Pages

IN THE NAME OF ALLAH THE MOST GRACIOUS THE MOST MERCIFUL

.

SELAMAT DATANG

Teruslah bergerak, hingga kelelahan itu lelah mengikutimu.
Teruslah berlari, hingga kebosanan itu bosan mengejarmu.
Teruslah berjalan, hingga keletihan itu letih bersamamu.
Teruslah bertahan, hingga kefuturan itu futur menyertaimu.
Tetaplah berjaga, hingga kelesuan itu lesu menemanimu.”
( allahyarham KH Rahmat Abdullah )

6 Apr 2011

Kenapa berjemaah?

hidup dalam satu kelompok itu kan lebih indah dan membahagiakan

Kita sangat digalakkan untuk berada dalam jemaah-jemaah yang sedia ada. Hidup dalam berjemaah sangatlah dituntut berdasarkan firman Allah:

Sesungguhnya Allah mencintai orang-orang yang berperang dalam barisan yang teratur, mereka seakan-akan seperti bangunan yang tersusun kukuh” ( Assaff [61]: 4)
Boleh rujuk di sini ( klik)


Hidup berjemaah adalah sarana atau wasilah untuk kita saling nasihat-menasihati, berdakwah dengan lebih efisien dan saling bekerjasama untuk islam.

Kepentingan berjemaah

Apakah pentingnya berjemaah? Tidak bolehkah jika tidak turut serta dalam jemaah yang ada. Bukankah jika tidak berjemaah kita juga boleh melakukan amal kebaikan? Boleh meminta nasihat daripada para ustaz dan ustazah? Atau apalagi berdakwah. Semuanya boleh buat. Ada berjemaah atau tidak sama sahaja! Itu mungkin monolog seseorang yang masih tidak merasai nikmatnya berjemaah.

Ayuh, disini saya ingin berkongsi, pentingnya berjemaah dalam hidup seorang muslim:

1- Tarbiyah yang berterusan.

Setiap jemaah akan ada sistem usrah atau halaqah setiap minggu. Maka, dengan halaqah inilah kita akan lebih fokus dalam menuntut ilmu, menjaga iman sesama kita, membincangkan perihal dakwah yang telah dilakukan dan masalah-masalah yang berkaitan. Tarbiyah merupakan proses pembentukan peribadi muslim. Dengan tarbiyah, seseorang akan diberi pemahaman tentang pentingnya membuang karat-karat jahiliyyah, melakukan mutabaah ibadah dan berdakwah. 


Proses tarbiyah bukanlah proses yang sekejap. Semasa melewati proses tarbiyah, seseorang itu akan diuji dengan bagaimana sikapnya dalam berkorban masa, jiwa dan harta. Tarbiyah yang berterusan bukanlah setakat di peringkat universiti, malah apabila sudah bekerja atau berkeluarga juga sistem tarbiyah ini tetap diteruskan.

2- Menegakkan islam dan berdakwah

Agak sukar jika mahu berdakwah berseorangan. Tidak dinafikan, jika berseorangan, kita memang masih boleh berdakwah. Tetapi sejauh manakah kita mampu bertahan? Mungkin pada hari kemudian nanti, kita yang terikut-ikut dengan arus permodenan. Bukan kita yang berdakwah, namun kita yang akan didakyah. Apalah yang mampu dilakukan jika kita hanya berdakwah berseorangan. Paling tidak kita hanya mampu menulis, menasihati  rakan yang rapat tanpa tindakan serius atau mengedar artikel. 


Namun, dengan berjemaah, kita akan melakukannya dalam kelompok dengan penuh strategi dan plan yang baik. Kita akan  tahu selok belok dalam berdakwah, bagaimana proses mengumpulkan objek dakwah dan dapat  mengelakkan kefuturan yang melampau. 
segalanya bermula dengan halaqah

3- Program-program yang meningkatkan tsaqafah (kefahaman)

Program-program anjuran jemaah bukanlah suatu program yang suka-suka sahaja dilakukan. Namun, ia adalah program yang menjurus kepada permasalahan ahli dalam kalangan jemaah itu sendiri. Kebanyakan ilmu yang diperolehi daripada program tidak akan diperoleh daripada halaqah/usrah yang berlangsung setiap minggu. Dalam program, kita  mungkin akan didedahkan tentang pemantapan aqidah, pentingnya ibadah, mengapa perlu berdakwah atau bagaimana menjadi murobbiyah.

Setelah beroleh pemahaman, ahli di kalangan jemaah itu sendiri akan termotivasi untuk bergerak lebih jauh lagi, yakin dengan jalan yang mereka pilih dan sentiasa bersemangat dalam melakukan tugas sebagai seorang dai'e.

4- Berubah menjadi lebih baik

Dengan tarbiyah kita diajar untuk memberi. Sampai pada satu masa, kita perlu untuk mengajak manusia, setelah nikmat tarbiyah sampai kepada kita. Kita perlu menjadi murobbi/murobbiyah. Apabila kita menjadi daie’, sedikit demi sedikit kita akan cuba sedaya upaya untuk menunjukkan keteladanan kepada objek dakwah dan memperhatikan setiap perkara yang kita sampaikan agar kita lakukan.

Tidak mungkin tarbiyah menjadikan seseorang itu lebih buruk dari sebelumnya sedangkan proses tarbiyah itu hanya mengajarkan kebaikan kepada pesertanya. Peserta tarbiyah perlu berusaha untuk mencapai 10 Muwasafat tarbiyah yang telah digariskan. 

5- Baitud Duat ( Keluarga da’ie)

Dalam berjemaah akan ada pihak-pihak yang menguruskan pernikahan muslimin dan muslimat ( ikhwah dan akhwat). Dengan itu, kita akan dapat memilih pasangan hidup yang memahami diri kita dan prinsip kita kerana sebelum proses petunangan, seseorang itu akan dipasangkan dengan orang yang sesuai. Akan ada orang tengah yang menguruskan proses taaruf setiap pasangan yang ditemukan dan diawasi ikhtilat mereka. 


InsyaAllah pasangan yang kita peroleh itu akan membantu kita dalam istiqamah di jalan tarbiyah ini dan anak-anak yang terlahir adalah hasil didikan ibubapa mereka yang ditarbiyah.

Ayuh Mencari

kita akan mudah jatuh  jika kita hidup bersendirian

Jika sekarang anda masih lagi seorang, masih lagi tiada usrah atau halaqah, masih lagi bersenang lenang, ayuh lakukan usaha mencari! Mencari jemaah/ usrah/ halaqah yang boleh terus membimbing anda selama anda hidup.

Jangan sia-siakan hidup anda dengan aktiviti tidak bermanfaat hujung minggu atau waktu rehat untuk berseronok. Namun, isilah ia dengan program-program hujung minggu yang bermanfaat. Minggu-minggu yang sentiasa ada pengisian rohani. Rakan-rakan dan sahabat yang apabila kita melihatnya, buat kita rasa mahu beribadah dan mengingati ALLAH.

Itu semua takkan dikecapi tanpa kita hidup berjemaah. Carilah mana-mana jemaah yang ada di Malaysia ini yang terus mengikuti Al-quran dan Sunnah sebagai rujukan utama. Terus mencari jemaah yang boleh diajak untuk menegakkan islam.

InsyaAllah anda takkan rugi bilamana anda sudah mendapatkannya.
Ayuh, mulakan langkah dari sekarang!!

9 teguran:

BungaYangWangi berkata...

tulisan yang bagus. teruskan menulis ye, ukhti...

sahabatmu berkata...

posting ni mcm untk sy..huhu

umatMuhammad berkata...

ibarat seekor kambing yang senang menjadi mangsa kepada serigala berbanding seekor kambing yang duduk segerombolan. *ayat macam serabut*

dr. mujahidah berkata...

bunga y wangi : insyaAllah akan terus menulis
sahabatmu: post ini untuk semua..
Umat Muhammad: tak serabut pun ayat tu.. betul..

adeq berkata...

kenapa berjemaah?apa kepentingan jemaah?Alhamdulillah penerangan yang bagus ukht.semoga ahli2 jemaah sedar akan kepentingan "berjemaah" secara praktikal.bukan sekadar bergerak dalam sebuah organisasi sendirian , tidak berkongsi masalah , tidak berkongsi kegembiraan maka apa makna kebersamaan dalam sebuah jemaah?

mari kita saling membahu , saling lengkap melengkapi kerana seorang insan tidak akan sempurna dengan segala yang ada pada dirinya sahaja.

sahabatmu : kan dah ada hq , tapi hq yang unik !remember tarbiah itu bukan sekadar pada lingkungan halaqah.welcome to IMiC.

umat : ke ant yang serabut.hehe.

dr. mujahidah berkata...

adeq: masukan y bagus.,. saling melengkapi. insyaAllah

Tanpa Nama berkata...

Terima kasih atas perkongsian ilmu ini...

mujaheedah seorang gadis berkata...

mohon share entrinya ya=) salam mujahadah

Tanpa Nama berkata...

Tapi kenapa seolah2 berpecah2 pula kump jemaah yg berbeza?

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...