Pages

IN THE NAME OF ALLAH THE MOST GRACIOUS THE MOST MERCIFUL

.

SELAMAT DATANG

Teruslah bergerak, hingga kelelahan itu lelah mengikutimu.
Teruslah berlari, hingga kebosanan itu bosan mengejarmu.
Teruslah berjalan, hingga keletihan itu letih bersamamu.
Teruslah bertahan, hingga kefuturan itu futur menyertaimu.
Tetaplah berjaga, hingga kelesuan itu lesu menemanimu.”
( allahyarham KH Rahmat Abdullah )

23 Jun 2010

jagalah hatimu

Jagalah hati jangan kau kotori
Jagalah hati lentera hidup ini
Jagalah hati jangan kau nodai
Jagalah hati cahaya Illahi


inilah lagu acap kali kita dengar dari corong radio atau tv. lagu nyanyian Snada , Jagalah hati. dan ramai di antara kita hanya menyanyi tapi tak pernah memahami maksud  yang sebenar tentang penjagaan hati. bahkan hati kita  waktu itu terus dikotori oleh noda-noda dan dosa.

Awas! mereka yang selalu sahaja berusaha membersihkan hati dengan amal-amal ibadah atau mutabaah juga perlu waspada. perlu menjaga hatinya agar tiada kecairan kemanisan dalam melakukan ibadah.

dimana manisnya?


"Ada tiga perkara, barangsiapa yang tiga perkara itu ada di dalam diri seseorang, maka orang itu dapat merasakan manisnya keimanan iaitu: jikalau Allah dan RasulNya lebih dicintai olehnya daripada yang selain keduanya, jikalau seseorang itu mencintai orang lain dan tidak ada sebab kecintaannya itu melainkan kerana Allah, dan jikalau seseorang itu membenci untuk kembali kepada kekafiran setelah diselamatkan oleh Allah dari kekafiran itu, sebagaimana bencinya kalau dilemparkan ke dalam api neraka." (Muttafaq 'alaih)
disaat mula tarbiyah, kualiti amal meningkat. kemanisan terasa. tapi sejak sudah lama tarbiyah, kuantiti meningkat, tapi kualiti tiada. amal terasa tiada manisnya. seolah-olah, amal dilakukan kerana ia rutin harian, kerana murobbiyah atau murobbi. bukan kerana rasa kecintaan kita pada Allah swt.
kenapa begitu sekali ikhwat wa akhwat sekalian?

itulah penyakit yang menimpa para dai' sekarang. penyakit hati. apabila sudah bergelar dai' maka dirasakannya diri mulia, tiada dosa. hidup kononnya penuh dengan amal kebaikan. tudung labuh dan kopiah dirasakan  indikator takwa. maka, diri mudah lupa. perasaan ujub, riya' takabbur mula ada. maka, keikhlasan dalam beramal mula hilang.

mari kita belah dada kita. lihat hati kita. adakah perasaan sebegitu masih wujud? kita ini berbuat kerana apa? kerana halaqah mate , murobbiyah atau murobbi atau orang sekeliling?

teori buah manggis

adakah kita mahu mengutip banyak buah manggis tapi busuk atau kita mahu memanjat pokoknya dan dapatkan buah yang sempurna?
adapun buah manggis yang busuk, sekalipun banyak yang kita perolehi dengan usaha yang minima, dikutip di bawah pokok, maka ia tidak berguna. tidak boleh dibawa makan. kalau dibawa makan, maka manisnya sudah hilang atau ulat mengelilinginya.
begitulah amal, sekalipun amal yang banyak, dan kesungguhan dan keikhlasan pula kurang, maka ia juga seperti manggis busuk. tak berguna. tak diterima. malah, tidak terasa kemanisannya.

namun, dengan memanjat pokok, kepenatan terasa kerana tenaga digunakan semaksima mungkin. diperolehi buah sempurna. perut kenyang, manis terasa, dan mudarat pun tiada.
seperti juga amal yang dilakukan dengan berkualiti, insyaAllah hasilnya terasa, manisnya ada dan pahala pun berlipat ganda.

bertaubat atas taubat kita
"Dan orang-orang yang apabila melakukan kejahatan atau mengianiaya dirinya sendiri, mereka lalu ingat kepada Allah, kemudian memohonkan pengampunan kerana dosa-dosa mereka itu. Siapakah lagi yang dapat mengampuni dosa-dosa itu selain Allah? Dan mereka tidak terus-menerus mengulangi perbuatan yang jahat itu, sedang mereka mengetahui."' (ali-lmran: 135)
mengapa setiap kali bertaubat, kita sering melakukan dosa. padahal itu adalah taubat nasuha. taubat yang sungguh-sungguh. apakah kualiti taubat kita tiada? menyebabkan dosa itu berkali-kali di ulang. apatah lagi kita ini namanya seorang dai'. 

taubat itu kan membersihkan hati. masakan, hati kita terus keras kalau kualiti taubat kita dijaga? jadi, maknanya kita ini taubat main-main. sekadar syarat.
perlunya kita bertaubat atas taubat kita yang tidak telus. taubat tapi tetap juga maksiat menjadi pilihan. taubat kerana ia arahan dari murobbiyah. taubat hanya untuk halaqah atau syuro.

masakan begitu ukhti wa akhi. kita ini orangnya ditarbiyah. sudah ada kefahaman. jadi, perlunya rawat hati selalu. jangan ego. hatimu itu selalu dicemari tanpa kau sedar. makanya, jangan mennganggap kau itu suci.

air mata batu

" mengapa ya sejak ana dah lama ditarbiyah, air mata ana keras. tidak mahu turun-turun."

itu adalah luahan seorang akhwat. dan ana yakin masalah itu berlaku juga pada semua orang. air mata batu mungkin disebabkan mereka merasa sudah punya banyak amal. jadi, bila berhadapan dengan Allah tika solat, tiada apa lagi yang mahu diminta ampun dari Allah ataupun merasakan Allah itu mudah mengampunkan hambaNya. tidak sungguh-sungguh pun tidak mengapa. tidak menangis pun tidak mengapa. kerana aku ini sudah tidak berbuat dosa. itu sifat sombong namanya, sifat-sifat mazmumah. maka, itu penyebab hatimu keras. air mata juga jadi keras. 

masakan begitu sekali cara kita berrfikir? ayuh..
jika kamu tidak mampu menangis kerana dosa yang kamu lakukan, maka menangislah kerana kamu tidak mampu menangis 
Dari Anas r.a., katanya: "Rasulullah s.a.w. berkhutbah, tidak pernah saya mendengar suatu khutbah pun yang semacam itu -kerana amat menakutkan. Beliau s.a.w. bersabda:
"Andaikata engkau semua dapat mengetahui apa yang saya ketahui, nescaya engkau semua akan ketawa sedikit dan menangis banyak-banyak." Anas berkata: "Maka para sahabat Rasulullah s.a.w. sama menutupi mukanya sendiri-sendiri dan mereka itu menangis terisak-isak." (Muttafaq 'alaih)


air mata itu rindu mahu bercucuran. dan Allah itu amat rindu juga melihat kamu menangis memohon ampun kepadaNya.
ingatlah Allah takkan pernah bosan untuk mengampunkan dosa hambaNya selagi mana hambaNya itu tidak pernah bosan memohon ampun..

dari Abu Musa r.a, Rasulullah bahawasannya berdoa dengan doa yang ini :
ya Allah, berilah pengampunan untukku kesalahan dan kebodohanku, berlebih-lebihanku dalam perkaraku dan apa sahaja yang Engkau lebih mengetahui tentang itu daripada saya sendiri.
ya Allah, ampunkanlah kesalahanku yang saya lakukan dengan kegiatan bermain-main, ketidaksengajaan serta yang memang saya sengaja, juga segala sesuatu dariku.
ya Allah, ampunkanlah untukku kesalahan yang saya lakukan dahulu atau apa yang saya lakukan kemudian, yakni sesudah saat ini, juga yang saya sembunyikan serta yang saya tampakkan dan apa-apa yang Engkau lebih tahu tentang itu daripada saya sendiri. Engkau Maha mendahulukan serta Maha Mengakhirkan dan Engkau maha kuasa atas segala sesuatu ( muttafaq alaih)
p/s : jagalah kualiti dan kuantiti ibadah agar tidak menjadi golongan yang berciciran di jalan ini.
artikel ini peringatan untuk ana. dan juga sahabat-sahabat di luar sana.

3 teguran:

Don Daughter's berkata...

Tq ATAs artiKEL Yg menarIK Ni

laGU yG ADE dlM BLOg ni PUN besT

SmbiL MBaca

MGHYAti BAit2 lirIK LAgu..

tQ skalI LAgi..

=)

adeq berkata...

T.T

Akak....ingatkan saya ye..
"laddharara, waladdirar. hati-hati menjaga hati."

pemerhati berkata...

ana merasa kecairan nilai dalam diri...

ya Allah,bantu aku....

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...