IN THE NAME OF ALLAH THE MOST GRACIOUS THE MOST MERCIFUL

.

SELAMAT DATANG

Teruslah bergerak, hingga kelelahan itu lelah mengikutimu.
Teruslah berlari, hingga kebosanan itu bosan mengejarmu.
Teruslah berjalan, hingga keletihan itu letih bersamamu.
Teruslah bertahan, hingga kefuturan itu futur menyertaimu.
Tetaplah berjaga, hingga kelesuan itu lesu menemanimu.”
( allahyarham KH Rahmat Abdullah )

30 Nov 2009

.: saya tak nak nikah?

maha suci Allah. sesungguhnya Allah menciptakan setiap benda itu berpasang-pasangan. sebagaimana firman Allah,

'Maha suci Allah yang menjadikan kejadian semua berpasangan dari sesuatu yang tumbuh di bumi, dari mereka (manusia) dan dari sesuatu yang mereka tiada mengetahui.'

(Yaasin: 36) setiap orang umumnya pasti akan merasai pernikahan atau perkahwinan. kerana itu adalah fitrah. manusia akan saling suka menyukai. lelaki akan tertarik pada perempuan dan perempuan akan tertarik pada lelaki. tapi itu bukan alasan utk kita BERCOUPLE. diulang ayat,, bukan alasan untuk kita BERCOUPLE. samada couple islamik, couple tak jumpe face to face, couple di alam maya.. semua itu tak leh guna. ia tetap mendekati pada zina. " dan janganlah kamu mendekati zina, kerana zina itu perbuatan keji dan mungkar" saya rasa nak lenyek muka orang2 y sudah tau zina ini tidak boleh tapi tetap melakukannya. sudah tau tapi mempersoalkannya. sudah dinasihati berkali2 tapi masih tak paham2. kenapa boleh begitu? ( jawab sendiri) jika sudah suka sama suka, kenapa mesti hendak menunggu. kenapa mesti hendak bercouple dulu. apa salahnya nikah terus. meskipun kamu di alam belajar. sabda Rasulullah ; wahai para pemuda, sesape di antara kau y mampu memikul tanggungjawab perkahwinan, hendaklah ia berkahwin. sesunggguhnya perkahwinan itu menahan pandangan dan memelihara kemaluan. barangsape y tak mampu berkahwin, maka hendaklah ia berpuasa, krn puasa itu dapat menahan nafsunya ( HR Bukhari dan Muslim) baru-baru ini, rakan saya memutuskan utk tidak berkahwin seumur hidupnya kerana merasakan itu adalah lebih baik bagi dirinya. mungkin dia ada kisah silamnya. tapi bagi saya tindakan itu tidak betul. lebih banyak keburukannya dari kebaikannya. apa y anda boleh fikir jika tidak mahu nikah? masakan mahu jadi anak dara tua seumur hidup? atau mahu hidup keseorangan? atau mahu jadi fitnah orang ( mungkin dikatankan merampas suami orang) atau mungkin tak mahu grab peluang bagi mereka y mempunya anak soleh dan solehah? atau tak de sape y nak mendoakan kita bila kita mati kelak ( amalan y takkan terputus) ? atau mahu hidup hanya dengan anak angkat? atau tak mahu meraasai kesakitan y amat sangat melahirkan anak y halal? ah.. banyak sangat komplikasinya sehingga tak terkata. pening nak bagi dalil utk orang y tak mahu nikah ni. hei.. dengar ni. banyak hukum perkahwinan dalam islam. wajib makruh sunat haram para ulama' menyatakan bhw sesuatu perkahwinan akan menjadi fardhu bila individu itu yakin bahawa jika tak berkahwin dia pasti terlibat dlm kancah penzinaan. bagi sesetengah pula.. walaupun dah buat ibadah2 lain eg. pose dan sebagainya, tapi masih tak boleh nak tahan nafsu utk lakukan zina... maka wajib utk dia berkahwin. hah.. jadi mengapa tak mahu nikah? kalau mahu menikah, carilah y solehah. kerana.. “Barangsiapa yang telah dikurniakan oleh Allah dengan isteri yang solehah, maka ia telah dilengkapkan sebahagian daripada agamanya. Maka, bertaqwalah kepada Allah untuk sebahagian yang lain itu.” (Hadith Riwayat At-Tabrani dan Al-Hakim dan dinyatakan sahih sanadnya) carilah wanita kerana agamanya bukan kerana rupanya.. tepuk dada tanya iman. jangan tanya aiman ( anak sedaraku), nanti dia jawab aiman tak kisah. p/s: nak nikah atau tak?

28 Nov 2009

.: solat berjemaah tips, dakwah keluarga


alhamdulillah.. cuti aidiladha ini masih sempat untuk bersama family. walaupun tiket hampir2 habis dan ke destinasi y dituju tak de. ( terpaksa naik bas lompat). akhrinya hari y dinanti2 telah tiba. penantian y selama ini ditunggu sudah tiba. dapat bertemu wajah y dirindui sekian lama. mak, abah, adiik2, abang2, dan anak saudara. tapi agak sayu juga, raya kali ini tak disertai kakak tercinta kerana mengikut suaminya raya di kelantan. ( saya dari pantai timur ke selatan, kakak saya dari selatan ke pantai timur plak) .. pelik2

mungkin.. cuti y sekejap ini, pulang ke kampung ini hanyalah beberapa hari sebelum berangkat ke kelantan semula.. tapi cuba untuk di manfaatkan sebaiknya untuk dakwah pada keluarga. mungkin bagi kita y sudah ditarbiyahh ini, dakwah pada keluarga adalah satu2 nya perkara y perlu di ambil berat dan tidak boleh di remehkan. dan perlu di lakukan pada awal permulaan tarbiyah.

ada juga y mengeluh. susahnya untuk lakukan dakwah pada keluarga. ( macam saya waktu muda2 dulu di awalan tarbiyah). bermula dengan perubahan diri, membelikan quran terjemahan untuk setiap ahli keluarga, meminta akhwat follow up kakakku.. ah.. itu tak lah sebesar mana. cuma.. kagum dengan sikap kakakku y baru sahaja ditarbiyah tapi sudah mengajak seisi rumah untuk solat berjemaah bersama2. waduh.. sangat mengharukan..

rupa2nya.. solat berjemaah adalah tips y sangat berkesan selain dari tips2 y lainnya.. kenapa?

mungkin dulu saya juga takut untuk mengajak family untuk solat berjemaah sekali. ( cuma ajak adik je solat kat bilik). tapi dengan bantuan Allah dan juga kakakku y sangat bersemangat dan bersungguh-sungguh untuk lakukan sesuatu pada family, alhamdulillah.. sehingga sekarang kami masih lagi solat berjemaah di setiap waktu.

1) mengeratkan ukhwah

2) pahala y berlipat kali ganda

3) membina kepimpinan ( imam)

4) solat awal waktu

5) subuh tak terlajak

6) bina suasana islamik dlm rumahJustify Full

7) dapat buat taalim

8) mcm2 lagi mengikut citarasa y kamu dpat

jadi ukhti sekalian,

cubalah ajak ahli2 keluarga kita untuk solat berjemaah. siapa tahu, hubungan keruh dulu dapat dijernihkan semula. hubungan y renggang dapat di rapatkan, hubungan y bukan atas dasar darah daging akan dipupuk dengan cinta kerana Allah.

subhanallah.. hebatnya perancangan Allah. hebatnya tarbiyah. hebatnya mereka y ukhwah keerana Allah.

wallahualam..

p/s : jangan tinggalkan solat la...

boleh juga rujuk link ini

27 Nov 2009

.: cuti

alhamdulillah... subhanallah.. allahuakbar... hebat betul perancangan Allah.. hari ini. mulai saat ini.. semua pelajar sekolah mahupun ipta @ ipts cuti.. bukanlah cuti selama2 nya.. tapi cuti untuk berehat. moga bukan berehat utk menjadikan otak semakin beku.. tapi.. bagi student medical atau dental, NO HOLIDAY.. moga2 dengan keadaan di samping family, kita makin mudah utk lebih dekat dan cuba membaiki hubungan y telah sedia ada. dan mudah untuk melaksanakan dakwah pada keluarga.. apa kabar iman semasa keberadaan kita di rumah? apa kabar mutabaah kita? apa kabar al quran kita? apa kabar televisyen di rumah kita? apa kabar study kita? harap2 semua dalam kabar baik. lihat saja iman kita di rumah. dengan ketiadaan akhwat y disisi, kecelaruan iman kita. menaik menurun iman kita. moga2 menurun dengan erti kata menaik. bukanlah menurun dan menjunam menyebabkan mendatar dan tidak berubah2.. ah.. mungkin macam ECG .. tapi bukan. ah.. mutabaah kita sepatutnya semakin meningkat oleh kerana banyaknya masa di rumah. tapi kenapa semakin menurun? tahajud tertinggal akibat tidur lena sangat di katil empuk, mathurat baca separuh2 akibat dari urusan2 kerja rumah, dhuha pula selalu lewat hingga matahari atas kepala, istighfar pula ntah kemana. terus tido tanpa mengamalkan sunah-sunah Rasulullah.. alquran kita tak sampai satu juz pula. selalu trtangguh. selalu saja bertangguh. kononnya ingin menghabiskan 2juz esok hari. sehingga bertangguh dan bertangguh.. aduhai ukhti.. selalukah begini? seksanya diri.. sentiasa menyesali.. betul2 nafsu y sentiaasa menyesali diri sendiri. televisyen pula tak pernah berhabuk. sentiasa menjadi tatapan 24 jam. sehingga inilah menjadi punca utama mutabaah low.. firman Allah : "Sesungguhnya beruntunglah orang-orang yang beriman, (yaitu) orang-orang yang khusyuk dalam salatnya, dan orang-orang yang menjauhkan diri dari (perbuatan dan perkataan) yang tiada berguna, [23:1-3]" nota2 y diharapkan dapat dibaca sepanjang cuti, hanya tersimpan rapi di dalam beg. perasaan malas berkali2 menguasai. bak kata orang lepas habis cuti...: " eh, ko study tak cuti nih?" " aku bawak je nota, sampai berat beg aku dengan nota je, tapi langsung tak bukak pun" itulah.. y berlaku.. ( saya la tu) jadi ukhti.. cubalah kawal diri.. biar iman y menguasai diri, bukan nafsu y menguasai diri.. mutabaah kawal iman, iman kawal diri, diri kawal nafsu.. wallahu'alam

13 Nov 2009

.: merindui kawan lama?

alhamdulillahi robbil a'lamin, segala puji bagi Allah y menguasai sekalian alam.
selawat dan salam ke atas junjungan besar, nabi Muhammad saw, murobbi teragung, dan kepada semua mujahidin dan mujahidah y berjuang menegakkan kalimah LAILAHAILLAH sehingga ke hari kiamat. insyaAllah. sayu.. hiba.. rindu.. bercampur baur perasaan. mengenangkan kenangan silam. kenangan sewaktu bersama kawan lama. kenangan bersama di sekolah rendah, sekolah menengan maupun di matrikulasi. tiba2 nama2 mereka kembali ke dalam memori. masih saya ingat nama2 kawan2 saya sewaktu di sekolah rendah. orang y paling rapat.. izyan dan aina. yang membuat saya bersemangat untuk belajar. pandai seperti mereka. dan tiba di sekolah menengah pula, dorm mate saya, farah, ida, ada, atin, nadwa, nadiah, aqilah dan sewaktu dengan nya. dan apatah lagi rakan2 BADAR y saya rindui, Aifa, husna, ana, abil, k-own, zahirah dan junior2 gak. di matrikulasi, orang2 y saya boleh masuk dalam praktikum dan roomate sendrii, dila dan izah. didie, aini, suraya, su, yana. seronoknya dan berbaur sedih. sampaikan saya sudah mendelete memori itu dalam hidup saya kerana merasakan satu nighmare... tbaru pagi tadi saya bertemu farah y mempunyai lawatan ke kelantan. perjumpaan kami telah membuka semua cerita2 sensasi dan hangat tentang kawan2 saya. ' dia nak kawin dah' ' dia dapat anak kembar' ' dia dah kurus' 'dia dah free hair' ' diorang couple' ' diorang semua tanya pasal ko' ' diorang gi reunion hari tuh' masing2 mempunyai cerita tersendiri. cerita tentang kehidupan dan haluan y berbeza. bagi saya, cerita hidup saya banyak berubah-ubah. dari sekolah rendah, sekolah menengah, matrik dan akhirnya di USM ini. mungkin, ramai y tak mengenali saya kerana perjalanan saya hanyalah saya seorang. maksud saya, apabila tiba di medan y berbeza, orang2 y sangat mengenali saya, jauh dari saya. masing2 ada jalan tersendiri. bermula di sekolah menengah, saya adalah orang y baru. dan tiba di matikulasi, saya menjadi orang y baru dan akhirnya di USM, saya juga orang y baru. orang y baru berhijrah. sebagaimana firman ALlah: ' orang y berjihad mencari keredhaan Kami, akan Kami tunjukkan jalan2 Kami. Allah beserta orang2 y berbuat baik' ( al ankabut,29:69) kawan2 y membaca entry kali ini, maafkan saya kerana tak menegur kalian. maafkan saya kerana saya juga membiarkan kalian. bahkan amar makruf nahi munkar tak dilakukan.( sebab saya juga macam kalian dlu) isu couple, isu free hair, isu aurat...segala2nya. padahal peranan seorang kawan itu adalah menasihati kawannya, tapi saya, tak lakukan. bahkan tumpang sekaki juga. meskipun ada title B A D A R. firman ALlah. ' hendaklah ada di antara engkau semua itu suatu umat ( golongan) y mengajak kpd kebaikan dan melarang kemungkaran. mereka itu lah org2 y berbahagia ( ali imran, 3 : 104) jadi.. baik mereka y belum nasihati kawan dia, jom sama2 nasihat kawan anda. walaupun dia tak nak dengar. nasihat je. mungkin satu hari, kata2 kita akan sampai juga masuk dlm hati dia dan meneybabkan dia nak berubah. ingatlah, ukhti, dalam firman Allah, surah ( al qasas, 28:56) ' sungguh engkau ( Muhammad) takkan dapat memebri petunjuk pada org y kau kasihi, tp Allah y memberi petunjuk kp orang y Dia kehendaki dan Dia lebih mengetahui orang y mahu menerima petunjuk '
Sahabat silamku, Bukan niat dihati untuk meninggalkanmu Apatah lagi memusuhimu Aku kini bukan aku yang dulu Aku kini aku yang baru Telah aku cuba untuk terangkan segalanya Namun engkau sukar untuk memahami Bukan salahku Bukan salahmu Sahabat silamku, Ingin aku luahkan Betapa aku dambakan engkau bersamaku Berjalan di atas landasan yang sama Menuju mencari redhaNya Agar dunia mampu kita genggam Agar ada mahligai syurga yang tersergam Sahabat silamku, Maafkan aku Bukan niat untuk aku lari darimu Bukan ingin memutuskan hubungan denganmu Aku takut aku futur Bukan kerana engkau yang kuat Tetapi kerana aku yang lemah Sahabat silamku, KepadaNya aku serahkan segala Dirimu jua diriku Aku berdoa agar hubungan kita diredhaiNya Marilah kita sama-sama berusaha Meninggalkan segala jahilliyyah yang ada
wallahua'lam
p/s : sahabat silam, maafkan saya tak dapat hadir setiap reunion dan aktiviti y kamu semua anjurkan. kepada aifa, semoga berbahagia. selamat mencapai pernikahan barokah..

6 Nov 2009

.: doa itu senjata

alhamdulillah.. terima kasih Allah kerana mengeyangkan ku hari ini meskipun semua cafe tak bukak. cukuplah roti sebungkus sebagai pengalas perut. Alhamdulillah.. dengan nikmat kenyang ini. Subhanallah... Maha Suci Allah.. Incident y berlaku baru2 ini adalah, saya mengalami accident depan jalan besar USM. agak terkejut juga. rasa macam tak nak bawak motor selepas ini. trauma.. takut...meskipun doa menaiki kenderaan mengiringi, saya tetap accident. kenapa ya? apakah rahsia doa y saya tak tahu. kondisi DOA sangat menakjubkan. Doa itu senjata. kalau askar Israel mnggunakan kereta kebal, M16 atau apa2 senjata canggih beserta pesawatnya sebagai senjata untuk membunuh umat islam y tak bersalah, membunuh kanak2 dan wanita yang lemah ( ya Allah, selamatkanlah umat islam, para pejuang di palestin, dan pejuang2 islam di semua tempat dan masa). tapi... bagi kita, umat islam y punya Allah, sepatutnya mengetahui bahawa senjata y paling berharga dan paling mujarab adalah D O A. sebagaimana sabda Rasulullah, " mahukah aku memeberitahu padamu satu senjata y dapat melindungimu dari kejahatan musuh dan rezeki y bertambah?" sahabat menjawab. " sudah tentu ya Rasulullah" " serulah Tuhanmu siang dan malam kerana doa itu senjata orang beriman" subhanallah.. lihatlah.. dengan doa sahaja segalanya mampu berubah. kita lihat contoh. dalam exam sendiri. kita memohon doa kepada Allah, mintak diluluskan dalam exam ( lulus dah dikira bagus), tapi bila Allah tak meluluskan kita, kita berasa sangat frust. menyalahkan Allah? ( harap anda bukan begitu). mungkin dengan kejayaan, Allah melihat ia dapat melalaikan kita dariNya dan memalingkan kita dariNya. maka Allah memberi kegagalan sebagai solusi dari masalah ini. syukur.. kita semakin dekat denganNya. kita semakin bermohon bersungguh kepadaNya. kita semakin dekat denganNya. itu kan labih baik. mahu tahu rahsia dalam doa:? ' Allah mengabulkan doa berdasarkan apa y difikirkan orang itu. tapi cara y terbaik , Allah dengar doa itu. jika allah tak melihat kebaikan dalam doa itu, Dia memberi y terbaik bagi orang itu' sesetngah kita percaya, bila doa tak makbul, mereka ingat Allah tak mendengar doa mereka. itu adalah kepercayaan orang bodoh dan sesat. hei kawan.. mestilah Allah dengar doa kita, sebab Allah itu dekat. firman Allah, ' dan apabila hambaKu bertanya kepadamu ( Muhammad) tentangKu, maka sesungguhnya Aku dekat. Aku kabulkan doa orang y berdoa apabila dia berdoa kepadaKu. hendaklah mereka itu memenuhi perintahKu dan beriman kepadaKu, agar mereka memperolah kebenaran.' ( al baqarah, 2: 286) ukhti fi;llah, doa itu saat-saat kedekatan seseorang kepada Allah sangat dekat dan dapat dirasakan. cuba kita bayangkan diri kita sewaktu di ambang ketakutan, kapal terbang y kita dinaiki ke indonesia, atau ke sabah sarawak ( insyaAllah, akan datang, aku nak terbang ke indonesia atau ke sabah atau ke sarawak, bestnya..), sedang berada dlam keadaan y mencemaskan. sayap kapal terbang patah dan tak dapat dikawal. kapal terbang menjunam ke bawah dan apa y kita buat di dalam kapal terbang? semestinya berdoa dengan penuh khusyuk dan harap. di sertai dengan linangan air mata dna sungguh2 mintak pada Allah supaya diselamatkan ( kerana amal tak cukup lagi untuk menghadap Allah sebab sibuk study kononnya) pernahkkah kita merasa nikmat berdoa sebegitu. sudah tentu tidak. kerana keadaan kita terlampau selesa. apatah lagi naik kapal terbang pun belum pernah. negara kita pun aman tak de peperangan. tapi bagi mereka y pernah merasakan berdoa sepertimana di atas, alhamdulillah. praktikkan dalam setiap kita berdoa. berdoa dengan sungguh2. kerana Allah sahaja y mampu tolong kita. kita hanya memerlukan Dia. kita terdesak. kita hanya perlukan bantuan dari Dia. tak de siapa y dapat tolong kita. siapa y mampu tolong? mak? abah? kawan? kakak? abang? adik? anak saudara? kakak ipar? lecturer? argh.. semua tak mampu tolong kita. Allah.. Allah sahaja. " dan TuhanMu berfirman, " berdoalah kepadaKu, nescaya akan aku perkenankan bagimu" ( al mukmin, 40:60) syukur.. ku mengerti hikmah di sebalik accident. motor ku dapat di repair sepenuhnya dan sebagai kifarah dosa. p/s : ukhtiku, jangan lupa baca doa sewaktu naik kereta atau motor. moga Allah beri y terbaik utk skuad bola kelantan. ( meskipun pelajar usm, lecturer dan staf tak bermain bola)
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...