak akan sanggup membahagikan bilik sebegini kerana mahu biliknya sendiri dan tidak mahu privasinya diganggu.

Kebaikan melabelkan bilik sebegini salah satunya adalah menjimatkan elektrik kerana jika waktu study semua akan duduk di bilik study. Jika waktu tidur, semua akan tidur dan jika waktu semua orang ke kuliah, semua akan ke kuliah. Tidaklah semua bilik lampu dan kipasnya terpasang.

Ini juga menggalakkan akhwat dapat memantau akhwat yang lain dan mengeratkan ukhwah. Jika seorang atau dua orang dalam satu bilik, pasti kita tidak tahu apakah yang mereka lakukan di dalam bilik masing-masing dan masing-masing pasti akan membuat hal sendiri.

Peraturan rumah

Amat perlu untuk sesebuah rumah tarbiyah mempunyai peraturan yang ditampal di setiap tempat yang memerlukan seperti ruang dapur, peti ais, bilik air dan ruang studi. Ini bertujuan mengingatkan kepada setiap akhwat dan tetamu yang berkunjung supaya sentiasa memastikan rumah sentiasa bersih dan kemas.

Saya baru dicadangkan oleh seorang akhwat supaya membuat peraturan membayar duit RM0.50 jika terdapat dikalangan akhwat yang tidak menutup laptop semasa tidak menggunakannya, tidak menutup lampu atau kipas bilik selepas keluar dari bilik dan membiarkan air di dalam baldi melimpah. Ini satu cadangan yang bagus sebenarnya untuk mengajar para akhwat supaya tidak memandang remeh dengan isu pembaziran. Kemudian duit denda ini akan mengcover bil-bil rumah nanti.

Ini kerana jika duduk di rumah sewa kami yang dahulu, setiap bulan bil elektrik adalah lebih kurang RM140 yang diduduki 7 orang termasuk bukan akhwat padahal hakikatnya ada diantara mereka yang bekerja dan tidak selalu duduk rumah. Ini semua kerana pembaziran yang melampau dan dipandang remeh.

Duit tabung

Untuk mengelakkan daripada istilah ‘ini barang aku, ini barang kau’, buatlah sistem tabung yang mengumpulkan semua duit akhwat yang menghuni rumah. Kemudian, gunakanlah duit itu untuk membeli keperluan rumah samada makanan, barang-barang dapur dan barang keperluan yang lain.

InsyaAllah ini akan lebih menjimatkan. Jika sebulan setiap akhwat perlu membayar RM100, memang sangat mencukupi untuk makanan pagi petang selama sebulan. Malah, mungkin akan ada lebihan duit yang tidak sempat digunakan.

Duit tabung ini sangat perlu untuk mengelakkan terdapat ketidakadilan dalam berbelanja. Mungkin nanti terdapat akhwat yang membayar banyak untuk makanan dan terdapat akhwat yang membayar sedikit untuk makanan. Pasti, akan ada yang tidak puas hati nanti dan menimbulkan pergaduhan.

Penutup: Ada pros and cons

ada kebaikan dan ada keburukan. cuba jadikan keburukan itu satu yang positif

Duduk di rumah sewa ada pros dan cons. Mungkin jarak dengan kuliah agak jauh dan perlunya kenderaan untuk ke sana. Mungkin juga, kos yang tinggi. Mungkin juga tiada pak guard yang jaga pintu keluar masuk dan peratus kecurian tinggi.

Tapi, demi untuk dakwah dan tarbiyah, kita tidak akan kisah semua itu kerana kita tahu, Allah sentiasa melindungi hambaNya yang ikhlas dan pasti sahaja mencatat segala apa yang kita infakkan untuk dakwah. Inilah bekalan akhirat kita. Tidak perlu hendak menuding jari pada akhwat-akhwat yang belum boleh berkorban sepenuhnya, biarlah kita yang memulakannya dan diikuti oleh generasi selepasnya. 

p/s: Kepada semua akhwat, jemput datang ke rumah sewa kami.

8 teguran:

ezan sahizzah berkata...

subhanaAllah..Sangat bermakna post anti..insyaAllah,ana teringin ke rumah sewa antunna jika ke sana.akhwat di sini juga mahu ada rumah sewa tapi mungkin dalam proses kerana byk perkara perlu difikirkan.apa2 pun,jzkk atas tips2 yg berguna.sgt bermakna jika hidup bersama akhwat.iman terjaga juga dan iA,jika sorg tahajud, satu rumah akan tahajud. =D

dr. mujahidah berkata...

insyaAllah ukhti. jemput la ke rumah.bile la enti nk dtg cini? tunggu dijemput jadi pengisi hape

zuhud berkata...

sgt bgs tip ni...ana dh merasakan tggl di rumah akhowat....perkara yg penting yg ana belajar bla tggl dgn akhowat adlh ithar iaitu berlapang dada n sabar...sume ini bg ana pengalaman yg sgt berharga...majulah akhowat demi dakwah n tarbiyah....-tarbiyah bukan segala-galanya,tp segala-galanya dapt diraih dgn tarbiah-
Allahuakbar!!!!

dr. mujahidah berkata...

ye.. insyaAllah zuhud. lebih baik tinggal dengan akhwat.. hehe

adeq berkata...

ana penah ulas dalam HO.hehe duduk rumah akhawat kena banyak bersabar dan berlapang dada.duduk BERSAMA lebih mencabar sebenarnya, dan kita boleh nampak true colours of dat person.

mudah terguris, terasa, sensitif dsb.merajuk, marah, geram, benci? harap tidak...

thedofi berkata...

huhu..entri yang best lambat pulak baca.
ana da h pegi dah umah antunna. Mula2 masuk mmg ajak impressed la,mmg kmeas dan teratur,siap ada rules dan regulation lagi kat pintu2... mmg kemas la.. tabik3

insyaAllah kami kat sini akan cuba2 terapkan tips yang di kongsikan...hehhe

dr. mujahidah berkata...

adeq: sebelum duduk rumah tu dah kenal akhwat sendiri. so, takde masalah. lebih mengambil sikap berlapang dada je.

thedofi: hehe.. itu baru umah akhwat..

ummu sumayyah berkata...

SUBHANALLAH..MASYAALLAH...sangat3 bermakna...penuh nasihat dan manfaat...umpama macam tazkirah...tazkirah yg berguna buat insan yg menginginkannya...dan ALLAH juga berfirman : "sesungguhnya tazkirah (peringatan) itu sangat3 berguna bagi org2 yg beriman..." jazakunnallahu khair...(^_^)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...