
Sepatunya tiada campuran baik dan jahat dalam satu jiwa
" Eh, farid. Apa kau tengah buat?"
" Emmm.. er.. aku.. aku.. aku.."
" Engkau tengah chatting dengan perempuan? Biar betul. Aku ingat kau tengah khusyuk buat assignment. Kau baru bagi pengisian di taklim semalam pasal ikhtilat dan couple."
KANTOI !
Orang lain tidak pernah tahu betapa besarnya dosa-dosa kita sebenarnya.
Allah yang Maha Penyayang telah menutup keaiban ini. Seandainya dosa-dosa ini
berbau, nescaya tidak akan ada yang sanggup mendekati kita. Malah, untuk
melihat dan memandang juga tidak sanggup.
Kita kononnya dilihat orang yang alim dan bagus sehinggakan kita ini
dilabel tidak punya banyak dosa. Kita juga dilihat sebagai orang yang sentiasa
mengajak orang lain berbuat kebaikan. Menjadi imam, melakukan qiamullail dan membaca
Al-Quran. Namun disebalik itu, hanya Allah jua yang tahu siapa diri kita
sebenarnya. Dibalik wajah yang dipercayai ramai, terdapat watak jahat disebalik
itu.
Sehingga kini juga, sedikit watak jahat itu tidak mampu dibaca oleh orang
lain. Watak itu pandai menyembunyikan diri. Ketika berseorangan, watak itulah
yang bermaharaja lela menguasai keadaan. Sekali lagi, tiada siapa yang tahu.
Hanya Allah dan empunya diri sahaja yang tahu.
Sisa jahiliyyah dahulu
Watak jahat itulah sisa jahiliyyah kita yang dahulu. Meskipun telah banyak
perubahan dan perbaikan yang telah kita lakukan begitu juga banyak ilmu telah kita
tahu, namun watak jahat itu seolah-oleh tidak pernah mahu mengalah melepaskan
dari genggaman kita.
Semua orang mahu berubah kerana fitrah manusia itu hendakkan kebaikan.
Namun, apabila mencapai fasa kesedaran dan tarbiyah, sisa-sia jahiliyyah itu
kadang-kadang berjaya dijauhkan dan kadang-kadang menang dalam pertarungan. Sisa-sisa
itu seakan-akan mahu diberikan perhatian dan belaian sehinggakan memaksa diri
untuk melakukannya walaupun telah tahu bahawa ia adalah sesuatu dosa yang besar.
Menonton video lucah atau beronani.
Lesbian atau gay.
Menghubungi orang yang bukan mahram melalui chatting atau SMS.
Menonton movie dan mendengar lagu lagha.
Menipu dalam mutabaah.
Dan macam-macam lagi dosa.

sisa jahiliyah dulu jika masih dibiarkan, akan terus membunuh diri.
Semuanya tidak diketahui oleh orang lain kerana ia adalah maksiat yang tersembunyi. Watak jahat ini sentiasa berwaspada terhadap musuh-musuhnya. Ia juga pandai mencari tempat sesuai untuk melakukan perkara-perkara tersebut dan sikapnya pandai berpura-pura. Inilah karakter watak jahat itu.
Namun, jauh di sudut hati orang yang dirasuki fikiran itu menyesal berkali-kali terhadap dosa yang mereka lakukan. Merasa sangat menyesal dengan tindakan yang dilakukan. Namun apakan daya, di dalam pertarungan antara iman dan nafsu, watak jahat kerap kali menang.
Hak dan batil yang bercampur
Artikel ini khusus untuk para pendakwah, guru-guru agama, murobbiyah,
ustaz-ustaz atau sesiapa sahaja yang dikatakan berilmu dan menyampaikan kebenaran
kepada orang sekeliling. Jauhilah daripada dinampak baik pada pandangan orang
lain, tapi hakikatnya jelek pada pandangan Allah.
Kita menasihati orang lain macam-macam, namun kita tidak tidak pernah endah
terhadap apa yang kita percakapkan. Allahuakbar. Mungkin ramai lagi para dai’e
yang masih tidak mengoreksi diri. Ayuhlah sama-sama bermuhasabah dan sentiasa
meningkatkan ketakwaan kita kepada Allah.
Dari Anas bin Malik ra bahwa Nabi saw bersbda: Pada saat
aku dinaikkan ke langit (dalam peristiwa isro’ mi’raj) aku melewati suatu kaum
yang bibir-bibir mereka potong dengan gunting dari gunting dari neraka, lalu
aku bertanya: Siapakah mreka ini wahai Jibril?. Rasulullah saw bersabda: Mereka
adalah para pemidato dari kaummu yang mengatakan sesuatu namun mereka sendiri
tidak mengerjakannya” (HR Ahmad)
Bertaubatlah sebenar-benarnya. Janganlah bertaubat sekadar melepaskan batuk di tangga. Sekadar memenuhi syarat sebagai orang yang berdakwah. Lakukanlah dengan menangis dan menyesali taubat yang sentiasa dimungkiri dan dosa yang sentiasa dilakukan berulang-ulang kali tanpa diketahui orang lain.
Setiap kali melakukan maksiat itu, taubatlah jalan penyelesaiannya. Agar nanti, ia tidak menghalang kita untuk melakukan amal kebaikan yang lain dan menjauhkan daripada rasa tidak layak serta futur.
Setiap kali melakukan maksiat itu, taubatlah jalan penyelesaiannya. Agar nanti, ia tidak menghalang kita untuk melakukan amal kebaikan yang lain dan menjauhkan daripada rasa tidak layak serta futur.
Penutup: Akan terbongkar
juga
“ Sepandai-pandai tupai melompat, akhirnya akan jatuh ke tanah juga.”
Mungkin sekarang, kita merasakan bahawa orang lain
tidak tahu apa yang kita lakukan. Tapi tidak mustahil, lambat laun rahsia itu
akan terbongkar juga. Kali ini, kita mungkin bernasib baik kerana Allah masih
lagi menjaga aib kita. Perlu diingat, rahsia itu akan terbongkar samada hari
ini, esok, akan datang atau di akhirat nanti.
Azab Allah sangat berat. Setiap yang kita lakukan di dunia ini akan dipertontonkan di scrin besar di hadapan berjuta-juta manusia. Betapa tidak dapat dibayangkan perasaan takut, malu teramat sangat dan berbagai-bagai kerana dosa-dosa kita kini telah didedahkan oleh Allah swt. Alangkah malu besarnya jika kita diseksa di hadapan orang-orang lain yang tidak beriman hanya kerana maksiat tersembunyi ini.
Tika watak jahat tiba-tiba muncul di hadapan kita seringkali ingat akan kematian dan azab Allah yang menggerunkan ini.
Tika watak jahat tiba-tiba muncul di hadapan kita seringkali ingat akan kematian dan azab Allah yang menggerunkan ini.
Dari
Usamah bin Zaid ra bahwa dia pernah mendengar Nabi saw bersabda: Seorang lelaki
didatangkan pada hari kiamat lalu dicampakkan ke dalam api neraka, kemudian
ususnya berhamburan keluar lalu dia berputar-putar dengannya seperti
berputar-putarnya himar dengan batu penggilingannya. Kemudian para
penghuni surga berkumpul di hadapannya dan bertanya kepadanya: Apakah yang
terjadi padamu?. Tidakkah engkau yang pernah memerintahkan kami kepada Al-Ma’ruf
dan yang mencegah kepada yang mungkar?. Dia menjawab: Aku telah memerintahkan
kalian dengan yang ma’ruf namun aku sendiri tidak melakukannya dan mencegah
kalian kepada dari yang mungkar namun aku mengerjakannya”.
(Sahih
Bukhari dan Muslim)

lambat laun segalanya akan terbongkar juga
Bertakwalah kepada Allah. Allah masih memberi
peluang untuk kita bertaubat.
Jauhilah dan tinggalkanlah segera maksiat itu
kerana sesungguhnya maksiat itu hanya akan menggelisahkan hati.
Bermuhajadahlah sekuat mungkin untuk mencapai darjat mukmin yang tinggi di sisi Allah swt.
Bermuhajadahlah sekuat mungkin untuk mencapai darjat mukmin yang tinggi di sisi Allah swt.
Jika benar kita mahu meninggalkan maksiat itu, berdoalah kepada Allah agar menutup keaiban kita di dunia dan di akhirat nanti.
p/s: Berupaya menjadi sempurna walaupun tidak
mampu menjadi sesempurna mungkin.