khabarkan musykilahmu padaku, aku sedia bantu termampu !
Baru-baru ini, ada puisi saya nukilkan khas untuk murobbiyah. Seorang yang ditarbiyah, jika tiada murobbiyah, itu
adalah sangat pelik. Bahkan, salah satu rukun tarbiyah itu sendiri adalah
murobbiyah. Siapa yang mampu untuk mendapat tarbiyah tanpa murobbiyahnya?
Mungkin, satu masa nanti kita akan futur kerana tiadanya murobbiyah.
Ada akhwat yang kadang-kadang
terpaksa beberapa kali bertukar murobbiyah selama dia ditarbiyah. Ada juga
akhwat yang terpaksa menerima seorang ikhwah sebagai murobbinya. Namun, itu
bukan penghalang kita untuk merasa tsiqah kepada murobbiyah/murobbi kita. Bukan
juga alasan untuk kita merasa kekok atau janggal dengan situasi baru itu.
Namun, itu satu sesi pembelajaran sebenarnya. Kerana setiap murobbiyah/ murobbi
berbeza karakter dan cara dia
berinteraksi. Itulah membolehkan kita sendiri belajar bagaimana untuk menjadi
murobbiyah sukses.
Luahan murobbiyah
Seorang murobbiyah sebenarnya
sangat prihatin akan masalah mutorobbiahnya meskipun pada pandangan mata
kasarnya kita tidak nampak. Peranan murobbiyah bukan sahaja hanya menyampaikan
ilmu dan kefahaman, namun lebih dari itu. Murobbiyah adalah ibarat ibu dan kakak
kita.
Ramai lagi masih tidak faham
sebenarnya apa seorang murobbiyah itu kehendaki. Seorang murobbiyah bukan
sahaja menginginkan mutorobbiahnya sangat komited terhadap dakwah dan tarbiyah,
tapi juga menghendaki mutorobbiahnya tsiqah padanya.
Tsiqah yang bermaksud percaya.
Percaya dalam berkongsi masalah atau musykilah. Menjadikan murobbiyahnya tempat
curhat. Menjadikan bahu murobbiyahnya sebagai tempat mengadu masalah dan tempat
berkongsi rasa. Namun, itu sangatlah jarang kita temui sekarang! Seorang
mutorobbiah lebih tsiqah pada orang lain melebihi murobbiyahnya.
Sampaikan musykilahmu
Sebenarnya dalam berkongsi
musykilah, seorang mutorobbiah sepatutnya mengutamakan murobbiyahnya dari yang
lain. Musykilah selalunya adalah satu masalah yang dihadapi oleh
mutorobbiah. Jika mutorobbiah tidak sanggup untuk berkongsi musykilah, bagaimana
untuk seorang murobbiah mengetahui apakah permasalahan mutorobbiahnya dan
sejauh mana kefahaman mutorobbiahnya selama ditarbiyah. Adakah salah faham atau
memang tidak faham langsung!
Saya bukan bermaksud menghalang
akhwat dari berkongsi musykilah dengan akhwat lain. Tidak salah jika mahu
berkongsi sesuatu dengan akhwat lain namun perlu di ingat bahawa musykilah itu
sepatutnya sampai ke telinga murobbiyah kita dahulu.
kabarkan musykilah bukan sahaja semasa halaqah tapi juga di luar halaqah
Sesuatu yang tidak adil
sebenarnya, apabila musykilah seorang mutorobbiah tidak sampai ke telinganya
bahkan sampai kepada akhwat lain atau mungkin lebih teruk jika sampai kepada
orang yang tidak pakar.
Bila kita menjadi murobbiah, kita juga tidak suka perkara ini berlaku. Adakah kita suka jika mutorobbiah kita melakukan hal yang sama? adakah kita suka jika mutorobbiyah kita mengkhabarkan musykilahnya pada akhwat yang mungkin dari management lain? jika mereka bisa membantu, tidak mengapa. bagaimana kalau mereka hanyalah semakin membawa masalah dan bahkan memburukkan management kita pula. Moga itu takkan berlaku!
Penghalangnya adalah ukhwah!
Kebanyakkan mutarrobbiyah tidak
sedia untuk berkongsi musykillah dengan murobbiyah. Bukan kerana tidak tsiqah,
tetapi kerana rasa kekok. Murobbiyah yang sukar untuk melapangkan tangan dan
tidak bersedia untuk menadah telinga menjadi pendengar yang baik dan ukhwah
yang hanya diwujudkan semasa halaqah sahaja. Sedangkan diluar halaqah tidak
jauh hanya seperti kenalan biasa.
Oleh itu, bagaimana mutarrobiyah boleh selesa
untuk meluahkan apa yang yang dirasa dan berkongsi masalah. Semestinya orang
yang ingin dikongsikan cerita dan masalah akan jatuh kepada orang yang
benar-benar akrab dan selesa untuk dikongsikan. Siapa pula yang orang yang
selesa untu dikongsikan pula? Iaitu orang yang sama rasa sama cinta dan sama
memerlukan. Jika tiada kebersamaan dalam emosi dan rasa serta cinta maka amat
sukar sekali untuk meluahkan apa yang terpendam di jiwa..
Ya, ukhwah itu penting. Tapi
bukan hanya dengan kata-kata, bukan dengan manis lidah berkata, bukan dengan
sentuhan mesra. Tapi ia terletak di hati kita. Ya, di hati…hati yang menyatukan
hati-hati menjalinkan ukhwah sejati. Dari hati akan lahir dengan manis bicara,
sentuhan mesra, mencetus kebersamaan emosi dan secara tidak langsung mudah
untuk berkongsi suka duka dan meluahkan rasa.
Penutup: salah siapa?
kita perlu sama-sama perbaiki apa yang kurang
Ukhti, jangan sesekali
menyalalahkan murabbiyah atas kekurangan itu. Kerana mereka juga masih belajar.
Bukan mudah untuk menjadi murobbiyah kerana ia memerlukan pengorbanan ibarat
ibu yang selalu berkorban untuk anaknya.
Sedarlah mutarobbiyah, murobbiyahmu
sedang mencuba menjadi yang terbaik untuk mu. Bagi yang bergelar mutarobbiyah
pula, kamu boleh mengubah dirimu untuk positif berfikir dan sentiasa berbaik
sangka. Jangan kerana kelemahan murobbiyah mu, menjadikan dikau beralasan untuk
berdakwah dan berhalaqah. Pesan pada diri, kita tidak boleh mengubah orang lain
kerana itu urusan Allah.
Tapi khabarkan pada diri, kita yang harus berubah agar
perjalanan dakwah lebih lancar, halaqah lebih ceria dan diri bertambah semangat
dan dekat dengan Allah.
p/s: duhai akhwatku, saya sedia meminjamkan bahu saya untukmu.
11 teguran:
Salam.
^_^ (senyum seribu makna). Huhuhu..
Anyway, moga sentiasa diredhai Allah ukhti.
Uhibbuki fillah.
wahai murobiah, jangan salahkan mutarabbiyah mu curhat pada orang lain jika kalian tidak mampu berperanan sebagai ibu, kakak dan sahabat baik.. bahkan jangan salahkan orang lain jika mutarobbiahmu curhat kepada mereka.. tapi salahkan dirimu!
nk pinjam bahu
Salam..
ana mengakui kata ukhti.ana mempunyai halaqoh(br dibina thn lalu) tp sungguh sukar tuk ana meluahkn mslh bersma mrka.kekuatan antra hati2 itu tdk terasa.Jika mmpnyai musykilah,ana akn pergi mcri org len yg lbh ana prcya.Bukan ana x prcya sm mrka ttpi kekuatan hati antra kmi smua xdpt ana rsakan.sblm ini,ana da halaqah jg sblm memasuki U but ana ttp merasakn prkra yg sma.Kdg2 ana cemburu melihat kekuatan antara anak2 halaqah sahabat ana.Smpi skrg,ana berdoa akan menemui halaqah yg benar2 menguatkan n meneguhkan hati ana brsma mereka.insyaAllah..
murobbiahku..aku kan cuba mengenalimu dan cuba berkongsi rasa dan hati pdamu.
kerana aku cinta halaqah ini aku cinta tarbiah ini dan akanku pastikan hubungan2 kita kukuh bersama cintaNya.
mutarabbiku,khabarkan padaku jika kamu mampu.adakah kerana aku terlalu keibuan lantas hal2 yang melibatkan jiwa anak remaja kau khabarkan pada mereka yang lain?
- bukan ana di atas - hehe.
analytical blue : ana juga senyum seribu makna
kak ain : yela, murobbiyah pon salah jugak
adik: amek la bahu akak
DNA Maiesyati: teruskan sama2 perbaiki diri
adeq : bukankah kata2 itu lahir dari diri sendiri, masakan dari hati orang lain. hehe
mushah: smile
Alhamdulillah ukhti
Moga istiqamah.
Berada di perantauan, saya suka cara mereka mendidik anak-anak murid mereka. Saya sedih kerana apa yang dapat saya lakukan hanyalah berbicara sendiri mengimpikan Malaysia mengamalkan yang serupa.
Kerana hakikatnya umat Islam kinikurang ilmu di minda dan kurang hidayah di hati, kurang juga akhlak pada peribadi.
Ukhti, bersama kita tegakkan islam semula ya?
menangislah di bahuku(tajuk lagu)....nak menangis di bahumu...
xnk pinjam bahu tp nak tumpang bahu tu...
itu harapan kita
ukhti iffah : ya, insyaAllah kita sama2 tegakkan islam
ukhti analytical: lagu firdaus- menangislah di bahuku.. ana suka
ekada ika- pinjam bahu pun ana sanggup.. apatah lagi tumpang bahu. hehe
akhi syaiful:jzkk atas menjadi komentar setia setiap kali posting. memang itu harapan.. moga realiti
Catat Ulasan