IN THE NAME OF ALLAH THE MOST GRACIOUS THE MOST MERCIFUL

.

SELAMAT DATANG

Teruslah bergerak, hingga kelelahan itu lelah mengikutimu.
Teruslah berlari, hingga kebosanan itu bosan mengejarmu.
Teruslah berjalan, hingga keletihan itu letih bersamamu.
Teruslah bertahan, hingga kefuturan itu futur menyertaimu.
Tetaplah berjaga, hingga kelesuan itu lesu menemanimu.”
( allahyarham KH Rahmat Abdullah )

24 Jan 2012

Mengetahui level objek dakwah

Dimana level objek dakwah anda?

Di dalam Surau Al-Islam,  kelihatan seorang yang bertudung labuh begitu khusyuk menyampaikan tazkirahnya di dalam satu bulatan kecil yang mempunyai kira-kira 10 orang. Itu adalah perjumpaan pertama mereka.

" InsyaAllah ana nak antunna buat mutabaah ini! Qiamullail, solat sunat dhuha, mathurat, istighfar 100 kali dan baca al-quran 1 juz setiap hari. Setiap kali perjumpaan ini sila report pada ana ye. Kira bilangan yang antunna buat.. Rasulullah pun buat begini dulu.. ana juga nak antunna ketuk pintu dan ajak kawan-kawan antunna. "

Terpancar di wajah adik-adik pada masa itu sedikit terkejut. Ada yang mengerut dahi. Padahal mereka baru sahaja menghadirkan diri. Di antara mereka ada yang masih bercouple, tidak memakai tudung, masih memakai baju berlengan pendek, yang lompong solatnya dan macam-macam lagi. Hajatnya datang ke taklim untuk menambah ilmu, tapi mereka rasakan seperti dihukum dan dikongkong dengan berbuat sebegitu.

Inilah dinamakan berdakwah tanpa melihat kefahaman objek dakwah itu sendiri.

Level yang berlainan

Setiap orang mempunyai level kefahaman yang berlainan mengikut background diri masing-masing.

Orang yang tidak bertudung lain kefahamannya dengan orang yang bertudung. Orang yang bersekolah agama lain kefahamannya dengan orang yang bersekolah biasa. Orang yang mempunyai keluarga islamik lain kefahamannya dengan orang yang berkeluarga biasa-biasa.

Jadi, sebagai seorang dai'e kita mestilah sentiasa merancang strategi yang baik dalam menyampaikan kefahaman kepada mereka. Bukan menghentam bahan-bahan tazkirah yang perlu diberi pada masa itu.

Seperti memberi penekanan tentang hal dakwah kepada orang yang tidak bertudung atau masih lagi kucar-kacir isu auratnya, pasti akan memberikan impak negatif kepada orang lain. Malah, mungkin diperlekehkan kerana dikatakan menjaga tepi kain orang tetapi tepi kain sendiri tidak dijaga. Itulah yang kita cuba elakkan.

Baru-baru ini, saya berjumpa dengan seorang adik yang tidak mahu ikut taklim kerana baru pertemuan awal sudah disuruh buat mutabaah. Dia merasa berat dengan task yang diberikan kerana solat lima waktu sahaja dia masih terkapai-kapai. Saya hanya memberikan cadangan supaya mengutarakan musykilah itu kepada murobbinya sahaja.

Lihatlah akibat daripada kita terlalu cepat mahu memetik buat daripada objek dakwah kita dan hasilnya nah, mungkin mereka akan lari dan menganggap apa yang kita sampaikan ini ekstrem.

Begitu juga halnya dalam memberi kefahaman kepada objek dakwah tentang perihal amar-makruf nahi munkar (dakwah) dan jemaah. Tidak perlulah terburu-terburu dalam hal ini. Sebenarnya banyak lagi masalah yang perlu diselesaikan untuk objek dakwah kita sepertinya masalah aqidah.

Ada juga terdapat mereka yang sentiasa mempersoalkan masalah jemaah, bai'ah dan memilih kepada objek dakwah yang baru sahaja berjinak-jinak di jalan tarbiyah sehingga objek dakwah merasa terbeban dan pening untuk membuat pilihan. Sehingga akhirnya, mereka memilih untuk tidak mengikut apa-apa pun tarbiyah yang ada.

Selain itu, apabila di adakan program atau daurah, objek dakwah dipaksa untuk datang. Jika tidak, objek dakwah diberikan mesej-mesej perli dan mengejek kerana tidak mahu ke program.  Ada juga mereka yang menyuruh objek dakwah hadir ke program yang mempunyai objektif yang sama berkali-kali dan apatah lagi, program itu jauh. Ini pasti akan membebankan objek dakwah dan terus merasa futur dengan arahan yang tidak di rancang dengan baik atau tiba-tiba.

Bertahap dan berstrategi

Rancanglah strategi dengan baik.

Seorang dai'e perlu memahami bahawa ada objek dakwah yang cepat faham dan ada yang lambat. Maka, layanilah mereka sesuai dengan level mereka dan bertahap.

Sedangkan Al-quran juga Allah turunkan dalam keadaan bertahap dan penciptaan alam juga tidak sekaligus, maka, apatah lagi seorang  manusia yang lemah. Pasti memerlukan tahapan-tahapan tertentu untuk berubah dan menerima dakwah yang disampaikan. Jadi, mengapa kita begitu terburu-buru..

Dalam buku yang ditulis Syeikh Mustafa Masyhur, terdapat 7 tahapan dakwah fardhiyah. Dan pertama-tamanya adalah mengikat hati diikuti oleh membangkitkan iman dan membuang karat-karat jahiliyyah. Hidup berjemaah, memilih jemaah dan dakwah adalah peringkat yang kebelakang.

Pada hari ini, 7 tahapan itu seakan menjadi terbalik kerana hidup berjemaah dan memilih jemaah yang sesuai  menjadi tahapan pertama dalam dakwah padahal apa yang kita mahu dalam dakwah adalah memperkenalkan umat pada islam yang benar.

Buat dai'e sekalian, berbincanglah sesama kamu untuk memilih tajuk apakah yang sesuai ketika objek dakwah datang buat pertama kali, kedua kali, ketiga kali dan seterusnya. Jadikan topik aqidah adalah topik terawal yang perlu difahamkan dan ditekankan. Dan seterusnya barulah ceritakan tentang ghazwul fikr, Rasulullah, sirah, pengorbanan dan sebagainya yang dirasakan sesuai.

Hakikatnya, kefahaman objek dakwah meningkat apabila mereka sentiasa hadir ke halaqah dan daurah yang dianjurkan. Jika di dalam kumpulan terdapat beberapa orang yang kefahaman mereka sama, maka sangatlah digalakkan untuk mereka di asingkan dalam satu kumpulan supaya mudah untuk menerangkan sesuatu yang lebih banyak.

Semoga kita sama-sama sentiasa mengatur strategi yang baik demi kebahagian objek dakwah kita.

10 Jan 2012

Mencipta target

Menaiki tahun 2012, menyedarkan kita bahawa masa berlalu begitu pantas. Sepantas angin jika tidak dimanfaatkan dengan baik. Menyedari juga umur semakin meningkat dan menyedari tidak banyak sumbangan kita untuk diri, orang sekeliling dan masyarakat.

Mungkin, di awal tahun 2012 ini, tidak terlambat lagi untuk kita semua mempunyai target. Apa itu target?
Target adalah sesuatu yang hendak kita capai dalam waktu-waktu tertentu. Namun, masih ada yang blurr jika ditanya tentang target.

" Apa target enti bila umur sudah mencecah 24 tahun?"
" Entah. tak ada. Tak terfikir."
" yela, mungkin target nak bernikah..?"

Pasti terkejut apabila murobbiah tanya tentang target dan apatah lagi tentang nikah. Berderau juga darah.
Jadi, sekarang, ayuh bermimpi besar untuk merealisasikan target kita.

Kita sudah besar ukhti. Jadi, cubalah rasa tercabar dengan para-para sahabat dan tokoh-tokoh yang telah berbuat lebih banyak dan hebat daripada kita yang sentiasa bertakuk di posisi yang lama.

Lihatlah Sultan Muhammad Al Fatih yang baru berusia 21 tahun, tapi digelar sebaik-baik raja oleh Rasulullah yang berjaya menawan kota Konstantinopel. 


Ataupun lihatlah orang sekeliling yang paling dekat dengan kita. Baru mencecah umur 21 tahun, sudah menjadi pengurus syarikat, facilitator dan dijemput mengisi di IKIM.fm.


Wah, ini memang rasa tercabar.!
jadi, Tidakkah kita rasa tercabar dengan umur yang lebih tua daripada itu?

Apakah target yang perlu di buat?

Diri

Pertama-tamanya mesti kita kena berfikir dan plan untuk diri sendiri.
Mungkin terdapat di antara kita yang mahu mempunyai bisnes sendiri untuk menampung perbelanjaan sehari-hari di kampus. Atau berbisnes dan dengan itu, tidak perlu lagi mengambil pinjaman PTPTN.

Bagi sesiapa yang mempunyai bakat dalam pelbagai bidang seperti menulis, melukis, menconteng atau apa sahaja, maka cubalah berfikir lebih jauh untuk menghasilkan sesuatu yang punya manfaatnya untuk orang lain lebih banyak lagi. Jika kita sekarang cumalah penulis sebuah majalah, apa kata, kita pula yang menghasilkan buku kita sendiri.

Begitu juga hafalan kita tentang hadith dan surah-surah pendek masih kurang, mengapa tidak kita tanamkan azam untuk mempunyai hafalan yang baik dalam kedua-dua perkara ini.

Di samping itu, sama-sama kita mempertingkatkan lagi kualiti kita dari segi dalil-dalil Al-quran dan kepetahan dalam memberi pengisian.

Akademik

Ramai yang apabila ditanya, hanya mahukan keputusan peperiksaan yang biasa-biasa sahaja asalkan lulus dan mampu diterima bekerja nanti.

Tapi kali ini, ayuh berfikir lebih jauh. Cuba lah berjanji pada diri atau menentukan target untuk lulus dalam semua peperiksaan dan kemudiaanya mendapat dean list di kalangan rakan-rakan satu batch. Kalau dahulu kita mungkin berfikir hanya untuk lulus, tapi sekarang, berusaha keras untuk mendapat pointer tertinggi.

Berfikirlah daripada sekarang, untuk menyambung pelajaran ke peringkat lebih tinggi. Jika kita mahu mengambil master, apakah bidang yang kita nak ceburi? Apakah target kita untuk dakwah dengan akademik kita? Mahu menjadi lecturer, membuka hospital atau klinik tarbiyah atau menjadi guru di mana-mana sekolah untuk menyebarkan fikrah islam kepada sesiapapun di hadapan kita.


Ayuh lihat dengan kaca mata seorang yang ditarbiyah. Akademik bukan penghalang untuk kita berdakwah!

Dakwah dan tarbiyah (DNT)

Jika kita adalah seorang akhwat. Orang yang sudah faham DNT ini. Maka, sepatutnya fikiran kita jauh lagi melangkau daripada orang yang biasa sebenarnya.

Adakah target kita hanya mahu mengutip mad'u yang ramai atau mahu mempunyai mad'u yang ramai dan lebih berkualiti daripada kita. Jika daripada sekarang, kita hanya target untuk menarik 3 orang mad'u, lupakanlah..! Tukarkanlah ia kepada 30 orang, agar rasa tercabar dengan diri untuk berusaha keras lagi.

Mulai sekarang juga, kita sepatutnya sudah ada planning untuk membuka medan baru, melawat akhwat-akhwat di medan lain seperti Sabah atau Sarawak dan juga memasuki sekolah-sekolah untuk membuat ceramah di sana.

Keluarga

Terakhir sekali, jangan abaikan keluarga. Apakah target kita untuk keluarga pula. Biarlah kita rasa mustahil pun untuk capai, tapi tidak salah bukan untuk mempunyai target. Untuk dakwah keluarga, sepatutnya sudah ada di fikiran kita untuk menjadikan seluruh keluarga kita sebagai ikhwah dan akhwat. Pantang sahaja peluang datang, teruslah untuk meminta akhwat atau ikhwah mem follow up mereka di mana mereka berada. Mungkin, kita merasakan ini sangat mustahil, tapi dengan izin Allah, benda yang mustahil itulah boleh berlaku sebenarnya. Yang penting, terus-terusan berusaha ya.

Kalau terdapat akhwat yang dalam masa terdekat ini akan bekerja atau sudah bekeja, bolehlah cuba mengimpikan untuk menghantar mak ayah kita untuk menunaikan haji di Mekah. Walaupun, pada masa sekarang, kita tidak lagi punya duit yang mencukupi dan kita masih belajar, bukankah salah satu cara paling senang adalah menggalakkan mereka membuka akaun tabung haji dan mendaftarkan mereka untuk ke sana.

Dan isu yang paling hangat atau sensitif, ialah nikah. Walaupun, sudah lama anda menunggu, atau baru terlintas di hati anda untuk menikah, tiada salahnya anda berusaha kan meskipun hanya berdoa atau mendalami pengetahuan anda tentang hati lelaki dan pendidikan anak. Di samping juga meluahkan hasrat ini kepada Murobbiah. Oh lupa, sebelum itu, loby lah family bahawa umur kita sekarang, memang sesuai sudah untuk menikah dan kita telah bersedia!

Jom tentukan target kita. Pasti banyak kan? Listkanlah ia dan ayuh sama-sama berusaha ke arahnya.

6 Jan 2012

Jika saya tak join halaqah

Sambungan daripada kisah "Saya tak nak join halaqah boleh?"..


Jika saya tak join halaqah,

saya tak tahu apa jadi pada saya sekarang. saya mungkin tak kenal Allah, saya tak akan ada rasa cinta kepada Allah dan saya tak tahu pun semuanya kena buat kerana Allah.

saya takkan kenal Rasulullah, idola saya mungkin Britney Spears, Avril Lavigne atau Evenesence, saya juga tak tau sirah dan keperitan Rasulullah dan para sahabat dan saya tak rasa penting ikut sunnah baginda dalam hidup.

Saya takkan kenal al-quran dengan baik, tajwid saya banyak tunggang langgang, baca quran pun masih tergagap-gagap, khatam quran mungkin sekali dalam seumur hidup, terjemahan al-quran saya tak pernah tahu dan saya hanya baca quran besar yang saya tak faham.

saya takkan kenal dakwah dan saya tak tahu apa itu dakwah. Malah saya tak pernah terfikir untuk berdakwah dan paling teruk, saya rasa dakwah itu ekstreme.

Jika saya tak join halaqah,


saya tiada arah tujuan hidup, dunia adalah tujuan utama saya. Selain itu, menjadi hebat, kaya dan hidup mewah itu cita-cita saya.

saya tak tahu kewajipan saya seorang muslim, islam saya hanya pada IC, saya hanya ikut-ikut islam daripada orang sekekliling dan keluaga. saya juga takkan ada cita-cita untuk mengharap kemenangan islam.

Jika saya tak join halaqah,

saya tak tutup aurat, saya tak tahu kaki itu aurat. Pada saya rasa aurat saya dah sempurna dengan bertudung sahaja,

seluar jeans dan baju ketat menjadi pakaian saya.
tudung jarang dan pendek itu pilihan saya.
saya tak suka pakai stoking dan handsock sebab rasa tak selesa.
saya pandang remeh pada orang tudung labuh yang suka berpuak-puak dan pandang pelik pada saya.

saya hanya nak baju berjenama dari pasar raya, padahal semua baju itu yang akan masukkan saya ke neraka. 

jika saya tak join halaqah,

saya tak jaga ikhtilat (pergaulan),
saya mesej dengan lelaki yang saya suka, mesej selamber tanpa rasa dosa dan panggilan telefon setiap hari untuk ubat rasa rindu yang sudah lama tak jumpa.

saya tak kisah duduk rapat-rapat dengan lelaki asal tak buat apa-apa,
pandangan dengan lelaki saya tak jaga,
sembang hal-hal dunia dan cinta monyet sahaja.

jika saya tak join halaqah,

saya tak kenal mutabaah, saya tak pernah rasa nak buat amalan sunnah dan saya rasa cukup buat yang wajib sahaja.

saya hanya qiam setahun sekali bila nak exam sahaja. Untuk buat setiap malam saya tak pernah terfikir untuk lakukannya sebab saya lebih suka tidur lewat stay up dan bangun lambat untuk solat subuh sahaja,

apatah lagi, dhuha tak pernah kenal dalam sepanjang hidup saya,
mathurat dan zikir harian tidak pernah saya amalkannya.

jika saya tak join halaqah,

saya tidak tahu apa erti kawan yang solehah atau siapa itu akhwat,
kawan saya semua tahu cakap pasal lelaki dan cinta sahaja,

tiada yang tegur saya selama saya bersama dengan mereka,
kerana mereka tiada rasa malu, maka saya pun ikut begitu,

mereka tidak pergi ke majlis ilmu, saya juga begitu, mereka hanya tahu buang masa sahaja dan lepak sana sini untuk buang rasa jemu.

jika saya tak join halaqah,


weekend saya  bukan untuk program atau daurah,

saya akan ke pantai, shopping complex dan enjoy bersama kawan-kawan,
untuk release stress dengan benda bukan-bukan,

sebab saya rasa untuk ada life kena buat benda seronok

jika saya tak join halaqah,

saya berada dalam keadaan lagha,
saya tengok movie tak kira masa,
juga baca novel berbuku-buku, 
tidak lupa berhabis duit beli komik kreko, gempak dan starz untuk hiburan semata-mata,
lagu linkin park, simple plan, greenday jadi santapan telinga,


radio pilihan saya bukanlah ikim yang banyak ceramah agama, tapi hitz, mix, era dan hot.fm   yang banyak lagu-lagu cinta manusia,


semua ini tanda supaya saya dikatakan up to date dan sama level dengan rakan sebaya..

jika saya tak join halaqah,

saya tak buat dakwah,
malah saya dakyah perkara munkar,
mengumpat, memburukkan orang dan mulut celupar.


sebab saya tak tahu, dakwah itu perlu dan saya rasa tugas itu hanya untuk ustaz atau ustazah sahaja,
maka saya tinggalkan kerana saya tak cukup ilmu.

jika saya tak join halaqah,

saya tak nasihat family,
saya biarkan mereka dalam kesesatan,
saya biarkan mereka buat kelalaian,

saya tak ajak mereka solat berjemaah,
saya tak kisah hal mereka.
lantaklah mereka hendak jadi apa,
hal masing-masing buat apa nak ambil kira.

jika saya tak join halaqah,

saya bukanlah siapa saya sekarang.
alhamdulillah.


terima kasih Allah kerana mempertemukan saya dengan halaqah.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...