ikhwah perlu menjaga diri dan kena pandai mengawal imaginasi
pic from http://latahzan00.blogspot.com/
" Dan orang-orang yang beriman, lelaki dan perempuan, sebahagian mereka (adalah) menjadi penolong bagi sebahagian yang lain. Mereka menyuruh (mengerjakan) yang ma'ruf, mencegah dari yang munkar, mendirikan shalat, menunaikan zakat dan mereka taat pada Allah dan Rasul-Nya. Mereka itu akan diberi rahmat oleh Allah; sesungguhnya Allah Maha Perkasa lagi Maha Bijaksana" ( surah at-taubah,9:71)
Sesiapa pun satu hari ini pasti akan terpaksa berurusan
dengan ikhwah. Keadaan sekarang memaksa ramai akhwat untuk berurusan dengan
ikhwah baik dari segi program, majalah, syuro, liqo’ dan sebagainya.
Mana mungkin ada akhwat yang suka untuk berurusan dengan
ikhwah kecuali atas urusan penting. Atas urusan dakwah. Akhwat sendiri seorang
yang pemalu dan sudah pasti kalau bukan kerana terpaksa, pasti ramai yang
enggan. Bukan kerana takut, tapi kerana betul-betul mahu menjaga diri dari segala
panahan syaitan yang sering kali menggoda umat manusia.
Ramai akhwat yang kurang skil dalam berurusan dengan ikhwah.
Ya, berurusan dengan ikhwah perlu ada skil supaya nanti tidak timbul maksiat
hati atau apa sahaja.
Ber’sms’ atau call?
Ada baiknya jika mahu berurusan menggunakan handphone,
pilihlah untuk ber’sms’ dari call. Ini kerana dengan sms, seorang akhwat itu
tidak perlu menonjolkan suaranya. Mungkin dengan suara sahaja akan timbul pula
masalah pada ikhwah itu sendiri.
Jika ia benar-benar urgent sekalipun, sms dulu. Jika si
akhwat tidak membalas juga, barulah call. Sama juga halnya jika terdapat
perkara yang memerlukan pemahaman, mulakan sms dahulu. Jika si akhwat tidak
faham, barulah call. Tapi pada saya, saya lebih prefer jika emel dimanfaatkan
sepenuhnya.
suka kalau saya kongsikan artikel dari shoutul ikhwah tentang sms merah jambu.
Emel atau ber’chatting’?
Ada seorang akhwat bercerita, dia terpaksa mem’block’
seorang ikhwah daripada berurusan melalui chatting dengan alasan chatting yang
terlalu kerap atas urusan dakwah. Padahal system emel boleh dimanfaatkannya.
Ada juga akhwat, sebelum meng’approve’ seseorang dari gtalk
nya, dia akan menyoal selidik siapa yang meng’add’nya. Jika benar akhwat, maka
barulah di’approve’ nya.
Apa yang ditekankan di sini, cubalah memanfaatkan emel yang
sedia ada dari menggunakan system chatting dalam sesuatu urusan kerana system
chatting mungkin akan menimbulkan masalah di hati pada ikhwah atau akhwat itu
sendiri.
Elakkan berjumpa
Siapa suka kalau dapat berjumpa dengan ikhwah? Pasti ada
yang sebolehnya mengelak dari bertembung atau bertemu walaupun itu juga atas
urusan dakwah seperti meminjam kereta, memberi barang, meeting dan sebagainya.
Dalam urusan memberi barang atau kunci kenderaan, ada skil
sebenarnya bagi mengelakkan berjumpa. Contoh dalam urusan meminjam kenderaan,
tidak perlu seorang akhwat itu terus berjumpa secara lansung dengan ikhwah itu
hanya untuk memberi kunci kenderaan atau barang. Sebaiknya letakkan kunci itu
di tempat yang selamat atau tinggalkannya di dalam kereta bagi mengelakkan diri
yang memberi bertembung dengan diri yang menerima. Apatah lagi jika akhwat itu berseorangan.
berurusanlah sepuasnya bila telah bernikah
Saya bukan menhalang jika ikhwah dan akhwat itu mahu berjumpa atas urusan yang
tersangat urgent, tapi sebaiknya elakkan untuk berjumpa. jika terpaksa, bawalah
peneman yang boleh mengingatkan dan memantau atas urusan apakah itu.
Jika program bercampur sekalipun, batasan tetap dijaga.
Ikhwah dan akhwat dipisahkan dengan tabir dan kedudukan ikhwah di depan dan
akhwat di belakang bagi mengelakkan zina mata. Bagaimana pula diluar program,
bukankah kita lebih patut menjaga?
Waktu 12 malam dan “smiley”
Berurusan dengan
ikhwah perlu tidak melebihi jam 12 malam. Itu pesan seorang ikhwah pada saya
semasa pengisian halaqah. Sememangnya itu adalah waktu tidur dan tak perlulah
di ganggu. Tapi mungkin ada sebab yang lebih penting dari itu dan hanya ikhwah
sahaja tahu apakah itu.
Dan juga dalam berurusan, samada emel, chatting atau sms,
tidak perlulah meletakkan ikon “smiley” dalam mesej anda. Jangan pernah cuba.
Kerana ini menunjukkan kurangnya ketegasan anda dalam berurusan. Banyak
ikon-ikon “smiley” seperti ^^, ^__^, (‘,’) dan banyak lagi yang suka akhwat
letak kononya tunjuk mesra.
Bagaimana jika ikhwah itu murobbi kamu?
Ada sesetengah akhwat terpaksa dapat ikhwah sebagai murobbi.
Ingat, layanan anda takkan terlebih seperti anda berurusan dengan seorang
ikhwah biasa. Malah seorang akhwat itu sepatutnya lebih
menjaga dan lebih berhati-hati kerana kekerapan berjumpa dalam halaqah atau
urusan lain mungkin boleh menimbulkan masalah-masalah lain. Isteri seorang murobbi juga bakal cemburu disebabkan perjumpaan atau urusan yang terlalu kerap seorang suami dengan mutorobiyahnya padahal urusan itu boleh sahaja diselesaikan di dalam halaqah.
Nasihat buat murobbi, hadkan penggunaan call dan guna
alternatif emel dan sms bagi segala musykilah atau urusan. Jangan pernah ingat
batasan anda dengan mutorobbiyah akan berkurang jika anda adalah murobbi kepada
akhwat itu. cumanya, masalah dan musykilah itu tetap perlu dikongsi bersama selagi mana ia adalah untuk kemaslahatan dakwah bersama.
akhwat perlu menjaga diri dan kena pandai mengawal emosi
pic from http://satukalimahahad.blogspot.com/
Penutup: pilihan terletak pada anda
Ini pandangan saya. Saya tidak memaksa untuk anda ikut.
Cuma, anda boleh mengambil skil ini untuk diaplikasikan jika berurusan dengan
ikhwah. Kalau bukan kita yang menjaga, kita mahu mengharapkan ikhwah menjaga?
Pasti tidak..
Diagnosis diri ku dan dirimu. Adakah kau betul menjaga dirimu
dalam berurusan dengan ikhwah? Kalau ya, Alhamdulillah. Kalau tidak, fikir-fikirkanlah..
p/s: ikhwah dan akhwat bukan malaikat




