tolonglah jaga rahsia ini
Suasana di dewan kuliah senyap. Masing-masing tertumpu kepada Syafiq yang mahu memberi pengisian selepas selesai kuliah.
" Assalamualaikum.. saya ada nak berkongsi sedikit mengenai apa yang saya dapat di Mukhayyam XXX bersama murobbi saya, Abang Fizi. Dalam program tu, ramai kawan-kawan yang saya jumpa daripada IPTA lain. Ada juga dari matrikulasi A, B dan C pun ada. Program ini di buat di Dewan Jemaah X Kajang, Selangor. Kawan-kawan satu halaqah saya pun turut serta. Aman, khairul, hafiz dan ijam. Betapa kerdilnya saya melihat mereka yang baru sahaja berstatus 'budak matriks' tapi lebih banyak tahu tentang agama dan isu-isu semasa daripada kita di sini yang lebih senior daripada mereka. Mereka juga hebat pergerakan dakwahnya berbanding kita. Mereka telah masuk ke sekolah itu dan ini, IPT itu dan ini dan juga matrikulasi itu dan ini. Mereka bergerak di bawah pantauan Ustaz XYZ. Ayuh lah sedar..bla bla bla.."
Seusai pengisian, ramai yang menyapa Syafiq.
" Murobbi kau Abang Fizi ke? Kau ikut geng-geng X ...... ke?" tanya seorang kawan dia yang mengikuti usrah lain.
" Kau tak ajak aku ke? Aku pun berminat nak join aktiviti-aktiviti lasak macam ini. Aku nak ikut usrah kau la." sapa kawannya yang kelihatan berminat untuk mengikuti program yang baru di kongsikan semasa pengisian tadi.
Tak kurang juga ada yang berbisik-bisik.
" Eh, ustaz XYZ tu bukan kena tangkap ke dulu."
" Err.. syafiq tu jemaah X kan?"
" Oh.. aman, khairul, hafiz dan ijam pun ikut jemaah X."
" Aku rasa dorang ni JI la. "

Kesilapan
Apakah kesilapan yang dilakukan oleh Syafiq sebenarnya? Tidak salah menceritakan tentang pengalaman kita dalam mengikuti program-program ilmiah dan bermanfaat, tetapi biarlah berlapik dalam berkata. Tidak perlu terlalu ghairah menceritakan detail sesuatu perkara sedangkan kita tahu bahawa ada perkara yang perlu kita rahsiakan.
Sirr atau berahsia adalah salah satu method sesebuah organisasi atau jemaah dalam melakukan langkah berjaga-jaga.
" Eh, kenapa nak berjaga-jaga? Bukankah malaysia ini aman dan majoritinya islam? "
" Apa yang nak dirahsiakan. dakwah kita kan terbuka. bukan rahsia. "
Ya, memang negara kita aman, majoritinya islam dan dakwah kita terbuka. Tapi probability untuk diancam dan diserang itu ada kan?
Hakikatnya, di jalan dakwah ini, akan ada orang yang tidak suka dengan apa yang kita buat. Tidak semua orang menyokong apa yang kita lakukan. Dan tidak semua juga akan terus duduk diam sahaja melihat kita. Tidak kisah golongan apa pun seperti mak ayah, pemimpin, kawan atau mad'u kita sendiri berkemungkinan ada untuk menghancurkan dakwah ini. Sememangnya kita tidak tahu siapa, tapi langkah awal perlu dilakukan iaitu dengan berahsia dalam sesetengah perkara seperti murobbi, halaqah mate, tempat halaqah dilakukan, aktiviti-aktiviti daurah yang bersifat fokus dan sebagainya.
Sedangkan Nabi Nuh pun berdakwah secara rahsia dan juga terbuka. Di awal permulaan dakwah lagi Nabi Nuh telah menggunakan dakwah secara rahsia sepertimana dalam Surah Nuh, 71 ayat 9,
" kemudian aku menyeru mereka secara terbuka dan diam-diam."
Apakah kesilapan yang dilakukan oleh Syafiq sebenarnya? Tidak salah menceritakan tentang pengalaman kita dalam mengikuti program-program ilmiah dan bermanfaat, tetapi biarlah berlapik dalam berkata. Tidak perlu terlalu ghairah menceritakan detail sesuatu perkara sedangkan kita tahu bahawa ada perkara yang perlu kita rahsiakan.
Sirr atau berahsia adalah salah satu method sesebuah organisasi atau jemaah dalam melakukan langkah berjaga-jaga.
" Eh, kenapa nak berjaga-jaga? Bukankah malaysia ini aman dan majoritinya islam? "
" Apa yang nak dirahsiakan. dakwah kita kan terbuka. bukan rahsia. "
Ya, memang negara kita aman, majoritinya islam dan dakwah kita terbuka. Tapi probability untuk diancam dan diserang itu ada kan?
Sedangkan Nabi Nuh pun berdakwah secara rahsia dan juga terbuka. Di awal permulaan dakwah lagi Nabi Nuh telah menggunakan dakwah secara rahsia sepertimana dalam Surah Nuh, 71 ayat 9,
" kemudian aku menyeru mereka secara terbuka dan diam-diam."
Kenapa kena sirr?
Seperti sedia maklum, sirr adalah salah satu langkah untuk mengelakkan daripada dakwah kita dihancurkan. Ini pernah berlaku sewaktu zaman As Syahid Hassan Al-Banna. Ketika itu pemerintahnya adalah Jamal Abdul Nasir yang sangat anti dengan 'ideologi' Hassan Al Banna dalam membangkitkan jiwa pemuda islam. Maka, Jamal Abdul Nasir telah melakukan penangkapan golongan ikhwanul Muslimin secara beramai-ramai dan disumbat masuk ke dalam penjara.
Bagaimana Jamal Abdul Nasir boleh menangkap ikhwah dalam jumlah bilangan yang besar? Bagaimana Jamal Abdul Nasir boleh tahu? Salah satu sebabnya adalah para ikhwah tidak menjaga rahsia. Sekiranya kita tidak merahsiakan halaqah mate atau murobbi dan ia telah diketahui oleh ma'du kita @ orang bawahan, dengan mudah mad'u kita membocorkan semua rahsia yang dia tahu kepada musuh kerana pada waktu itu imannya masih goyah dan takut. Maka, apa yang berlaku, semua data-data ikhwan dan tanzim (organisasi) jatuh ke tangan musuh. Dan akhirnya, dakwah disekat oleh pemerintah sendiri. Berakhirlah ajal Syed Qutb di tali gantung manakala Hassan Al Banna pula mati ditembak.
Selain itu, sirr juga perlu untuk mengelakkan salah faham orang lain kepada kita. Sekiranya terdapat program atau halaqah untuk level kita, tapi dihebahkan kepada orang lain. Maka, orang yang level kefahamannya kurang merasakan apa yang dibincangkan oleh kita dalam halaqah atau program terlalu ekstrem. Jadi, mereka terus meninggalkan majlis ilmu dan dakwah hanya kerana apa yang disampaikan langsung tidak boleh diterima.

Penutup: Dakwah kita tidak sirr
Walaupun sirr, ini tidak bermakna kandungan dakwah itu sendiri adalah perlu disimpan sendiri-sendiri atau tidak perlu dihebahkan. Ilmu yang diperolehi itu tidaklah rahsia. Maka, apa sahaja ilmu yang kita perolehi sepanjang halaqah atau program bolehlah disampaikan kepada orang-orang umum selagi ianya boleh diterima dan sesuai untuk mereka.
Sekadar ingatan, wujudnya istilah sirr bukan menjadikan para ikhwah wa akhawat menjadi takut untuk berkata-kata, produktiviti berkurang dan menjadikan dakwah hambar. Seringkali saya melihat, ikhwah wa akhawat terlalu ghairah berahsia sehingga program umum pun dirahsiakan juga. Maka, dakwah umum seolah-olah tersekat kerana sikap kita.
Jadi, akhir kata, sirr terhad pada certain perkara. Bukan semua.
Berahsia biarlah bertempat.