Pages

IN THE NAME OF ALLAH THE MOST GRACIOUS THE MOST MERCIFUL

.

SELAMAT DATANG

Teruslah bergerak, hingga kelelahan itu lelah mengikutimu.
Teruslah berlari, hingga kebosanan itu bosan mengejarmu.
Teruslah berjalan, hingga keletihan itu letih bersamamu.
Teruslah bertahan, hingga kefuturan itu futur menyertaimu.
Tetaplah berjaga, hingga kelesuan itu lesu menemanimu.”
( allahyarham KH Rahmat Abdullah )

10 Jan 2012

Mencipta target

Menaiki tahun 2012, menyedarkan kita bahawa masa berlalu begitu pantas. Sepantas angin jika tidak dimanfaatkan dengan baik. Menyedari juga umur semakin meningkat dan menyedari tidak banyak sumbangan kita untuk diri, orang sekeliling dan masyarakat.

Mungkin, di awal tahun 2012 ini, tidak terlambat lagi untuk kita semua mempunyai target. Apa itu target?
Target adalah sesuatu yang hendak kita capai dalam waktu-waktu tertentu. Namun, masih ada yang blurr jika ditanya tentang target.

" Apa target enti bila umur sudah mencecah 24 tahun?"
" Entah. tak ada. Tak terfikir."
" yela, mungkin target nak bernikah..?"

Pasti terkejut apabila murobbiah tanya tentang target dan apatah lagi tentang nikah. Berderau juga darah.
Jadi, sekarang, ayuh bermimpi besar untuk merealisasikan target kita.

Kita sudah besar ukhti. Jadi, cubalah rasa tercabar dengan para-para sahabat dan tokoh-tokoh yang telah berbuat lebih banyak dan hebat daripada kita yang sentiasa bertakuk di posisi yang lama.

Lihatlah Sultan Muhammad Al Fatih yang baru berusia 21 tahun, tapi digelar sebaik-baik raja oleh Rasulullah yang berjaya menawan kota Konstantinopel. 


Ataupun lihatlah orang sekeliling yang paling dekat dengan kita. Baru mencecah umur 21 tahun, sudah menjadi pengurus syarikat, facilitator dan dijemput mengisi di IKIM.fm.


Wah, ini memang rasa tercabar.!
jadi, Tidakkah kita rasa tercabar dengan umur yang lebih tua daripada itu?

Apakah target yang perlu di buat?

Diri

Pertama-tamanya mesti kita kena berfikir dan plan untuk diri sendiri.
Mungkin terdapat di antara kita yang mahu mempunyai bisnes sendiri untuk menampung perbelanjaan sehari-hari di kampus. Atau berbisnes dan dengan itu, tidak perlu lagi mengambil pinjaman PTPTN.

Bagi sesiapa yang mempunyai bakat dalam pelbagai bidang seperti menulis, melukis, menconteng atau apa sahaja, maka cubalah berfikir lebih jauh untuk menghasilkan sesuatu yang punya manfaatnya untuk orang lain lebih banyak lagi. Jika kita sekarang cumalah penulis sebuah majalah, apa kata, kita pula yang menghasilkan buku kita sendiri.

Begitu juga hafalan kita tentang hadith dan surah-surah pendek masih kurang, mengapa tidak kita tanamkan azam untuk mempunyai hafalan yang baik dalam kedua-dua perkara ini.

Di samping itu, sama-sama kita mempertingkatkan lagi kualiti kita dari segi dalil-dalil Al-quran dan kepetahan dalam memberi pengisian.

Akademik

Ramai yang apabila ditanya, hanya mahukan keputusan peperiksaan yang biasa-biasa sahaja asalkan lulus dan mampu diterima bekerja nanti.

Tapi kali ini, ayuh berfikir lebih jauh. Cuba lah berjanji pada diri atau menentukan target untuk lulus dalam semua peperiksaan dan kemudiaanya mendapat dean list di kalangan rakan-rakan satu batch. Kalau dahulu kita mungkin berfikir hanya untuk lulus, tapi sekarang, berusaha keras untuk mendapat pointer tertinggi.

Berfikirlah daripada sekarang, untuk menyambung pelajaran ke peringkat lebih tinggi. Jika kita mahu mengambil master, apakah bidang yang kita nak ceburi? Apakah target kita untuk dakwah dengan akademik kita? Mahu menjadi lecturer, membuka hospital atau klinik tarbiyah atau menjadi guru di mana-mana sekolah untuk menyebarkan fikrah islam kepada sesiapapun di hadapan kita.


Ayuh lihat dengan kaca mata seorang yang ditarbiyah. Akademik bukan penghalang untuk kita berdakwah!

Dakwah dan tarbiyah (DNT)

Jika kita adalah seorang akhwat. Orang yang sudah faham DNT ini. Maka, sepatutnya fikiran kita jauh lagi melangkau daripada orang yang biasa sebenarnya.

Adakah target kita hanya mahu mengutip mad'u yang ramai atau mahu mempunyai mad'u yang ramai dan lebih berkualiti daripada kita. Jika daripada sekarang, kita hanya target untuk menarik 3 orang mad'u, lupakanlah..! Tukarkanlah ia kepada 30 orang, agar rasa tercabar dengan diri untuk berusaha keras lagi.

Mulai sekarang juga, kita sepatutnya sudah ada planning untuk membuka medan baru, melawat akhwat-akhwat di medan lain seperti Sabah atau Sarawak dan juga memasuki sekolah-sekolah untuk membuat ceramah di sana.

Keluarga

Terakhir sekali, jangan abaikan keluarga. Apakah target kita untuk keluarga pula. Biarlah kita rasa mustahil pun untuk capai, tapi tidak salah bukan untuk mempunyai target. Untuk dakwah keluarga, sepatutnya sudah ada di fikiran kita untuk menjadikan seluruh keluarga kita sebagai ikhwah dan akhwat. Pantang sahaja peluang datang, teruslah untuk meminta akhwat atau ikhwah mem follow up mereka di mana mereka berada. Mungkin, kita merasakan ini sangat mustahil, tapi dengan izin Allah, benda yang mustahil itulah boleh berlaku sebenarnya. Yang penting, terus-terusan berusaha ya.

Kalau terdapat akhwat yang dalam masa terdekat ini akan bekerja atau sudah bekeja, bolehlah cuba mengimpikan untuk menghantar mak ayah kita untuk menunaikan haji di Mekah. Walaupun, pada masa sekarang, kita tidak lagi punya duit yang mencukupi dan kita masih belajar, bukankah salah satu cara paling senang adalah menggalakkan mereka membuka akaun tabung haji dan mendaftarkan mereka untuk ke sana.

Dan isu yang paling hangat atau sensitif, ialah nikah. Walaupun, sudah lama anda menunggu, atau baru terlintas di hati anda untuk menikah, tiada salahnya anda berusaha kan meskipun hanya berdoa atau mendalami pengetahuan anda tentang hati lelaki dan pendidikan anak. Di samping juga meluahkan hasrat ini kepada Murobbiah. Oh lupa, sebelum itu, loby lah family bahawa umur kita sekarang, memang sesuai sudah untuk menikah dan kita telah bersedia!

Jom tentukan target kita. Pasti banyak kan? Listkanlah ia dan ayuh sama-sama berusaha ke arahnya.

2 teguran:

Fathinah berkata...

assalamualaikum ukhti.
artikel yang sangat bermanfaat!

sungguh, ana sendiri lupa untuk mencipta target. astaghfirullah al-azim.

boleh ukhti kongsikan target ukhti dengan kami? insyaAllah dapat membantu ana meletakkan target dengan lebih jelas dan realistik.

syukran ukhti.

Tanpa Nama berkata...

salah satu target kak ayu ialah nak kahwin...kihkihkih...ok x gurau jer...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...