
paksa diri untuk melalui jalan yang sukar
Tidak semua akhwat adalah seorang yang peramah dan banyak mulut.
Tidak semua akhwat pandai memasak.
Tidak semua akhwat boleh memandu kereta walaupun sudah
mempunyai lesen.
Tidak semua akhwat petah dalam menyampaikan pengisian
atau tazkirah.
Tidak semua akhwat merupakan kaki SMS.
Sebagai seorang akhwat yang telah ditarbiyah dan memahami
tuntutan dakwah, tidak semua perkara dia suka atau mampu dia lakukan. Setiap
akhwat pasti ada kekurangan dalam sesuatu hal. Namun, ini bukan bermakna
seorang akhwat perlu membiarkan kelemahan yang ada tanpa memaksa diri untuk
melakukannya.
Berbuat
dalam ringan atau berat
Dalam keadaan apa pun, kita mesti berbuat samada ia
ringan atau berat. Samada kita suka atau tidak. Samada kita biasa atau tidak
biasa.
“ Berangkatlah kamu baik dengan rasa ringan mahupun berat
dan berjihadlah dengan harta dan jiwamu di jalan Allah agar kamu beruntung.” (
At-Taubah (9) : 41)
Kerana apa yang kita perlu lakukan bukanlah sesuatu yang
tidak penting untuk dakwah, malah ia adalah sangat penting untuk memastikan
objek dakwah boleh serasi dengan kita walau apa pun karakter kita.
Pendiam
Ada akhwat yang merupakan seorang yang pendiam. Jadi,
sebagai seorang dai’e kita tidak boleh membiarkan sifat pendiam ini terus
menerus dan menjadikan ia sebagai kelemahan. Objek dakwah sangat memerlukan
dai’e yang peramah dan sentiasa bertanyakan hal-hal mereka. Pendiam hanya akan
membuat mereka lari daripada kita dan membuatkan ukhwah menjadi hambar.
Memaksa diri untuk menjadi peramah menjadi satu kewajipan
bagi para akhwat untuk menarik objek dakwah kepada tarbiyah. Kita tidak akan
tahu perihal mereka dan segala apa yang berlaku pada mereka jika waktu ziarah
pun kita masih mendiamkan diri dan tidak banyak bertanya. Mereka akan
menganggap bahawa kita tidak lebih daripada hanya pemberi peringatan sahaja.
Bukankah salah satu cara dakwah yang berkesan adalah
apabila kita mengetahui latar belakang objek dakwah tersebut? Maka paksalah
diri untuk menjadi ramah supaya nanti mudah untuk kita mengetahui latar
belakang mereka.

samada berat atau ringan, kita kena lakukan juga!
Tidak petah dalam menyampaikan
Terdapat juga akhwat yang tidak yakin kepada diri sendiri
dalam menyampaikan. Maka, dia sentiasa mengelak jika disuruh mengisi taklim
atau halaqah dengan alasan tidak bagus dalam menyampaikan. Mungkin juga ada
dikalangan para akhwat yang takut untuk membina taklim atau halaqah kerana
tidak pandai dan tergagap-gagap semasa mengisi.
Memaksa diri untuk menyampaikan semasa taklim atau
halaqah akan menjadikan seorang akhwat itu semakin biasa dan semakin ‘seronok’
untuk menyampaikan walaupun pada awalnya penyampaian dia tidaklah sebaik mana.
Perkara yang sepatutnya menjadi nightmare bagi para akhwat kini menjadi mimpi indah jika terus
dilatih dan dibiasakan.
Tidak
pandai memasak
Memberi makanan hasil daripada air tangan kita adalah
satu taktik untuk mengeratkan keterikatan hati antara dai’e dan objek dakwah. Mereka
pasti akan merasa terharu jika terdapat orang yang sudi memasak khas untuknya.
Memasak adalah keupayaan minimal seorang akhwat yang tidak mempunyai skil-skil
yang terdapat di atas. Namun, bukan bermaksud untuk mengabaikan skil di atas.
Sekali lagi, memaksa diri adalah solusinya namun tidak
diketepikan keikhlasan niat itu sendiri. Kalaupun tidak pandai memasak,
paksalah diri untuk menjadi akhwat yang pandai memasak meskipun satu menu
sahaja. Kita tidak mahu juga muka akhwat yang sama sahaja menjadi AJK makanan
dalam setiap program. Agak memalukan jika sudah menjadi seorang akhwat, tapi
tidak pandai memasak.
Tidak
berani memandu
Sedikit kekesalan pada segelintir akhwat yang mempunyai
lesen tetapi masih menjadi penakut untuk memandu kereta atau motor. Terdapat
juga akhwat yang memilih-milih kereta manual atau kereta auto. Jalan sibuk atau
jalan lengang. Kereta besar atau kereta kecil. Bukankah konsepnya sama sahaja
iaitu memandu sebuah kenderaan yang mempunyai gear, brek dan pedal minyak?
Cubalah memaksa diri anda untuk memandu kereta walau apapun kondisi kereta
tersebut.
Paksalah diri untuk memandu dan jadilah seorang pemberani
semasa berada di jalan raya. Kita tidak akan memperoleh pengalaman memandu selagi
mana kita tidak mencuba dan sampai bila-bila kita akan hanya menjadi seorang
yang pengecut. Pengecut dengan jalan yang sesak dan kenderaan yang besar.
Bagaimana jika kerja dakwah mendesak untuk kita memandu
sedangkan hanya terdapat kereta manual sahaja padahal kita hanya tahu memandu
kereta auto? Maka, sia-sia sahajalah lesen memandu yang kita ada kerana tidak
mampu menyumbang sedikit pun untuk dakwah!
Bukan
‘kaki’ SMS
Siapa suka hendak menghabiskan masa untuk ber SMS kalau bukan kerana tuntuan dakwah
menjadikan SMS sesuatu yang urgent. Ada akhwat memang tidak suka
bermain SMS. Namun, untuk
berkomunikasi dengan objek dakwah, SMS
adalah metod yang paling utama kerana ada diantara mereka yang lebih suka
meluahkan isi hati melalui SMS sahaja
daripada face to face. Jika terdapat
akhwat yang tidak berapa gemar berSMS
sekalipun, tidak perlulah sampai waktu cuti panjang pun seorang akhwat tidak
berSMS kepada objek dakwahnya. Apatah
lagi untuk ber SMS seminggu sekali bertanya
kabar atau memberi mesej-mesej yang berguna.
Apakah ukhwah yang didambakan hanyalah terhad semata-mata
di taklim atau halaqah sahaja? Tidak mustahil mereka akan lari hanya kerana
tidak merasakan care nya kita kepada
mereka. Tidak salah jika mengucapkan kata-kata rinduan dan sayang kepada objek
dakwah sebagai bukti kita menghargai mereka. Janganlah claim ini bukan style
kita. Kalaupun bukan style kita,
maka, jadikanlah ia sebagai style
kita.
Juga diingatkan, arahan dakwah tidak kira masa. Selalulah
memastikan handphone sentiasa bersama
untuk kita sentiasa alert dengan apa
yang perlu ditugaskan. Jadi, duhai akhwat, paksalah diri untuk suka ber SMS dengan mereka, walaupun hakikatnya
anda bukanlah kaki SMS.
Penutup: Tiada
apa yang mustahil
i'm possible or impossible?
Sebenarnya, untuk memperoleh sesuatu skil, perlu adanya sikap mencuba atau dengan kata lain, memaksa diri. Kita tidak akan dapat melakukan sesuatu sampai bila-bila jika kita hanya menjadi seorang yang tidak pernah memaksa diri untuk mencuba.
Sampai bilakah kita akan jadi seorang yang pendiam, tidak
tahu menyampaikan, tidak berani memandu, tidak suka berSMS dan tidak pandai memasak jika kita tidak memaksa diri untuk
berbuat perkara-perkara sebegini?
Paksalah diri kita untuk menjadi seorang yang peramah,
pandai memasak, cekap memandu kenderaan dan suka berSMS dengan objek dakwah.
InsyaAllah, dakwah kita akan sedikit sebanyak berkembang
jika kita cuba untuk memaksa memperbaiki diri ke arah yang lebih baik dan menjadi akhwat
yang serba boleh!
p/s: Semuanya bermula dengan paksaan!