IN THE NAME OF ALLAH THE MOST GRACIOUS THE MOST MERCIFUL

.

SELAMAT DATANG

Teruslah bergerak, hingga kelelahan itu lelah mengikutimu.
Teruslah berlari, hingga kebosanan itu bosan mengejarmu.
Teruslah berjalan, hingga keletihan itu letih bersamamu.
Teruslah bertahan, hingga kefuturan itu futur menyertaimu.
Tetaplah berjaga, hingga kelesuan itu lesu menemanimu.”
( allahyarham KH Rahmat Abdullah )

28 Mac 2012

Tarbiyah bukan setakat halaqah!




" Akak, saya tak dapat hadir ke daurah.."

" Kenapa? weekend ni takde pape kan?"

" Saya ada join program kampus."

" Oh.. ok.."



Mesej berakhir di situ. Luluh hati seorang murobbiyah apabila tiada seorang pun anak halaqah mereka mengikuti daurah. Padahal, untuk mengukur kejayaan seseorang akhwat itu dalam membina adalah hadirnya mutorobiah mereka ke daurah.

Sarana tarbiyah

Mungkin ada yang kurang faham tentang kepentingan hadir ke daurah. Atau merasakan tarbiyah hanya cukup diperolehi di halaqah sahaja. Dan sebagai seorang murobbiyah, pentingnya untuk kita menerangkan secara jelas  bahawa tarbiyah tidak hanya di halaqah tetapi perlunya menghadiri acara-acara lain untuk mendapat tarbiyah yang sempurna.

Begitu juga seorang cikgu, untuk menjadikan anak muridnya cemerlang dalam akademik, perlunya dia menyediakan kelas tambahan, tuisyen, program skor A, speed modul, teknik jawab soalan dan sebagainya. Ini kerana, seorang cikgu percaya bahawa program pengajian di dalam kelas tidak akan mampu sepenuhnya membantu pelajar untuk memahami pengajaran dengan baik, tetapi perlu dilakukan kelas-kelas tambahan untuk memastikan mereka memahami sebenarnya subjek yang dipelajari.

Maka, semestinya program tarbiyah yang kita ikuti perlu juga memastikan mutorobiyahnya atau peserta tarbiyahnya mengikuti program-program yang diadakan seperti rehlah, mukhayyam, mabit, iftar, daurah dan program-program yang berkaitan. Ini demi memastikan seorang mutorobiyah itu memahami sebenarnya tarbiyah yang mereka ikuti dan meningkatkan kefahaman mereka sebagai orang yang ditarbiyah disamping membina ukhwah dikalangan mereka yang mengikuti tarbiyah sepertinya.

Keutamaan kita

Kita perlu jelas bahawa, apabila kita mengikuti tarbiyah, maka, terdapat perbezaan  antara program tarbiyah dan program islamik yang lain. Jikalau program lain hanya bersifat umum dan mempunyai peserta yang ramai, maka program tarbiyah adalah bersifat fokus dan pesertanya hanyalah orang yang mengikuti tarbiyah @ halaqah.

Jadi, perlunya kita mengutamakan program tarbiyah itu sendiri daripada program lainnya kerana setiap program yang dibuat untuk kita sememangnya ada objektif tertentu.

Bukanlah bermaksud apabila kita memasuki arena tarbiyah, kita dihalang mengikuti program islamik yang lain. Malah, kita memang sangat digalakkan untuk mengikutinya. Cuma, adalah menjadi keutamaan kita untuk kita terus memilih sesuatu yang lebih patut diprioritikan daripada yang lain.

Jika, tidak ada apa-apa program tarbiyah yang dilakukan, maka, silakan untuk mengikuti program islamik yang lain. Tiada masalah.

Penutup: Halaqah bukan setakat ilmu

Sekiranya kita mahukan hanya ilmu daripada halaqah itu sendiri, maka silakan belajar di Mesir, Jordan atau Mekah  kerana disana terdapat begitu ramai para ilmuan yang boleh kita jadikan guru. Namun, kita perlu tahu bahawa halaqah bukan setakat itu sahaja. Malah, ia lebih daripada itu.


Halaqah adalah lebih bersifat pembinaan dan kesedaran individu dalam berislam. Dan bagaimana sikap seseorang apabila mahu menjadi individu muslim yang sempurna.

Jadi, marilah kita sama-sama memahami bahawa, kita datang halaqah bukan setakat mahukan ilmu tetapi kita mahukan tahu dan amal. Sekali kita tahu, maka kita dituntut untuk mengamalkannya dengan pantauan murobbiyah. Itulah yang lebih berkesan sebenarnya.

18 Mac 2012

Murobbiyah itu..



Menjadi murobbiyah itu mudah? Siapa kata? Ternyata, buku "Menjadi murobbi itu mudah" sangat sesuai untuk dibaca oleh semua bakal murobbi dan mereka yang bertitle murobbi/murobbiyah. Dulu, buku "Murobbi/Murobbiyah sukses" sahaja yang menjadi pilihan untuk memberi keyakinan dan tips kepada sang murobbi/murobbiyah. Tapi, kini, buku "menjadi Murobbi itu mudah" juga sangat membantu para akhwat dan sangat sesuai untuk dibedah ketika halaqah atau daurah.

Setelah menselektif beberapa bab, saya berminat untuk menghuraikan bab 8. iaitu setting mental murobbi. Hidup sebagai murobbiyah perlu banyak persediaan dan salah satunya adalah persediaan mental.

Ini kerana, kita bakal menemui pelbagai respon dan kejadian yang agak tidak menyenangkan hati. Mungkin juga boleh membawa patah hati dan putus asa. Setelah menerima banyak berita " ana dengan ini memutuskan keluar halaqah..", seorang murobbiyah tidak akan lagi merasa sedih atau kecewa habis kerana mental mereka telah bersedia dengan berita-berita sebegini. Baru-baru ini, seorang akhwat menerima berita sedih, kesemua anak halaqahnya telah keluar sehingga dia tidak dapat tidur malam. insyaAllah dengan membaca buku ini, anda akan dapat tidur lena walaupun begitu banyak kepahitan datang bertubi-tubi setiap hari dan tetap dapat meneruskan kerja dakwah.

" Tentangan seorang dai'e adalah apabila dia tidak mampu bersikap positif apabila objek dakwahnya bersikap negatif "

Berbuat kerana Allah

Kadang-kadang saya sendiri merasa begitu stress dengan sikap mad'u yang tidak boleh dijangka. Sehingga sampai satu masa saya tidak mahu tahu langsung tahu soal dia dan bercadang meninggalkan dia kerana sikap marah, geram, sedih yang bercampur aduk.

Begitulah mungkin sikap seorang murobbiyah dalam melakukan  proses pembinaan. Namun, kita sebagai seorang murobbiyah kena sedar bahawa segala apa yang kita lakukan, hanyalah ingin mendapat balasan semata-mata daripada Allah swt. Inilah kunci untuk kita sentiasa bersikap positif. 

"Reaksi orang lain bukan tahap ukuran keredhaan Allah."

Teruslah bekerja dan biarlah Allah membalas segala amal kita meskipun orang lain tidak pernah menghargai apa yang telah kita lakukan.

Tidak putus asa

Duhai ikhwah wa akhwat. Bagi mereka yang baru first step membuat taklim, mungkin fenomena tiada siapa yang hadir dalam taklim anda adalah fenomena yang sungguh mengundang mengecewakan. Padahal, kita telah pun melakukan pelbagai persiapan untuk taklim, malah susah-susah datang menempuh hujan, perjalanan yang jauh dan sebagainya. Tetapi apabila hadir sahaja  ke tempat dan masa yang dijanjikan, tidak seorang pun yang hadir. Itu fenomena biasa sebenarnya apabila kita membuat taklim.

Mungkin itu berasal daripada kesilapan kita sendiri ataupun mungkin dari segi mad'u. Jadi, sentiasa muhasabah apakah kesilapan yang telah kita lakukan sehingga mad'u lari dan tidak hadir. Apakah taklim yang kita lakukan tiada variasi dan mungkin terlalu lama sehingga mad'u merasa satu pembaziran masa apabila hadir ke taklim.

Kita mungkin begitu susah payah untuk men'setup' satu taklim dengan terpaksa menyusun jadual demi untuk menjadikan setiap mad'u available pada waktu itu, namun, jika mereka masih tidak dapat hadir, sekali lagi... USAH PUTUS ASA.! Teruskan mentarbiyah mereka kerana di akhir nanti, akan ada kemanisan yang akan kita dapat.

Lihatlah pada Rasulullah sendiri, baginda tidak berputus asa dalam melakukan dakwah di Thaif walaupun baginda mengalami luka teruk. Malah, selepas kejadian di Thaif baginda berehat di sebuah kebun dan berjumpa Addas. Namun, dalam keadaan itu, baginda melayani Addas dengan baik dan memanfaatkan masa itu untuk mendakwahi Addas pula. Kegagalan dakwah di Thaif tidak menjadikan baginda berhenti. Tapi baginda terus cuba dan cuba. Jika kita berada di tempat baginda, apakah kita akan bersikap demikian seperti mana baginda lakukan?

Penutup: Setkan mental

Untuk menjadi murobbi/murobbiyah, kita bukan hanya perlu ada persediaan ilmu dan akhlak sahaja. Tapi persediaan mental juga sangatlah penting.

Sangat mustahil kalau seorang akhwat/ikhwah apabila mereka mengalami kejadian dramatis, mereka akan bunuh diri. Paling tidak pun, mereka menangis, tidak lena tidur, tiada selera makan atau tidak ada mood study.

Wajar untuk ada perasaan kecewa, tapi bukan berlebihan.


p/s: setapak menjadi murobbiyah adalah
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...