Pages

IN THE NAME OF ALLAH THE MOST GRACIOUS THE MOST MERCIFUL

.

SELAMAT DATANG

Teruslah bergerak, hingga kelelahan itu lelah mengikutimu.
Teruslah berlari, hingga kebosanan itu bosan mengejarmu.
Teruslah berjalan, hingga keletihan itu letih bersamamu.
Teruslah bertahan, hingga kefuturan itu futur menyertaimu.
Tetaplah berjaga, hingga kelesuan itu lesu menemanimu.”
( allahyarham KH Rahmat Abdullah )

10 Okt 2010

cemburu yang memakan diri

cemburu kerana menganggap hati dia milik kita seorang

" ana tak boleh kalau ada akhwat rapat sangat dengan enti"
" apa masalahnya?"
" nanti enti abaikan ana"

begitulah kehidupan seorang akhwat. hubungan akrab dan ukhwah yang kuat adalah satu kemestian.sukarnya untuk melihat hubungan yang sebegini utuh. hubungan yang didasari dengan keimanan dan ketakwaan kepada Allah swt. Ia merupakan akar penguat untuk terus menapak dan istiqamah di jalan dakwah ini. tanpa ukhwah, maka takkan terhasilnya  satu jemaah yang kuat dan mungkin juga dakwah akan hambar dan lenyap dari muka bumi ini. 

ukhwah menyatukan hati kita

salah satu cara untuk berdakwah pada seseorang adalah melalui ikatan ukhwah. sudah dibuktikan, ukhwah yang kuat mampu merubah seseorang menjadi lebih baik. sejarah telah membuktikan Lihatlah bagaimana ukhwah Abu Bakar dengan Rasulullah sendiri, menyebabkan mudahnya Abu Bakar mempercayai dan meyakini segala apa yang disampaikan Rasulullah meskipun seluruh masyarakat menafikannya. subhanallah.. hebatnya momentum ukhwah.

semestinya, sejarah kita mula berjinak pada tarbiyah juga adalah disebabkan kekuatan ukhwah dengan orang yang menarik kita ke jalan ini. meskipun, pada masa itu kita berkira-kira dan dalam keadaan terpaksa, namun, ukhwah mengatasi segalanya. rasa simpati dan kasihan pada seseorang yang mengajak kita, menyebabkan kita tetap hadir ke taklim/ halaqah dan program.

cemburu itu biasa?

Dalam ukhwah , ada orang kata, cemburu itu biasa. cemburu itu petunjuk sejauh mana seseorang menyanyangi kita. tapi, kalau cemburu yang luar biasa bagaimana? tidak boleh kah? 

bukan di medan saya sahaja ada masalah cemburu ini, tapi di medan akhwat lain pun turut berlaku. cemburu yang luar biasa sehingga memutuskan untuk mufaraqah ( keluar halaqah). dan cemburu yang diakhiri dengan permusuhan sesama kita.

pantang sahaja, kalau ada akhwat yang sangat rapat ukhwahnya, pasti ada sahaja mata-mata memandang dan mulut-mulut yang tidak puas hati. katanya, terlalu rapat sangat sehingga mnyukarkan kerja dakwah, tidak mahu berdamping dengan akhwat lain lah dan macam-macam lagi yang akan dipersoalkan. padahal hakikatnya tidak semua yang begitu.

saya pernah mendengar cerita tentang seorang akhwat. kerana dikatakan terlalu rapat hubungan mereka, maka, mereka memutuskan untuk berjauhan satu sama lain. timbullah konflik dan hubungan mereka tidak seperti dulu. akhirnya, masing-masing merana. dan hubungan mereka goyah begitu sahaja. subhanallah.. rasanya ukhwah seperti dimain-mainkan.

cemburu sesama akhwat

berlakunya cemburu sesama akhwat kerana merasakan dirinya sahaja yang boleh memiliki kasih sayang dari akhwat kesayangannya. maka, sesiapa sahaja akhwat yang mempunyai hubungan yang rapat sedikit dengan akhwat kesayangannya, akan lahirlah rasa cemburu dan dipendam sehinggga akan meletup satu hari nanti.

ada orang sanggup menikam dari belakang kerana cemburu

apa yang dapat dilihat dari sikap cemburu ini, hanya akan membawa mudarat. disebabkan kita merasakan diri tidak lagi dihiraukan, kita akan cuba untuk menyakiti hati orang yang kita sayang. saya juga pernah cemburu dengan sahabat saya semasa di sekolah dulu hanya kerana sahabat saya rapat dengan orang lain. walaupun sahabat saya tidak mengabaikan saya, namun saya merasa saya dipinggirkan. dan akhirnya saya membuat keputusan untuk mem'protes' tindakan sahabat saya dengan menyakitinya dan berjauhan darinya. satu tindakan yang saya rasa semata-mata untuk mendapatkan keprihatinan dari dia. namun, akhirnya kerenggangan yang saya dapat.

keretakan ukhwah

cemburu yang pada mulanya tanda kita sayang seseorang, menjadi satu bencana buat diri kita. sikap cemburu membuatkan hubungan kita dengan orang yang kita sayang dan dengan mereka yang rapat dengan orang yang kita sayang akan renggang. itu berdasarkan pengalaman.

tidak percayakah? lihatlah apa yang berlaku pada diri anda sendiri dan pada akhwat yang ada sikap cemburu. bagaimanakah sikap mereka dan bagaimanakah tindakan mereka mengatasi cemburu yang ada? pastinya, tidak rasional.

maka, ukhwah akan berantakan di sebabkan cemburu yang tak bertempat.

murobbiyyah main peranan

ada murobbiyah yang hanya rapat pada sesetengah mad'unya sahaja tanpa mengira perasaan mad'u yang lain. terutamanya apabila berlaku penukaran murobbiyah baru.
disebabkan ikatan ukhwah tidak di'settle' kan awal-awal lagi dengan mad'u yang baru, maka, ukhwah akan terasa janggal. berlakunya 'gap' antara murobbiyah dan mad'u.

jadi, mad'u akan berasa disisihkan dan cemburu dengan hubungan yang agak rapat murobbiyah dengan mad'u  yang lain dan merasakan ukhwah itu hanya di halaqah sahaja. 

akan berlakulah krisis dimana mad'u yang disisihkan merasa tiada gunanya untuk datang ke halaqah kerana ukhwah yang lemah. segala musykilah dipendam dan dibiarkan begitu sahaja kerana merasakan tiada kebersamaan.

itulah penting peranan murobbiyah melayan sama rata mad'u mereka. ditakuti ada mad'u yang terasa hati dan akhirnya menjadi golongan yang berciciran dari jalan tarbiyah dan dakwah ini.

penutup: mengelak cemburu dengan berlapang dada

mahukah kita hidup keseorangan kerana cemburu kita menyakiti ramai orang

saya cemburu dengan adik saya, kerana punyai kakak-kakak yang rapat dengan dia. saya cemburu dengan kakak saya kerana punyai adik-adik yang rapat dengan dia. dan saya juga dicemburui kerana punyai adik-adik yang ramai. ( perasan)

tapi, apa yang saya nak tekankan disini adalah mengatasi sikap cemburu itu dengan berlapang dada. menerima segala-galanya dengan berlapang dada.
dan bermuhasabah adakah hubungan kita dengan orang yang kita rapat adalah kerana Allah?

kalaulah hubungan kita dan orang-orang yang kita sayang kerana Allah, mengapa mesti cemburu? orang yang kita sayang bukan milik kita seorang. masih ramai lagi yang memerlukan mereka. siapa kita mahu mempersoalkannya.

Teruslah bersangka baik dengan orang-orang yang kita sayang. insyaAllah segalanya akan selesai dan ukhwah kita akan terus bersih dan mengalir laju ibarat air sungai jernih yang mengalir deras.


" usahlah rasa memiliki, kerana rasa memiliki 'mungkin' buat kita sengsara"

p/s : selesaikan masalah cemburu sebelum ia berlarutan dan berjangkit pada orang lain

15 teguran:

adik berkata...

xtau nk ckp ape..hehe..yey,,sme2 jgn cemburu~y tlampau..nyau~ ^_~

tini berkata...

astagfirullah...

terkadang risau dgn persoalan cemburu ini.

apa yg perlu kita buat kalau ada akhwat yg cemburu kita rapat dengan seorang akhwat lain?

adeq berkata...

- cinta itu bukan untuk dimiliki tetapi untuk dikongsi - sis Noora ~

Musafir Dunia berkata...

Mabruk! T_T

adik berkata...

nth knp ayat sis noora mcm pna dga =)
salam wat MD

dr. mujahidah berkata...

buat tini,curhat cara yang terbaik. bersemuka dengan dia untuk mengetahui masalah dari mulut dia sendiri. mungkin boleh mintak bantuan murobbiah

Tanpa Nama berkata...

berlapang dada lah selalu..itu yg terbaik unt masalah cemburu....jgn terlalu mgharap, kelak kita akan kecewa...jgn disalah gunakan kasih sayang itu...berpada-padalah....sentiasa bersangka baik..pasti tiada masalah..insyallah

Tanpa Nama berkata...

Cemburu itu adlah tabie' bagi manusia. Ianya fitrah yang ada dalam diri manusia. Kerna ia perlu dan penting disesuatu tempat.

Namun, bagi cemburu yg tidak baik. Ubatnya adalah, isilah kasih sayang dalam hati dengan kasih dan sayang daripada Allah dulu. Tidak dengan kasih sayang daripada manusia.

Ya benar manusia perlukan kasih sayang daripada sesama manusia untuk mengubat hati, namun hati manusia ini terlalu luas untuk disempitkan hanya kerana cemburu kepada kasih sayang manusia yg tertentu.

Juga, hati manusia ini terlalu luas untuk disempitkan dengan pemberian kasih dan sayang hanya kepada insan tertentu sahaja.

Sebarkanlah kasih sayang kerana Allah. Itulah ubat bagi hati yang sakit....Hanya kasih sayang dari Allah....Luaskanlah hati dengan kasih sayang-Nya dan untuk berbagi akan kasih-sayang-Nya.....

adeq berkata...

adik : sis noora selalu guna ayat tu..akak dah hafal dah..

kadang2 cemburu bagus juga.."cemburunya dengan dia..disayangi sebab dia bla3 (sesuatu yang baik)..kena lebih baik dari dia nhe.."

insan biasa berkata...

jernihkan semula fikiran..kita buat dakwah nie sbnrnya utk tujuan apa ye??..nk dpt redho Allah ke redho manusia??

kadang2 pelik jg..mula2 masuk dkwh memg nmpk keikhlasan nk buat kerja dakwah,tp bila dh lama,niat yg baik tue mula menyimpang...muhasabahla semula,matangkan diri kita..jgn jadi mcm budak2..emosi sana,emosi sini
semata2 nk perhatian org yg dia syg

ya allah,klu fikir2 bilik,byk lg kerja dakwah yg lebih besar yg kita kena setelkan...jiwa besar ke kita nie smpi mende2 nie jadi perhatian utama kita???jadilah org BERJIWA BESAR..
jgn jadi jiwa kecil mcm budak2; emosi sana,emosi sini

dr. mujahidah berkata...

betul kata insan biasa.. banyak lagi benda nak fikir...

" macam budak-budak"

adeq berkata...

erk....

Tanpa Nama berkata...

salam...perkara agama hanya akan digelar agama sekiranya ia bersumber dr nabi s.a.w dan tiada lain krn ALLAH s.w.t....namun dewasa ini pergerakan islam yg mula di hidupkan kembali oleh ulama yg hak muktahir ini telah disalah tafsir oleh sbahagian ahli jemaah yg bru berkecimpung dlm pergerakan agama...namun itu bukanlah modal yg kukuh utk menghalang mereka terus berdiri dlm gerakan ini kerana agama dan perjuanagan agama adlah milik penganutnya...percampuran golonagan bkan sejantina yg bukan muhrim dlm perjuangan agama adalah suatu penipuan syaitan yg begitu halus dan sgt berbahaya buat para dai'...oleh itu harus kita merenung apakah sebab natijah dr pergerakan agama yg kita lakukan kurang berhasil berbanding sahabat2 baginda s.a.w...kita menganggap perkara ini ringan dan diharuskan krana keadaan sekarng mengizinkan...namun adakah wajar agama islam ciptaan ALLAH S.W.T yg mana telah lengkap segala2nya di tambah dgn idea kita yg sgt lemah ini...

Unknown berkata...

sangat bagus entry ni..
kebetulan..entry ni sangat membantu diri kite jg untuk sentiasa berlapang dada dengan orang yang kite dah rapat,lagi2 dengan orang yang kite sayang..kadang2 memang sangat cemburu tapi mungkin pada diri kite masih ada silap disana-sini membuatkan akhwat yang kite sayang tu tak nampak kite..right?btw sentiasalah menjadi seorang pemberi daripada menerima..niatkan setiap ukhwah yang terbina itu mendapat keredhaan Allah yang utama bukan hanya inginkan perhatian daripada manusia dan kasih sayangnya..

Tanpa Nama berkata...

masalah yang the other way round is when the relationship is more than that. bukan kerana Allah dia berukhwah, tetapi menempel 'kerana Allah'. sdg dia mmg sayang sahabat dia tu terlebih2 utk mengikut nafsunya(utk kepuasan diri), kalau xde sahabat dia, xdpt la dia nak concentrate buat kerja, xblh nak 'berdiri sendiri' dalam pergi ke mad'u etc. ini baru dikatakan oleh beberapa orang. bahaya. sbb seolah2 pergantungan dia pada Allah hilang. wallahu a'lam.
(mari sama2 muhasabah)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...