IN THE NAME OF ALLAH THE MOST GRACIOUS THE MOST MERCIFUL

.

SELAMAT DATANG

Teruslah bergerak, hingga kelelahan itu lelah mengikutimu.
Teruslah berlari, hingga kebosanan itu bosan mengejarmu.
Teruslah berjalan, hingga keletihan itu letih bersamamu.
Teruslah bertahan, hingga kefuturan itu futur menyertaimu.
Tetaplah berjaga, hingga kelesuan itu lesu menemanimu.”
( allahyarham KH Rahmat Abdullah )

26 Jun 2010

usah patah hati


hassan AL Banna telah berkata melalui perumpaan indah dan halus :
"Sesungguhnya pembentukan ummah, pendidikan bangsa-bangsa, merealisasikan cita-cita dan mendokong pendirian (pegangan hidup) memerlukan ummah yang berusaha ke arah itu atau dari golongan yang menyeru kepadanya. Ini sekurang-kurangnya memerlukan kekuatan jiwa yang terhimpun di dalamnya beberapa perkara: Iaitu kemahuan yang tidak mengenal lemah, kesetiaan yang tetap yang tidak disaduri oleh kepura-puraan dan khianat, pengorbanan yang banyak yang tidak dihalang oleh tamak dan haloba serta kebakhilan, dan makrifah (mengenalpasti) dasar pegangan hidup, beriman kepadanya dan menghargainya sungguh-sungguh. .....". ( dipetik dari buku Jalan Dakwah, Mustafa Masyur)

usah patah hati,
jika mereka enggan menerima dakwah,
mereka masih mentah,
masih lagi baru untuk mengenal islam dan jemaah,
mereka baru nak belajar dengan berhemah,
ilmu, amal dan faham formulanya,
sabarlah duhai para akhwat wa ikhwah.

usah patah hati,
jika mereka enggan berubah,
mungkin Allah belum bagi hidayah,
atau mungkin mereka berkira-kira,
yelah, berubah bukan mudah,
perlukan kekuatan ukhwah dan istiqamah,
juga perlukan petunjuk arah mana betul mana salah
.
usah patah hati,
jika kau diftitnah oleh mereka di luar sana,
jika kau dicaci dengan ajaran yang mengikut al-quran dan sunnah,
jika kau dimaki menyebarkan islam kepada semua,
islam semakin asing di mata dunia,
maka, kaulah perlu mengorak langkah perkasa,
tanpa putus asa.

usah patah hati,
jika keluarga tidak memahami jalan dakwah ini,
mereka mungkin dipengaruhi oleh media masa kini,
ajaran sesat sangat mereka takuti,
kitalah yang kena terangkan sepenuh hati,
dengan dakwah famili,
sangat penting untuk menjadikan kerja ini direstui

usah patah hati,
jika dakwah gagal sebelum ini,
rupanya banyak kesilapan kami lalui,
tsaqafah kurang, tiada stretegi,
itulah kami perlukan bantuan akhwat di medan IPT,
agar tunjuk ajar selalu diberi,
kematangan bertambah-tambah lagi,
insyaAllah semester depan langkah baru dimulai,
semangat terus segar kembali.

usah patah hati,
jalan dakwah ini mulia,
Allah akan janji syurga,
walaupun ujian dan cabaran sangat hebat didepan mata,
kita akan lalui bersama-sama,
selama-lamanya.

Allahuakbar!..
usah patah hati.. 




"Katakanlah: Inilah jalan (agama)ku. Aku dan orang-orang yang mengikutku mengajak (kamu) kepada Allah dengan hujjah yang nyata. Maha Suci Allah s.w.t, dan aku tidak termasuk orang-orang musyrik". (Yusuf: 108)

Kita merasa cukup gembira melihat bunga yang sedang mekar itu (generasi muda). Kita benar-benar menghargai, menyanjungi dan menyintai mereka dan kita bertanggungjawab terhadap mereka. Kita wajib mengemukakan pengalaman-pemgalaman kita supaya mereka bermula di mana kita telah sampai, supaya sempurnalah percantuman di antara dua generasi. Generasi yang telah tua dan generasi yang baru muncul. Kelak diharapkan mereka mewarisi amanah ini secara keseluruhan, kemurniaanya dan iltizam dengan kitab Allah s.w.t. serta sunnah Rasullah s.a.w. juga sunnah salafussoleh r.a. ( Jalan Dakwah, Mustafa Masyur)


p/s : kami adalah generasi yang baru muncul itu. generasi yang telah tua, tolong beri tunjuk ajar.

23 Jun 2010

jagalah hatimu

Jagalah hati jangan kau kotori
Jagalah hati lentera hidup ini
Jagalah hati jangan kau nodai
Jagalah hati cahaya Illahi


inilah lagu acap kali kita dengar dari corong radio atau tv. lagu nyanyian Snada , Jagalah hati. dan ramai di antara kita hanya menyanyi tapi tak pernah memahami maksud  yang sebenar tentang penjagaan hati. bahkan hati kita  waktu itu terus dikotori oleh noda-noda dan dosa.

Awas! mereka yang selalu sahaja berusaha membersihkan hati dengan amal-amal ibadah atau mutabaah juga perlu waspada. perlu menjaga hatinya agar tiada kecairan kemanisan dalam melakukan ibadah.

dimana manisnya?


"Ada tiga perkara, barangsiapa yang tiga perkara itu ada di dalam diri seseorang, maka orang itu dapat merasakan manisnya keimanan iaitu: jikalau Allah dan RasulNya lebih dicintai olehnya daripada yang selain keduanya, jikalau seseorang itu mencintai orang lain dan tidak ada sebab kecintaannya itu melainkan kerana Allah, dan jikalau seseorang itu membenci untuk kembali kepada kekafiran setelah diselamatkan oleh Allah dari kekafiran itu, sebagaimana bencinya kalau dilemparkan ke dalam api neraka." (Muttafaq 'alaih)
disaat mula tarbiyah, kualiti amal meningkat. kemanisan terasa. tapi sejak sudah lama tarbiyah, kuantiti meningkat, tapi kualiti tiada. amal terasa tiada manisnya. seolah-olah, amal dilakukan kerana ia rutin harian, kerana murobbiyah atau murobbi. bukan kerana rasa kecintaan kita pada Allah swt.
kenapa begitu sekali ikhwat wa akhwat sekalian?

itulah penyakit yang menimpa para dai' sekarang. penyakit hati. apabila sudah bergelar dai' maka dirasakannya diri mulia, tiada dosa. hidup kononnya penuh dengan amal kebaikan. tudung labuh dan kopiah dirasakan  indikator takwa. maka, diri mudah lupa. perasaan ujub, riya' takabbur mula ada. maka, keikhlasan dalam beramal mula hilang.

mari kita belah dada kita. lihat hati kita. adakah perasaan sebegitu masih wujud? kita ini berbuat kerana apa? kerana halaqah mate , murobbiyah atau murobbi atau orang sekeliling?

teori buah manggis

adakah kita mahu mengutip banyak buah manggis tapi busuk atau kita mahu memanjat pokoknya dan dapatkan buah yang sempurna?
adapun buah manggis yang busuk, sekalipun banyak yang kita perolehi dengan usaha yang minima, dikutip di bawah pokok, maka ia tidak berguna. tidak boleh dibawa makan. kalau dibawa makan, maka manisnya sudah hilang atau ulat mengelilinginya.
begitulah amal, sekalipun amal yang banyak, dan kesungguhan dan keikhlasan pula kurang, maka ia juga seperti manggis busuk. tak berguna. tak diterima. malah, tidak terasa kemanisannya.

namun, dengan memanjat pokok, kepenatan terasa kerana tenaga digunakan semaksima mungkin. diperolehi buah sempurna. perut kenyang, manis terasa, dan mudarat pun tiada.
seperti juga amal yang dilakukan dengan berkualiti, insyaAllah hasilnya terasa, manisnya ada dan pahala pun berlipat ganda.

bertaubat atas taubat kita
"Dan orang-orang yang apabila melakukan kejahatan atau mengianiaya dirinya sendiri, mereka lalu ingat kepada Allah, kemudian memohonkan pengampunan kerana dosa-dosa mereka itu. Siapakah lagi yang dapat mengampuni dosa-dosa itu selain Allah? Dan mereka tidak terus-menerus mengulangi perbuatan yang jahat itu, sedang mereka mengetahui."' (ali-lmran: 135)
mengapa setiap kali bertaubat, kita sering melakukan dosa. padahal itu adalah taubat nasuha. taubat yang sungguh-sungguh. apakah kualiti taubat kita tiada? menyebabkan dosa itu berkali-kali di ulang. apatah lagi kita ini namanya seorang dai'. 

taubat itu kan membersihkan hati. masakan, hati kita terus keras kalau kualiti taubat kita dijaga? jadi, maknanya kita ini taubat main-main. sekadar syarat.
perlunya kita bertaubat atas taubat kita yang tidak telus. taubat tapi tetap juga maksiat menjadi pilihan. taubat kerana ia arahan dari murobbiyah. taubat hanya untuk halaqah atau syuro.

masakan begitu ukhti wa akhi. kita ini orangnya ditarbiyah. sudah ada kefahaman. jadi, perlunya rawat hati selalu. jangan ego. hatimu itu selalu dicemari tanpa kau sedar. makanya, jangan mennganggap kau itu suci.

air mata batu

" mengapa ya sejak ana dah lama ditarbiyah, air mata ana keras. tidak mahu turun-turun."

itu adalah luahan seorang akhwat. dan ana yakin masalah itu berlaku juga pada semua orang. air mata batu mungkin disebabkan mereka merasa sudah punya banyak amal. jadi, bila berhadapan dengan Allah tika solat, tiada apa lagi yang mahu diminta ampun dari Allah ataupun merasakan Allah itu mudah mengampunkan hambaNya. tidak sungguh-sungguh pun tidak mengapa. tidak menangis pun tidak mengapa. kerana aku ini sudah tidak berbuat dosa. itu sifat sombong namanya, sifat-sifat mazmumah. maka, itu penyebab hatimu keras. air mata juga jadi keras. 

masakan begitu sekali cara kita berrfikir? ayuh..
jika kamu tidak mampu menangis kerana dosa yang kamu lakukan, maka menangislah kerana kamu tidak mampu menangis 
Dari Anas r.a., katanya: "Rasulullah s.a.w. berkhutbah, tidak pernah saya mendengar suatu khutbah pun yang semacam itu -kerana amat menakutkan. Beliau s.a.w. bersabda:
"Andaikata engkau semua dapat mengetahui apa yang saya ketahui, nescaya engkau semua akan ketawa sedikit dan menangis banyak-banyak." Anas berkata: "Maka para sahabat Rasulullah s.a.w. sama menutupi mukanya sendiri-sendiri dan mereka itu menangis terisak-isak." (Muttafaq 'alaih)


air mata itu rindu mahu bercucuran. dan Allah itu amat rindu juga melihat kamu menangis memohon ampun kepadaNya.
ingatlah Allah takkan pernah bosan untuk mengampunkan dosa hambaNya selagi mana hambaNya itu tidak pernah bosan memohon ampun..

dari Abu Musa r.a, Rasulullah bahawasannya berdoa dengan doa yang ini :
ya Allah, berilah pengampunan untukku kesalahan dan kebodohanku, berlebih-lebihanku dalam perkaraku dan apa sahaja yang Engkau lebih mengetahui tentang itu daripada saya sendiri.
ya Allah, ampunkanlah kesalahanku yang saya lakukan dengan kegiatan bermain-main, ketidaksengajaan serta yang memang saya sengaja, juga segala sesuatu dariku.
ya Allah, ampunkanlah untukku kesalahan yang saya lakukan dahulu atau apa yang saya lakukan kemudian, yakni sesudah saat ini, juga yang saya sembunyikan serta yang saya tampakkan dan apa-apa yang Engkau lebih tahu tentang itu daripada saya sendiri. Engkau Maha mendahulukan serta Maha Mengakhirkan dan Engkau maha kuasa atas segala sesuatu ( muttafaq alaih)
p/s : jagalah kualiti dan kuantiti ibadah agar tidak menjadi golongan yang berciciran di jalan ini.
artikel ini peringatan untuk ana. dan juga sahabat-sahabat di luar sana.

16 Jun 2010

SINERGI: edisi pertama


segala puji bagi Allah. akhirnya, majalah sinergi telah pun siap untuk diedarkan.
walaupun, tidak terlibat secara keseluruhan, saya bersyukur pada Allah swt. kerana dengan buku ini, dakwah dapat disebarkan secara meluas ke dalam masyarakat dan ke merata tempat.

insyaAllah, jalan dakwah bukan satu. tapi berbagai-bagai. jadi sejauh mana kita menggunakan jalan yang berbagai-bagai itu untuk manfaat semua. maka, jalan dakwah melalui pena ini adalah salah satu alternatif kami.

jadi, dapatkan di pasaran majalah SINERGI keluaran edisi pertama di kedai-kedai buku yang berhampiran dan pengedar yang terdekat dengan anda.

harga
harga majalah ini hanya RM3.00. harga yang saya kira berpatutan dan sesuai bagi setiap golongan remaja dan dewasa.
maka, kalau kita tiada masalah dalam menambah nilai kad prabayar kita, mengapa tidak kita mengorbankan sedikit wang untuk membeli buku yang sarat dengan ilmu pengetahuan ini.

penulis
penulis buku ini terdiri dari mereka yang berlatar belakangkan mereka yang terlibat dalam dakwah dan tarbiyah. mereka terdiri daripada mahasiswa/mahasiswi, doktor dan ustaz.
meskipun baru pertama kali dalam menghasilkan karya di majalah, namun, komen dan apa-apa perbaikan dari para pembaca terus ke emel penulis-penulis kolumn amatlah diharapkan.

saiz
majalah ini bersaiz comel. separuh dari saiz A4. maka, mudah untuk dibawa kemana-mana kerana saiznya yang kecil.

tebal 
saya tidak pasti tebalnya. tapi insyaAllah ia sarat dengan info kerana terdapat lebih kurang 13 kolumn di dalamnya.

mohon masukan dan cadangan
majalah ini merupakan edisi yang pertama. keluaran yang pertama. jadi, mungkin ada yang kekurangan. mohon para pembaca terus memberi masukan dan cadangan agar perbaikan dapat dilakukan.
mudah-mudahan, keluaran akan datang akan lebih baik dan lebih sempurna.
untuk berbuat demikian, terus hubungi synergymedia2010[a]gmail.com atau hubungi saya sendiri melalui emel. atau terus komen di bawah ruang yang disediakan.

untuk perkembangan majalah terus lawati laman web SYNERGY MEDIA.

p/s : ada sesiapa yang sudah baca? mohon dikongsikan di sini.

13 Jun 2010

terima dengan hati terbuka


saya telah terima komen dari muharrikdaie tentang posting saya sebelum ini, tak reti bahasa (2).
teguran tentang apa pun yang kita mahu bagi, pastinya teguran itu perlu dengan hikmah. jangan kasar-kasar. tapi ikut tempat. kalau sudah cara lembut, tak mahu juga, terpaksalah tegas. macam pokok besar. takkan nak guna pisau cukur potong pokok tu, tapi gunalah kapak yang sesuai agar nanti pokoknya tumbang.

kebanyakan posting yang saya buat juga adalah ditujukan oleh orang-orang yang terdekat. yang disekitar saya. dan semestinya saya lakukan kerana saya sayang yang amat sangat pada mereka semua. sayang mereka kerana Allah. kerana tiada apa lagi yang saya mampu berikan kecuali teguran semata-mata agar kita berubah kepada yang lebih baik.

' orang mukmin itu kan hari ini lebih baik dari semalam'

teguran itu untuk kamu dan saya

teguran apa pun yang terdapat di dalam blog ini, walaupun ia berkaitan dengan diri anda atau tidak, tapi ia adalah untuk saya dan kamu.

ramai manusia yang apabila ditegur, menganggap teguran itu tidak diberi untuknya.
dan ramai juga manusia apabila ditegur, menganggap teguran itu adalah semata-mata untuk merendahkan atau memburukkan dirinya.
dan ramai juga manusia apabila ditegur, dia terus memikirkan kesalahan si penegur itu dan mengatakan kamu juga sama teruk dengan saya. kamu tidak layak menegur saya.
dan ramai juga manusia apabila ditegur, dia boleh menerima teguran itu dengan baik dan merubah terus kekurangan diri yang ada.

anda kategori yang mana satu?

teguran itu memburukkan dan merendahkan dirinya?

bukan tujuan itu sama sekali teguran itu untuk merendahkan diri kamu, atau memburukan diri kamu. malah itu satu pengi'tirafan bahawa saya sayang kamu.
kerana apa?
kerana kamu adalah orang yang terpilih untuk saya fikir dan fikir bagi menyelesaikan masalah diri kamu. kerana saya tidak mahu kamu terus jahil dan bergelumang dengan maksiat yang kamu sendiri tahu tentang itu.

kamu buat salah, jadi saya perlu tegur. dan teguran yang terbaik ialah melalui blog ini.
sebab kamu adalah pembaca setia blog ini.
bukankah kamu perlu bersangka baik dengan saya.

bukalah hatimu untuk menerima teguran

mungkin jika saya yang silap dalam memberi teguran, saya minta maaf. tapi, jika teguran itu terkena pada diri anda, maka teguran itu perlu anda terima dengan hati terbuka.
dengan lapang dada.
bukan dengan berpaling muka dan tidak bertegur sapa.
malah, haram jika sampai 3 hari kamu tidak bertegur sapa dengan saudara kamu.

hati itu mungkin belum cukup bersih. maka, perlu dibersihkan lagi dengan muhasabah diri. agar setiap teguran yang datang, diterima dengan gembira dan minda yang positif.
.
bukankah itu akan membuat hatimu lebih bahagia.
hidup tak terseksa. dendam hilang sudah.

sejauh mana kita mengamalkan apa yang kita baca dan bicara

ada seorang ikhwah pernah kata, mahu tulis di blog pun kena solat taubat. ya, sebab menulis di blog adalah memberi pengisian pada jiwa-jiwa yang membaca.
maka, saya tidak tahu sejauh mana posting-posting di blog ini anda boleh terima dan mengamalkannya.

jadi, saya harap, jika saya tersilap, maka tegurlah saya.
jika posting yang saya bagi, hanya sampah dan tidak memberi apa-apa makna, maka tegurlah saya.

saya tidak pandai menulis, tapi saya mahu belajar dan belajar agar bisa menulis juga. untuk manfaat orang-orang di serata dunia.

jadi, apa yang kita bicara/ tulis atau baca, marilah sama-sama kita mengamalkannya. samada di web mana-mana pun, sejauh mana kita mengamalkannya?

tepuk dada, tanya jiwa, biar iman berbicara. 

5 Jun 2010

islam takkan menang kalau...




saudara muslimku,
islam takkan menang kalau,
kita masih lagi tidak kenal agama,
sekadar agama adalah syarat,
hanya tahu ucap kalimah syahadat,
islam tak dihayati sepanjang hayat,
hidup jahiliyah dirasakan pilihan yang tepat.

saudara muslimku,
islam takkan menang kalau,
amalan wajib kita tak buat,
tinggal puasa, solat dan zakat,
arak, zina, rokok yang dijilat,
hidup sempit dan Allah tak berkat,

saudara muslimku,
islam takkan menang kalau,
bersatu padu kita lambat,
bercerai berai kita cepat,
hidup kutuk mengutuk umpat mengumpat,
kaum lain tersenyum kelat,
sampai memutuskan silaturrahim yang Allah laknat,

saudara islamku,
islam takkan menang kalau,
ilmu agama kita tiada,
ilmu dunia kita buta,
bodoh sombong kurang membaca,
kalau pandai pun akhlak tiada,
buat benda yang menghancurkan saudara,
akhirnya Allah bagi bala.

saudara seislamku,
islam takkan menang kalau,
kita duduk goyang kaki tak hirau saudara,
orang suruh boikot produk israel dibuat sambil lewa,
tapi bila berdemonstrasi dialah yang nampak kepala,
coca cola, nestle, KFC dan Mc D dia makan juga,
saudara palestin kita menderita,
kalau dia yang kena sendiri, baru dia rasa.

saudara muslimku,
islam takkan menang kalau,
kita cinta dunia,
hidup bersengkokol dengan israel dan kafir durjana,
semata-mata nak kesenangan yang nyata,
islam tak pun dibela malah dikorban saja,
takut sangat dengan mereka,
moga nanti Allah sahaja yang membalas segalanya,
baru padan muka kau terseksa.

saudara muslimku,
islam takkan menang kalau,
kita ini banyak berkata sahaja,
tapi tindakan nya tak buat mana,
saudara kita sudah sakit terseksa,
mari kumpulkan tentera islam semua negara,
mati syahid impian setiap manusia,
kita kumpul tenaga,
insyaAllah kualiti dan takwa adalah perisainyam
Allah tolong bawa beribu malaikat bersama.

saudara muslimku,
islam takkan menang,
kalau kau tak buat langsung apa-apa,
doa, solat, boikot, infaq itu usaha,
mari kobarkan semangat jiwa pemuda di luar sana,
dengan mentarbiyah mereka,
agar bersih jiwa,
kelak jadi pejuang islam hebat seantero dunia.

islam akan menang kalau kita semua berubah, insyaAllah.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...