Pages

IN THE NAME OF ALLAH THE MOST GRACIOUS THE MOST MERCIFUL

.

SELAMAT DATANG

Teruslah bergerak, hingga kelelahan itu lelah mengikutimu.
Teruslah berlari, hingga kebosanan itu bosan mengejarmu.
Teruslah berjalan, hingga keletihan itu letih bersamamu.
Teruslah bertahan, hingga kefuturan itu futur menyertaimu.
Tetaplah berjaga, hingga kelesuan itu lesu menemanimu.”
( allahyarham KH Rahmat Abdullah )

16 Jun 2010

SINERGI: edisi pertama


segala puji bagi Allah. akhirnya, majalah sinergi telah pun siap untuk diedarkan.
walaupun, tidak terlibat secara keseluruhan, saya bersyukur pada Allah swt. kerana dengan buku ini, dakwah dapat disebarkan secara meluas ke dalam masyarakat dan ke merata tempat.

insyaAllah, jalan dakwah bukan satu. tapi berbagai-bagai. jadi sejauh mana kita menggunakan jalan yang berbagai-bagai itu untuk manfaat semua. maka, jalan dakwah melalui pena ini adalah salah satu alternatif kami.

jadi, dapatkan di pasaran majalah SINERGI keluaran edisi pertama di kedai-kedai buku yang berhampiran dan pengedar yang terdekat dengan anda.

harga
harga majalah ini hanya RM3.00. harga yang saya kira berpatutan dan sesuai bagi setiap golongan remaja dan dewasa.
maka, kalau kita tiada masalah dalam menambah nilai kad prabayar kita, mengapa tidak kita mengorbankan sedikit wang untuk membeli buku yang sarat dengan ilmu pengetahuan ini.

penulis
penulis buku ini terdiri dari mereka yang berlatar belakangkan mereka yang terlibat dalam dakwah dan tarbiyah. mereka terdiri daripada mahasiswa/mahasiswi, doktor dan ustaz.
meskipun baru pertama kali dalam menghasilkan karya di majalah, namun, komen dan apa-apa perbaikan dari para pembaca terus ke emel penulis-penulis kolumn amatlah diharapkan.

saiz
majalah ini bersaiz comel. separuh dari saiz A4. maka, mudah untuk dibawa kemana-mana kerana saiznya yang kecil.

tebal 
saya tidak pasti tebalnya. tapi insyaAllah ia sarat dengan info kerana terdapat lebih kurang 13 kolumn di dalamnya.

mohon masukan dan cadangan
majalah ini merupakan edisi yang pertama. keluaran yang pertama. jadi, mungkin ada yang kekurangan. mohon para pembaca terus memberi masukan dan cadangan agar perbaikan dapat dilakukan.
mudah-mudahan, keluaran akan datang akan lebih baik dan lebih sempurna.
untuk berbuat demikian, terus hubungi synergymedia2010[a]gmail.com atau hubungi saya sendiri melalui emel. atau terus komen di bawah ruang yang disediakan.

untuk perkembangan majalah terus lawati laman web SYNERGY MEDIA.

p/s : ada sesiapa yang sudah baca? mohon dikongsikan di sini.

8 teguran:

Abu Faruq Al-Iskandari berkata...

ana dah baca, alhamdulillah, isinya cukup menarik dan sarat dengan ilmu pengetahuan.

insyaallah, majalah ini juga telah sampai di bumi sabah dan dalam perjalanan ke kota bharu.

Nurul berkata...
Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.
akhwat kerdil berkata...

salam..alhamdulillah 1 lagi cara berdakwah pd masyarakat.teruskan dan moge Allah redha

nobita berkata...

menarik:)

nobita berkata...

keluaran 2 bulan sekali?

dr. mujahidah berkata...

salaam nobita..ia adalah keluaran 2 bulan sekali memandangkan buat masa ini memang 2 bulan sekali..
doakan dan terus menyokong...

nobita berkata...

InsyAllah:)mtk izin eh promote kat fb:)

dr. mujahidah berkata...

promote la.. amatlah digalakkan.. thanks. jzkk

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...