Pages

IN THE NAME OF ALLAH THE MOST GRACIOUS THE MOST MERCIFUL

.

SELAMAT DATANG

Teruslah bergerak, hingga kelelahan itu lelah mengikutimu.
Teruslah berlari, hingga kebosanan itu bosan mengejarmu.
Teruslah berjalan, hingga keletihan itu letih bersamamu.
Teruslah bertahan, hingga kefuturan itu futur menyertaimu.
Tetaplah berjaga, hingga kelesuan itu lesu menemanimu.”
( allahyarham KH Rahmat Abdullah )

29 Sep 2011

Maaf semua



Alhamdulillah. Kali ini saya diberi kesempatan menulis. Saya mohon maaf kepada semua follower, para akhwat dan semua pembaca terutamanya kerana sudah bermingu-minggu tidak menulis satu artikel pun untuk blog ini dengan alasan 'saya sangat sibuk'.


Dalam beberapa bulan ( atau mungkin bertahun-tahun) ini, saya mungkin tidak mampu menulis kecuali jika saya cuti di akhir semester nanti pada tahun hadapan, mungkin dalam bulan 7 atau 8 tahun 2012 sebab keadaan memaksa untuk begini.


Jadi, maaf sekali lagi.
Pergunakanlah artikel-artikel sebelum ini untuk manfaat orang lain meskipun saya tahu banyak artikel saya yang tidaklah sebagus artikel ikhwah atau akhwat lain.


Afwan kathira.
Sampai jumpa nanti.
Jika ada yang berkeinginan untuk meletak artikel di blog ini silakan dan amatlah dialu-alukan.
sekali lagi, saya amat sibuk.



You raise me up, so I can stand on mountains;
You raise me up, to walk on stormy seas;

I am strong, when I am on your shoulders;
You raise me up: To more than I can be.


Doakan saya. Moga saya menjadi doktor yang berguna untuk umat.

11 Sep 2011

Mari bantu meningkatkan mutu SINERGI

Synergy Media (Penerbitan, Percetakan, Produksi & Pengedaran)


Salam pembuka semester baru.
Semoga azam baru juga ditanamkan pada semester ini.
Moga kehadiran kita pada semester baru ini adalah kehadiran seorang yang bersemangat dan penuh bertanggungjawab.


Sempena pembukaan semester baru, pastinya ramai yang boleh online kerana kemudahan internet yang disediakan oleh pihak kediaman universiti masing-masing.


Maka, dengan ini, saya meminta jasa baik semua yang mengenali dan pernah membaca majalah SINERGI untuk menjawab borang survey yang telah disediakan di sini:


http://kwiksurveys.com/online-survey.php?surveyID=NBLOLL_2f01e15c





Semoga dengan jasa baik anda ini, majalah SINERGI dapat menyebarkan dakwah kepada semua dengan lebih berkesan dan meningkatkan mutu majalah.
Jasa baik anda semua saya ucapkan jutaan terima kasih.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...