Pages

IN THE NAME OF ALLAH THE MOST GRACIOUS THE MOST MERCIFUL

.

SELAMAT DATANG

Teruslah bergerak, hingga kelelahan itu lelah mengikutimu.
Teruslah berlari, hingga kebosanan itu bosan mengejarmu.
Teruslah berjalan, hingga keletihan itu letih bersamamu.
Teruslah bertahan, hingga kefuturan itu futur menyertaimu.
Tetaplah berjaga, hingga kelesuan itu lesu menemanimu.”
( allahyarham KH Rahmat Abdullah )

5 Okt 2009

.: gempa bumi di pulau ukhwah

alhamdulillah. salam perantauan buat ikhwah wa akhwat dari mesir dan dari semua negara. salam aidilfitri utk kalian meskipun diri ini tak pernah berjumpa kalian terutama akhwat medic di mesir. moga kalian terus tegar dan berbuat di jalan dakwah ini. alhamdulillah, Allah masih beri nikmat ukhwah antara kita. ukhwah y terjalin antara akhwat usm dengan akhwat UMT, IPKT, IPSM, UDM dan seluruh akhwat y berada di IPTS dan IPTA masing2. salam cinta dan salam rindu untuk kalian. kerana Allah kita berukhwah dan kita berukhwah kerana Allah. Subhanallah.. hebatnya ukhwah. beberapa hari ini ini, tiba-tiba banyak pula musibah y timbul. dari gempa bumi di Pulau Samao dan Padang, Sumatera hinggalah terbias di pantai timur ini sendiri. dari y bumbung tercabut hinggalah dahan pokok y menghempap kereta di depan bangunan Pusat Pengajian Sains Perubatan. subhanalllah. hebatnya Kuasa y Maha Esa. hari ini pula heboh tentang taufan parma di manilla. Mudah sahaja untuk Dia menurunkan azab ini. dengan sekelip mata. dengan tanpa disangka-sangka. Lihatlah, Betapa pentingnya kita utk muhasabah diri kita terhadap apa y berlaku. mengoreksi diri ini. Ampunkan kami Ya ALlah. sejak minggu lepas, ada sahaja masalah ukhwah berlaku. bak kata tajuk blog ini, gempa bumi y berlaku di pulau ukhwah ( bukan pulau samao ya). dari masalah y kecil dan remeh hinggalah masalah y kritikal dan berlarutan. masalah y disebabkan : 1) ukhwah berlebihan 2) ukhwah kekurangan 3) tiada ukhwah 4) tak kenal ukhwah 5) salah paham ukhwah 6) roti canai tak de kuah 7) berkuah-kuah sampai tumpah.. ( asif.. tambah sendiri) beberapa hari ini, masalah ukhwah y ingatnya dah settle masih tak settle-settle lagi. ya Allah, bantulah hambaMu ini. adakah disebabkan hubungan denganMu tak settle menyebabkan hubungan dengan manusia pun tak settle? tepuk dada tanya iman.
" HABLUM MINALLAH, HABLUM MINANNAS "
ukhwah berlebihan. sebenarnya saya juga kurang jelas dengan maksud ini. ukhwah berlebihan ada ke? rupanya ada. ukhwah y menyebabkan 2 individu sering nak bersama. tidak boleh berpisah. jika diberi task utk buat taalim di berlainan tempat, masing2 nak sekali. mengganngu kerja dakwah. menyukarkan kerja dakwah. menyebabkan akhwat lain tak boleh 'masuk' dengan mereka. senang cerita, nak sentiasa bersama sahaja. terlalu cinta dan terlalu sayang ( salah satu virus-virus ukhwah juga). ingatlah ukhti, jangan sampai sayang, cinta dan rindu itu melebihi sayang, cinta dan rindu pada Allah. Naudzubillah.. lindungi kami Ya Allah. sabda Rasulullah : cintailah kekasihmu sesederhana mungkin, siapa tahu ia menjadi musuhmu pada suatu saat nanti. dan bencilah saudaramu sesederhana mungkin, siapa tahu ia menjadi sahabatmu pada suatu hari nanti " ( HR At tarmidzi)
jika terlampau cinta, sayang dan rindu, pastilah ada sahaja syaitan y akan menusuk jarum sehinggakan ia melebihi dari Allah dan di samping itu berlakulah cemburu y amat sangat. apabila orang y dicintai bersama orang lain @ rapat dengan orang lain, mula rasa cemburu. rasa geram dengan orang y dia rapat. itu namanya ukhwah bukan kerana Allah. masakan kita cemburu dengan orang y turut mencintai orang y kita cintai? tepuk dada tanya iman lagi skali. jangan tanya AIMAN. nanti dia jawab ' aiman tak kisah'..
lupakan pasal ukhwah berlebihan tadi, sekarang ini saya cuba nak mendalami konsep ukhwah islamiyah sendiri. ukhwah atas dasar aqidah, atas dasar iman dan atas dasar saling tolong menolong mengajak y makruf dan mencegah y munkar. apakah kita pernah merasai ukhwah itu? ya.. semestinya pernah apabila kita memasuki jalan tarbiyah ini. " seorang mukmin itu ibarat bangunan, saling memperkukuh sebahagiannya dengan sebahagian y lain " suka saya utk berkongsi satu hadith tentang ukhwah kerana Allah, mencintai sseseorang kerana Allah dengan cinta ALLAH. sabda Rasulullah, " pasti akan mendapat kecintaanku, orang y sayang menyanyangi keranaKu, 2 orang y duduk bersama2 keranaKu, 2 orang y berziarah keranaKu dan 2 orang y tolong menolong keranaKu. " subhanallah.. saya nak cinta Allah. saya nak sangat. mudahnya dapat cinta Allah. tapi adakah kita grab peluang ini betul2.? apatah lagi, dengan masa y pack sangat, tak sempat nak ziarah bilik rakan2, apatah lagi jiran sebelah bilik pun tak tahu dan tak pernah ziarah. busy nya budak medic. memang dasyat busy nya.. pastu ada lagi kabar gembira untuk orang y bercinta dan bersahabat kerana Allah. dalam hadith qudsi : Allah berfirman, " mana orang y bercinta kerana keagunganKu? hari inilah Aku akan menaungi mereka di bawah naunganku, iaitu hari y tiada naungan selain dari naunganKu." ada sape2 y nak? saya nak.. nak dengar lagi benefit cinta kerana Allah? Rasulullah bersabda: " umatku masuk syurga bukan kerana banyaknya solat dan puasa tetapi disebabkan selamatnya hati dan kemurahan jiwa dan kasih sayang sesama muslim " lihatlah.. ukhwah itu adalah satu nikmat y tak boleh disia2 kan. satu kurnia Allah kepada hamba-hambanya y ikhlas dan hatinya suci dan bersih. tapi ada juga ukhwah ini diselangi oleh gempa buminya. iaitu yang paling common adalah berprasangka. suka sangat berprasangka. kalau bersangka baik takpe, tapi jika bersangka buruk? hancur lah ukhwah tu. especially apa y berlaku sekarang. banyaknya sangka buruk sehingga ukhwah bermasalah, tidak bertegur sapa, memasamkan muka bila berjumpa, membenci dan banyak lagi. sehingga lebih dasyat tak hadir halaqah dan mufaraqah. naudzubillah.. ampuni kami ya Allah.
' hindari prasangka buruk kerana prasangka buruk itu dusta'
ingatlah. apa y kamu prasangka buruk itu semuanya dusta. kamu terlalu awal judge orang terhadap apa y berlaku tanpa selidik terlebih dahulu. kamu dah menzalimi dia. kamu menzalimi saya. kamu menzalimi dia. ( selingan) ' jangan prasangka dengan setiap ucapan y keluar dari saudaramu, kecuali prasangka y baik selama kamu masih peroleeh kebaikan dalam ucapannya itu' lihatlah, penting nya bersangka baik pada apa y sahabat kita ucapkan selagi mana kita dapat kebaikan dan manfaat dari apa y dikatakan itu. tapi, adakah kita berbuat begini? apabila kita mendengar sahabat kita berkata sedikit, kita dah prasangka macam2 dengan sahabat kita, " eleh, nak menunjuk la tuh", " macamlah ko tu bagus sangat", " suka sangat membangga diri", " bagus sangat la tuh" dan macam2 lagi kata2 timbul dalam hati dan fikiran kita. moga sama2 muhasabah ya. so, cuba la hindar bersangka buruk. masalah akhwaat kita sekarang ni suka dan macam hobi plak bersangka buruk kat akhwat dan orang lain. ayuh, bersihkan hati kita, agar ada sahaja prasangka baik dalam hati ini. ada sahaja sikap berlapang dada dengan semua orang. jangan mudah bersangka buruk. ditakuti kita salah dalam menilai dan melayan. akhirnya.. kita y jatuh dan rugi dan menyesal. ingat.. jika anda ada konflik, cepat2 lah selesaikannya. cepatlah meleraikannya. buatlah sesi CURHAT untuk mengukuhkan kembali ukhwah ini. sampai bila kita mesti begini. moga.. ukhwah ini dilandasi cinta dan redha Allah. bukan kerana nafsu semata-mata. wallahualam' P/S: Gempa bumi di pulau ukhwah dah hampir redha. bilangan y ditimbus tanah dapat diselamatkan. tapi, masih lagi banyak rumah2 dan bangunan perlu diperbaiki dan dibina semula. beginilah gempa bumi mengajar kita.

1 teguran:

Tanpa Nama berkata...

Sesungguhnya, seseorang yang berukhuwwah hanya kerana Allah, tidak akan mengharapkan balasan ukhuwwah daripada orang lain. Kerana apa yang diharapkan hanyalah kasih sayang dan cinta daripada Sang Pemilik Cinta, Allah Jalla wa 'Ala.

Bersabarlah wahai insan yang menebarkan cinta dan ukhuwwah kerana Allah.

Bersabarlah dgn kesempitan dunia yang sekejap.

Ingatlah apa yang Sang Pemilik Cinta telah sediakan untuk mu.

Ah, sungguh, ujian cinta dan ukuwwah didunia ini begitu kecil kerana kenikmatan yg telah Dia sediakan.

Jika tidak, masakan mereka yg menerimanya mengatakan "Sesungguhnya kami di dunia tidak menerima apa2 kesusahan pun berbanding kenikmatan yang kami dapati pada hari ini (hari pembalasan)"

Cintailah saudara kita kerana Allah....

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...