Pages

IN THE NAME OF ALLAH THE MOST GRACIOUS THE MOST MERCIFUL

.

SELAMAT DATANG

Teruslah bergerak, hingga kelelahan itu lelah mengikutimu.
Teruslah berlari, hingga kebosanan itu bosan mengejarmu.
Teruslah berjalan, hingga keletihan itu letih bersamamu.
Teruslah bertahan, hingga kefuturan itu futur menyertaimu.
Tetaplah berjaga, hingga kelesuan itu lesu menemanimu.”
( allahyarham KH Rahmat Abdullah )

5 Mei 2011

Semua tentang kita


Segalanya bermula di sini

Iman berjalan mundar mandir di depan komuter Serdang. Menunggu seorang akhwat menjemputnya.
Perjalanannya dari perak  ke KL sentral menaiki train pada pukul 530 pagi tadi buat badannya terasa letih.
Terasa penat dan tersangat mengantuk.

Liqo' yang pertama kali dihadirinya memang dijangka akan habis lewat. Bermula selepas isya' sehinggalah pukul 2 pagi. kepalanya terasa pening. Dia hanya sempat tidur lebih kurang 2 jam di surau stesen Batu Gajah. Itu pun tidak nyenyak.

" Mana la Irah ni. Lambatnya sampai. aduh. tak larat rasa nak berdiri lama kat tengah orang ramai ni" ngeluh Iman. Matanya liar mencari-cari kalau ada motor akhwat lalu di depannya.

Suasana di hentian bas amat sibuk. Ramai yang berpusu-pusu turun dari bas untuk menggunakan khidmat komuter. Dulu, Iman akui dia memang 'buta komuter'. Hendak beli tiket komuter pun dia tidak tahu. Apatah lagi mahu naiki mana satu komuter yang betul. Pernah beberapa kali dia tersesat kerana menaiki komuter yang salah.

" STAR, LRT, komuter, train.. ah, tak sukanya naik bendalah ni." rungutnya semasa sesat di Pantai Dalam padahal destinasinya mahu ke Serdang. Rupanya dia tersilap naik komuter.

Matahari semakin meninggi. Tiba-tiba datang seorang lelaki berjaket hitam berdiri disebelahnya. Iman terkejut bukan kepalang. Dia terus mengubah tempatnya berdiri di belakang. tempat di mana tiada orang di kawasan itu.

Iman memandang beberapa kali lelaki itu. Bukan dia tidak mahu menjaga pandangan. Tapi wajah lelaki itu semacam pernah tersimpan dalam memorinya. Lelaki itu juga memandang dan menjeling seolah-olah kenal Iman.

" Eh, macam Firaz je. Tapi dia pakai spect. eh, betul ke tak ni?" 
dia tidak pasti benarkah sangkaannya itu. Perwatakan lelaki itu benar-benar berubah. Mungkin juga perwatakan Iman yang banyak berubah membuat lelaki itu teragak-agak benarkah Iman yang di depan matanya ini rakan sekolah menengahnya dulu.

" Tak mungkin Iman yang jahat dulu di sekolah boleh berubah seperti sekarang." Iman membuat anggapan apa yang Firaz rasa bila melihatnya.

Sejak Iman berhenti sekolah, tidak pernah lagi dia menghadiri reunion sekolahnya yang dibuat hampir setiap tahun. Duit tahunan pun tidak dibayarnya kerana lebih memilih digunakan sebagai infaq dakwah yang sentiasa memerlukan. tambahan pula, Iman malas mengingati sejarah jahiliyyah dulu. bercouple, playgirl, baju ketat, tudung jarang, bergaul bebas, ego, susah meminta maaf, ngadu domba.. banyaknya.

zaman sekolah dianggap zaman mencuba sesuatu yang baru

Pernah sahaja dia meminta izin pada Murobbiyahnya untuk ke reunion sekolah, namun, Murobbiyahnya dengan hikmah memberi sebab-sebab tak perlunya pergi ke reunion.

" nanti mesti terserempak dengan ex-boyfriend aku yang dah clash."
" program bercampur la pulak. dekat resort plak tu. tak sukanya program ada campur laki pompuan."
" mesti ada budak-budak laki yang akan cuba dekati aku tanya macam-macam. ataupun yang nak ngurat aku lagi skali."
" budak-budak pompuan plak nanti sindir aku sebab diorang la orang yang paling kenal aku kat asrama aku macam mana."

macam-macam sangkaan bermain-main di kotak fikiran Iman bila mahu ke reunion sekolah. Sebenarnya dia memang nak sangat ke reunion, tapi, banyak perkara yang ditakuti akan terjadi bilamana dia ke sana. lebih baik di tahannya sehingga dia sudah menikah. Mungkin bila hadiri reunion bersama suami, akan berlainan sedikit berbanding pergi bersama kawan-kawan. Lebih selamat dan lebih bahagia mungkin.

Iman sebenarnya sangat bangga dengan kejayaan kawan-kawan sekolahnya. itupun dia dapat tahu melalui curi-curi masuk di laman sosial. Ada yang tengah sambung master, baru graduate, sudah bekerja, sudah bersuami, ada anak dan macam-macam lagi. Namun, Iman masih belum lagi mengecapi  semua itu.  Cemburu melihat mereka semua. Namun, dia tahu, akan ada bahagia yang diberikan oleh Allah untuk dirinya kelak. Iman akan sedia menunggu.

Selepas di yakini memang itulah Firaz. Iman terus buat tak tahu. Ditundukkan pandangan dan dibisukan mulutnya. 

"Biarlah dengan Firaz. Aku bukanlah aku yang dulu. Aku adalah manusia yang ditarbiyah. Manusia yang tahu batasan pergaulan. Mungkin kalau aku ini bukanlah orang yang ditarbiyah, sudah lama aku duduk sebelah Firaz, tanye dia betulkah dia Firaz, ex-sekolah aku dulu? dan mungkin aku ajak dia breakfast sama-sama kat kedai tepi tu. sembang macam-macam tentang kawan-kawan satu batch dengan kita " Iman bermonolog sendirian.

Tiba-tiba motor akhwat sampai. Iman mengusung beg rodanya. Dia perasan Firaz melihatnya.
Hati Iman lega kerana Iman mampu menahan dirinya dari bercakap dengan Firaz.  dan dia tahu mungkin Firaz menghormatinya kerana Iman bertudung labuh. Alhamdulillah.

" eh, camna nak usung beg roda ni guna motor? " Iman bertanya pada Irah. 
"letak je di tengah-tengah kita dua. InsyaAllah tak de pape. Dekat je pon."
" ok"

Iman dan Irah terus memecut laju motor mereka ke BD.

merenung jauh. masa lalu adalah pengajaran.


Waktu terasa semakin berlalu
Tinggalkan cerita tentang kita 
Akan tiada lagi kini tawamu 
Tuk hapuskan semua sepi di hati


Ada cerita tentang aku dan dia 
Dan kita bersama saat dulu kala

Ada cerita tentang masa yang indah 
Saat kita berduka saat kita tertawa
Teringat di saat kita tertawa bersama 
Ceritakan semua tentang kita


p/s: cerita ini adalah sedikit rekaan. Semoga kita sama-sama ambil pengajaran. InsyaAllah.

16 teguran:

Unknown berkata...

wah..nice story..
and sangat besar sebenarnya kesan tarbiyah itu.. (=

dr. mujahidah berkata...

juz a simple story..

umatMuhammad berkata...

ukhti...ana baca tajuk je macam dah tertarik nak baca..lama bangat x jumpa enti~insyaAllah, ada rezeki kita jumpa.

~semua tentang kita~
ana akan ingat sampai bila2, insyaAllah

Tanpa Nama berkata...

...bukan begitu sikap seorang da'i. Tidak ada dosa dan salahnya menegur orang yang kita kenal asalkan kita menjaga adab dan akhlak seorang islam. Kita membawa akhlak ini untuk di'qudwahkan' bukan untuk diselewengkan. Insyaalah. Itu yang ana faham dari cerita diatas dan message yang sepatutnya kita bawa! Wallahuaklam

sahabatmu berkata...

salam..nice story tp blh tlg jelaskn ap kne mgena tjuk dgn crita y ant tulis ni?
=)

adeq berkata...

macam real lah plak citer nhe.hehe.dah la ktm serdang pastu g BD.BD tu dah la nama rumah akhawat , Baitud dakwah.

hehe.kalau org tu yang tegur kita camana?jawab je lah kan.dah tu x kan asek nak jawab je,tanya 1 atau 2 soklan x leh ke?pastu minta izin undur diri.

dr. mujahidah berkata...

umat Muhammad: ya.. rindu bangat. insyaAllah satu masa nanti kita jumpa ya.

muharrikdaie: ana berpendapat alangkah baiknya jika lelaki menegur dulu daripada perempuan terhegeh2 nak menegur. jika lelaki itu tanye, maka silakan jawab. itu lagi baik.

sahabatmu:actually nak buat cerita lain, tiba2 jadi cerita lain.

adeq:memang real. tapi dah diubahsuai. hehe. adeq bertanya dan menjawab sendiri. jzkk

Tanpa Nama berkata...

dr. Itulah ego namanya yang perlu kita kikis didalam jiwa!

Tanpa Nama berkata...

dr. Itulah ego namanya yang perlu kita kikis didalam jiwa!

dr. mujahidah berkata...

ya.. terima kasih kerana menyedarkan ana.. jzkk.

Unknown berkata...

egokah?
mungkin tidak...

Tanpa Nama berkata...

ana rezeki tak ke mana..jika bukan di alam realiti, alam maya sudah cukup. jika bukan di dunia, insyaallah di akhirat..^^

adeq berkata...

ego untuk sebuah kemuliaan apa salahnya.mulia ke kalau ingin menjaga diri?o.k mari lepas ini kita tegur dahulu kenkawan kita beramai-ramai.

adeh x mo kali nhe nak akak gak jawab.

haku berkata...

reunion? a'a la.. macam dah tak nak pegi reunion dah.. nak kata sombong pon sombong la.. kan?

adik berkata...

sikap ego sperti itukah y harus dkikis? buknkah wanita y baik itu hrus mnjg drinya. brasa malu utk memulakn pmbicaraan dgn lelaki ajnabi mlainkn jika ada kperluan y penting..

dr. mujahidah berkata...

setiap orang ada pendapat yang berlainan. terimalah dgn hati terbuka.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...