Pages

IN THE NAME OF ALLAH THE MOST GRACIOUS THE MOST MERCIFUL

.

SELAMAT DATANG

Teruslah bergerak, hingga kelelahan itu lelah mengikutimu.
Teruslah berlari, hingga kebosanan itu bosan mengejarmu.
Teruslah berjalan, hingga keletihan itu letih bersamamu.
Teruslah bertahan, hingga kefuturan itu futur menyertaimu.
Tetaplah berjaga, hingga kelesuan itu lesu menemanimu.”
( allahyarham KH Rahmat Abdullah )

22 Dis 2012

Kebergantungan pada Allah

oo Allah, Help me!

Sejauh manakah keyakinan kita pada Allah dalam menguruskan hidup kita? Dalam akademik dan dakwah kita? Saya terkesan dengan kisah Perang Badar yang baru dibincangkan dalam daurah lepas. Tambahan pula, setelah mendengar pengisian dan perkongsian daripada akhawat.

Belajar dari Perang Badar

Mungkin kita sudah terbiasa mendengar tentang perang Badar. Namun, sebenarnya banyak kisah yang berlaku dalam perang ini yang sepatutnya kita ambil ibrah daripadanya.

Sudah kita sedia maklum, bilangan tentera islam dalam perang Badar adalah sedikit manakala bilangan tentera kafir pada masa itu 3 kali ganda daripada bilangan tentera islam. Walaupun pada mulanya, orang islam berada resah dan risau dengan bilangan yang sedikit dan bertambah pula dengan kelengkapan perang yang sederhana, namun Allah menurunkan hujan dan melahirkan rasa mengantuk dikalangan tentera islam. Tentera islam tidur awal pada malam itu manakala tentera kafir  sibuk menguruskan kem penginapan mereka yang yang dipenuh lecak becak.

Begitu juga dalam perjalanan menuju ke tempat perang, Rasulullah menuju ke perigi Badar yang paling hampir tapi Hubab Al Munzir telah mencadangkan ke perigi yang boleh menyekat air ke orang kafir.

Semasa perang berlaku pula, Rasulullah mengarahkan tentera islam 2 perkara:

1) Berselindung disebalik perisai ketika tentera kafir memanah
2) Bertempur bersama ketika tentera kafir memulakan pertempuran.

Keajaiban telah berlaku. Allah menolong tentera Islam dengan beribu-ribu Malaikat yang dilihat Abu Sufyan sebagai tentera berjubah putih

Tambahan pula, Rasulullah juga, tidak putus-putus berdoa, agar diberi kemenangan kepada tentera islam.

"Ya Allah, aku menagih janji dan jaminan-Mu. Ya Allah, jika Kamu binasakan kelompok ini (pejuang-pejuang mukmin), Kamu tidak akan disembah lagi di muka bumi."

Begitulah apa yang ditunjukkan dalam perang Badar bagaimana teguh dan utuhnya kebergantungan Rasulullah dan tentera islam pada Allah untuk mencapai kemenangan.

Realiti kini

Sebagai seorang pelajar, jarang sekali kita meyakini pertolongan dan janji Allah bagi orang-orang yang beriman. Ini mungkin kerana kita tidak pernah melalui 'keajaiban' pertolongan ALlah itu.

Sebagai pelajar, kita sering menyalahkan tarbiyah, halaqah, majlis ilmu atau dakwah itu sendiri menjadi asbab kemunduran kita dalam pelajaran. Mungkin kita tidak sedar, itu  sebenarnya adalah hasil sikap kita sendiri.

Semoga, kita sentiasa yakin dengan janji Allah.
Bergantunglah sentiasa pada Nya kerana Dialah yang menciptakan kita.

Usaha, strategi, doa dan pertolongan Allah adalah komponen penting untuk kita berjaya. Jangan pernah lemah dan bersedih hati.

Selamat berjaya dalam Peperiksaan Semester yang bakal berlangsug tidak lama lagi.

"Achieve Allah list, Achieve Dean list."
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...