IN THE NAME OF ALLAH THE MOST GRACIOUS THE MOST MERCIFUL

.

SELAMAT DATANG

Teruslah bergerak, hingga kelelahan itu lelah mengikutimu.
Teruslah berlari, hingga kebosanan itu bosan mengejarmu.
Teruslah berjalan, hingga keletihan itu letih bersamamu.
Teruslah bertahan, hingga kefuturan itu futur menyertaimu.
Tetaplah berjaga, hingga kelesuan itu lesu menemanimu.”
( allahyarham KH Rahmat Abdullah )

17 Apr 2011

Saya nak mufaraqah!

Mufaraqah: Keluar daripada tarbiyah dan dakwah/ jemaah

jalan untuk keluar sentiasa terbentang luas

Pernah atau tidak terlintas dalam diri kita duhai para ikhwah wa akhwat untuk keluar daripada medan tarbiyah ini?
Pernah atau tidak terlintas untuk mufaraqah kerana lelah dengan perjuangan ini?
Pernah atau tidak terlintas untuk mufaraqah kerana merasa ia mengganggu studi?
Atau kerana tidak tahan dengan sikap-sikap manusia sekeliling yang menghalang perjuangan kita?
Atau kerana jemaah ini tidak lain tidak bukan hanya menyusahkan dan mengongkong hidup!

Saya yakin, mesti kita ada terlintas untuk melakukan demikian, namun atas sebab-sebab tertentu, kita terus tegar di jalan dakwah ini. Alhamdulillah dan tahniah. Sentiasalah berdoalah semoga kita dikekalkan dalam jalan para Rasul, Nabi-nabi dan para sahabat Rasulullah serta orang-orang yang soleh.

“ Ya Allah yang membolak-balikkan hati kami, tetapkanlah kami di jalan agamaMu, di atas jalan ketaatan, jalan jihad dan perjuangan”

Sebab mufaraqah

Bagi yang telah mufaraqah, cuba katakan mengapa anda mufaraqah? Adakah anda telah diusir? Pastilah tidak kerana sesuatu jemaah tidak akan mengusir ahlinya sendiri sesuka hati. Hal ini kerana sudah menjadi hak seseorang muslim itu adalah apabila meminta dinasihati, kita mesti melaksanakan hak itu. Kebenarannya, mufaraqah itu berlaku apabila  ahli itu dengan sendirinya menarik diri dari jalan ini.

Kenapa mahu menarik diri? Apakah sebabnya? Mari kita singkap sebab-sebab majoriti ramainya mufaraqah atau berciciran dari jalan dakwah dan tarbiyah.

Memilih suami bukan mudah seperti memilih baju di pasar malam. Namun, memilih suami adalah ibarat memilih masa depan. Samada gelap atau cerah. Atau samada bahagia atau punah dunia dan akhirat kita. Saya yakin, ada ramai juga yang tidak setuju dengan pendapat bahawa kita mesti berkahwin dengan ikhwah atau orang yang sejemaah dengan kita. Namun ingin ditekankan di sini terdapat perbezaan yang sangat besar dan ketara antara orang yang ditarbiyah atau tidak. Suami yang tidak memahami tuntutan dakwah dan tarbiyah, pasti akan menghalang isterinya daripada terus istiqamah di jalan ini.

Semua orang mengalami masalah studi. Namun, jangan sekali-kali memberi alasan, kegagalan kita dalam studi penyebabnya adalah tarbiyah dan dakwah yang kita ikuti. Ingatlah bahawa kita sendiri yang gagal dalam merancang masa dengan baik. Ramai sahaja akhwat dan ikhwah kita boleh berjaya walaupun mereka sama sahaja seperti kita. Namun, apakah rahsia mereka? Mereka pandai membahagi masa, tidak suka bertangguh dan tidak sekali-kali mengabaikan studi mereka meskipun tuntutan dakwah sentiasa datang seiring.

jika kita memutuskan untuk mufaraqah, kita akan merasakan bahawa dunia ini seolah-olah gelap gelita tanpa cahaya.

Ukhwah kita pasti akan diuji. Kadang-kadang kita akan merasa ukhwah yang terjalin tiada manisnya, mudah terasa dengan akhwat sendiri dan sentiasa berprasangka buruk. Ada juga disebabkan cemburu, mereka terus memberi keputusan untuk mufaraqah kerana tidak sanggup berhadapan dengan orang yang dicemburui. Hal-hal yang melibatkan ukhwah ini perlu untuk diselesaikan secara baik dan segera. Jika tidak, ukhwah yang terjalin ini pasti hanya melelahkan sahaja.

4. Tidak mampu dalam berkomitmen
Dalam melalui jalan dakwah ini, kita mesti berkomitmen dalam segala perkara. Orang-orang yang tidak mampu berkomitmen pasti tidak sanggup duduk lama. Mereka akan menganggap bahawa jalan yang mereka ikuti ini hanyalah sekadar aktiviti masa lapang di kampus.


Ingatlah bahawa keluarnya kita daripada jemaah yang kita masuki ini bukanlah bermakna kafir. Cumanya keluarnya kita daripada jemaah adalah satu kerugian yang sangat besar pada diri sendiri dan keluarga. Ketahuilah bahawa jemaah yang kita ikuti ini bukanlah dikira sebagai jamaatul muslimin yang dipimpin oleh seorang khilafah tetapi ia adalah jamaah minal muslimin yang terdiri daripada orang-orang muslim. Jika kita keluar daripada jamaatul muslimin yang dipimpin oleh seorang khalifah, barulah kita dikira sebagai kafir kerana menyokong orang-orang kafir untuk menentang islam.

Konsekuensi daripada mufaraqah

Kesan daripada mufaraqah akan menyebabkan seseorang itu jauh daripada bi’ah(persekitaran) soleh dan solehah. Kita akan jauh daripada majlis-majlis ilmu, halaqah dan program. Iman kita juga tidak akan terjaga. Sejarah membuktikan bahawa orang yang mufaraqah tidak mampu menjaga dirinya daripada perkara-perkara yang tidak berfaedah kerana tiadanya pantauan atau peringatan serta nasihat daripada kalangan ahli jemaah itu sendiri.

Sepanjang pemerhatian, orang-orang yang mufaraqah juga mungkin tidak akan lagi menjaga auratnya, pergaulannya atau imannya. Mereka merasakan tiada lagi pantauan daripada murobbiyah. Mereka merasakan bebas untuk melakukan apa sahaja yang mereka mahu.


Cuma, tidak semua begitu. Ada juga orang-orang yang masih kuat dalam menjaga dirinya daripada perkara-perkara melaghakan kerana mereka masih lagi mengingati dan terus mengamalkan apa yang mereka belajar sepanjang mereka ditarbiyah. Tapi, bilangan itu tidaklah banyak. Dan mungkin sampai satu masa, mereka tidak akan lagi mampu bertahan sepertimana sekarang.

Kepada mereka yang menyedari ruginya mufaraqah, maka carilah semula apa yang telah anda hilang. InsyaAllah, kesedaran anda sekarang adalah berupa kasih sayang Allah kepada anda. Lihatlah diri anda yang semakin jauh daripada Al-quran dan Sunnah Rasulullah. Tidakkah anda sedar?

Penutup: bertahanlah!

berpegang kuatlah!


Bagi yang fikirannya sering dirasuk untuk mencari penyelasaian masalah dengan mufaraqah, seringkali ingatlah bahawa tindakan anda salah. Mufaraqah bukan satu penyelesaian malah penambah beban.

Teruskan bertahan dalam jalan yang anda ikuti ini. Usahlah mengikuti hawa nafsu. Bertahanlah. Carilah perkara-perkara menggembirakan yang telah anda rasai sepanjang melewati jalan tarbiyah dan dakwah ini. Usah ragu-ragu. Allah sentiasa bersama anda.

Sama-sama kita berdoa moga Allah terus menetapkan kita di jalan yang kita ikuti sekarang meskipun berbagai rintangan yang kita hadapi kerana jalan ini bukanlah dihampari dengan permaidani merah tetapi ia sentiasa dihampari oleh duri-duri dan paku. Semoga kita semua dijauhkan daripada menjadi golongan-golongan orang yang berciciran di jalan dakwah ini.

Semoga Berjaya!


p/s: Penulis masih lagi berfikiran waras. fikirlah baik-baik sebelum membuat keputusan!

6 Apr 2011

Kenapa berjemaah?

hidup dalam satu kelompok itu kan lebih indah dan membahagiakan

Kita sangat digalakkan untuk berada dalam jemaah-jemaah yang sedia ada. Hidup dalam berjemaah sangatlah dituntut berdasarkan firman Allah:

Sesungguhnya Allah mencintai orang-orang yang berperang dalam barisan yang teratur, mereka seakan-akan seperti bangunan yang tersusun kukuh” ( Assaff [61]: 4)
Boleh rujuk di sini ( klik)


Hidup berjemaah adalah sarana atau wasilah untuk kita saling nasihat-menasihati, berdakwah dengan lebih efisien dan saling bekerjasama untuk islam.

Kepentingan berjemaah

Apakah pentingnya berjemaah? Tidak bolehkah jika tidak turut serta dalam jemaah yang ada. Bukankah jika tidak berjemaah kita juga boleh melakukan amal kebaikan? Boleh meminta nasihat daripada para ustaz dan ustazah? Atau apalagi berdakwah. Semuanya boleh buat. Ada berjemaah atau tidak sama sahaja! Itu mungkin monolog seseorang yang masih tidak merasai nikmatnya berjemaah.

Ayuh, disini saya ingin berkongsi, pentingnya berjemaah dalam hidup seorang muslim:

1- Tarbiyah yang berterusan.

Setiap jemaah akan ada sistem usrah atau halaqah setiap minggu. Maka, dengan halaqah inilah kita akan lebih fokus dalam menuntut ilmu, menjaga iman sesama kita, membincangkan perihal dakwah yang telah dilakukan dan masalah-masalah yang berkaitan. Tarbiyah merupakan proses pembentukan peribadi muslim. Dengan tarbiyah, seseorang akan diberi pemahaman tentang pentingnya membuang karat-karat jahiliyyah, melakukan mutabaah ibadah dan berdakwah. 


Proses tarbiyah bukanlah proses yang sekejap. Semasa melewati proses tarbiyah, seseorang itu akan diuji dengan bagaimana sikapnya dalam berkorban masa, jiwa dan harta. Tarbiyah yang berterusan bukanlah setakat di peringkat universiti, malah apabila sudah bekerja atau berkeluarga juga sistem tarbiyah ini tetap diteruskan.

2- Menegakkan islam dan berdakwah

Agak sukar jika mahu berdakwah berseorangan. Tidak dinafikan, jika berseorangan, kita memang masih boleh berdakwah. Tetapi sejauh manakah kita mampu bertahan? Mungkin pada hari kemudian nanti, kita yang terikut-ikut dengan arus permodenan. Bukan kita yang berdakwah, namun kita yang akan didakyah. Apalah yang mampu dilakukan jika kita hanya berdakwah berseorangan. Paling tidak kita hanya mampu menulis, menasihati  rakan yang rapat tanpa tindakan serius atau mengedar artikel. 


Namun, dengan berjemaah, kita akan melakukannya dalam kelompok dengan penuh strategi dan plan yang baik. Kita akan  tahu selok belok dalam berdakwah, bagaimana proses mengumpulkan objek dakwah dan dapat  mengelakkan kefuturan yang melampau. 
segalanya bermula dengan halaqah

3- Program-program yang meningkatkan tsaqafah (kefahaman)

Program-program anjuran jemaah bukanlah suatu program yang suka-suka sahaja dilakukan. Namun, ia adalah program yang menjurus kepada permasalahan ahli dalam kalangan jemaah itu sendiri. Kebanyakan ilmu yang diperolehi daripada program tidak akan diperoleh daripada halaqah/usrah yang berlangsung setiap minggu. Dalam program, kita  mungkin akan didedahkan tentang pemantapan aqidah, pentingnya ibadah, mengapa perlu berdakwah atau bagaimana menjadi murobbiyah.

Setelah beroleh pemahaman, ahli di kalangan jemaah itu sendiri akan termotivasi untuk bergerak lebih jauh lagi, yakin dengan jalan yang mereka pilih dan sentiasa bersemangat dalam melakukan tugas sebagai seorang dai'e.

4- Berubah menjadi lebih baik

Dengan tarbiyah kita diajar untuk memberi. Sampai pada satu masa, kita perlu untuk mengajak manusia, setelah nikmat tarbiyah sampai kepada kita. Kita perlu menjadi murobbi/murobbiyah. Apabila kita menjadi daie’, sedikit demi sedikit kita akan cuba sedaya upaya untuk menunjukkan keteladanan kepada objek dakwah dan memperhatikan setiap perkara yang kita sampaikan agar kita lakukan.

Tidak mungkin tarbiyah menjadikan seseorang itu lebih buruk dari sebelumnya sedangkan proses tarbiyah itu hanya mengajarkan kebaikan kepada pesertanya. Peserta tarbiyah perlu berusaha untuk mencapai 10 Muwasafat tarbiyah yang telah digariskan. 

5- Baitud Duat ( Keluarga da’ie)

Dalam berjemaah akan ada pihak-pihak yang menguruskan pernikahan muslimin dan muslimat ( ikhwah dan akhwat). Dengan itu, kita akan dapat memilih pasangan hidup yang memahami diri kita dan prinsip kita kerana sebelum proses petunangan, seseorang itu akan dipasangkan dengan orang yang sesuai. Akan ada orang tengah yang menguruskan proses taaruf setiap pasangan yang ditemukan dan diawasi ikhtilat mereka. 


InsyaAllah pasangan yang kita peroleh itu akan membantu kita dalam istiqamah di jalan tarbiyah ini dan anak-anak yang terlahir adalah hasil didikan ibubapa mereka yang ditarbiyah.

Ayuh Mencari

kita akan mudah jatuh  jika kita hidup bersendirian

Jika sekarang anda masih lagi seorang, masih lagi tiada usrah atau halaqah, masih lagi bersenang lenang, ayuh lakukan usaha mencari! Mencari jemaah/ usrah/ halaqah yang boleh terus membimbing anda selama anda hidup.

Jangan sia-siakan hidup anda dengan aktiviti tidak bermanfaat hujung minggu atau waktu rehat untuk berseronok. Namun, isilah ia dengan program-program hujung minggu yang bermanfaat. Minggu-minggu yang sentiasa ada pengisian rohani. Rakan-rakan dan sahabat yang apabila kita melihatnya, buat kita rasa mahu beribadah dan mengingati ALLAH.

Itu semua takkan dikecapi tanpa kita hidup berjemaah. Carilah mana-mana jemaah yang ada di Malaysia ini yang terus mengikuti Al-quran dan Sunnah sebagai rujukan utama. Terus mencari jemaah yang boleh diajak untuk menegakkan islam.

InsyaAllah anda takkan rugi bilamana anda sudah mendapatkannya.
Ayuh, mulakan langkah dari sekarang!!

3 Apr 2011

Allah menguji keikhlasan kita

Amal yang paling baik adalah yang paling ikhlas dan paling benar. Jika amal itu ikhlas tapi tidak benar, maka tidaklah diterima. Jika amal itu benar tapi tidak ikhlas, juga tidak akan diterima kecuali jika dilakukan secara ikhlas. Ikhlas artinya dilakukan hanya karena Allah. Adapun benar artinya adalah sesuai dengan sunnah (tuntunan dan petunjuk Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam). 
(Fudhail bin 'Iyadh)
Wiyah menaip laju di papan kekunci telefon bimbitnya.

“ Ira, petang ni pukul 5 ea.”

Mesej send.

Mata Wiyah tiba-tiba berpaling ke jendela. Dia melihat langit semakin mendung. Burung-burung berpusu-pusu pulang ke sarang. Hatinya merasa tidak enak. Hujan mungkin akan turun apabila dia dan Ira dalam perjalanan ke Universiti Untuk Tarbiyah (bukan nama sebenar).

************

Wiyah menunggu Ira di depan blok 3 bersama motor Kriss hitamnya. Jam menunjukkan
tepat pukul 5. Dari jauh dia sudah nampak Ira bersama beberapa buah buku SINERGI dan Quran Terjemahan yang ditempah daripada pelajar UUT.

“ Ira, macam nak hujan je ni. Payung ngan baju hujan tak bawak.”

“ takpelah, rempuh aje”

Sebelum bertolak, bacaan doa kenderaan mengiringi mereka. Itulah doa pelindung agar Allah sentiasa melindungi dan menjauhkan mereka daripada kemalangan.

Tiba-tiba hujan rintik-rintik turun. Namun, Wiyah nekad untuk teruskan juga walaupun jarak perjalanan masih jauh lagi.


“ Inilah risiko naik motor. Kereta dakwah bila la nak ada. Setiap kali pergi mana-mana, mesti kena guna kereta sewa. Susah betul nak ada kereta sendiri. ” Tiba-tiba hati Wiyah merungut.

Saat itu dia teringat semasa cuti panjang yang lepas. Dia selalu meminta kereta yang tak digunakan oleh mak abahnya, namun setiap kali mendapat lampu hijau dari parents, akan ada halangan-halangan yang berlaku. Dulu, hatinya melonjak gembira apabila diberitahu mahu diberikan van buruk oleh abahnya namun atas sebab-sebab tertentu, hasrat menerima van itu dibatalkan. Dan sekarang, hampir sahaja mendapat kereta Wira milik abangnya tiba-tiba masalah timbul lagi. Maka, melepaslah kereta Wira.

“ wiyah nak buat apa dengan kereta? Motor kan ada. Guna je la motor.” Tiba-tiba pertanyaan mak memecahkan kesunyiaan pagi itu.

“ Wiyah nak guna untuk program. Untuk akhwat. Asik sewa kereta je. Rugi.” Wiyah berterus terang.

*********

“ Mak, Wiyah nak kereta. Dia nak gunakan untuk bawa akhwat ke program. Kesian dia. Sewa kereta bukan murah. Lagipun kat rumah ni banyak kereta tak pakai. Bagilah kat Wiyah tu satu.” Kak Faz bersuara lantang tanpa rasa malu.

Sebenarnya Wiyah sangat berterima kasih pada Kak Faz. kak faz adalah satu-satunya kakak yang Wiyah ada. Kak Faz orang yang paling banyak membantu dalam dakwah family. Apatah lagi dalam memahamkan mak abah tentang apa yang Wiyah ikut. Kak Faz memang berani. Alhamdulillah, keberanian Kak Faz buat kami sekeluarga menikmati tarbiyah ini.

“yelah, nanti mak tanya abah kamu tu.” Mak membalas.

Selepas Kak Faz bersuara tentang kereta, barulah Wiyah berani untuk bersuara juga. Berita baik pula, Mak sangat menyokong dengan apa yang Wiyah buat, bahkan mahu melabur sedikit untuk kereta dakwah.  Abah pula menawar diri untuk mencarikan kereta yang terpakai. Subhanallah.

************

Akhirnya mereka sampai juga di UUT. Alhamdulillah. Hujan tak menghalang perjalanan mereka. Setiba di hostel, mereka terus menuju ke surau. Kosong.

“ Wiyah, Awalnya kita sampai. Orang pon tak de lagi” Ira memecahkan kesunyian surau.

“ Baguslah. At least, biar la kita yang tunggu diorang.”

Jam sudah menunjukkan 5.35pm. Tiada seorang pon yang datang. Wiyah rasa tak sedap hati. Ditaipnya mesej untuk semua orang.

“ salam. Akak dah sampai. Jom.”

Meseg di send kepada semua mad’unya.

2 Meseg receive!

“ Akak, maaflah saya balik rumah.”

“Akak, saya kat luar ni. Tengoklah samada saya datang @ tak.”

Hati Wiyah berkecai.

“ takkan sorang pon takde. Abis aku nak bagi taklim kat sape? Kipas besar ni?” Dia melihat Ira. Wajah Ira tenang selamba. Akhirnya sorang mad’u datang. Namun, Wiyah masih tak puas hati. Hatinya tidak tenteram.

“ Aku datang susah-susah. Redah hujan. Jauh. Sorang je datang!. Hampeh.”

Taklim diteruskan. Kali ini Ira yang memberi pengisian. Wiyah merasa tiada semangat mendengar atau mencampur tangan. Hatinya sayu. Setelah habis taklim, wiyah mengadu kepada Ira.

“ Ira, sorang je mad’u yang datang. Kecewa ana. Rasa takde semangat je nak involve skali tadi..”

“ Wiyah, inilah ujian namanya. Ikhlas itu apabila kita buat sesuatu, kita akan buat yang terbaik dan bersungguh-sungguh, tak kisahlah ramai atau sikit. Tak kisah lah yang datang fakir miskin atau orang kaya. Yang penting kita kena terus bersemangat dan berlapang dada.!”

“ Keikhlasan ana diujilah Ira. Nampak sangat ana ni hanya bersemangat bila ramai mad’u datang je kan?”

“ Itulah sebabnya kita kena perbaharui niat sokmo. Jangan jadikan amalan kita sia-sia je. Penat-penat redah hujan, beli minyak motor, ambil tenaga bawa motor dan habiskan masa, tapi sumenya sia-sia je. Enti nak ke jadi gitu?”

“ Hurmm.. ye. Ana faham. Apabila bercakap tentang ikhlas semua orang boleh. Tapi bila nak praktikkan, ramai orang gagal. Macam ana la. Huhu.. Bila mad’u sikit merungut, bila tak de kereta merungut. Sume nak merungut dan mengeluh.”

“ Setiap orang akan diuji keikhlasannya. Ukhti, walaupun kita ada motor sahaja sebagai kenderaan dakwah, ada lagi akhwat yang lebih teruk, Terpaksa naik bas je untuk follow up medan lain. Kita sepatutnya bersyukur. Jangan asik nak merungut je.”

“ jzkk ira. Ana akan ingat nasihat enti. Jom solat maghrib.”


p/s: kita takkan sedar kesilapan kita sehinggalah kita ditegur oleh orang lain.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...