Pages

IN THE NAME OF ALLAH THE MOST GRACIOUS THE MOST MERCIFUL

.

SELAMAT DATANG

Teruslah bergerak, hingga kelelahan itu lelah mengikutimu.
Teruslah berlari, hingga kebosanan itu bosan mengejarmu.
Teruslah berjalan, hingga keletihan itu letih bersamamu.
Teruslah bertahan, hingga kefuturan itu futur menyertaimu.
Tetaplah berjaga, hingga kelesuan itu lesu menemanimu.”
( allahyarham KH Rahmat Abdullah )

1 Mei 2011

Kita berbeza !

Warna yang berbeza akan menghasilkan lakaran yang indah

Perbezaan ini kadang-kadang menimbulkan ketidakserasian. Juga mungkin akan ada pergaduhan. Selalunya akan berbeza prinsip dan kefahaman. Inilah hakikat yang perlu kita terima. Kita akui, bukan ini yang kita mahu. Namun atas dasar perbezaan pemikiran, kita berada di jalan yang berbeza. Jadi, itu wajar.


Usahlah menyalahkan sesiapa. Menyalahkan tanzim atau amir atas perbezaan ini. Menyalahkan murobbiyah kerana tidak bersama management yang kita sukai.



Apakah tarbiyah yang kita ikuti ini disebabkan management atau disebabkan manhaj yang dibawakan kepada kita?

Cara manusia berfikir tidak semua sama. Ada yang merasakan ini lebih baik atau itu lebih baik. Bergantung pada kita mahu terima dan ikuti yang mana selesa. Asal sahaja jangan memburukkan satu sama lain atas perbezaan itu.

Bukan mudah untuk bersatu jika kita berbeza walaupun sememangnya kita telah bersatu atas dasar islam. Namun, tidak mustahil satu hari nanti juga kita wajib mengikuti jalan yang satu yang dipimpin oleh seorang khilafah. Itulah saatnya di mana kita akan bersatu di bawah satu jemaah sahaja.

Perbezaan satu perancangan Allah

Usahlah mengata, ini akhwat aku. Itu akhwat kamu. Padahal satu hari nanti, akhwat kamu itu pasti akan jadi akhwat aku jua. Perbezaan kita ini bukanlah satu malapetaka. Namun, banyak faedahnya.

Kerana apa? Jika ada jemaah yang berdakwah dengan kekuasaan, maka, ada juga jemaah yang berdakwah dengan dakwah fardhiyah dan kedisiplinan tarbiyah atau ada juga yang menggunakan program-program mega/besar bagi menarik mad’u. Maksudnya, setiap jemaah itu ada peranannya. Jika, mad’u tidak tersangkut di jemaah sana, maka, mad’u tersangkut di jemaah sini. Yang penting niat setiap jemaah, kerana Allah swt dan yang pasti mengenalkan islam disamping mengobarkan semangat jihad pada jiwa-jiwa.

Jika di satu medan ada satu jemaah sahaja, mungkin tidak terlarat untuknya menguasai semua objek dakwah. Memanglah pada pandangan mata kasar kita tidak nampak seperti bekerjasama, namun, kita seperti meringankan beban sesama kita sebenarnya.

berlainan warna, tapi tetap sama


Keterbatasan kita

Benarkah jika kita berbeza jemaah, kita tidak boleh berukhwah? Apatah lagi berkongsi masalah/ curhat/ musykilah? Atau duduk serumah?

Jangan sempitkan fikiran kita sebegitu. Boleh sahaja sebenarnya. Namun, ada beberapa perkara yang kita tidak boleh kongsi dan perlu merahsiakannya. Bukan bermakna kita tidak percayakan mereka, namun, sebagai langkah berjaga-jaga. Kita juga ada murobbiyah, halaqahmate dan akhwat yang sentiasa PERLU diutamakan dalam berkongsi musykilah dan segala hal.


Bagi yang sudah tahu kita ini memang berbeza, usahlah ditanya medan baru apakah yang dibuka, siapakah murobbiyah, halaqah berjalan atau tidak, halaqah buat di mana atau macam-macam lagi yang menyentuh sirr sesuatu jemaah. Pastinya seseorang itu akan merasa tidak selesa dan 'tension' untuk menjawab soalan-soalan sebegitu.

Mencari titik persamaan

Kita ada titik persamaan yang sangat jelas iaitu kita mengharapkan semakin ramai manusia mengenal dan memahami islam. Kita juga mahukan semakin ramai yang komited terhadap islam dan dakwah. Kita sangat menginginkan islam terus berkembang dan tertanam dalam jiwa-jiwa manusia. Kita bercita-cita besar mahukan kemenangan islam satu masa nanti. Jadi, sama-samalah kita saling menyokong misi besar ini.

Sememangnya itu satu misi yang sangat penting namun cara kita masing-masing berbeza. Kita ada metod tersendiri dalam menyentuh hati-hati manusia. Bergantung pada objek dakwah mahu tersentuh dengan cara yang mereka rasa sesuai dan selesa. Usahlah berebut-rebut dan saling menghasut bahawa jemaah itu tidak bagus atau jemaah itu begini begini. Perbuatan sebeginilah mencetuskan perselisihan, pergaduhan dan permusuhan. Semoga kita dijauhkan daripada perkara-perkara sebegini.

Penutup: jangan dihalang

Janganlah dihalang ukhwah antara akhwat daripada jemaah berbeza. Jangankan kerana sikap kita yang terlalu berfikiran sempit, kita memutuskan silaturrahim antara mereka. Cuma perlu mengingatkan mereka bahawa ada batasan yang kita kena jaga.

Janganlah dihalang kerja dakwah mereka yang berbeza dari jemaah kita. Orang yang menghalang-halang manusia untuk berjuang di jalan Allah itukan kafir. Biarkan mereka dengan kerja mereka. Kita pula ada kerja kita. Usahlah menyerbu ke surau sewaktu mereka tengah buat taklim dan menyuruh mereka berhenti berbuat dengan alasan mereka itu tidak sejemaah dan tiada jawatan seperti kita.

Janganlah dihalang mad’u yang mahu menghadiri majlis taklim/ usrah dari jemaah berbeza. Mad’u kita berhak memilih. Mereka tahu untuk memilih mana yang terbaik buat diri mereka. Yang penting masing-masing usaha mana yang terdaya dan semaksimun mungkin untuk menyentuh mereka dengan manhaj yang kita bawakan. Jika mereka telah pun membuat pilihan dan tidak memilih kita, berlapang dada sahaja.

jangan ganggu, jangan halang..kami sedang menjalankan tugas kami!

p/s: tulisan ini khas untuk akhwat kita semua. be professional

8 teguran:

uhibbunur~ berkata...

salam akak

suka2~

apa yang akak tulis, sudah lama bermain2 di benak pemikiran dan hati ana..

cuma tak tahu macam mana mahu luahkan dgn susunan kata yang terbaik..

akhirnya Allah menemukan ana dgn artikle ukhti~~~
mohon share , blh?

kita mungkin berbeza, tapi insyaAllah sama2 kita berlapang dada and be profesional.. truskan bekerja di medan masing2, iA~

may Allah bless us~~

Tanpa Nama berkata...

bila mase ade akhwat saya ? akhwat kamu ? mane pergi semua muslimeen itu bersaudara..asif..harap perbezaan wasilah tidak menjadi sbab kita membezakan diantara akhwat..semuanye akhwat.

adeq berkata...

satu jalan berbeza pandangan? hehe. sampai ada yang kadang bercabang , entah bertemu entahkan tidak pada jawapan.

setuju bangan la kak artikel nhe , ini la yang ana nak terangkan mengenai hakikat sebuah perbezaan.berkenaan perkara sirr dsb.

kita kan akhawat , peace dan saya benci sesiapa yang berani menyentuh mahupun melukai hati akhawat saya.

macam biasa diakhiri dengan persoalan.hehe.
adakah jika sudah berbeza jemaah maka tidak lagi boleh untuk 'beraktiviti' bersama ? walau sekadar untuk bertemu kembali dengan sekelompok kawananan dahulu kala (dah macam moo laks) .

adakah 'pertemuan' itu dikira sebagai pertemuan peribadi atau perlu melibatkan campur tangan jemaah?

sekian.hidup matrik 08/09 !

dr. mujahidah berkata...

ok.. soalan y bagus bangat. untuk menghadiri sesutu program bersama akhwat2 dari jemaah lain perlu diteliti anjuran siapakah itu?
kita takut pertemuan itu adalah konspirasi sesuatu jemaah seperti yang pernah dialami oleh akhwat kita

namun, pada pandangan ana, boleh sahaja menghadiri program itu selagi mana utk eratkan ukhwah dan tak menimbukan isu sensitif sesama jemaah.
ana berpendapat itu adalah pertemuan peribadi dan tak perlu nak libatkan jemaah la.

ana pun nak join gak kalau ada akhwat2 y nak wat program reunion sebab yelakan kita sangat rindukan zaman dulu kala dan bertemu dnegan akhwat y lama tak jumpa..

ana tak tau lah kalau ada akhwat 'SENIOR' berpendapat lain.

adeq berkata...

haha konspirasi illuminati & fremanson ke?

kalau nak mari kita bertemu dalam reunion walimah ! hehe . ops ke ini pon x boleh?hihi.

dr. mujahidah berkata...

haha.. ape la adeq ni.. reunion walimah di mana plak tu?
macam perli je ek

Tanpa Nama berkata...

menarik (^_^)

reunion walimah..
hehe

husniyah bazlaa berkata...

ukht...mohon. nak share... ^_^

ukhuwah imaniyah~

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...