teguran tentang apa pun yang kita mahu bagi, pastinya teguran itu perlu dengan hikmah. jangan kasar-kasar. tapi ikut tempat. kalau sudah cara lembut, tak mahu juga, terpaksalah tegas. macam pokok besar. takkan nak guna pisau cukur potong pokok tu, tapi gunalah kapak yang sesuai agar nanti pokoknya tumbang.
kebanyakan posting yang saya buat juga adalah ditujukan oleh orang-orang yang terdekat. yang disekitar saya. dan semestinya saya lakukan kerana saya sayang yang amat sangat pada mereka semua. sayang mereka kerana Allah. kerana tiada apa lagi yang saya mampu berikan kecuali teguran semata-mata agar kita berubah kepada yang lebih baik.
' orang mukmin itu kan hari ini lebih baik dari semalam'
teguran itu untuk kamu dan saya
teguran apa pun yang terdapat di dalam blog ini, walaupun ia berkaitan dengan diri anda atau tidak, tapi ia adalah untuk saya dan kamu.
ramai manusia yang apabila ditegur, menganggap teguran itu tidak diberi untuknya.
dan ramai juga manusia apabila ditegur, menganggap teguran itu adalah semata-mata untuk merendahkan atau memburukkan dirinya.
dan ramai juga manusia apabila ditegur, dia terus memikirkan kesalahan si penegur itu dan mengatakan kamu juga sama teruk dengan saya. kamu tidak layak menegur saya.
dan ramai juga manusia apabila ditegur, dia boleh menerima teguran itu dengan baik dan merubah terus kekurangan diri yang ada.
anda kategori yang mana satu?
teguran itu memburukkan dan merendahkan dirinya?
bukan tujuan itu sama sekali teguran itu untuk merendahkan diri kamu, atau memburukan diri kamu. malah itu satu pengi'tirafan bahawa saya sayang kamu.
kerana apa?
kerana kamu adalah orang yang terpilih untuk saya fikir dan fikir bagi menyelesaikan masalah diri kamu. kerana saya tidak mahu kamu terus jahil dan bergelumang dengan maksiat yang kamu sendiri tahu tentang itu.
kamu buat salah, jadi saya perlu tegur. dan teguran yang terbaik ialah melalui blog ini.
sebab kamu adalah pembaca setia blog ini.
bukankah kamu perlu bersangka baik dengan saya.
bukalah hatimu untuk menerima teguran
mungkin jika saya yang silap dalam memberi teguran, saya minta maaf. tapi, jika teguran itu terkena pada diri anda, maka teguran itu perlu anda terima dengan hati terbuka.
dengan lapang dada.
bukan dengan berpaling muka dan tidak bertegur sapa.
malah, haram jika sampai 3 hari kamu tidak bertegur sapa dengan saudara kamu.
hati itu mungkin belum cukup bersih. maka, perlu dibersihkan lagi dengan muhasabah diri. agar setiap teguran yang datang, diterima dengan gembira dan minda yang positif.
.
bukankah itu akan membuat hatimu lebih bahagia.
hidup tak terseksa. dendam hilang sudah.
sejauh mana kita mengamalkan apa yang kita baca dan bicara
ada seorang ikhwah pernah kata, mahu tulis di blog pun kena solat taubat. ya, sebab menulis di blog adalah memberi pengisian pada jiwa-jiwa yang membaca.
maka, saya tidak tahu sejauh mana posting-posting di blog ini anda boleh terima dan mengamalkannya.
jadi, saya harap, jika saya tersilap, maka tegurlah saya.
jika posting yang saya bagi, hanya sampah dan tidak memberi apa-apa makna, maka tegurlah saya.
saya tidak pandai menulis, tapi saya mahu belajar dan belajar agar bisa menulis juga. untuk manfaat orang-orang di serata dunia.
jadi, apa yang kita bicara/ tulis atau baca, marilah sama-sama kita mengamalkannya. samada di web mana-mana pun, sejauh mana kita mengamalkannya?
tepuk dada, tanya jiwa, biar iman berbicara.
1 teguran:
Assalamualaikum..
ya,..ana paham niat sbnar anti wat cmtu.kdg2 x reti cmne lg nk tunjukkan bhwa kita btul2 syg pd sseorg tu.kita da cbe upaya tgur walaupun sudah bkali2.tapi dsbbkn sayang sgt krn Allah..walaupun sudah bkali2 lidah x pnt berbicara,hati xpna membenci,topup xpna bkira,fkiran ligat mncari jalan..jadi wahai sahabat y sentiasa d hati kami dan kami syg.. kami xpna mncuba untuk mgguris hati.walaupun ana msih dianggap budak2 bg anti.ana cbe untk jadi sahabt kecil y tbaik ad disisi ^_^ (khas untk seseorg)
Catat Ulasan