Pages

IN THE NAME OF ALLAH THE MOST GRACIOUS THE MOST MERCIFUL

.

SELAMAT DATANG

Teruslah bergerak, hingga kelelahan itu lelah mengikutimu.
Teruslah berlari, hingga kebosanan itu bosan mengejarmu.
Teruslah berjalan, hingga keletihan itu letih bersamamu.
Teruslah bertahan, hingga kefuturan itu futur menyertaimu.
Tetaplah berjaga, hingga kelesuan itu lesu menemanimu.”
( allahyarham KH Rahmat Abdullah )

24 Feb 2011

Fitnah dikalangan aktivis dakwah


fitnah yang  menzalimi seseorang
Kita sudah sedia maklum bahawa terdapat pelbagai jemaah di Malaysia. Jadi, perlunya sikap berlapang dada menerima perbezaan ini walaupun hakikatnya tujuan utama kita adalah sama.

Jika mahu berkata tentang perbezaan, ada banyak perbezaan sebenarnya samada dari segi gerak kerja, cara, prinsip dan pendapat.

Saya ada memberitahu tentang bagaimana membuat pilihan dalam posting yang lepas. Sekali lagi diingatkan bahawa kriteria pemilihan kita adalah memilih sesuatu yang terbaik buat iman kita.

Meneliti setiap jemaah

Kita mengatakan kita mahu memilih jemaah. mahu menegetahui apakah sebenarnya yang mereka bawa,. Apakah sebenarnya visi dan misi mereka. Namun untuk mengetahuinya, bukanlah mendengar penerangan dan info dari satu jemaah sahaja dan kemudian mempercayai sebulat-bulatnya penerangan mereka sedangkan di sisi lain kita tidak ambil kira. 

Islam amat mementingkan tabayyun iaitu meneliti kebenaran sebelum mempercayainya. Adalah sangat perlu untuk kita berjumpa secara personal dengan orang-orang yang boleh dipercayai dalam seseuatu jemaah , mengetahui lebih lanjut tentang mereka dan menilai sendiri mana yang lebih baik untuk terus berkomitmen.

Salah sebenarnya jika untuk mengetahui tentang sesuatu jemaah, kita bertanya kepada  jemaah yang lain. Pasti akan ada perkara yang tidak benar dalam setiap perkataan yang disampaikan!

Gelombang fitnah

Menyampaikan sesuatu yang benar tentang seseorang atau kelompok adalah mengumpat manakala menyempaikan sesuatu yang salah pula dikatakan fitnah. Namun, perlu dengan syarat bahawa ia boleh menimbulkan kemarahan mereka yang terlibat.

Gelombang fitnah adalah antara jenayah paling buruk zaman ini. Semestinya fitnah dilakukan kerana tindakan yang tidak disengajakan atau memang untuk menjatuhkan seseorang. Ini semua bermula dengan sesuatu berita yang diada-adakan dan akhirnya tersebar meluas sehingga orang yang difitnah sendiri tidak tahu rupanya dia difitnah selama ini.

Pada hari ini, fitnah dikalangan aktivis dakwah adalah satu isu yang sangat popular. Mana tidaknya, ia melibatkan sesuatu organisasi, kelompok dan jemaah. Masing-masing mahu menunjukkan jemaah mereka ini hebat dalam mengajak manusia kepada islam. Namun, jangan sampai cara kita untuk menarik manusia ke jemaah kita adalah dengan cara yang 'kotor'.

Maksud kotor di sini adalah dengan mengada-adakan sangkaan tentang sesuatu jemaah lain dan kemudian menyebarkannya. Bagaimana kalau apa yang disangka dan disebarkan itu seratus peratus salah? Kalaupun ia benar, adakah orang yang dilibatkan itu redha dengan apa yang telah anda lakukan? Fikir-fikirkanlah.

segalanya bermula dengan sangkaan

inilah sikap kita iaitu suka berbuat sangkaan yang tidak benar. bersangka-sangka pada sesuatu yang belum pasti faktanya. membuat andaian berdasarkan pemerhatian. persangkaan yang dikuasai hawa nafsu dan kemudiannya di jadikan fakta untuk dikongsi oleh ramai orang.

kita diberi banyak pilihan, jadi pilihlah yang sesuai buat kita

jika kita melihat seseorang itu tidak memegang jawatan dalam berdakwah, orang ini dikatakan tidak mementingkan politik kerana politik itu kotor.

jika kita melihat seseorang selalu sahaja nampak 'superior' sedikit dalam berdakwah, orang ini dikatakan ketua di dalam medan/ kawasan itu.

jika kita melihat seseorang menggunakan alquran dan mentadabbur ayat di dalamnya, orang ini dikatakan  mentafsir alquran mengikut kepala otak dan sesat.

jika kita melihat seseorang itu gagal dalam peperiksaanya, orang ini dikatakan gagal kerana aktif dalam berjemaah kononnya.

jika sesuatu jemaah berhalaqah sehingga jam 3 pagi, jemaah itu dikatakan ekstreem.

jika sesuatu jemaah itu selalu berhubung dan memanggil datang akhwat atau ikhwah dari medan yang sama, jemaah itu dikatakan rupanya mempunyai pusat di sana.

jika jemaah itu mempunyai sedikit bilangan ahlinya, jemaah itu dikatakan tidak bagus dan berpotensi untuk berkembang.

jika jemaah itu selalu menggunakan nama sekian-sekian dalam berdakwah, jemaah itu namanya sekian-sekian.

jika jemaah itu mementingkan sirr, management ini serupa dengan jemaah yang lagi satu. oh, mungkin mereka sama.

Inilah persangkaan yang menimbulkan kekacauan dan perpecahan. Hilangkanlah kontroversi-kontroversi sebegini dan hebatkan prestasi serta gerak kerja masing-masing dalam bergerak menyentuh hati-hati manusia kepada islam. Usahlah membuat fakta-fakta yang tidak benar.

ajaklah kepada islam

jangan mengajak manusia kepada jemaah, tapi ajaklah manusia kepada islam. itulah perlu kita perbetulkan. segalanya dengan niat. segalanya bermula dengan langkah pertama. jika langkah pertama kita bergerak kerana jemaah, maka kita akan mengajak orang bergerak juga kerana jemaah.

namun, jika bergerak kerana atas dasar cinta kepada Allah, Rasulullah dan islam, maka kita juga akan mengajak orang seperti apa yang kita rasa. pernah suatu ketika, seseorang mengajak saya kepada jemaahnya hanya dengan mengisi borang penyertaan dan membayar yuran serta mengikuti program yang dianjurkan. jika mahu memasuki tahap yang lebih tinggi, perlulah aktif dalam mengikuti program yang dianjurkan dan betul-betul komited pada mereka.

Dalam proses awal menyentuh hati manusia, bukan jemaah yang kita promosikan. Tetapi islam itu sendiri. Kita tidak mahu halaqah yang berjalan hanya dibazirkan dengan membincangkan jemaah kami begini dan begitu. Namun, aspek aqidah dan ruhiyah tidak di ambil kira kepentingannya terlebih dahulu.

Ketahuilah bahawa tarbiyah dan keislamanan yang matang serta menyeluruh adalah salah satu ciri kebolehan daya tampung sesuatu jemaah. jika, tarbiyah yang matang tidak dapat dilakukan, bagaimana mahu menghasilkan ahli yang berkualiti? ahli mungkin tidak akan bergerak dan dakwah takkan tercapai hasilnya kelak. Kita tidak mahu ahli yang ada dalam sesuatu jemaah hanyalah ahli lelap yang hanya meramaikan jemaah tanpa ada sumbangan sedikit pun. Dan ahli lelap inilah hanya memberi fitnah pada jemaah itu sendiri. 
( sumber buku istia’b karya fathi yakan)

penutup: buat kerja masing-masing

rama-rama tenang dalam diam, tapi lebih jelas dari yang berbicara

sudahlah. hentikan semua ini. ia melambangkan kredibiliti kita. ayuh tingkatkan usaha bukan tingkatkan menghentam satu sama lain.

Allah tahu hati-hati manusia. Allah tahu apa yang kita sembunyikan. Biarlah Allah yang menilai setiap apa yang kita lakukan dan memberi balasan setimpal dengan apa yang kita lakukan.

apa yang perlu kita lakukan adalah, terus menerus berbuat demi islam. terus memperbaiki cara kerja kita. tidak perlu bercakap banyak untuk menarik orang kepada apa yang kita bawa tapi perlunya banyak qudwah untuk menyentuh hati-hati manusia.

saya suka jika kita jadi seperti rama-rama atau kupu-kupu. ia di analogikan oleh seorang penyair, Ahmad Mukhtar Al Wazi dalam buku Pelembut hati karya Muhammad Ar- rasyid :

" tenang dalam diamnya, tetapi lebih jelas dari orang yang berbicara. bila diamnya terlalu lama, tergugahlah ia akan keharusannya untuk bergerak..

.. betapa seringnya ia melihat bayangan dirinya yang terpantulkan riak air seakan-akan bintang yang berkilauan. ia terbang mengelilinganya, menatapinya dan merindukan seandainya ia dapat hinggap padanya. akan tetapi hampir saja ia binasa tenggelam dalam air seandainya ia tidak sedar"

p/s: artikel ini tidak khusus pada satu-satu medan kerana setiap medan berlaku perkara yang sama.

10 Feb 2011

SINERGI edisi 4

edisi04

Assalamu’alaikum wbt…Alhamdulillah…Edisi ke-4 di bawah tema ‘Dirimu Aku Sanjungi’ bakal memasuki pasaran tidak lama lagi dalam bulan Rabi’ul Awal ini.

Ayuh selami kehebatan peribadi Agung! Nantikan juga buah fikiran daripada beberapa orang penulis-penulis baru..

ayuh tempah sekarang!

saya mengharapkan mana-mana akhwat atau ikhwah dari pantai timur yang mahu menempah untuk IPT masing-masing, terus berhubung dengan saya secepat mungkin untuk memudahkan perjalanan menghantar buku-buku ini.

sesiapa yang dari kelantan, saya ada meletakkan majalah ini di Kedai Buku besar JAAFAR RAWAS dan USMKK sendiri. jika tetap tidak berjumpa dengan buku SINERGI ini, terus juga hubungi saya. akan saya cuba menyebarkannya di tempat lain juga.

semoga kita sama-sama berusaha menyebarkan fikrah islam di kalangan masyarakat dengan sama-sama menyebarkan buku ini. insyaAllah

tawaran hebat

saya boleh menghantar 1 buah buku kepada anda (individu) tanpa charge duit stem dengan syarat untuk hanya sekali ke rumah/IPTA anda dan kerana susahnya untuk mendapat buku ini.  namun jika untuk kali yang ke-2, mungkin anda perlu menempah banyak buku sekaligus dan mengedarkannya pada masyarakat sekeliling anda.

tawaran ini khas untuk akhwat sahaja.

kata-kata tambahan sebelum 'exam'



When you fail it doesn’t make you a failure.. You only become a failure when you refuse to ask “why did I fail?” and learn..

Kata-kata ini khas untuk diri sendiri. Saya mengharapkan entry ini buat saya lebih semangat dan jauh dari putus asa.

Exam semakin hampir. Masa yang diberikan selama 2 minggu ini tidak cukup untuk saya menghabiskan 4 bab nota iaitu nota Psychiatric, Obstetric and Gyaenacology, Nervous System dan Communicable Disease.

Selepas exam ini, akan ada klinikal exam pula selama 2 minggu. Dan selepas itu, study week selama sebulan dengan menghabiskan 13 bab yang perlu di cover dari tahun satu sehingga sekarang. Cuba bayangkan betapa tingginya nota yang perlu dibaca.

Saya tidak mahu menakuti adik-adik yang mahu mengambil kos perubatan. Sebenarnya kos ini senang jika buat betul-betul dan minat. Nota yang banyak tidak akan terasa susah sebenarnya jika kita boleh faham dengan mudah. Yang penting tahu untuk membahagi masa dan segalanya diperbuat kerana kecintaaan kita pada Allah. Nasihat untuk diri sendiri

Sekarang ini memang masa untuk betul-betul usaha yang termampu, FOKUS dan bergantung pada Allah sebaik mungkin. Itu sahaja yang mampu saya lakukan. Doakan.



Ada angin yang melintang
Ada halang yang terbentang

Setiap sudut itu dirasakan susah
Setiap satu itu dirasakan payah

Ada taufan yang menderu
Ada petir yang meluru

Setiap peluang dirasakan tipis
Setiap hela nafas dirasakan nipis

Pasti punya puncanya
Ada hikmahnya

Cuba kau berdoa
Cuba dan cuba kau meminta
Cuba ‘tuk berserah
Cuba dan cuba ‘tuk percaya

Ada awan kegelapan
Ada langit berlapisan

Setiap ramalan terasa bagai mendung
Setiap musim terasa bagai tengkujuh

Pasti punya puncanya
Ada hikmahnya

Cuba kau berdoa
Cuba dan cuba kau meminta
Cuba ‘tuk berserah
Cuba dan cuba ‘tuk percaya

Pada baris
Butir doa
Kau memohon
Kau berserah

Hanya
Pada
Dia Dia


(aidil- cuba)
p/s: all da best pada semua.

2 Feb 2011

Duhai mutorobbiyahku, beritakan musykilahmu padaku!


khabarkan musykilahmu padaku, aku sedia bantu termampu !

Baru-baru ini, ada puisi saya nukilkan khas untuk murobbiyah. Seorang yang ditarbiyah, jika tiada murobbiyah, itu adalah sangat pelik. Bahkan, salah satu rukun tarbiyah itu sendiri adalah murobbiyah. Siapa yang mampu untuk mendapat tarbiyah tanpa murobbiyahnya? Mungkin, satu masa nanti kita akan futur kerana tiadanya murobbiyah.

Ada akhwat yang kadang-kadang terpaksa beberapa kali bertukar murobbiyah selama dia ditarbiyah. Ada juga akhwat yang terpaksa menerima seorang ikhwah sebagai murobbinya. Namun, itu bukan penghalang kita untuk merasa tsiqah kepada murobbiyah/murobbi kita. Bukan juga alasan untuk kita merasa kekok atau janggal dengan situasi baru itu. Namun, itu satu sesi pembelajaran sebenarnya. Kerana setiap murobbiyah/ murobbi berbeza karakter  dan cara dia berinteraksi. Itulah membolehkan kita sendiri belajar bagaimana untuk menjadi murobbiyah sukses.

Luahan murobbiyah

Seorang murobbiyah sebenarnya sangat prihatin akan masalah mutorobbiahnya meskipun pada pandangan mata kasarnya kita tidak nampak. Peranan murobbiyah bukan sahaja hanya menyampaikan ilmu dan kefahaman, namun lebih dari itu. Murobbiyah adalah ibarat ibu dan kakak kita.

Ramai lagi masih tidak faham sebenarnya apa seorang murobbiyah itu kehendaki. Seorang murobbiyah bukan sahaja menginginkan mutorobbiahnya sangat komited terhadap dakwah dan tarbiyah, tapi juga menghendaki mutorobbiahnya tsiqah padanya.

Tsiqah yang bermaksud percaya. Percaya dalam berkongsi masalah atau musykilah. Menjadikan murobbiyahnya tempat curhat. Menjadikan bahu murobbiyahnya sebagai tempat mengadu masalah dan tempat berkongsi rasa. Namun, itu sangatlah jarang kita temui sekarang! Seorang mutorobbiah lebih tsiqah pada orang lain melebihi murobbiyahnya.

Sampaikan musykilahmu

Sebenarnya dalam berkongsi musykilah, seorang mutorobbiah sepatutnya mengutamakan murobbiyahnya dari yang lain. Musykilah selalunya adalah satu masalah yang dihadapi oleh mutorobbiah. Jika mutorobbiah tidak sanggup untuk berkongsi musykilah, bagaimana untuk seorang murobbiah mengetahui apakah permasalahan mutorobbiahnya dan sejauh mana kefahaman mutorobbiahnya selama ditarbiyah. Adakah salah faham atau memang tidak faham langsung!

Saya bukan bermaksud menghalang akhwat dari berkongsi musykilah dengan akhwat lain. Tidak salah jika mahu berkongsi sesuatu dengan akhwat lain namun perlu di ingat bahawa musykilah itu sepatutnya sampai ke telinga murobbiyah kita dahulu.

kabarkan musykilah bukan sahaja semasa halaqah tapi juga di luar halaqah

Sesuatu yang tidak adil sebenarnya, apabila musykilah seorang mutorobbiah tidak sampai ke telinganya bahkan sampai kepada akhwat lain atau mungkin lebih teruk jika sampai kepada orang yang tidak pakar.

Bila kita menjadi murobbiah, kita juga tidak suka perkara ini berlaku. Adakah kita suka jika mutorobbiah kita melakukan hal yang sama? adakah kita suka jika mutorobbiyah kita mengkhabarkan musykilahnya pada akhwat yang mungkin dari management lain? jika mereka bisa membantu, tidak mengapa. bagaimana kalau mereka hanyalah semakin membawa masalah dan bahkan memburukkan management kita pula. Moga itu takkan berlaku!

Penghalangnya adalah ukhwah!

Kebanyakkan mutarrobbiyah tidak sedia untuk berkongsi musykillah dengan murobbiyah. Bukan kerana tidak tsiqah, tetapi kerana rasa kekok. Murobbiyah yang sukar untuk melapangkan tangan dan tidak bersedia untuk menadah telinga menjadi pendengar yang baik dan ukhwah yang hanya diwujudkan semasa halaqah sahaja. Sedangkan diluar halaqah tidak jauh hanya seperti kenalan biasa. 

Oleh itu, bagaimana mutarrobiyah boleh selesa untuk meluahkan apa yang yang dirasa dan berkongsi masalah. Semestinya orang yang ingin dikongsikan cerita dan masalah akan jatuh kepada orang yang benar-benar akrab dan selesa untuk dikongsikan. Siapa pula yang orang yang selesa untu dikongsikan pula? Iaitu orang yang sama rasa sama cinta dan sama memerlukan. Jika tiada kebersamaan dalam emosi dan rasa serta cinta maka amat sukar sekali untuk meluahkan apa yang terpendam di jiwa..

Ya, ukhwah itu penting. Tapi bukan hanya dengan kata-kata, bukan dengan manis lidah berkata, bukan dengan sentuhan mesra. Tapi ia terletak di hati kita. Ya, di hati…hati yang menyatukan hati-hati menjalinkan ukhwah sejati. Dari hati akan lahir dengan manis bicara, sentuhan mesra, mencetus kebersamaan emosi dan secara tidak langsung mudah untuk berkongsi suka duka dan meluahkan rasa.

Penutup: salah siapa?

kita perlu sama-sama perbaiki apa yang kurang

Ukhti, jangan sesekali menyalalahkan murabbiyah atas kekurangan itu. Kerana mereka juga masih belajar. Bukan mudah untuk menjadi murobbiyah kerana ia memerlukan pengorbanan ibarat ibu yang selalu berkorban untuk anaknya. 

Sedarlah mutarobbiyah, murobbiyahmu sedang mencuba menjadi yang terbaik untuk mu. Bagi yang bergelar mutarobbiyah pula, kamu boleh mengubah dirimu untuk positif berfikir dan sentiasa berbaik sangka. Jangan kerana kelemahan murobbiyah mu, menjadikan dikau beralasan untuk berdakwah dan berhalaqah. Pesan pada diri, kita tidak boleh mengubah orang lain kerana itu urusan Allah.

Tapi khabarkan pada diri, kita yang harus berubah agar perjalanan dakwah lebih lancar, halaqah lebih ceria dan diri bertambah semangat dan dekat dengan Allah.

p/s: duhai akhwatku, saya sedia meminjamkan bahu saya untukmu.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...