hidup dalam satu kelompok itu kan lebih indah dan membahagiakan
Kita sangat digalakkan untuk
berada dalam jemaah-jemaah yang sedia ada. Hidup dalam berjemaah sangatlah
dituntut berdasarkan firman Allah:
“Sesungguhnya Allah mencintai orang-orang yang berperang dalam barisan
yang teratur, mereka seakan-akan seperti bangunan yang tersusun kukuh” ( Assaff
[61]: 4)
Boleh rujuk di sini ( klik)
Hidup berjemaah adalah sarana atau wasilah untuk kita saling nasihat-menasihati, berdakwah dengan lebih efisien dan saling bekerjasama untuk islam.
Hidup berjemaah adalah sarana atau wasilah untuk kita saling nasihat-menasihati, berdakwah dengan lebih efisien dan saling bekerjasama untuk islam.
Kepentingan berjemaah
Apakah pentingnya berjemaah?
Tidak bolehkah jika tidak turut serta dalam jemaah yang ada. Bukankah jika
tidak berjemaah kita juga boleh melakukan amal kebaikan? Boleh meminta nasihat
daripada para ustaz dan ustazah? Atau apalagi berdakwah. Semuanya boleh buat. Ada
berjemaah atau tidak sama sahaja! Itu mungkin monolog seseorang yang masih tidak
merasai nikmatnya berjemaah.
Ayuh, disini saya ingin
berkongsi, pentingnya berjemaah dalam hidup seorang muslim:
1- Tarbiyah
yang berterusan.
Setiap jemaah
akan ada sistem usrah atau halaqah setiap minggu. Maka, dengan halaqah inilah
kita akan lebih fokus dalam menuntut ilmu, menjaga iman sesama kita,
membincangkan perihal dakwah yang telah dilakukan dan masalah-masalah yang
berkaitan. Tarbiyah merupakan proses pembentukan peribadi muslim. Dengan tarbiyah, seseorang akan diberi pemahaman tentang pentingnya membuang karat-karat jahiliyyah, melakukan mutabaah ibadah dan berdakwah.
Proses tarbiyah bukanlah proses yang sekejap. Semasa melewati proses tarbiyah, seseorang itu akan diuji dengan bagaimana sikapnya dalam berkorban masa, jiwa dan harta. Tarbiyah yang berterusan bukanlah setakat di peringkat universiti, malah apabila sudah bekerja atau berkeluarga juga sistem tarbiyah ini tetap diteruskan.
Proses tarbiyah bukanlah proses yang sekejap. Semasa melewati proses tarbiyah, seseorang itu akan diuji dengan bagaimana sikapnya dalam berkorban masa, jiwa dan harta. Tarbiyah yang berterusan bukanlah setakat di peringkat universiti, malah apabila sudah bekerja atau berkeluarga juga sistem tarbiyah ini tetap diteruskan.
2- Menegakkan
islam dan berdakwah
Agak sukar jika
mahu berdakwah berseorangan. Tidak dinafikan, jika berseorangan, kita memang masih boleh berdakwah. Tetapi sejauh manakah kita mampu bertahan? Mungkin pada hari kemudian nanti, kita yang terikut-ikut dengan arus permodenan. Bukan kita yang berdakwah, namun kita yang akan didakyah. Apalah yang mampu dilakukan jika kita hanya berdakwah berseorangan. Paling tidak kita hanya mampu menulis, menasihati rakan yang rapat tanpa tindakan serius atau mengedar artikel.
Namun, dengan berjemaah, kita akan melakukannya dalam kelompok dengan penuh strategi dan plan yang baik. Kita akan tahu selok belok dalam berdakwah, bagaimana proses mengumpulkan objek dakwah dan dapat mengelakkan kefuturan yang melampau.
Namun, dengan berjemaah, kita akan melakukannya dalam kelompok dengan penuh strategi dan plan yang baik. Kita akan tahu selok belok dalam berdakwah, bagaimana proses mengumpulkan objek dakwah dan dapat mengelakkan kefuturan yang melampau.
segalanya bermula dengan halaqah
3- Program-program
yang meningkatkan tsaqafah (kefahaman)
Program-program
anjuran jemaah bukanlah suatu program yang suka-suka sahaja dilakukan. Namun,
ia adalah program yang menjurus kepada permasalahan ahli dalam kalangan jemaah itu
sendiri. Kebanyakan ilmu yang diperolehi daripada program tidak akan diperoleh
daripada halaqah/usrah yang berlangsung setiap minggu. Dalam program, kita mungkin akan didedahkan tentang pemantapan aqidah, pentingnya ibadah, mengapa perlu berdakwah atau bagaimana menjadi murobbiyah.
Setelah beroleh pemahaman, ahli di kalangan jemaah itu sendiri akan termotivasi untuk bergerak lebih jauh lagi, yakin dengan jalan yang mereka pilih dan sentiasa bersemangat dalam melakukan tugas sebagai seorang dai'e.
4- Berubah
menjadi lebih baik
Dengan tarbiyah
kita diajar untuk memberi. Sampai pada satu masa, kita perlu untuk mengajak manusia, setelah nikmat tarbiyah sampai kepada kita. Kita perlu menjadi murobbi/murobbiyah.
Apabila kita menjadi daie’, sedikit demi sedikit kita akan cuba sedaya upaya
untuk menunjukkan keteladanan kepada objek dakwah dan memperhatikan setiap perkara yang kita sampaikan agar kita lakukan.
Tidak mungkin tarbiyah menjadikan seseorang itu lebih buruk dari sebelumnya sedangkan proses tarbiyah itu hanya mengajarkan kebaikan kepada pesertanya. Peserta tarbiyah perlu berusaha untuk mencapai 10 Muwasafat tarbiyah yang telah digariskan.
5- Baitud
Duat ( Keluarga da’ie)
Dalam berjemaah
akan ada pihak-pihak yang menguruskan pernikahan muslimin dan muslimat ( ikhwah
dan akhwat). Dengan itu, kita akan dapat memilih pasangan hidup yang memahami
diri kita dan prinsip kita kerana sebelum proses petunangan, seseorang itu akan dipasangkan dengan orang yang sesuai. Akan ada orang tengah yang menguruskan proses taaruf setiap pasangan yang ditemukan dan diawasi ikhtilat mereka.
InsyaAllah pasangan yang kita peroleh itu akan membantu kita dalam istiqamah di jalan tarbiyah ini dan anak-anak yang terlahir adalah hasil didikan ibubapa mereka yang ditarbiyah.
InsyaAllah pasangan yang kita peroleh itu akan membantu kita dalam istiqamah di jalan tarbiyah ini dan anak-anak yang terlahir adalah hasil didikan ibubapa mereka yang ditarbiyah.
Ayuh Mencari
kita akan mudah jatuh jika kita hidup bersendirian
Jika sekarang anda masih lagi seorang, masih lagi tiada
usrah atau halaqah, masih lagi bersenang lenang, ayuh lakukan usaha mencari! Mencari jemaah/ usrah/ halaqah yang boleh terus membimbing anda selama anda
hidup.
Jangan sia-siakan hidup anda dengan aktiviti tidak
bermanfaat hujung minggu atau waktu rehat untuk berseronok. Namun, isilah ia
dengan program-program hujung minggu yang bermanfaat. Minggu-minggu yang
sentiasa ada pengisian rohani. Rakan-rakan dan sahabat yang apabila kita melihatnya, buat
kita rasa mahu beribadah dan mengingati ALLAH.
Itu semua takkan dikecapi tanpa kita hidup berjemaah. Carilah
mana-mana jemaah yang ada di Malaysia ini yang terus mengikuti Al-quran dan
Sunnah sebagai rujukan utama. Terus mencari jemaah yang boleh diajak untuk
menegakkan islam.
InsyaAllah anda takkan rugi bilamana anda sudah
mendapatkannya.
Ayuh, mulakan langkah dari sekarang!!
9 teguran:
tulisan yang bagus. teruskan menulis ye, ukhti...
posting ni mcm untk sy..huhu
ibarat seekor kambing yang senang menjadi mangsa kepada serigala berbanding seekor kambing yang duduk segerombolan. *ayat macam serabut*
bunga y wangi : insyaAllah akan terus menulis
sahabatmu: post ini untuk semua..
Umat Muhammad: tak serabut pun ayat tu.. betul..
kenapa berjemaah?apa kepentingan jemaah?Alhamdulillah penerangan yang bagus ukht.semoga ahli2 jemaah sedar akan kepentingan "berjemaah" secara praktikal.bukan sekadar bergerak dalam sebuah organisasi sendirian , tidak berkongsi masalah , tidak berkongsi kegembiraan maka apa makna kebersamaan dalam sebuah jemaah?
mari kita saling membahu , saling lengkap melengkapi kerana seorang insan tidak akan sempurna dengan segala yang ada pada dirinya sahaja.
sahabatmu : kan dah ada hq , tapi hq yang unik !remember tarbiah itu bukan sekadar pada lingkungan halaqah.welcome to IMiC.
umat : ke ant yang serabut.hehe.
adeq: masukan y bagus.,. saling melengkapi. insyaAllah
Terima kasih atas perkongsian ilmu ini...
mohon share entrinya ya=) salam mujahadah
Tapi kenapa seolah2 berpecah2 pula kump jemaah yg berbeza?
Catat Ulasan