Pages

IN THE NAME OF ALLAH THE MOST GRACIOUS THE MOST MERCIFUL

.

SELAMAT DATANG

Teruslah bergerak, hingga kelelahan itu lelah mengikutimu.
Teruslah berlari, hingga kebosanan itu bosan mengejarmu.
Teruslah berjalan, hingga keletihan itu letih bersamamu.
Teruslah bertahan, hingga kefuturan itu futur menyertaimu.
Tetaplah berjaga, hingga kelesuan itu lesu menemanimu.”
( allahyarham KH Rahmat Abdullah )

10 Feb 2011

SINERGI edisi 4

edisi04

Assalamu’alaikum wbt…Alhamdulillah…Edisi ke-4 di bawah tema ‘Dirimu Aku Sanjungi’ bakal memasuki pasaran tidak lama lagi dalam bulan Rabi’ul Awal ini.

Ayuh selami kehebatan peribadi Agung! Nantikan juga buah fikiran daripada beberapa orang penulis-penulis baru..

ayuh tempah sekarang!

saya mengharapkan mana-mana akhwat atau ikhwah dari pantai timur yang mahu menempah untuk IPT masing-masing, terus berhubung dengan saya secepat mungkin untuk memudahkan perjalanan menghantar buku-buku ini.

sesiapa yang dari kelantan, saya ada meletakkan majalah ini di Kedai Buku besar JAAFAR RAWAS dan USMKK sendiri. jika tetap tidak berjumpa dengan buku SINERGI ini, terus juga hubungi saya. akan saya cuba menyebarkannya di tempat lain juga.

semoga kita sama-sama berusaha menyebarkan fikrah islam di kalangan masyarakat dengan sama-sama menyebarkan buku ini. insyaAllah

tawaran hebat

saya boleh menghantar 1 buah buku kepada anda (individu) tanpa charge duit stem dengan syarat untuk hanya sekali ke rumah/IPTA anda dan kerana susahnya untuk mendapat buku ini.  namun jika untuk kali yang ke-2, mungkin anda perlu menempah banyak buku sekaligus dan mengedarkannya pada masyarakat sekeliling anda.

tawaran ini khas untuk akhwat sahaja.

kata-kata tambahan sebelum 'exam'



When you fail it doesn’t make you a failure.. You only become a failure when you refuse to ask “why did I fail?” and learn..

Kata-kata ini khas untuk diri sendiri. Saya mengharapkan entry ini buat saya lebih semangat dan jauh dari putus asa.

Exam semakin hampir. Masa yang diberikan selama 2 minggu ini tidak cukup untuk saya menghabiskan 4 bab nota iaitu nota Psychiatric, Obstetric and Gyaenacology, Nervous System dan Communicable Disease.

Selepas exam ini, akan ada klinikal exam pula selama 2 minggu. Dan selepas itu, study week selama sebulan dengan menghabiskan 13 bab yang perlu di cover dari tahun satu sehingga sekarang. Cuba bayangkan betapa tingginya nota yang perlu dibaca.

Saya tidak mahu menakuti adik-adik yang mahu mengambil kos perubatan. Sebenarnya kos ini senang jika buat betul-betul dan minat. Nota yang banyak tidak akan terasa susah sebenarnya jika kita boleh faham dengan mudah. Yang penting tahu untuk membahagi masa dan segalanya diperbuat kerana kecintaaan kita pada Allah. Nasihat untuk diri sendiri

Sekarang ini memang masa untuk betul-betul usaha yang termampu, FOKUS dan bergantung pada Allah sebaik mungkin. Itu sahaja yang mampu saya lakukan. Doakan.



Ada angin yang melintang
Ada halang yang terbentang

Setiap sudut itu dirasakan susah
Setiap satu itu dirasakan payah

Ada taufan yang menderu
Ada petir yang meluru

Setiap peluang dirasakan tipis
Setiap hela nafas dirasakan nipis

Pasti punya puncanya
Ada hikmahnya

Cuba kau berdoa
Cuba dan cuba kau meminta
Cuba ‘tuk berserah
Cuba dan cuba ‘tuk percaya

Ada awan kegelapan
Ada langit berlapisan

Setiap ramalan terasa bagai mendung
Setiap musim terasa bagai tengkujuh

Pasti punya puncanya
Ada hikmahnya

Cuba kau berdoa
Cuba dan cuba kau meminta
Cuba ‘tuk berserah
Cuba dan cuba ‘tuk percaya

Pada baris
Butir doa
Kau memohon
Kau berserah

Hanya
Pada
Dia Dia


(aidil- cuba)
p/s: all da best pada semua.

7 teguran:

ekada_ika berkata...

truskan....truskan...truskan...jgn pernah berhenti...jgn pernah putus asa....all the best... jaga kesihatan...pastikan stiap yang dilakukan tak sia2 dan bersungguh dlm melakukannya even rasa sgt susah n payah...quality itu dr hati... bergantung n berdoa juga sungguh2....insyallah,moga dipermudahkan urusan....sama2 kita berdoa...

umatMuhammad berkata...

salam alaik ukhti..

ana nak tanya pasal sinergi. ada dah daftar untuk jadi pengedar kat pantai timur. and ana dah adapat reply yang mengatakan ana akan dihubungi agen sinergimedia di kawasan ana tapi sampai la ni tak ada siapa yang hubugi ana. harap enti boleh bantu masalah ini, jazakillak..=)

untuk persiapan enti untuk menghadapi exam, ana doakan enti dikurniakan ilham, idea dan kemudahan untuk menimba ilmu. ana kagum sama kamu, ukhti. walau belajar medic bukanlah perkara yang mudah tapi enti still pegang dakwah itu sendiri. DONT GIVE UP & FOKUS ok.

masa enti sebagai seorang daie tak sama dengan masa orang awam. insyaAllah,moga kita semua istiqamah di jala ini. aminn.

adik berkata...

salam..

jaga ksihatan..jgn lpe makan.syg kamu fillah

ikin_solehah berkata...

gudluck in ur exam,
usaha yg terbaik..

moga segalanya dipermudhkan oleh Allah.


Orang yang berjaya ialah orang yang melakukan tindakan yang tidak mampu diimaginasikan oleh orang lain, malah tidak mampu dilakukan oleh orang besar sekalipun..=)All da best!

cinta Allah berkata...

slm ayu..

ana nak tempah siergi edisi 3 dan edisi 4, masing2 15 ya..

ana dh gtau syafiqah umt.

then, ana gtau anti jg..
xpelah.

agk2 ble leh dpt? hee

Unknown berkata...

Salam.

Ukhti.. sangat lama rasanya kita tak berhubung. Moga terus sentiasa dipermudahkan Allah.

CintaNya,
pasti kan membuatmu bahagia dalam senang,
pasti kan membuatmu tenang dalam damai,
Dalam apa jua yang dirimu lakukan, pastikan cintaNya tetap number 1!!.

Amin.. Cinta Allah selalu. ^_^

dr. mujahidah berkata...

ekada_ika: insyaAllah akan ku teruskan perjuangan ini
umat muhammad:insyaAllah tgh cuba diselesaikan
adik: jzkk
ikin: insyaAllah
cinta Allah: alrite
analytical blue: teruskan berhubung

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...