Pages

IN THE NAME OF ALLAH THE MOST GRACIOUS THE MOST MERCIFUL

.

SELAMAT DATANG

Teruslah bergerak, hingga kelelahan itu lelah mengikutimu.
Teruslah berlari, hingga kebosanan itu bosan mengejarmu.
Teruslah berjalan, hingga keletihan itu letih bersamamu.
Teruslah bertahan, hingga kefuturan itu futur menyertaimu.
Tetaplah berjaga, hingga kelesuan itu lesu menemanimu.”
( allahyarham KH Rahmat Abdullah )

10 Nov 2011

buat daie yang tidak mahu 'boikot'

Boikot = memboikot barangan israel dan amerika iaitu barangan yang keuntungannya disalurkan kepada mereka untuk membeli segala peralatan kelengkapan perang. Ini bertujuan membunuh umat islam di palestin khususnya dan di negara yang lain.




Ya Allah, sudah banyak kali saya mendengar dan melihat isu yang sama. Seorang dai'e yang tidak ambil kisah berkenaan barang 'boikot'.

Ada mereka yang masih tidak boleh meninggalkan MILO.
Ada juga yang tidak boleh meninggalkan biskut TIGER untuk sarapan pagi.
yang masih pergi Mc'Donald, Pizza hut dan KFC untuk makan hujung minggu,
Ada pula yang masih terus-terusan minum air 100plus.
Tidak lupa juga masih meneguk coca-cola dan air F&N lainnya.
Dan juga, tidak boleh meninggalkan shampoo Sunsilk atau sabun mandi Lifebouy,
Alasan mereka adalah tidak boleh meninggalkan. Sudah sebati. Tidak boleh ambil alternatif lainnya yang tidak 'boikot'.

Duhai mereka yang mengaku dai'e,
Mereka yang menjadi tulang belakang menganjurkan program-program palestin,
yang 'claim' memikirkan masalah umat islam,
yang tahu tarbiyah, dakwah, jihad,
yang dikatakan naqibah, murobbiyah, kakak usrah/halaqah,
yang sudah lama ditarbiyah

BOIKOTLAH ukhti. Anda belum boleh dipanggil dai'e jika anda masih lagi tidak boikot.
Maka, saya mohon pada anda semua, boikotlah.
Umat islam di luar sana mengharapkan anda membantu mereka dengan boikot sebagai salah satu caranya.

Apalah hendak dikirakan sangat dengan nafsu makan dan kegunaan seharian kita dibandingkan dengan keperitan yang ditanggung oleh umat islam yang lainnya?
Adakah kita akan kebulur jika tiada MILO, biskut Tiger, Mc'D atau produk KRAFT ?
atau adakah kita akan mati jika tidak menggunakan produk 'mereka'?
Aduhai dai'e, jika jihad dalam memboikot barangan 'mereka' pun kita tidak mampu, bagaimana jihad yang lainnya?
Bagaimana untuk menjadikan umat lebih baik sedangkan seorang dai'e tidak mampu menjadi yang terbaik?
Ayuh, sama-sama fikirkan.


Syeikh Yusof Al-Qardawi menegaskan,
" Setiap riyal dan dirham yang digunakan untuk membeli barangan yahudi adalah peluru yang digunakan untuk membunuh umat Islam di Palestin"

"Membebaskan tanah milik Islam daripada mereka yang menakluk atau menyerangnya adalah merupakan satu Jihad. Jihad ini merupakan suatu yang wajib dan mulia; pertamanya ke atas warga negara berkenaan. Sekiranya warga negara tersebut tidak mampu untuk melawan, maka Muslim dari negara jiran wajib membantu. Sekiranya ini masih tidak mampu juga untuk melawan, maka semua Muslim di dunia ini mesti membantu."

8 teguran:

adeq berkata...

salafi memang x boikot, dengan alasan tersendiri.

alasannya?

Penguin berkata...

bagaimana dengan kfc? saya diberitahu bahawa johor fc telah membeli saham kfc, jadi keuntungan kfc bukan lg dihantar ke israel?

dr. mujahidah berkata...

adeq: tentang salafi y tak boikot ana tak tau. bleh tanye pada ahli salafi sndiri.

penguin: KFC memang under johor FC, namun dia tetap dikehendaki membayar pada yahudi 10% keuntungan kalau ana tak silap kepada 'mereka' kerana menggunakan nama brand KFC tu snediri

adeq berkata...

membe ana la tu salafi yang gtau, hehe malas nak korek semula hujah dia.

dutch ladi??
dulu ana boikot pasai isu kartun nabi muhammad, keluaran denmark.

sampai sekarang, lepas tu ad akhawat minum ana pun pelek - x boikot ke mereka nhe......

then setelah ditimbang tara baru ana perasan ! dutch ladi bukan diboikot sbb produk israel tp denmark. haha. habis semua den boikot.. so sekrang da minum dutch ladi semula, boikot yang bermusim.hehe.

tp tetap rasa x sedap hati bila minum, sbb da boikot lama gtu.

dr. mujahidah berkata...

dutch lady memang keluaran denmark. tapi y salah tu adalah Greer Wilder yang menghina Rasulullah. bukan syarikat tu.

ana stil minum air dutch lady. daripada minum air F&N atau nestle. hehe

Tanpa Nama berkata...

ana ad dengar yang salafi tak buat benda yang takde dalil khusus.
walaupun 10 peratus je. kalau ramai lagi yang beli kfc tu, ia akan jadi berjuta-juta,
ade akhawat cakap. tak mati pun kan kalau tak makan kfc? lagipun skarg macm2 alternatif pon ade. mmgla mahal sket, tapi takpe kan untuk islam, selamat berkorban!!!

adeq berkata...

ahha, betul tu tanpa nama.salafi = muhammadiah (sang pencerah). hehe.

cuba list sikit alternatif yang ad, kasi idea pada mereka yang lain.

MILO - VICO
TWISTIES - CORNETOS (jajan x elok)

magnolia boikot ke x ea? ke marigold yang x boikot tu..

beli la barangan jack & jill berbanding oreo.

if ad org beli ice blog oreo, neslo, sama la jugak beli barang boikot kan.

Nur Syazwani Adnan berkata...
Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...