IN THE NAME OF ALLAH THE MOST GRACIOUS THE MOST MERCIFUL

.

SELAMAT DATANG

Teruslah bergerak, hingga kelelahan itu lelah mengikutimu.
Teruslah berlari, hingga kebosanan itu bosan mengejarmu.
Teruslah berjalan, hingga keletihan itu letih bersamamu.
Teruslah bertahan, hingga kefuturan itu futur menyertaimu.
Tetaplah berjaga, hingga kelesuan itu lesu menemanimu.”
( allahyarham KH Rahmat Abdullah )

25 Ogo 2012

Sirr @ rahsia

tolonglah jaga rahsia ini

Suasana di dewan kuliah senyap. Masing-masing tertumpu kepada Syafiq yang mahu memberi pengisian selepas selesai kuliah.

" Assalamualaikum.. saya ada nak berkongsi sedikit mengenai apa yang saya dapat di Mukhayyam XXX bersama murobbi saya, Abang Fizi. Dalam program tu, ramai kawan-kawan yang saya jumpa daripada IPTA lain. Ada juga dari matrikulasi A, B dan C pun ada. Program ini di buat di Dewan Jemaah X Kajang, Selangor. Kawan-kawan satu halaqah saya pun turut serta. Aman, khairul, hafiz dan ijam. Betapa kerdilnya saya melihat mereka yang baru sahaja berstatus 'budak matriks' tapi lebih banyak tahu tentang agama dan isu-isu semasa daripada kita di sini yang lebih senior daripada mereka. Mereka juga hebat pergerakan dakwahnya berbanding kita. Mereka telah masuk ke sekolah itu dan ini, IPT itu dan ini dan juga matrikulasi itu dan ini. Mereka bergerak di bawah pantauan Ustaz XYZ. Ayuh lah sedar..bla bla bla.."

Seusai pengisian, ramai yang menyapa Syafiq.

" Murobbi kau Abang Fizi ke? Kau ikut geng-geng X ...... ke?" tanya seorang kawan dia yang mengikuti usrah lain.

" Kau tak ajak aku ke? Aku pun berminat nak join aktiviti-aktiviti lasak macam ini. Aku nak ikut usrah kau la." sapa kawannya yang kelihatan berminat untuk mengikuti program yang baru di kongsikan semasa pengisian tadi.

Tak kurang juga ada yang berbisik-bisik.

" Eh, ustaz XYZ tu bukan kena tangkap ke dulu."
" Err.. syafiq tu jemaah X kan?"
" Oh.. aman, khairul, hafiz dan ijam pun ikut jemaah X."
" Aku rasa dorang ni JI la. "

Kesilapan

Apakah kesilapan yang dilakukan oleh Syafiq sebenarnya? Tidak salah menceritakan tentang pengalaman kita dalam mengikuti program-program ilmiah dan bermanfaat, tetapi biarlah berlapik dalam berkata. Tidak perlu terlalu ghairah menceritakan detail sesuatu perkara sedangkan kita tahu bahawa ada perkara yang perlu kita rahsiakan.

Sirr atau berahsia adalah salah satu method sesebuah organisasi atau jemaah dalam melakukan langkah berjaga-jaga.

" Eh, kenapa nak berjaga-jaga? Bukankah malaysia ini aman dan majoritinya islam? "
" Apa yang nak dirahsiakan. dakwah kita kan terbuka. bukan rahsia. "

Ya, memang negara kita aman, majoritinya islam dan dakwah kita terbuka. Tapi probability untuk diancam dan diserang itu ada kan? 



Hakikatnya, di jalan dakwah ini, akan ada orang yang tidak suka dengan apa yang kita buat. Tidak semua orang menyokong apa yang kita lakukan. Dan tidak semua juga akan terus duduk diam sahaja melihat kita. Tidak kisah golongan apa pun seperti mak ayah, pemimpin, kawan atau mad'u kita sendiri berkemungkinan ada untuk menghancurkan dakwah ini. Sememangnya kita tidak tahu siapa, tapi langkah awal perlu dilakukan iaitu dengan berahsia dalam sesetengah perkara seperti murobbi, halaqah mate, tempat halaqah dilakukan, aktiviti-aktiviti daurah yang bersifat fokus dan sebagainya.

Sedangkan Nabi Nuh pun berdakwah secara rahsia dan juga terbuka. Di awal permulaan dakwah lagi Nabi Nuh telah menggunakan dakwah secara rahsia sepertimana dalam Surah Nuh, 71 ayat 9,

" kemudian aku menyeru mereka secara terbuka dan diam-diam."


Kenapa kena sirr?

Seperti sedia maklum, sirr adalah salah satu langkah untuk mengelakkan daripada dakwah kita dihancurkan. Ini pernah berlaku sewaktu zaman As Syahid Hassan Al-Banna. Ketika itu pemerintahnya adalah Jamal Abdul Nasir yang sangat anti dengan 'ideologi' Hassan Al Banna dalam membangkitkan jiwa pemuda islam. Maka, Jamal Abdul Nasir telah melakukan penangkapan golongan ikhwanul Muslimin secara beramai-ramai dan disumbat masuk ke dalam penjara.

Bagaimana Jamal Abdul Nasir boleh menangkap ikhwah dalam jumlah bilangan yang besar? Bagaimana Jamal Abdul Nasir boleh tahu? Salah satu sebabnya adalah para ikhwah tidak menjaga rahsia. Sekiranya kita tidak merahsiakan halaqah mate atau murobbi dan ia telah diketahui oleh ma'du kita @ orang bawahan, dengan mudah mad'u kita membocorkan semua rahsia yang dia tahu kepada musuh kerana pada waktu itu imannya masih goyah dan takut. Maka, apa yang berlaku, semua data-data ikhwan dan tanzim (organisasi) jatuh ke tangan musuh. Dan akhirnya, dakwah disekat oleh pemerintah sendiri. Berakhirlah ajal Syed Qutb di tali gantung manakala Hassan Al Banna pula mati ditembak.

Selain itu, sirr juga perlu untuk mengelakkan salah faham orang lain kepada kita. Sekiranya terdapat program atau halaqah untuk level kita, tapi dihebahkan kepada orang lain. Maka, orang yang level kefahamannya kurang merasakan apa yang dibincangkan oleh kita dalam halaqah atau program terlalu ekstrem. Jadi, mereka terus meninggalkan majlis ilmu dan dakwah hanya kerana apa yang disampaikan langsung tidak boleh diterima.


 

Penutup: 
Dakwah kita tidak sirr

Walaupun sirr, ini tidak bermakna kandungan dakwah itu sendiri adalah perlu disimpan sendiri-sendiri atau tidak perlu dihebahkan. Ilmu yang diperolehi itu tidaklah rahsia. Maka, apa sahaja ilmu yang kita perolehi sepanjang halaqah atau program bolehlah disampaikan kepada orang-orang umum selagi ianya boleh diterima dan sesuai untuk mereka.


Sekadar ingatan, wujudnya istilah sirr bukan menjadikan  para ikhwah wa akhawat menjadi takut untuk berkata-kata, produktiviti berkurang dan menjadikan dakwah hambar. Seringkali saya melihat, ikhwah wa akhawat terlalu ghairah berahsia sehingga program umum pun dirahsiakan juga. Maka, dakwah umum seolah-olah tersekat kerana sikap kita.

Jadi, akhir kata, sirr terhad pada certain perkara. Bukan semua.

Berahsia biarlah bertempat.

14 Ogo 2012

Taat atau berbuat baik Part 2


Mak, abah,, jom masuk syurga sama-sama.

Halangan apakah menjadi penyebab kurangnya produktiviti orang yang ditarbiyah. Saya yakin, setiap ikhwah akhawat ada halangan tersendiri yang mereka hadapi. Seperti:

Ibu bapa tidak mengizinkan keluar rumah ketika cuti panjang. 

Ibu bapa tidak membenarkan anaknya keluar dari kawasan atau daerah kerana bimbangkan keselamatan.

Ibu bapa hanya membenarkan mengikuti majlis ilmu terhad kepada ceramah-ceramah di masjid sahaja.

Ibu bapa menyuruh anak mengikuti 'persatuan' halaqah mereka yang dirasakan bagus.

Sebenarnya, halangan-halangan ini semua boleh diselesaikan jika tahu cara. Yang menjadi masalah ialah, tidak ramai yang serius dan bersungguh-sungguh untuk menjadikan ibubapa mereka faham.

Bukankah selain daripada qudwah yang baik di depan mereka, kita boleh bercerita secara kasar tentang apa yang kita ikuti di kolej. Begitu juga, tidak salah meluahkan apa yang dirasai dan diperolehi setelah mengikutinya.

Bahkan, sepatutnya kita perlu memberitahu ibu bapa realiti masyarakat sekarang dan kerosakan umat islam. Lagi bagus, jika dapat juga kita ceritakan tentang hot story di kolej yang berkisar tentang masalah remaja yang kronik.

InsyaAllah setelah ibu bapa kita mendengar apa yang berlaku di luar sana, sedikit demi sedikit mereka faham bahawa kita perlukan 'sesuatu' bagi mengelakkan diri kita terpengaruh atau terjebak dengan gejala-gejala tidak sihat.

Berhelah

Walaupun kita telah memahamkan kepada ibu bapa kita sedikit demi sedikit tentang apa yang kita ikut, itu tidak bermakna semua perkara boleh kita ceritakan seperti daurah, halaqah atau program luar. Kenapa? Sebab kita baru bermula dan untuk bina kepercayaan ibu bapa bukan mengambil masa yang singkat. Begitu juga, kita tidak mahu berlaku salah faham akan datang.

Bayangkan setiap kali ibu bapa kita call bertanya tengah buat apa, kita dengan tidak segan silu memberitahu semua perkara yang kita buat. Mungkin jika sekali dua tidak mengapa, tetapi jika setiap minggu jawapan yang sama, berkemungkinan besar akan timbul rasa pelik dan sangkaan-sangkaan buruk daripada mereka. Dalam hati ibu bapa pasti ada perasaan,

" Anak aku ni tak belajar ke? setiap kali telefon bagitau tengah program, halaqah, seminar,  program motivasi sekolah."

Jika kita boleh memastikan result kita sentiasa top, tidak mengapa. tapi bagaimana jika Allah uji kita dengan result exam jatuh tiba-tiba, apakah reaksi ibu bapa kita?

" Ni mesti sebab halaqah ni jadi teruk result. kau jangan lagi join apa-apa kat sana. mak tak redha." ( padahal bukan sebab halaqah. salah diri sendiri yang tak belajar)

Ini telah pun berlaku di kalangan ikhwah akhawat kita. jadi, sebelum berlaku hal-hal sebegini, ada baiknya kita lakukan langkah berjaga-jaga iaitu dengan berhelah. InsyaAllah berhelah bukanlah menipu. Tapi ia bermaksud memberi satu jawapan yang benar dan hanya difahami oleh orang yang menjawab tapi dari sisi orang yang bertanya mereka memahami dalam maksud yang lain. Berhelah adalah salah satu cara Rasulullah dan sahabat ketika menghadapi sesuatu keadaan.

Rasulullah ketika ditanyakan datang dari mana oleh seseorang, Rasulullah memberitahu datang dari Air iaitu air mani. Tapi orang yang bertanya menanggap Air itu nama sesuatu tempat.

Begitu juga ketika Abu Bakar ditanya oleh seorang penduduk yang berada di situ tentang siapakah Rasulullah ketika Rasulullah diburu, maka, Abu Bakar menjawab, dia adalah " Penunjuk Jalan" (jalan benar). Tapi orang yang bertanya menganggap Rasulullah adalah orang yang menunjukkan jalan untuk ke sesuatu tempat.

Ada lagi beberapa kisah yang mungkin boleh dicari lagi. Berbalik kepada keadaan kita sekarang, untuk mengelakkan mudarat yang lebih besar lagi, maka ada baiknya kita berhelah.

Seperti,

Ketika ada halaqah, kita boleh helah dengan ada 'discussion' atau study group.
Ketika ada di program luar, kita boleh berhelah berada di rumah atau bilik bersama kawan-kawan.
Ketika mahu keluar ke program semasa cuti, kita boleh berhelah untuk datang ke program motivasi.

Sebenarnya pelbagai cara berhelah yang boleh digunakan asal jangan sampai kepada perkataan yang menipu. Itu salah.


Perintah Jihad

Suka saya kongsikan sedikit penerangan tentang Buku tarbiyah jihadiyah jilid 5, karangan Syeikh Abdullah Azam.

" Saya mengatakan hukum Jihad adalah fardhu ain sekarang iaitu sejak jatuhnya Andalusia, selagi palestin, afghanistan tidak bebas dari cengkaman kafir. Maka, tidak berkewajipan untuk seseorang meminta izin kepada orang tua untuk melaksanakan fardhu ain.Ketika seorang pemuda dimarahi ayahnya kerana berjihad, maka kemarahan ayah dalam keadaan seperti ini adalah redha. Tidak penting orang tuamu redha atau tidak, kerana Allah telah redha denganmu. Redha orang tua baru bernilai jika disertai dengan redha ALlah. Taat kepada oran tua akan bererti maksiat jika membuat Allah murka. Semua orang harus mengembalikan ketaatan mereka kepada pokoknya iaitu kepada Allah. Tidak ada kewajipan taat kepada orang tua, syeikh, amir jemaah, parti atau seorang pun jika mereka membenci, melarang atau menidakkan jihad."

Rasulullah bersabda:

"Tidak ada ketaatan kepada makhluk dalam memaksiati Khaliq."

Saya remaja cinta jihad.

Penutup: Pilihan kita

Setiap masalah ada jalan penyelesaian. Kita sebagai anak perlu berusaha yang terbaik. Bukan berdiam diri dan membiarkan masalah terus berlaku tanpa ada jalan penyelesaian.

Sampai bilakah keadaan ini akan terus berlaku? Cuti tak boleh keluar, daurah tak boleh pergi, halaqah tak boleh datang, jaulah tak boleh turut serta sekali.. jikalau begitu, itu bukan nama tarbiyah sedangkan sarana tarbiyah tidak boleh dihadiri.

Ditakuti, lambat laun nanti, kita menjadi golongan yang berciciran di jalan dakwah dan tarbiyah ini hanya kerana tidak mahu menyusahkan dan menyakiti ibu bapa. Tak mustahil perkara itu akan berlaku nanti.

Jadi, mulai dari sekarang, fikirkan jalan penyelesaiannya. Ibu bapa adalah manusia yang lembut hati dan  tidak mustahil satu hari nanti mereka akan menjadi orang kuat yang menyokong kita asalkan mereka faham apa yang kita cuba perjuangkan. Aminn...

Selamat berjaya. 

5 Ogo 2012

Taat atau berbuat baik?


i love you mum and dad  kerana Allah

Dulu, saya kerap kali memberikan alasan tidak mahu berbuat sesuatu dengan erti kata taat kepada ibu bapa. Tidak kiralah samada benda itu adalah benda kurang elok atau sesuatu program ilmiah yang memaksa saya untuk keluar rumah. Mungkin kerana sudah sebati perkataan taat itu merujuk kepada ibu bapa.

Namun, setelah ditarbiyah saya faham bahawa konsep taat dan berbuat baik itu sangat berbeza. Seperti langit dan bumi. Artikel ini bukan mengajak kita semua belajar untuk menderhakai ibu bapa seperti kebanyakan orang salah anggap, tapi mengajak pembaca semua memahami hakikat taat dan berbuat baik.

" Kak, saya tak nak join usrah lagi sebab ayah tak bagi."
" Kak, mak saya tak bagi keluar ke daurah sebab bimbang keselamatan."
" Kak, parents saya macam perli-perli saya sebab saya start pakai tudung labuh."

Macam selalu dengar kan?

Taat yang tidak bertempat

Tahukah kita bahawa taat itu hanya milik Allah dan Rasul? Sepertimana yang terdapat dalam surah An-Nisa, 4:59, 

" wahai orang yang beriman, taatlah Allah dan taatlah Rasul ( Muhammad), dan Ulil Amri (pemegang kekuasaan) selama dia berpegang kepada Al-Quran dan Sunnah, diantara kamu, kemudian jika kamu berbeza pendapat tentang sesuatu, maka kembalilah kepada Al Quran dan Sunnah, jika kamu beriman kepada Allah dan hari kemudian."

Dalam surah Al-Imran, 3: 31-32 juga menyatakan perkara yang sama,

" Katakanlah (Muhammad), " Jika kamu mencintai Allah, ikutilah aku, nescaya Allah mencintaimu dan mengampuni dosa-dosamu..."

" Katakanlah (Muhammad), " Taatilah Allah dan Rasul. Jika kamu berpaling, ketahuilah Allah tidak menyukai orang-orang yang kafir."

Kalau kita semak dalam Al-quran sendiri, tiada satu pun ayat yang menyuruh untuk taat kepada ibu bapa. Hanya perkataan berbuat baik sahaja digunakan. 

".....dan hendaklah berbuat baik kepada ibu bapa." ( Surah al Isra', 23)

" dan Kami perintahkan kepada manusia agar berbuat baik kepada kedua orang tuanya..."
( Surah Luqman,31:14)

Kenapa?

Sebab ketaatan kepada Allah dan Rasul adalah yang teratas dan tertinggi daripada ketaatan kepada yang lainnya. Meskipun ibu bapa kita tidak memberi 'lesen' untuk kita berbuat kebaikan atau datang majlis ilmu atau ke daurah, tapi 'lesen' itu telah pun terlebih dahulu dapat daripada Allah dan Rasul.

Ini bukan bermakna kita membelakangkan ibu bapa. Tapi kita cuma berbuat sesuatu yang Allah redha dan Allah perintahkan berdasarkan apa yang kita faham. Jika ibu bapa masih belum memahami sepenuhnya, kitalah berperanan memahamkan mereka. Cuma dari segi cara kita dalam memahamkan ibu bapa itu perlulah berhikmah dan penuh dengan adab serta kasih sayang. Jika kita berusaha dengan pelbagai cara, ia akan menjadi mudah dengan izin Allah. Seperti mana Allah berfirman:

" dan orang-orang yang berjihad untuk mencari keredhaan Kami, Kami akan tunjukkan  kepada mereka jalan-jalan Kami. dan sungguh Allah beserta orang-orang yang berbuat baik." ( Surah Al Ankabut, 29: 69)


Tegas pada prinsip

Sekarang ini dalam bab kemungkaran, ibu bapa begitu mudah membiarkan anak-anak mereka ditelenggami dengan hal-hal sebegitu. tapi, jika ia bab kebaikan dan ketaatan kepada Allah, begitu mudah ibu bapa judge anak-anak mereka mungkin sesat dan telah terpengaruh dengan fahaman-fahaman yang salah.

Kita lihat sendiri, ibu bapa yang menggalakkan atau membiarkan anak mereka bercouple. Malah, dipuji-pujinya perbuatan itu. Begitu juga apabila keluar reunion, bershopping atau ke sesuatu program yang tidak dinafikan terdapat percampuran lelaki dan perempuan yang extreme. Menghairankan, ibu bapa tidak menghalang. Malah, aurat anak yang tak bertudung dan berbaju menjolok mata juga tidak dihalangnya. dan begitu juga anak-anak begitu keras dan tegas mempertahankan perbuatan mereka itu tidak salah. Maka, nak atau tak nak, ibu bapa terpaksa membiarkan sahaja perkara itu terus berlaku.

Inilah realiti sekarang. Ketegasan kepada berbuat maksiat boleh, tapi ketegasan kepada kebenaran dan ketaatan kepada Allah, mengapa tidak boleh? Padahal, jika kita para pemuda tidak bangkit sekarang, siapakah yang akan melakukan kerja dakwah dan tarbiyah ini? dan siapakah pula yang akan bertanggungjawab memenangkan islam kembali?

Ketaatan kepada Allah disini bukan merujuk kepada solat atau puasa sahaja, tapi dalam join halaqah @ majlis ilmu dan program-program bermanfaat seperti daurah, liqo negeri dan apa jua program selagi ia adalah sesuatu yang memberi manfaat kepada kita dan keluarga kita secara tak langsung.

Teringat kata-kata mak saya ketika saya meminta izin untuk keluar ke daurah di KL,

" Kalau mak halang pun, kau tetap akan keluar juga. Biarlah mak redha dengan apa-apa yang anak mak buat sebab mak tak nak anak mak pergi tanpa redha mak."

Tapi soal kemungkaran mak takkan redha ya.

Penutup: Membawa ke syurga
bahagia sampai ke syurga? semua bermula dari kita

Anak yang soleh dan solehah akan membawa ibu bapa ke syurga. setuju?
Jadi, untuk menjadi, anak yang soleh dan solehah adalah dengan mentarbiyah diri iaitu dengan cara berkumpul bersama-sama dengan orang soleh dalam halaqah ilmu.

Ikhwah wa akhawat, jika kita ditarbiyah, kita akan mampu mentarbiyah family kita juga. Tapi, jika kita tidak ditarbiyah dengan alasan halangan daripada ibu bapa, betapa beratnya dosa ibu bapa kita tanggung kerana menghalang anaknya untuk buat kebaikan dan suruhan Allah di samping betapa teruknya keadaan family kita nanti kerana tiada siapa yang mahu memperbetulkan mereka. 


Kalau kita tidak beriman, bagaimana kita hendak melahirkan keluarga dan anak cucu beriman di dunia akhir zaman ini? Allah telah berjanji dalam Al-quran:

" Orang-orang yang berima, beserta anak cucu mereka yang mengikuti mereka dalam keimanan. Kami pertemukan mereka dan anak cucu mereka di dalam syurga..."

Kepada akhawat, mak ayah kita akan tumpang kegembiraan untuk anak yang solehah di akhirat nanti sepertimana dalam hadith ini, Rasulullah bersabda:

" Barangsiapa yang mengasuh 2 anak perempuan sehingga besar, nanti pada hari kiamat, aku dan dia seperti ini sambil nabi merapatkan jarinya." ( HR Bukhari dan Muslim)

Jika kita baik, maka tempiasnya akan terkena kepada keluarga kita.

p/s: ibu bapa menghalang kerana takut apa yang kita ikut sesat, maka, tunjukkan qudwah yang baik di depan mereka apabila di rumah. bukan qudwah yang sesat daripada sikap kita sendiri. 
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...