Pages

IN THE NAME OF ALLAH THE MOST GRACIOUS THE MOST MERCIFUL

.

SELAMAT DATANG

Teruslah bergerak, hingga kelelahan itu lelah mengikutimu.
Teruslah berlari, hingga kebosanan itu bosan mengejarmu.
Teruslah berjalan, hingga keletihan itu letih bersamamu.
Teruslah bertahan, hingga kefuturan itu futur menyertaimu.
Tetaplah berjaga, hingga kelesuan itu lesu menemanimu.”
( allahyarham KH Rahmat Abdullah )

24 Feb 2011

Fitnah dikalangan aktivis dakwah


fitnah yang  menzalimi seseorang
Kita sudah sedia maklum bahawa terdapat pelbagai jemaah di Malaysia. Jadi, perlunya sikap berlapang dada menerima perbezaan ini walaupun hakikatnya tujuan utama kita adalah sama.

Jika mahu berkata tentang perbezaan, ada banyak perbezaan sebenarnya samada dari segi gerak kerja, cara, prinsip dan pendapat.

Saya ada memberitahu tentang bagaimana membuat pilihan dalam posting yang lepas. Sekali lagi diingatkan bahawa kriteria pemilihan kita adalah memilih sesuatu yang terbaik buat iman kita.

Meneliti setiap jemaah

Kita mengatakan kita mahu memilih jemaah. mahu menegetahui apakah sebenarnya yang mereka bawa,. Apakah sebenarnya visi dan misi mereka. Namun untuk mengetahuinya, bukanlah mendengar penerangan dan info dari satu jemaah sahaja dan kemudian mempercayai sebulat-bulatnya penerangan mereka sedangkan di sisi lain kita tidak ambil kira. 

Islam amat mementingkan tabayyun iaitu meneliti kebenaran sebelum mempercayainya. Adalah sangat perlu untuk kita berjumpa secara personal dengan orang-orang yang boleh dipercayai dalam seseuatu jemaah , mengetahui lebih lanjut tentang mereka dan menilai sendiri mana yang lebih baik untuk terus berkomitmen.

Salah sebenarnya jika untuk mengetahui tentang sesuatu jemaah, kita bertanya kepada  jemaah yang lain. Pasti akan ada perkara yang tidak benar dalam setiap perkataan yang disampaikan!

Gelombang fitnah

Menyampaikan sesuatu yang benar tentang seseorang atau kelompok adalah mengumpat manakala menyempaikan sesuatu yang salah pula dikatakan fitnah. Namun, perlu dengan syarat bahawa ia boleh menimbulkan kemarahan mereka yang terlibat.

Gelombang fitnah adalah antara jenayah paling buruk zaman ini. Semestinya fitnah dilakukan kerana tindakan yang tidak disengajakan atau memang untuk menjatuhkan seseorang. Ini semua bermula dengan sesuatu berita yang diada-adakan dan akhirnya tersebar meluas sehingga orang yang difitnah sendiri tidak tahu rupanya dia difitnah selama ini.

Pada hari ini, fitnah dikalangan aktivis dakwah adalah satu isu yang sangat popular. Mana tidaknya, ia melibatkan sesuatu organisasi, kelompok dan jemaah. Masing-masing mahu menunjukkan jemaah mereka ini hebat dalam mengajak manusia kepada islam. Namun, jangan sampai cara kita untuk menarik manusia ke jemaah kita adalah dengan cara yang 'kotor'.

Maksud kotor di sini adalah dengan mengada-adakan sangkaan tentang sesuatu jemaah lain dan kemudian menyebarkannya. Bagaimana kalau apa yang disangka dan disebarkan itu seratus peratus salah? Kalaupun ia benar, adakah orang yang dilibatkan itu redha dengan apa yang telah anda lakukan? Fikir-fikirkanlah.

segalanya bermula dengan sangkaan

inilah sikap kita iaitu suka berbuat sangkaan yang tidak benar. bersangka-sangka pada sesuatu yang belum pasti faktanya. membuat andaian berdasarkan pemerhatian. persangkaan yang dikuasai hawa nafsu dan kemudiannya di jadikan fakta untuk dikongsi oleh ramai orang.

kita diberi banyak pilihan, jadi pilihlah yang sesuai buat kita

jika kita melihat seseorang itu tidak memegang jawatan dalam berdakwah, orang ini dikatakan tidak mementingkan politik kerana politik itu kotor.

jika kita melihat seseorang selalu sahaja nampak 'superior' sedikit dalam berdakwah, orang ini dikatakan ketua di dalam medan/ kawasan itu.

jika kita melihat seseorang menggunakan alquran dan mentadabbur ayat di dalamnya, orang ini dikatakan  mentafsir alquran mengikut kepala otak dan sesat.

jika kita melihat seseorang itu gagal dalam peperiksaanya, orang ini dikatakan gagal kerana aktif dalam berjemaah kononnya.

jika sesuatu jemaah berhalaqah sehingga jam 3 pagi, jemaah itu dikatakan ekstreem.

jika sesuatu jemaah itu selalu berhubung dan memanggil datang akhwat atau ikhwah dari medan yang sama, jemaah itu dikatakan rupanya mempunyai pusat di sana.

jika jemaah itu mempunyai sedikit bilangan ahlinya, jemaah itu dikatakan tidak bagus dan berpotensi untuk berkembang.

jika jemaah itu selalu menggunakan nama sekian-sekian dalam berdakwah, jemaah itu namanya sekian-sekian.

jika jemaah itu mementingkan sirr, management ini serupa dengan jemaah yang lagi satu. oh, mungkin mereka sama.

Inilah persangkaan yang menimbulkan kekacauan dan perpecahan. Hilangkanlah kontroversi-kontroversi sebegini dan hebatkan prestasi serta gerak kerja masing-masing dalam bergerak menyentuh hati-hati manusia kepada islam. Usahlah membuat fakta-fakta yang tidak benar.

ajaklah kepada islam

jangan mengajak manusia kepada jemaah, tapi ajaklah manusia kepada islam. itulah perlu kita perbetulkan. segalanya dengan niat. segalanya bermula dengan langkah pertama. jika langkah pertama kita bergerak kerana jemaah, maka kita akan mengajak orang bergerak juga kerana jemaah.

namun, jika bergerak kerana atas dasar cinta kepada Allah, Rasulullah dan islam, maka kita juga akan mengajak orang seperti apa yang kita rasa. pernah suatu ketika, seseorang mengajak saya kepada jemaahnya hanya dengan mengisi borang penyertaan dan membayar yuran serta mengikuti program yang dianjurkan. jika mahu memasuki tahap yang lebih tinggi, perlulah aktif dalam mengikuti program yang dianjurkan dan betul-betul komited pada mereka.

Dalam proses awal menyentuh hati manusia, bukan jemaah yang kita promosikan. Tetapi islam itu sendiri. Kita tidak mahu halaqah yang berjalan hanya dibazirkan dengan membincangkan jemaah kami begini dan begitu. Namun, aspek aqidah dan ruhiyah tidak di ambil kira kepentingannya terlebih dahulu.

Ketahuilah bahawa tarbiyah dan keislamanan yang matang serta menyeluruh adalah salah satu ciri kebolehan daya tampung sesuatu jemaah. jika, tarbiyah yang matang tidak dapat dilakukan, bagaimana mahu menghasilkan ahli yang berkualiti? ahli mungkin tidak akan bergerak dan dakwah takkan tercapai hasilnya kelak. Kita tidak mahu ahli yang ada dalam sesuatu jemaah hanyalah ahli lelap yang hanya meramaikan jemaah tanpa ada sumbangan sedikit pun. Dan ahli lelap inilah hanya memberi fitnah pada jemaah itu sendiri. 
( sumber buku istia’b karya fathi yakan)

penutup: buat kerja masing-masing

rama-rama tenang dalam diam, tapi lebih jelas dari yang berbicara

sudahlah. hentikan semua ini. ia melambangkan kredibiliti kita. ayuh tingkatkan usaha bukan tingkatkan menghentam satu sama lain.

Allah tahu hati-hati manusia. Allah tahu apa yang kita sembunyikan. Biarlah Allah yang menilai setiap apa yang kita lakukan dan memberi balasan setimpal dengan apa yang kita lakukan.

apa yang perlu kita lakukan adalah, terus menerus berbuat demi islam. terus memperbaiki cara kerja kita. tidak perlu bercakap banyak untuk menarik orang kepada apa yang kita bawa tapi perlunya banyak qudwah untuk menyentuh hati-hati manusia.

saya suka jika kita jadi seperti rama-rama atau kupu-kupu. ia di analogikan oleh seorang penyair, Ahmad Mukhtar Al Wazi dalam buku Pelembut hati karya Muhammad Ar- rasyid :

" tenang dalam diamnya, tetapi lebih jelas dari orang yang berbicara. bila diamnya terlalu lama, tergugahlah ia akan keharusannya untuk bergerak..

.. betapa seringnya ia melihat bayangan dirinya yang terpantulkan riak air seakan-akan bintang yang berkilauan. ia terbang mengelilinganya, menatapinya dan merindukan seandainya ia dapat hinggap padanya. akan tetapi hampir saja ia binasa tenggelam dalam air seandainya ia tidak sedar"

p/s: artikel ini tidak khusus pada satu-satu medan kerana setiap medan berlaku perkara yang sama.

9 teguran:

Tanpa Nama berkata...

salam. ya. ana setuju. ajak lah org kpd islam. memg lah hidup berislam memerlukan jemaah, tapi bukan mengajak org kpd hidup berjemaah semata-mata. fastabiqul khairat dalam berdakwah memg sangat dituntut. tetapi bukanlah dengan cara yg kotor.

Unknown berkata...

Salam.

sebagai seorang yang visual, ana nak puji gambar pulak. Semua gambar menarik dan cun ^_^ Suka2

Moga sentiasa terus ikhlas semata-mata kerana Allah.

Luv,
yang masih wujud. Huhu..

Tanpa Nama berkata...

kekuatan berjemaah.

mila berkata...

banyak yang perlu diperbetulkan.. segalanya bermula dengan niat..
jemaah adalah alat, niat yang menungganginya..
niat lillahi taala -lah yang membawa nur pada hati2 yang inginkan kebenaran..

Tanpa Nama berkata...

Mmg benar, musibah yg melanda gerakan Islam sekarang bukan karena berbilangnya jamaah, namun karena hilangnya lapang dada, sangka baik, dan saling bertolong bantu dalam hal yang ada persamaan.

Perbezaan itu sendiri adalah rahmat dan indah sekiranya semua yang terlibat terus istiqamah dalam aktiviti dakwah masing-masing tanpa menyakiti orang lain yang turut berdakwah.

Syabas kerana menghasilkan artikel yang bagus.

amaat

sang pemimpi berkata...

syukran. Inilah keadilan dalam menulis. Satu pencerahan.

dr.mujahidah berkata...

anon: ana suka kata tu~ fastabiqul khairat
analytical blue: gambar satu tarikan dalam membaca
ukhtiut: kekuatan aqidah itu penting
mila: jemaah memang alat. so true
anon: perlunya byk lapang dada
sang pemimpi: adil itu meletakkan sesuatu pada tempatnya.

zubair ghazali berkata...

betul-betul..

sangat setuju dengan entry kali ni.
fitnah antara jemaah.

tapi, pernah ditegur seorang ustaz.
"Kita nak berdakwah bertahun-tahun lagi. Jangankan kerana semangat akhirnya kita lebur di pertengahan jalan."

Kadang-kadang manusia itu lebur di pertengahan jalan kerana 'lebur' ketika ghuluw dalam kerehatan.

Berehat tu berehat jugak, tapi jangan sampai berlebihan buat perkara lagho~

ummu uswah berkata...

Sedar atau tidak sebenarnya semua jemaah yg menyeru kepada Allah berada dalam sekolah Allah yang dibina dalam kelas yg berbeza gurunya.

Semoga kita terus berlapang dada dgn pelajar kelas sebelah kerana kitakan satu sekolah, matlamat kita cuma satu agar kita dan pelajar lainnya lulus cemerlang dlm ujian yg dikhaskan oleh Allah untuk masuk ke syurgaNya.

SALAM MUJAHADAH UNTUK SEMUA PEJUANG ALLAH.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...