'Maha suci Allah yang menjadikan kejadian semua berpasangan dari sesuatu yang tumbuh di bumi, dari mereka (manusia) dan dari sesuatu yang mereka tiada mengetahui.'
(Yaasin: 36)
setiap orang umumnya pasti akan merasai pernikahan atau perkahwinan.
kerana itu adalah fitrah. manusia akan saling suka menyukai. lelaki akan tertarik pada perempuan dan perempuan akan tertarik pada lelaki. tapi itu bukan alasan utk kita BERCOUPLE. diulang ayat,, bukan alasan untuk kita BERCOUPLE. samada couple islamik, couple tak jumpe face to face, couple di alam maya.. semua itu tak leh guna. ia tetap mendekati pada zina.
" dan janganlah kamu mendekati zina, kerana zina itu perbuatan keji dan mungkar"
saya rasa nak lenyek muka orang2 y sudah tau zina ini tidak boleh tapi tetap melakukannya. sudah tau tapi mempersoalkannya. sudah dinasihati berkali2 tapi masih tak paham2. kenapa boleh begitu? ( jawab sendiri)
jika sudah suka sama suka, kenapa mesti hendak menunggu. kenapa mesti hendak bercouple dulu. apa salahnya nikah terus. meskipun kamu di alam belajar.
sabda Rasulullah ;
wahai para pemuda, sesape di antara kau y mampu memikul tanggungjawab perkahwinan, hendaklah ia berkahwin. sesunggguhnya perkahwinan itu menahan pandangan dan memelihara kemaluan. barangsape y tak mampu berkahwin, maka hendaklah ia berpuasa, krn puasa itu dapat menahan nafsunya
( HR Bukhari dan Muslim)
baru-baru ini, rakan saya memutuskan utk tidak berkahwin seumur hidupnya kerana merasakan itu adalah lebih baik bagi dirinya. mungkin dia ada kisah silamnya. tapi bagi saya tindakan itu tidak betul. lebih banyak keburukannya dari kebaikannya.
apa y anda boleh fikir jika tidak mahu nikah?
masakan mahu jadi anak dara tua seumur hidup?
atau mahu hidup keseorangan?
atau mahu jadi fitnah orang ( mungkin dikatankan merampas suami orang)
atau mungkin tak mahu grab peluang bagi mereka y mempunya anak soleh dan solehah?
atau tak de sape y nak mendoakan kita bila kita mati kelak ( amalan y takkan terputus) ?
atau mahu hidup hanya dengan anak angkat?
atau tak mahu meraasai kesakitan y amat sangat melahirkan anak y halal?
ah.. banyak sangat komplikasinya sehingga tak terkata. pening nak bagi dalil utk orang y tak mahu nikah ni.
hei.. dengar ni. banyak hukum perkahwinan dalam islam.
wajib
makruh
sunat
haram
para ulama' menyatakan bhw sesuatu perkahwinan akan menjadi fardhu bila individu itu yakin bahawa jika tak berkahwin dia pasti terlibat dlm kancah penzinaan. bagi sesetengah pula.. walaupun dah buat ibadah2 lain eg. pose dan sebagainya, tapi masih tak boleh nak tahan nafsu utk lakukan zina... maka wajib utk dia berkahwin.
hah.. jadi mengapa tak mahu nikah?
kalau mahu menikah, carilah y solehah. kerana..
“Barangsiapa yang telah dikurniakan oleh Allah dengan isteri yang solehah, maka ia telah dilengkapkan sebahagian daripada agamanya. Maka, bertaqwalah kepada Allah untuk sebahagian yang lain itu.”
(Hadith Riwayat At-Tabrani dan Al-Hakim dan dinyatakan sahih sanadnya)
carilah wanita kerana agamanya bukan kerana rupanya..
tepuk dada tanya iman. jangan tanya aiman ( anak sedaraku), nanti dia jawab aiman tak kisah.
p/s: nak nikah atau tak?