Semua orang perlukan tidur, tapi bukan waktu halaqah
Halaqah yang muntijah(sukses) adalah halaqah yang tidak jenuh. Setiap pesertanya berusaha mengambil manfaat sebanyak mungkin dalam halaqah tersebut. Malah, salah satu ciri dalam halaqah muntijah itu sendiri adalah para peserta suka berlama-lamaan di dalamnya. Namun, adakah halaqah kita muntijah kalau peserta di dalamnya adalah orang yang suka tidur dan tidak mengambil kisah apa pun yang berlaku sewaktu keberlangsungannya?
Ini penting ukhti. Tidur yang terlalu kerap semasa halaqah adalah sangat bahaya! Ini bukan satu bicara main-main. Tapi, satu isu yang perlu diambil serius. Ada akhwat memang sudah get ready bantal untuk tujuannya tidur semasa halaqah. Ada pula akhwat yang boleh dengan selamber baring terus semasa halaqah berlangsung. Saya akui waktu halaqah lama. Setakat pukul 12pagi, itu masih awal. Biasanya halaqah berakhir pada pukul 3-4 pagi. Mungkin bagi akhwat di luar sana, halaqah mereka boleh berakhir sehingga subuh.
Ngantuk memang ngantuk kerana setiap orang penat dengan urusan masing-masing pada siangnya. Kuliah, kelas, tutor, lab, clinical dan macam-macam lagi. Namun, adakah ini alasannya untuk kita tidur semasa halaqah? Ex- Murobbiyah (semoga dia masih ingat saya) saya selalu sahaja berpesan setiap kali halaqah:
" Mata yang diharamkan masuk neraka ialah salah satunya mata yang tidak tidur semalaman dalam perjuangan fisabilillah. Ukhti, inilah yang sedang kita lakukan. Memikirkan masalah umat dan solusinya..."
Cubalah contohi akhwat lain yang juga penat seperti kita, tetapi mengapa mereka tidaklah teruk benar tidur sepertimana kita. Mana adab kita semasa halaqah? Kelakuan kita benar-benar membuat orang lain menyampah kerana hampir setiap halaqah kita adalah orang yang sama yang tidur semasa halaqah.
Asalkan saya datang halaqah
Adakah kita berpegang pada kata-kata ini?
" Lebih baik tidur semasa halaqah daripada tidak datang langsung!"
Jadi, kita memilih untuk hadir dan kemudiannya tidur daripada orang lain yang tidak hadir ke halaqah dan kemudiannya tidak dapat apa-apa. Sebab apa pentingnya niat, niat, niat! Kecelaruan niat akan menyebabkan kita tidak rasa bersalah pun dengan kesilapan kita dan ulang lagi kesilapan yang sama esok hari.
Mungkin juga kita rasa apa yang kita buat boleh di consider sebab kita penat. So, kita dibenarkan tidur. Inilah yang dinamakan buat 'fatwa' sendiri. Ukhti, perbetulkanlah niat semula. Kalau kita merasa halaqah sudah tidak bermanfaat lagi, kita lah yang kena koreksi diri. Mungkin kita lah yang tidak bermanfaat lagi untuk dakwah dan tarbiyah. Jika inilah sikap kita dalam halaqah, bagaimana pula lagi di luar halaqah? mungkin lagi teruk!
Cubalah cakap pada diri sendiri,
" Apa yang aku dah buat tadi masa halaqah. Aku tidur sampai separuh halaqah berjalan. Musykilah akhwat lain pun aku tak dengar. Bahan apa yang disampaikan pun aku tak tau. Apa tak kena dengan aku? Nape aku teruk sangat ni? Aku kena cuba tak tidur next time !"
Zero, seakan halaqah tidak bermakna!
Keluar dengan zero
Bila dah tidur, apa benda yang kita dapat pun macam angin je. Dapat cerita pun separuh-separuh. Bahan yang disampaikan hanya salin di white board. Segala info tentang dakwah tidak diketahuinya. Segala musykilah dan masalah akhwat lain, hanya buat tak tahu. Jadi, rasa kebersamaan dengan akhwat pun tiada. Rasa sensitiviti sesama akhwat dan mad'u hilang. Untuk minta tolong mungkin agak susah kerana tidak tahu akhwat ini perlukan pertolongan apa, dan akhwat ini pula perlukan apa.
Dan yang paling bahaya, program-program kehadapan yang di bincangkan hanyalah sampai ke telinga kanan kemudian keluar ke telinga kiri. Task-task yang ditugaskan sepertinya tidak tahu dengan teliti. Akhirnya, berlakulah kekusutan dan kekacauan dalam gerak kerja dakwah dan tarbiyah hanya kerana kesilapan kita yang suka tidur semasa halaqah.!
Cubalah
Cubalah tahan rasa ngantuk. Meskipun tersengguk-sengguk dan kemudian tersedar itu masih boleh dimaafkan. Tapi jika dah tidur mati, itu masalah. Kalaupun rasa ngantuk yang teramat sangat, pergilah cuci muka dan kemudiannya berdiri. Usahalah sehabis mungkin untuk tidak mahu tidur kerana setiap saat halaqah berlangsung adalah sangat bermakna dan bermanfaat untuk kita.
Bagaimana kita boleh stay up untuk study, begitulah kita cuba stay up untuk halaqah.
Semoga berjaya menahan rasa ngantuk. Sebab memang bahaya. Boleh jadi cancer stage 4. Metastasis nya boleh sampai terbantut gerak kerja dakwah, ukhwah dan mufaraqah.
Jangan sampai orang cakap kita " melukut di tepi gantang" iaitu keluar tidak mengurangi dan masuk tidak memenuhi.
p/s: berubahlah, sampai bila?