IN THE NAME OF ALLAH THE MOST GRACIOUS THE MOST MERCIFUL

.

SELAMAT DATANG

Teruslah bergerak, hingga kelelahan itu lelah mengikutimu.
Teruslah berlari, hingga kebosanan itu bosan mengejarmu.
Teruslah berjalan, hingga keletihan itu letih bersamamu.
Teruslah bertahan, hingga kefuturan itu futur menyertaimu.
Tetaplah berjaga, hingga kelesuan itu lesu menemanimu.”
( allahyarham KH Rahmat Abdullah )

9 Feb 2012

Jadilah generasi berkualiti


Sudahkah kita menjadi generasi berkualiti?

Generasi yang berkualiti pada masa kini amatlah payah untuk dijumpai. Walaupun generasi itu adalah generasi yang ditarbiyah. Bukan silap tarbiyah itu sendiri, tapi silap diri sendiri yang tidak berusaha sehabis baik untuk menjadi berkualiti. Meskipun tarbiyah yang diperolehi sudah bertahun-tahun, berbuku-buku tazkirah dan bahan yang didapati, ia tidak akan dapat merubah individu itu melainkan individu itu sendiri yang bersungguh-sungguh merubah dirinya menjadi lebih baik.

Nilai kualiti

Dalam surah At-Anfal, Surah  65, Allah berfirman:

" Wahai Nabi, kobarkanlah semangat para mukmin untuk berperang,. Jika ada dua puluh diantara mereka yang sabar di antara kamu, nescaya mereka dapat mengalahkan dua ratus orang musuh,. Dan jika ada seratus orang musuh yang sabar diantara kamu, nescaya mereka dapat mengalahkan seribu orang kafir, kerana orang-orang kafir itu adalah kaum yang tidak mengerti.."

Inilah nisbah yang dibuat dalam Al-quran berkenaan kualiti orang islam dengan orang kafir iaitu 1: 10.
Namun, nisbah ini terjadi tidak lain tidak bukan kerana keimanan para sahabat di zaman Rasulullah. Betapa berkualitinya mereka kerana mendapat tarbiyah langsung daripada Rasululllah saw sendiri. 

Kita sendiri melihat begitu banyak sirah-sirah di zaman mereka ketika perang. Majoritinya tentera islam mempunyai bilangan yang sedikit daripada tentera kafir/ musuh. Dan kemenagan tidak berpihak pada yang ramai tapi berpihak kepada golongan beriman yang sedikit.

Lihatlah perang badar, Allah mendatang bantuan yang tidak disangka-sangka kerana sikap sabar dan pergantungan tinggi kepada Allah swt. Ini diterangkan dalam Surah Al-Anfal, ayat 9:

"Ingatlah, ketika kamu memohon pertolongan kepada Tuhanmu, lalu diperkenankanNya bagimu. Sesunguhnya Aku mendatangkan bala bantuan kepada kamu dengan seribu malaikat yang berturut-turut."

Begitu juga bilangan yang banyak tidak menjamin kemenangan sepertimana dalam Perang Hunain yang bilangannya 12 ribu umat islam namun tidak semuanya berkualiti. 

Kisah sahabat

Dalam buku Ya Allah kokohkan kami kami di atas JalanMu, karangan MUhammad Lili Nur Aulia menceritakan tentang kualiti sahabat.

Ketika Khalid Al Walid terkepung, ia meminta tambahan pasukan daripada ABu Bakar As Siddiq sebagai khalifah ketika itu. Tetapi Abu Bakar hanya mengirim satu orang pasukannya iaitu, Qa'qa' bin Amru At Tamimi.

" Sebuah pasukan takkan boleh dikalahkan jika di dalamnya ada orang seperti dia. Suara Qa'qa' diantara pasukan lebih baik daripada seribu pasukan."

Begitu juga dalam kisah Penaklukan mesir oleh sahabat bernama Amr Al-Asr yang meminta tambahan bantuan pasukan kepada Amirul Mukminin, Umar Al Khatab. Umar saat itu hanya mengirimkan 4 orang pasukan terbaiknya, dengan mengirimkan surat bertuliskan.

" Aku bantu engkau dengan 4 ribu orang pasukan. Satu orang mewakili 1000 pasukan. Mereka adalah Zubair Al Awwam, Miqdad bin Amr, Ubadah bin Shamit dan Maslamah bin Makhlad."

Subhanallah.. begitulah kualiti mereka. Kita bagaimana?

Penutup: Kualiti kita bermula dengan tarbiyah

Ramai orang menganggap untuk menjadi orang yang berkualiti, perlukan seorang yang cantik dan tampan, segak, tinggi, kuat, besarnya tubuh dan sebagainya. Hakikatnya kita hanya melihat fizikal seseorang itu. Ayuh susuri kisah Ibn Mas'ud;

Ketika Nabi saw memerintahkan Ibn Mas'ud memanjat pohon dan mengambil sesuatu dari pohon itu, betis Ibn Mas'ud tersingkap dan para sahabat melihatnya. Para sahabat tertawa saat melihat kurusnya betis Ibn Mas'ud. Lantas Rasulullah bersabda,

" Apa yang kamu tertawakan? Betis Abdullah Ibn Mas'ud itu lebih berat timbangannya di hari kiamat daripada Gunung Uhud."

Tapi, percayalah, untuk menjadi berkualiti adalah dengan keimanan dan ketakwaan. Dan itu semua tidak akan mampu dicapai sekiranya kita tidak join halaqah yang merupakan sarana tarbiyah.

Jadi, ikhwah dan akhwat sekalian, ayuhlah menjadi berkualiti dengan nikmat tarbiyah yang kita perolehi sekarang. Kuantiti itu penting, tapi kualiti itu jauh lebih penting!!!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...