Pages

IN THE NAME OF ALLAH THE MOST GRACIOUS THE MOST MERCIFUL

.

SELAMAT DATANG

Teruslah bergerak, hingga kelelahan itu lelah mengikutimu.
Teruslah berlari, hingga kebosanan itu bosan mengejarmu.
Teruslah berjalan, hingga keletihan itu letih bersamamu.
Teruslah bertahan, hingga kefuturan itu futur menyertaimu.
Tetaplah berjaga, hingga kelesuan itu lesu menemanimu.”
( allahyarham KH Rahmat Abdullah )

28 Jan 2011

Saya sudah besar


Oleh : adik

Sedar atau tidak, umur kita sudah semakin meningkat. Kadang –kadang seperti tidak perasan yang kita ini sudah besar . Baru sahaja menyambut hari lahir hari itu. Pantasnya masa berlalu. Bagai baru semalam rasanya kita semua duduk di meja dan kerusi sekolah. Khusyuk mendengar apa yang diajar oleh guru. Tidak kurang juga berangannya. Kadang – kadang gagal menyiapkan tugas yang guru beri akibat terlupa. Didenda berdiri atas kerusi, dirotan, dicubit. Memang sakit tapi apabila alam persekolahan sudah  ditinggalkan apa yang dirasakan hanya rindu pada suasana itu. Memang rindu. Rasa mahu kembali semula ke alam persekolahan.

Mari mujahadah !

 

Alhamdulillah hari ini kita masih lagi dapat merasai nikmat tarbiyah dalam hidup. Tarbiyah itu datang daripada pelbagai cabang. Antaranya daripada akhwat yang datang ke sekolah dan ahli keluarga sendiri. Tidak semua sekolah yang dapat keistimewaan seperti dapat berhalaqoh dengan akhwat sekalian.

Namun bersyukurlah kita yang dapat merasa nikmat tarbiyah melalui ahli keluarga kita yang diantaranya juga sudah ditarbiyah.

"WAHAI orang yang beriman. Peliharalah diri kamu dan keluarga kamu daripada neraka yang bahan bakarnya manusia dan batu (berhala), neraka itu dijaga dan 
dikawal oleh malaikat yang kasar (layanannya), mereka tidak menderhaka 
kepada Allah dalam segala yang diperintahkannya kepada mereka, dan mereka 
pula tetap melakukan segala yang diperintahkan". (at-Tahrim: Ayat 28:6).
 
Tarbiyah itu merubah seseorang kepada keadaan yang lebih baik. Sudah tentu mereka yang sudah ada fitrah tarbiyah sebegini akan merasa tidak selesa dengan suasana yang dikelilingi dengan isu ber’couple’ , ikhtilat dan lain-lain yang bertentangan sekali dengan pendirian hidup dan ISLAM. Agak tersiksa juga apabila persekitaran tidak seperti yang kita mahukan!

Kerana Allah ada

Bagi mereka yang bersendiri memang sukar untuk bertindak seorang diri lebih-lebih lagi suasana sekolah yang terbiasa dengan pergaulan antara lelaki dan perempuan. Tindakan itu perlu  dan bukan hanya memandang remeh. Mengedarkan risalah bertepatan dengan situasi masalah sekolah tersebut adalah langkah yang sesuai bagi menegur keadaan seperti itu.

Cuba untuk rapat dengan semua orang meskipun tidak punya teman disisi. Masa yang sesuai itu harus dicari seperti situasi kawan yang sedang down merasa keseorangan. Walaupun apa yang selalu yang disampaikan itu mendapat tentangan dari pihak-pihak yang sukar menerima kebenaran. Kadang-kadang juga lidah menjadi kelu kerana soalan yang bertubi-tubi.

Mungkin masih belum kuat kerana kita baru sahaja dalam jalan ini. Lebih-lebih lagi seorang diri dan tidak punya halaqoh setiap hujung minggu. Situasi tersebut memang menguji iman sehingga kadang-kadang menangis dan terduduk seorang diri. Merasakan seperti mahu sahaja keluar dari sekolah. Mahu keluar dari medan yang menyesakkan ini. Tapi yakinlah pertolongan Allah itu dekat. Ingatlah ini baru sahaja pemulaan langkah kita.

"Apakah kamu mengira kamu akan dibiarkan mengatakan 'kami telah beriman' sedang kamu belum diuji" (Al-ankabut:2)

Malu

  

Berubah ke arah lebih baik seperti menutup aurat dengan sempurna adalah satu yang agak mencabar. Perubahan diri dari hari ke hari untuk menjadi lebih baik menjadi perhatian insan disekeliling terutama kawan-kawan. Kadang-kadang malu akan menerpa hanya kerana pandangan manusia dan buat kita rasa tidak selesa. Pelikkah kita ikut apa yang agama sendiri syariatkan.

Dari Abu Hurairah Ra. Ia berkata: Bersabda Rasulullah Shallallahu ‘Alaihi wa Sallam; "Islam mulai berkembang dalam keadaan asing. Dan ia akan kembali asing pula. Maka beruntunglah orang-orang yang asing." (HR. Muslim)

Apakah pandangan manusia yang kita cari? Redha Allah atau redha manusia. Istighfar dan ‘refresh’ niat balik pandangan Allah atau pandangan manusia yang kita mahu sebenarnya? Tepis segala fikiran yang melemahkan. Seharusnya kita yang mengawal keadaan, bukan keadaan yang mengawal kita.

Tingkah laku

Pakaian yang kita pakai melambangkan diri kita. Tingkah laku juga hendaklah dijaga untuk mengelakkan dari datangnya fitnah. Akhlak yang buruk yang ditunjukkan mengubah persepsi orang lain terhadap orang yang nampak sopan dan bertudung labuh. Kita disini bukan hanya mahu dikatakan baik sebab luarannya sebegitu tetapi baik dari segi dalamannya juga. Makanya dalam menyeru kearah kebaikan akhlak juga mesti ‘mantop’ kerana itu adalah salah satu agen untuk menarik orang kepada kebaikan.

Sokongan perlu ada

Sokongan daripada ahli-ahli keluarga yang sudah ditarbiyah amatlah diperlukan setiap masa sehingga hati-hati ini yakin bahawa usaha mereka itu bukanlah sia-sia meskipun pahit yang dirasa. Kebersamaan harus ada supaya mereka juga tidak merasa keseorangan. Membuat halaqah setiap kali balik ke rumah untuk sama-sama berkongsi rasa.

Bukan mudah untuk menempuh hari-hari  yang sukar disekolah bersama teman-teman dan guru-guru disekolah yang masih belum mengerti. Bagi mereka yang sedang melalui keadaan tersebut bersabar sahajalah.

sesungguhnya Allah beserta orang-orang yang sabar.(al-Baqarah:153)

. .

p/s: temui adik di walimah ukhti dayah UTM pada ahad ini. jumpa di sana.

26 Jan 2011

Komitmen kita


sejauh mana komitmen kita?

Boleh tak kalau saya ‘assume’ akhwat adalah orang yang berkomitmen. Kalau dia tidak boleh berkomitmen dengan baik, masakan dia boleh mampu bertahan menjadi akhwat sehingga sekarang? Ramai orang mahu berislam, tapi tak ramai yang boleh berkorban. Ramai orang boleh berkorban, tapi tak semua boleh berkomitmen dengan baik. Mungkin ada yang akan terkeluar atau terjatuh dari jalan dakwah dan tarbiyah kerana tidak boleh memberi komitmen sepenuhnya.

Saya yakin kalau anda bukanlah seorang yang kuat jiwanya dan faham kenapa perlu berkomitmen, anda takkan berada di jalan yang anda tempuh sekarang!!

Realiti hari ini

Ramai yang mahukan islam masa sekarang. Untuk menjadikan islam mencakupi kehidupan kita, perlunya disiplin dan komitmen. Namun sejauh mana disiplin kita dalam menjalani proses tarbiyah dan dakwah? Dalam proses halaqah dan program, sebanyak mana di antara kita yang boleh disiplin dalam mengahadirkan diri ? Hakikatnya, tidak ramai. Malah, kita tidak perlu pun untuk membayar wang tambang atau yuran program dan juga program yang disuruh terlibat tidaklah jauh beribu batu. Kita memang sedang dimanjakan.

Inilah realiti hari ini. Kita mahu yang senang. Yang mudah. Halaqah tidak mahu berlama-lama. Kehadiran ke halaqah boleh main skip-skip. Mutabaah tak di ambil kisah. Program boleh nak datang atau tidak. Halaqah jadi mandul. Ahli halaqah tidak mahu bergerak. Segala gerak kerja tidak dipantau dengan baik dan teliti. Bila sudah bekerja, proses follow up tak dilakukan.

Inilah menyebabkan kualiti kita berkurang dan akhirnya islam takkan dapat dijulang kerana lemahnya kualiti orang yang ditarbiyah sendiri. Ukhti, ketahuilah bahawa halaqah dan program sangat-sangat penting. Seperti kata Mustafa Masyhur:

“ halaqah mesti tetap diteruskan meskipun khilafah islamiyyah telah wujud”

Bukan bermakna mengongkong

Betulkah kita tidak boleh ikut aktiviti-aktiviti lain jika kita telah berkomitmen di jalan dakwah dan tarbiyah ini? Semestinya boleh. Cuma kita kena tahu mana yang perlu diutamakan.

jika mahu komitmen pada tali tarbiyah ini, teruskan pegang dengan kuat. tapi jika tidak mahu, maka lepaskan.

Jalan dakwah dan tarbiyah bukan bertujuan mengongkong para akhwat kita dari menceburi bidang yang di minati. Kita memang punyai banyak bakat. Bakat dalam bernasyid, melukis, berfesyen,berpidato dan main bola atau apa sahaja. Namun, perlu kita ingat bahawa kita ada komitmen lain yang lebih penting dari itu.

Jika mahu menunjukkan bakat, silakan. Tapi lihatlah pada masa dan tempatnya. Adakah ia menganggu proses tarbiyah dan dakwah kita? Jika tidak menggangu dan masa tidak bertembung dengan halaqah atau program, maka di alu-alukan. Cuma perlu ingat, masa kita tidak sama dengan orang lain! Kita ada halaqah, program hujung minggu dan banyak lagi. Jadi, tinggalkanlah benda yang tidak ada manfaatnya dan isikan masa kita dengan study dan perkara yang lebih penting dari semua itu.

Mengetahui keutamaan

Kita boleh berkomitmen dengan benda yang kita suka menurut hawa nafsu kita, namun, dalam tarbiyah kenapa kita tidak boleh berkomitmen dengan baik? Adakah kita yakin, perkara-perkara yang kita ikuti itu boleh meningkatkan iman kita? Kita sanggup untuk tidak turun halaqah atau program dengan alasan yang tidak munasabah. Alasan yang bukan benar-benar darurat. Malah kita lebih mementingkan sukan, larian atau aktiviti apa sahaja dari menghadirkan diri ke halaqah atau program.

Keutamaan apakah yang kita mahukan sebenarnya dalam hidup ini? Keutamaan dunia atau akhirat? Adalah satu masalah jika seorang akhwat tidak boleh membezakan mana keutamaan dan mana yang bukan keutamaan. Bila ada tuntutan dakwah yang perlu dilaksanakan, mungkin ada yang lebih memilih perkara lain dari dakwah sendiri. Inikah kualiti seorang akhwat yang ditarbiyah?

kalau kita tahu prioriti kita, kita takkan mempersoalkannya.

Penutup: Kita mahu kualiti

Memang kita sedikit. Memang muka yang sama sahaja kita tatapi acap kali. Memang kita agak rasa kecewa dengan bilangan ini. Di kala, kita melihat berduyun-duyun manusia di satu tempat, kita di sini boleh di kira bilangannya. Namun, akhwatfillah, jangan risau. Tersenyumlah. Kita mementingkan kualtiti. Usah ragu, kualiti yang sedikit inilah mungkin bisa menghancurkan musuh yang banyak.


Malah, kualiti inilah yang akan mencari orang-orang berkualiti seramai mungkin untuk turut bersama berada di saff/ barisan ini. Sekalipun ramai manusia yang tidak sanggup untuk bersama-sama kita, ada lagi ramai manusia juga yang sedang menanti sentuhan kita.


Buat akhwat yang merasa keseorangan di medan masing-masing. teruskan perjuangan. Betapa pun hebatnya cabaran yang antunna hadapi di muka bumi ini, ingatlah bahawa ia satu cara mematangkan kita dan menjadikan kita lebih kental menghadapi hari depan.


p/s: ayuh, terus berjuang!

19 Jan 2011

Sejarah silam yang menyakitkan

tompok itu perlu dirawat dan diubat, jangan dibiarkan melarat

kita pasti punyai sejarah silam yang kalau boleh hanya kita yang tahu. Tapi kadang-kadang terpaksa kita cerita pada akhwat atau mad’u untuk di jadikan ibrah (pengajaran) dan peringatan.

Ini bukan sejarah yang biasa. Tapi luar biasa. Sejarah jahiliyyah kita terutamanya sejarah cinta kita. Wah.. siapa yang bertuah sahaja yang akan tahu.

Di zaman jahiliyah

Kebanyakan akhwat sebelum ditarbiyah, mereka pernah ber’couple’ atau berkawan baik dengan seorang lelaki ataupun dengan kata lain mendekati ZINA. Lelaki itulah yang mengetuk hatinya saat dia memerlukan kasih sayang dan perhatian di zaman remajanya. Tika melihat, kawan-kawan sekelilingnya juga punya seorang lelaki untuk meluahkan perasaan dan berkongsi suka duka.

Mengapa kita terjebak dalam kancah ini? Mungkin sebab kita tak faham atau kita silap faham tentang zina ini. Memahami ayat 33:21 itu dengan erti kata kita dilarang berzina sahaja. Tapi hakikatnya, ayat itu menunjukkan larangan Allah mendekati segala apa yang boleh menjerumus pada zina.

Sehingga kita ditarbiyah, kita baru memahami hakikat zina yang sebenarnya. Dan saat itu juga kita merasakan perlunya kita memutuskan hubungan dengan lelaki itu. walaupun perit dan menangis beberapa hari, namun itulah dosa besar yang perlu kita tinggalkan kerana dosa itu pasti akan menghalang proses tarbiyah. Sesungguhnya meninggalkan jahiliyah yang kita sangat sayang adalah amat perit. Benar kan? Tapi insyaAllah dalam keperitan itu akan ada kemanisan akhirnya. Itulah pentingnya kebersamaan kita dengan akhwat agar kita tak terjatuh ke lubang yang sama dua kali.

Rahsia yang perlu disimpan

bersedia dengan iman sebelum bermula kerana takut terbenam di tengah lautan



Dulu, kita bukan sahaja couple. Tapi mesti banyak lagi karat-karat jahiliyah yang kita lakukan dulu. Memang bagus kalau diceritakan untuk dijadikan ibrah terutamanya untuk mad’u kita. Tapi usahlah terlalu detail. Cukuplah untuk mereka mengambil pengajaran agar tidak terjebak ke kancah yang sama seperti kita pernah lalui. Kejahatan itu jangan diterangkan secara mendalam dan terperinci. Namun, kebaikan itu terangkanlah secara seluruhnya berserta dengan nikmatnya. Kerana kita mudah mengikut kejahatan berbanding kebaikan.

Jika difikirkan, apalah pentingnya menceritakan kisah silam yang buruk kepada orang lain jika bukan bertujuan memperingat. Besar kemungkinan, boleh mendatangkan dosa pula kerana kita mungkin akan terasa ‘ter’bangga dengan kelakuan bebas kita dahulu. Bangga kerana walaupun kini sudah baik, tapi berpeluang merasa jahat ber’couple’, menunggang motor dengan lelaki ajnabi, menjadi perempuan rebutan di sekolah, ratu shopping complex, dan pakar menambat hati lelaki.


kita sepatutnya bersyukur kerana Allah telah menutup aib dan dosa kita selama ini. Namun, takkan kita hendak mengaibkan diri kita pula dihadapan orang dengan sewenang-wenangnya? moga Allah terus menutup aib diri kita samada di dunia atau akhirat.

Bersedia menerima apa yang bakal berlaku

Pernah dengar tentang ada lelaki yang sanggup menunggu kita? Atau lelaki yang akan datang meminang kita bila dia telah bersedia? Atau mungkin lebih dahsyat, datang rumah merisik kita. Itu mungkin berlaku. Dan buat akhwat yang sudah di tarbiyah, bersedialah dengan apa yang akan terjadi kelak. Mungkin, kita akan di uji dengan sms/call/emel yang tiba-tiba datang dari seorang yang kita sangat kenal. Atau mungkin kita diletakkan sekelas atau satu universiti dengan lelaki itu. saat itu iman kita akan diuji. Mahu terus menjaga dan berpegang dengan prinsip atau tewas jika diganggu semula. Itulah ujian keimanan yang Allah beri untuk menguji sejauh mana tahap tarbiyah kita dan tahap perbaikan yang telah kita lakukan.

Itu dari pihak lelaki itu. bagaimana pula dari pihak kita? Kadang-kadang kita pasti akan teringat lelaki itu yang dulu pernah memikat hati kita. Dan bisikan syaitan pasti akan terus menuju ke titik kelemahan kita. Bila melihat si dia online, jari jemari kadang-kadang mahu ber’chatting’ sebentar. Atau bila terjumpa FB si dia, mungkin jari jemari mahu menyelidik profile nya, gambar-gambar nya dan di mana dia sekarang. Mungkin juga kita akan memanfaatkan jaringan internet untuk cuba mencari blognya atau apa sahaja yang berkaitannya.

Ukhti, bertarunglah dengan keadaan itu. kuatkan iman anda untuk menghadapi kemungkinan yang bakal datang. Janganlah kita terjebak dengan kancah zina dua kali. Kalau bukan kerana kondisi iman kita yang terjaga, mungkin kita akan ber’couple’ semula dengan si dia walaupun sudah tahu.

Sejarah itu satu pengajaran


sejarah yang kita lalui dahulu adalah satu pengajaran buat kita. Saidina Umar Al Khatab pernah mengatakan bahawa jika seseorang itu hebat di zaman jahiliyyahnya, maka pasti dia akan hebat di zaman keislamannya( tarbiyahnya).


maka, buktikan kata-kata itu. jadikan apa yang kita lalui itu sebagai booster untuk kita menjadi muslim yang lebih baik hari ini.


sejarah bukan untuk diratapi tapi di ambil pengajarannya!

p/s: teruskan hidup dan tinggalkan masa silam itu.


* posting yang banyak pada bulan ini bukan kerana saya rajin menghabiskan masa menulis, namun ia adalah posting yang lepas semasa saya berehat dari berblogging. sekian.

15 Jan 2011

puisi: Dialah murobbiyahku


Dialah murobbiyahku

Semua akhwat pasti ada murobbiyah. Mana mungkin proses tarbiyah berlangsung tanpa adanya murobbiyah. Murobbiyah kitalah yang menyentuh hati kita untuk dekat dengan islam dan untuk memikul beban dakwah ini. tak mungkin seorang murobbiyah itu sempurna. kelemahan murobbiyah kita adalah satu perkara yang memerlukan sikap berlapang dada. jadi, apapun, murobbiyah kita adalah terbaik !!!

kepada murobbiyah di seluruh medan, jagalah binaan kita sebaik mungkin. ikatlah hati seerat mungkin. terus ikhlas dan bersungguh-sungguhlah dalam mentarbiyah kerana kesungguhan dan keikhlasan anda akan membuat binaan anda semakin yakin dengan apa yang mereka tempuhi.

Dikala aku kekosongan jiwa,
Dia hadir tiba-tiba,
Mengikat hatiku dengan ukhwah yang indah,
Mengenalkanku pada tarbiyah,
Membawaku kepada Allah,
Dialah murobbiyahku.

Dikala aku leka dengan dunia,
Dia mengingatkan dengan akhirat,
Dikala auratku tak dijaga,
Dia menegurku dengan hikmah,
Membawaku jauh dari jahiliyyah,
Menuju cahaya islam,
menemukanku dengan diri ini yang sebenar,
Mengajarku tentang tujuan hidup,
Dialah murobbiyahku

Dikala aku masih belum faham dakwah,
Dia menerangkan dengan berperingkat dan berkala,
agar aku tak terkejut tiba-tiba,
Mengenalkan dengan mutabaah,
Membawaku ke program yang ada,
Bertemu dengan akhwat tercinta,
Dari situ aku kenal jemaah,
Dialah murobbiyahku.

Dikala aku tidak tahu mengurus semua,
Dia mengajar segalanya,
Memperbetulkan segala kesilapan yang bermaharajalela,
Membuat strategi medan yang sempurna,
Cara membuat dan mengurus program,
Menarik hati mad’u,
Membuat halaqah yang baik,
Dialah murobbiyahku.

Dikala aku down atau futur,
Imanku meningkat dengan pengisian ruhi yang diberi,
Tingkatkan semangat dakwah tanpa henti,
Melihat dia bersemangat mentarbiyahku,
Aku juga bersemangat mentarbiyah orang lain,
Akhlaknya seperti apa yang diperkatakan,
Malu aku berhadapan,
Dialah murobbiyahku.

Dialah murobbiyahku,
Tidak tahu bagaimana membalas segala pengorbanannya,
Segala jasa baiknya,
Kerana aku adalah aku sekarang hasil didikannya,
Itu semua dengan izin Allah,
Moga kita bersama menginjak ke syurga bersama-sama,
Amen..

p/s: jazakumullah khairan kathira kepada semua yang menjadi murobbiyahku di mana sahaja anda berada samada di Sabah, Johor, Terengganu dan Perak.

12 Jan 2011

akhwat bukan malaikat

dalam hidup, kesilapan yang kita buat jangan di ambil remeh dan di ulang lagi!

Dia bertudung labuh. Dia menjaga mutabaahnya. Dia mempunyai binaan dan ada halaqah. Dia bersama-sama kita di jalan dakwah dan tarbiyah ini. Hampir setiap minggu kita pasti akan bertemu dia. di setiap program. Dia adalah akhwat kita. Ya, kadang-kadang kita akan merasa senang dengan teman yang sebegitu. Siapa tidak suka jika akhwat menjadi orang yang paling kita rapat. menjadi sahabat kita. Semua orang suka. Namun, kadang-kadang tidak semua yang kita hendak kita akan dapat. Tidak semua orang sempurna. Masing-masing ada kelemahan dan kekurangan.

akhwat juga berbuat silap

pernah tak kita merasa kita tidak boleh terima kesilapan yang akhwat buat pada kita? kita rasa tidak patut dia berbuat begitu pada kita. Dia ditarbiyah dan mentarbiyah. masakan dia mempunyai perlakuan yang tidak elok?

setiap orang ada proses berubah. berubah itu bukan memerlukan jangka masa yang sekejap. bahkan proses berubah itu berlansung sepanjang hayat hidup kita. kita lah yang mengambil peranan menasihati akhwat kita. bukan membiarkannya dan mendiamkan sahaja kesilapan itu. Mungkin akan diulang dan diulang lagi kesilapan itu sehingga kita merasa menyampah dan sakit hati.

itu bukan sikap kita ukhti. sayangi akhwat kita sebagaimana kita menyanyangi diri kita. kesilapan itu satu titik mula perbaikan. maka, setiap orang bukan sempurna seperti apa yang kita sangka meskipun dia adalah akhwat dan dia ditarbiyah!

kesilapan umum akhwat kita

kesilapan akhwat bukanlah bercouple, tidak jaga solat, tak menutup aurat atau maksiat lain, tapi kesilapan yang remeh dan akhirnya di anggap besar dan menimbulkan konflik.

1) meminjam barang

bila ada yang mahu meminjam, kita memang suka untuk memberi pinjam. tak kisah barang apa pun. baju, buku, kereta, motor atau apa sahaja. sebab apa yang akhwat pinjam, mungkin ada kaitannya dengan dakwah. cuma, bagaimana sikap kita sebagai peminjam?

bila nak follow up mad'u atau mutorobbi di luar kawasan atau jaraknya yang jauh, kereta dan motor memang sangat diperlukan. satu bonus pahala buat para akhwat kita yang mempunyai kereta dan motor. sangat saya galakkan untuk anda semua ada kenderaan sendiri. kenderaan dakwah. namun, masalah akan berlaku jika orang yang meminjam tidak menjaganya sebaik mungkin. amat menyakitkan hati juga bila barang yang kita bagi pinjam, dipulangkan dalam keadaan tidak seperti mana yang kita harapkan. kotor, minyak tiada, bersepah, calar, remuk dan sebagainya.

jika kita mengaku kita seorang akhwat, seorang dai'e, mana letaknya bekal akhlak kita?

sama juga kesnya dalam meminjam buku. memang akhwat banyak koleksi buku especially buku dari Fajar Ilmu Baru. harganya bukanlah murah. kadang-kadang si peminjam menghilangkan , membasahkan, mengotorkan atau , mengoyakkan. meskipun itu satu yang tak disengajakan, salahkah untuk kita meminta maaf dan membayar ganti rugi? mengapa kita buat seakan-akan tidak tahu? ada yang lebih teruk, sudah meminjam buku sehingga tidak dipulangkannya dan sampai satu masa buku itu menjadi hak milik peribadinya. itu salah ukhti! usahlah dibuat kesilapan ini. ia menggambarkan sikap kita. meskipun akhwat yang memberi pinjam itu baik sangat-sangat, usahlah mengambil kesempatan.

2) berhutang

saya tahu. akhwat kebanyakan bukanlah dari kalangan keluarga yang berada. menanggung perbelanjaan pun dengan wang simpanan sendiri, PTPN dan duit ibu bapa. ada juga akhwat yang terpaksa berlapar nasi kerana tiada duit. atau terpaksa meminjam akhwat lain untuk menampung kehidupannya seharian sehingga menunggu duit masuk ke poket. untuk ke program juga rasa agak berat kerana ketiadaan duit untuk menampung tambang dan yuran program. bukan saya marah untuk akhwat meminjam duit. malah amat digalakkan kerana kita benar-benar tengah kesempitan pada masa itu. siapa lagi yang akan membantu melainkan akhwat kita. saya juga sangat galakkan akhwat kita untuk memberi pinjam duit pada akhwat yang tengah kesempitan.

kita juga tidak kisah berapa nilai wang itu, beratus, beribu atau berpuluh ribu kerana kita yakin akhwat kita pasti akan bayar. satu lagi budaya yang kurang sihat adalah sukarnya membayar hutang. atau lebih dahsyat lagi, tidak mahu membayar hutang atau pura-pura tidak ingat hutang yang tertunggak. ukhti, kita ini ditarbiyah. akhwat yang memberi pinjam juga memerlukan duit. janganlah berperangai sebegini sehingga ada akhwat jenuh sudah untuk memberi pinjam duit kepada akhwat lain. meskipun kita tiada duit untuk membayar hutang yang banyak itu, bayarlah separuh, sedikit demi sedikit. at least, kita cuba untuk membayar. bukan menganggap " oh, takpelah, halal je. dia kan akhwat. takkan tak boleh mengalah".


akhwat bukanlah "along" untuk menggertak kita supaya bayar hutang atau mengenakan faedah bagi duit yang kita pinjam. bahkan, sangat malu untuk meminta sendiri hutang itu kepada si peminjam. jadi, si peminjam lah yang perlu bertanya dan memberitahu tentang hutang itu sendiri.

saat ini jika anda ada berhutang pada akhwat lain, cepatlah langsaikannya. jangan berpura-pura lupa ! kesianlah pada akhwat kita yang memberi pinjam duit kepada beberapa orang akhwat sehingga nilainya beribu-ribu, namun tidak seorang pun akhwat yang melangsaikannya lagi. hati mana yang tidak remuk dan bengang? bagaimana kalau hutang anda masih lagi di tuntut akhwat itu tanpa mengahalalkannya? takut nanti kematian kita dalam keadaan sengsara meskipun kononya kita ini berdakwah, tidak tinggal solat atau jaga mutabaah.

3) cemburu yang melampau

Kita sedia tahu, ukhwah kita sangat rapat. kita berukhwah bukan hanya dengan seorang akhwat, tapi dengan semua dari medan yang berbeza. satu lagi penyakit yang menimpa para akhwat kita, cemburu yang melampau. sangat cemburu bila seorang akhwat rapat dengan akhwat lain sehingga cemburu itu menyebabkan berlaku perpecahan dan perselisihan. ukhwah menjadi porak peranda hanya kerana cemburu. tidak boleh berkongsi akhwat. sehingga ada yang jatuh sakit, menangis air mata darah, stress yang teramat dan lebih buruk "murtad" dari jalan dakwah dan tarbiyah ini @ mufaraqah.

apakah ini yang diajarkan kita dalam jalan tarbiyah ini? cubalah untuk menerima hakikat bahawa akhwat kita adalah untuk dikongsi bukan untuk dimiliki. ayuh, berlapang dada.

kita kena berubah. kesilapan umu itu perlu dijauhkan!

berubahlah duhai akhwat

saya tidak kata semua akhwat begini. setiap medan punyai masalah akhwat yang berbeza. ayuh kita sama-sama berubah. usahlah buat kesilapan itu lagi.

kita ditarbiyah. usah jadi fitnah. usah memburukkan jemaah hanya dengan sikap kita yang kita pandang remeh. dan pada orang lain ia anggap isu yang besar. bermuhasabahlah ukhti.

memang akhwat bukan malaikat. tak terlepas dari kesilapan dan dosa. namun, itu bukan bermakna kita bebas untuk lakukan kesilapan itu pada akhwat lain. cepat perbaiki diri.

p/s: kita nampak akhwat macam tak kisah. tapi sebenarnya mereka kisah.

9 Jan 2011

puisi: akhwat adalah sahabatku

oleh: adik
dia adalah sahabatku kini. umur bukan penghalang kami bersahabat!

Duhai akhwat, kita sering disibukkan dengan lalu lintas kehidupan bahawa kita adalah bersaudara. mari kita langkah bersama, setapak demi setapak untuk menanamkan benih persaudaraan di hati kita. jangan adapun kebencian di hati kita. jangan pernah ada saling mendengki dan memusuhi. apakah kita ini hidup hanya untuk itu?

meskipun kita berbeda, apakah bermakna persaudaraan kita juga perlu membedakan antara kita? setelah segalanya kita lalui bersama, begini caranya kita mengakhirkannya? kita ini saudara akhwatku. mengapa begitu murah nilai ukhwah kita dan begitu remeh kita membalasnya?

makanya, ayuh. mari kita sama-sama bina gerbang ukhwah itu. ayuh kita sebarkan ukhwah.
~ dr.mujahidah~





Bagai baru semalam dia disisiku
Menghulurkan tangan membawa ku ke daerah  baru
Bagai semalam dia  berdiri disini
Mengajakku berdiri mengangkat takbir  bersama
Bagai semalam dia mengukir senyuman
Berjalan bersamaku melewati hari-hari yang baru
Bagai  semalam dia memimpinku
Membimbingku agar hatiku tetap utuh dalam jalan dakwah  ini

 Kini hati kita sama ukhti
Berdiri bersatu menjulang panji yang satu
Ku akur  dahulunya  pandangan kita jauh berbeza
Tidak kau lelah mengajakku untuk merubah
Meskipun ada ketika aku berkeras  menegakkan yang salah
Ku tahu dalam diam air mata itu menitis
Kerana  tanpa  sengaja ku  melihat mata itu basah kemerahan
Tangis itu bukan tangis lemah 
Tangis itu tangis kekuatan tiada beralah
Kerana kau sendiri tahu kau perlu tabah

Sahabat laluku…
Jangan pernah bertanya kemana diriku dahulu
Kerana tidak sanggup ku renung kembali diriku yang lalu
Hanyut dengan buaian dunia yang  merugikan sisa hidupku
Merasakan kekosongan sehingga cahaya menerpa
Ketahuilah sahabat kita tidak selamanya disini
Ayuh kita sama-sama berpimpin kearah redhaNya bersama
Kerana aku tidak mahu  cuma aku yang merasakan indahnya hari ini

Sahabat baru ku…
Kalian juga sedang merasakn apa yang aku rasa bukan?
Kita semua pada mulanya sama sahaja
Sehingga hati kita terpanggil menidakkan kejahilan
Mengenal erti hidup bukanlah sekadar percuma
Sehingga hati-hati kita bersatu membawa matlamat yang sama
Biarpun perit yang dirasa lelah tiada sama sekali
Kerana kita adalah antara khalifah yang menyampaikan
Haruskah gentar dengan tomahan

Sahabat laluku….
Kini kalian sudah ketahui untuk apa kita berdiri disini
Mula berpegang pada  prinsip yang satu
Beralah tidak,berundur jauh sekali
Bawalah sahabat lalumu juga bersama
Jangan biarkan mereka kesejukan
Bersama kehangatan berjihad kerana DIA yang  SATU
Agar laungan TAKBIR bertebaran di serata

Sahabat –sahabatku..
Mereka kini bersama kita
Hendaklah kalian saling tolong menolong dan saling mengingatkan
Kerana mereka sedang sangat memerlukan
Berkasih sayanglah kalian jangan biarkan mereka berasa sendirian
Supaya mereka tahu berkasih keranaNya itu yang terindah
Jalan ini masih panjang sahabat-sahabatku
Walaupun suatu hari nanti mereka terpaksa sendirian
Hati mereka teguh mengatakan hidup mati semata keranaNya


p/s: ku coret berdasarkan pemerhatian insan sekeliling.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...