IN THE NAME OF ALLAH THE MOST GRACIOUS THE MOST MERCIFUL

.

SELAMAT DATANG

Teruslah bergerak, hingga kelelahan itu lelah mengikutimu.
Teruslah berlari, hingga kebosanan itu bosan mengejarmu.
Teruslah berjalan, hingga keletihan itu letih bersamamu.
Teruslah bertahan, hingga kefuturan itu futur menyertaimu.
Tetaplah berjaga, hingga kelesuan itu lesu menemanimu.”
( allahyarham KH Rahmat Abdullah )

30 Okt 2010

Bersama SYNERGY


banyak perkara hendak saya umumkan hari ini.
kerana komunikasi saya terhad. saya tidak punyai facebook atau friendster atau laman web sosial yang lain.
makanya, blog ini cuba saya gunakan sebaiknya dan blog ini jugalah yang akan jadi mangsanya.

majalah SINERGI

insyaAllah, majalah SINERGI edisi ke-3 akan muncul tidak lama lagi.
bagi yang berada di Kota Bharu, Kubang Kerian dan Pengkalan Chepa cubalah dapatkan di kedai buku yang terpilih. saya minta maaf pada mereka yang mencari-cari majalah ini di kelantan. malah, ada yang sanggup turun USM sendiri semata-mata untuk mendapatkan 2 buah majalah sahaja.
bagi yang berada di Terengganu, untuk dapatkan majalah juga, boleh terus hubungi saya sebagai Pengedar Pantai Timur.
insyaAllah edisi kali ini, akan mudah untuk anda cari.
sebarang pertanyaan, hubungi saya melalui emel atau telefon seperti yang tertera di laman web Synergymedia.

Forum Synergymedia

saya diberitahu bahawa ada forum Synergymedia yang boleh dimasuki oleh sesiapa sahaja yang ingin bertanyakan soalan atau ingin mengutarakan pendapat.

forum ini baru sahaja dibuka.
jadi, boleh sahaja memanfaatkan sebaiknya.

Kem Remaja Proaktif Neosynergy

insyaAllah Kem Remaja Sinergy ( KRS) akan diadakan pada cuti sekolah ini iaitu pada 222-24 disember 2010.
kem ini terbuka kepada remaja lepasan SPM.

segala maklumat lanjut bolehlah bertanya pada ukhti atifah seperti yang tertera pada poster di atas.
diharapkan pada pelajar SPM yang telah mengetahui kem ini, boleh menghebahkannya pada kawan-kawan sekolah. dan saya mengharapkan adik saya juga mengikuti kem ini sebagai persediaannya melangkah ke matrikulasi atau institut pengajian tinggi ( IPT).

buku ' Cinta dan Kehidupan'


buku ini karya Ustaz Emran Ahmad. ini adalah buku yang pertama di publish under Synergy Media. nantikan kedatangannya! disini saya cuba letakkan sedikit intro untuk tatapan semua.
" cinta adalah perasaan dan ibarat ubat yang diminum oleh hati.apabila cinta itu merosakkan dan melukakan, maka, ubat itu sudah menjadi racun yang meluka. sudah tentunya cara yang paling sesuai merawat sakit apabila cinta ini ialah memberikan pesakit sejenis ubat baru yang lebih kuat dari ubat yang lama...."
nak tahu lebih lanjut. silalah baca dan rasakan 'energy' nya.
bagi sesiapa yang mahu menerbitkan karya hasil tulisannya, bolehlah 'request' pada Sinergy Media. 


apa kaitan saya dan SYNERGY?

banyak betul nama Synergy dalam posting kali ini. neosynergy, synergy media dan majalah Sinergi.
apa kaitan saya dengan nama-nama ini?
saya adalah penyokong mereka dan juga salah seorang yang bersama mereka.
kami baru hendak membangunkan semula sesuatu yang telah hilang.

insyaAllah, moga dengan usaha kami yang bermula dari 'zero', akhirnya akan menjadi 'hero'.

penutup: saya bahagia bersama mereka

walaupun saya tidak dapat bersama dengan akhwat yang saya sangat sayangi dulu.
dan kami terpisah jauh, Allah telah menggantikan kesedihan-kesedihan itu dengan kebahagiaan sekarang.

saya yakin setiap yang berlaku adalah untuk menggantikan sesuatu yang lebih baik. dan saya rasa sekarang itu adalah lebih baik dari yang dahulu.
mengapa?
kerana saya yang mengalaminya. jadi, saya dapat bezakan ia.
namun, kebahagian sekarang bukan bermakna saya telah melupakan kebahagiaan yang dulu.
malah, saya sangat merinduinya. begitu sangat sangat merindukannya.


"bersama mensinergikan potensi diri"

26 Okt 2010

rasa kita sama

murobbiah ibarat ibu kita. sanggupkah kita menyakitinya?

apabila menjadi seorang binaan yang degil dan tidak dengar kata murobbiahnya, saya jadi takut.
takut juga binaan melakukan hal yang sama pada saya.
dan memang pun mereka telah melakukan hal yang sama sepertimana saya melakukan hal yang sama.

saat itu baru saya rasa, pedihnya hati.
begitu juga murobbiah saya merasa pedihnya hati atas tindakan saya.
pernahkah kita rasa bersalah atas tindakan kita yang tidak mengikut arahan?

matlamat yang sama

kita mahu binaan kita faham tentang prioriti waktu.
mana yang perlu diutamakan.
tapi, kalau kita sendiri tidak dapat melakukan itu, maka, binaan kita juga begitu. betulkah?

kita mahu binaan kita mementingkan program dari yang lainnya.
tapi, kita juga tak mampu berbuat demikian kerana sibuk dengan program yang tiada manfaatnya.
kalau kita sendiri tidak dapat melakukan itu, maka binaan kita juga begitu. betulkah?

kita mahu binaan kita hadir dalam ifthar, riadah dan mabit kerana pentingnya hadiri program sebegitu.
tapi, kita juga tidak hadir tanpa ada keuzuran dan merasa tiada kepentingannya.
kalau kita sendiri tidak dapat melakukan itu, maka binaan kita juga begitu. betulkah?

kalau kita mahu binaan kita ziarah rakan-rakannya dan mengajak ke taklim,
tapi kita sendiri susah untuk ziarah binaan kita,


kalau kita sendiri tidak dapat melakukan itu, maka binaan kita juga begitu. betulkah?

kalau kita mahu binaan kita memperbaiki diri dan menjadi musleh,
tapi kita sendiri masih lagi tidak memperbaiki diri dari segi aurat khususnya dan masih lagi tidak bersungguh-sungguh membina taklim dan halaqah,
kalau kita sendiri tidak dapat melakukan itu, maka binaan kita juga begitu. betulkah?


kita sama seperti binaan kita juga

pernahkah kita merasa kepedihan hati murobbiah kita, saat kita sering beralasan dalam hadirkan diri ke segala program wajib.
alasan itu pula tidak lah dapat diterima melainkan boleh diterima untuk orang yang tidak faham apa itu dakwah dan tarbiyah.

pastinya, murobbiah kita akan sedikit kecewa kalau kita tidak hadiri sebarang program yang sememangnya khusus untuk kita atau kita sendiri tidak hadir tatkala program itu sepatutnya kita yang mengelolakannya.
tapi, perangai kita begitu. suka mengutamakan yang lain dari yang sepatutnya.

maka, bila kita sudah punyai binaan, rasakanlah kepedihan itu sendiri.
perangai mereka akan sebiji dengan perangai kita.
dan banyak kepedihan-kepedihan yang kita akan alami disebabkan sikap binaan pada kita dan komitmen mereka pada halaqah dan tarbiyah yang tidak menentu.
begitu juga kepedihan yang dialami oleh murobbiyah kita sendiri.

saat kata-kata yang keluar dari mulut kita;

" mahu keluar halaqah"
" mahu berhenti study"
" maaf, terpaksa balik rumah walaupun ada program"
" saya nak siapkan assignment"
" tak dapat hadir ke halaqah kerana ada exam dan study group"
" ana tidur waktu halaqah. tak pe ya"

kesedihan takkan ditunjuk dihadapan kita

itulah kepedihan murobbiyah kita. kesedihan melihat binaan-binaan mereka yang tetap tidak faham-faham setiap kali penekanan dan taujih dilakukan. kalaupun sudah faham, sering menjadikan hawa nafsu dan cinta pada dunia lebih utama dari cinta pada Allah, Rasul dan jihad.

murobbiah tidak akan menunjuk

saya tidak pasti. tapi, murobbiah tidak akan menunjuk reaksi marah atau tidak suka bilamana kita ada sahaja alasan yang nak diberikan.

kerana, memang begitu. seorang murobbiah tidak mahu menegur binaan nya secara direct didepan semua binaan yang lainnya.
maka, dipendam.
ditunggu.
apakah perlu dilakukan?

murobbiah takkan menangis dihadapan kita. malah, mukanya sentiasa ceria sahaja.
dibelakang kita, pasti air matanya sentiasa mengalir memikir masalah binaannya.
dimohon pada Allah saat semua manusia tidur lena.
menangis dan memohon binaannya itu bisa faham. bisa mengerti apa yang diperkatakannya dan mahu ditekankannya.
agar binaanya tiada alasan lagi untuk tidak berbuat.

didoakan binaannya setiap kali bangun malam.
disebut nama setiap binaannya satu persatu.. si fulan itu dan si fulan ini agar terus istiqamah dalam jalan dakwah dan tarbiyah dan terus melebar tsaqafahnya.

penutup: rasa kita memang sama

sama tapi tak serupa.
pelbagai perasaan dan emosi.
sayu.
lelah.
sedih.
gembira.

bila mana kita berjaya membina binaan kita, orang semua akan nampak hasilnya.

membina seseorang ibarat membina seorang anak.
ia bukan seperti membentuk tanah liat

tapi ingatlah. hanya kita sahaja tahu, bagaimana perangai ssebenar binaan kita sebelum mencapai hasilnya. perit juga.

p/s: kepada murobbiyahku, maafkan saya.

21 Okt 2010

saatnya untuk menikah

adakah di jalan dakwah inilah kita akan menikah atau di jalan maksiat?

tajuk yang membuat semua orang tertanya-tanya. adakah pemilik blog akhwat medic akan menikah tidak lama lagi. oh.. satu soalan yang saya rasa selepas graduasi (insyaAllah) mungkin baru saya boleh jawab.

alhamdulillah, kefahaman tentang menikah baru sahaja di tekankan oleh pengisian minggu lepas. jadi, datanglah lamaran apapun samada rakan lelaki sekolah rendah, sekolah menengah atau IPTA, kita sentiasa siap dengan pendirian kita untuk tetap menunggu seorang ikhwah yang sehaluan fikirannya dengan kita. 

kenapa ya, isu menikah sedang hangat diperkatakan sekarang? di setiap blog, pengisian, perbualan sehingga khidmat pesanan ringkas juga tidak ketinggalan. adakah sekarang ini musim menikah bagi para akhwat?
oh, tunggu dulu. ikhwah masih tidak mencukupi. 

kenapa menikah?

adakah kita mahu menikah semata-mata hanya untuk mendapat ikhwah sebagai suami atau memenuhi keperluan dakwah? menikah adalah salah satu sarana tarbiyah. tujuan menikah adalah pertamanya untuk mecari redha Allah. 
dan yang kedua, untuk memberikan kesan optimum pada dakwah. agar dakwah bukan sahaja sampai pada mahasiswa atau mahasisiwi tapi bagi masyarakat juga.

pernikahan memberikan satu impak besar pada dakwah. di kala suami isteri saling lengkap melengkapi dan saling menguatkan, dakwah terus tersebar dan semakin gencar. harapnyatiada isu suami isteri saling melemahkan satu sama lain dan membantutkan lagi kerja dakwah. 

pastinya juga kelahiran mujahid dan mujahidah dari pasangan yang beriman, insyaAllah melahirkan pelapis-pelapis junior yang mengencarkan dakwah bukan sahaja di peringkat sekolah menengah bahkan di peringkat sekolah rendah atau tadika lagi. kecil-kecil sudah menjadi dai'e. wow.. hebat..! moga impian ini jadi kenyataan.

lambakan akhwat

adakah pernikahan merupakan satu angan-angan buat para akhwat? kerana sudah terbukti, ada akhwat masih tidak nikah-nikah lagi walaupun umur sudah mencecah 30 tahun kerana menunggu seorang ikhwah yang tidak kunjung tiba.

ada juga akhwat yang sudah hantar ' resume' berkurun-kurun tahun lamanya, tapi masih lagi belum menemukan jodoh. bahkan, akhwat yang muda pula mendapat tempat awal.

salah siapa? suka untuk saya kongsi dari sinopsis di jalan dakwah aku menikah, mengapa terjadi lambakan akhwat?
Beberapa orang bahkan sudah mencapai usia 35 tahun, sebahagian yang lain antara 30 hingga 35 tahun, sebahagian berusia 25 hingga 30, dan yang lainnya di bawah usia 25 tahun. Mereka semua ini siap menikah, siap menjalankan fungsinya dan peranan sebagai isteri dan ibu di rumah tangga. 
Anda adalah laki-laki muslim yang telah berniat melaksanakan pernikahan. Usia anda 25 tahun. Anda dihadapkan pada realiti bahwa wanita muslimah yang sesuai kriteria fiqh Islam untuk anda nikahi ada sekian banyak jumlahnya. Maka siapakah yang lebih anda pilih, dan dengan pertimbangan apa anda memilih dia sebagai calon isteri anda? 
Ternyata anda memilih si A, karena ia memiliki kriteria kebaikan agama, cantik, menarik, Pandai, dan usia masih muda, 20 tahun atau bahkan kurang dari itu. Apakah pilihan anda itu salah? Demi Allah, pilihan anda ini tidak salah! anda telah memilih calon isteri dengan benar karena berdasarkan kriteria kebaikan agama, dan memenuhi sunnah kenabian. 
namun,
 nikah connecting peoples or break among other peoples?
Jika kecantikan gadis harapan anda bernilai 100 poin, tidakkah anda bersedia menurunkan 20 atau 30 poin untuk bisa mendapatkan kebaikan dari segi yang lain? ketika pilihan itu membawa maslahat bagi dakwah, mengapa tidak ditempuh? Jika gadis harapan anda berusia 20 tahun, tidakkah anda bersedia sedikit memberikan toleransi dengan maslahat kepada wanita yang lebih mendesak untuk segera menikah disebabkan desakan usia? Jika anda adalah wanita muda usia, dan ditanya dalam konteks pernikahan oleh seorang lelaki yang sesuai kriteria harapan anda, mampukah anda mengatakan kepada dia, "saya memang telah siap menikah, akan tetapi si B sahabat saya, lebih mendesak untuk segera menikah". 
Atau kita telah sepakat untuk tidak mahu melihat realiti itu, karena bukanlah tanggung jawab kita ? Ini urusan masing-masing. Keberuntungan dan ketidakberuntungan adalah soal takdir yang tidak berada di tangan kita. MasyaAllah, seribu dalil bisa kita gunakan untuk menegakkan pikiran individualistik kita. Akan tetapi hendaknya kita ingat pesan kenabian berikut: 
"Perumpamaan orang-orang mukmin dalam cinta, kasih sayang dan kelembutan hati mereka adalah seperti satu tubuh. Apabila satu anggota tubuh menderita sakit, terasakanlah sakit tersebut di seluruh tubuh hingga tidak bisa tidur dan panas" (Riwayat Bukhari dan Muslim).
Bisa jadi kebahagiaan pernikahan kita telah menyakitkan dan mengiris-ngiris hati beberapa orang lain. Setiap saat mereka mendapatkan undangan pernikahan, harus membaca, dan menghadiri dengan perasaan yang sedih, karena jodoh tak kunjung datang, sementara usia terus bertambah, dan kepercayaan diri semakin berkurang.Disinilah perlunya kita berfikir tentang kemaslahatan dakwah dalam proses pernikahan muslim.
subhanallah. terkesima saya membacanya. ambillah pengajaran daripada setiap inci dan sudut kata-kata ini.

apabila jalan suami isteri berlainan

sebenarnya kita yang memilih untuk punyai jalan yang berlainan kerana pilihan terletak di tangan kita. memang tidak dinafikan, ada sahaja lelaki-lelaki di luar sana yang sedang menunggu untuk melamar kita ataupun kita sudah berjanji untuk menunggu dia melamar kita dan segala macam lagi, namun, perlu kita ingat, sanggupkah kita untuk meleburkan dakwah semata-mata kerana nafsu kita? lainlah kiranya jika lelaki itu bersedia untuk ikut halaqah atau tarbiyah dan bersedia di 'follow up' oleh ikhwah. namun kebanyakannya, mereka tak bersedia untuk mengikuti. itulah masalahnya..

sukar untuk memiliki suami  'biasa' yang boleh terus faham dengan keadaan kita.
kadang-kadang bila halaqah dilakukan lewat malam, program hujung minggu dan segala tuntutan dakwah yang perlu dilakukan, akan ada ngomelan dari para suami. 

keluar dan balik lewat malam, hujung minggu tidak dapat bersama, terabai, kurang kasih sayang.. dan lama-lama suami menjadi jenuh dengan kerenah kita. dan akhirnya kita terpaksa pasrah dengan kehendak suami yang mahu kita duduk di rumah menghabiskan banyak masa bersamanya.

lebih menyedihkan, atas arahan suami kita terpaksa mengabaikan dakwah. akhirnya, kitalah yang menjadi golongan yang berciciran dari jalan ini. mahukah kita?

kesimpulan : bersabarlah, waktu itu akan tiba

ramai akhwat mahu cepat nikah dengan alasan mahu elak zina hati, ibu bapa suruh menikah cepat, takut 'tak laku' dan sebagainya.

namun, bersabarlah dan terus kuatkan hubungan kita dengan Allah. insyaAllah masa itu akan tiba. kalau bukan di dunia, di akhirat sana. usah bersedih hati andai kamu sangat lelah dengan penantian ini, lambat atau cepat itu urusan Allah. teruskan berdoa dan berdoa agar dipercepatkan jodoh dan dikurniakan suami yang soleh yang menjadi penguat kita melangkah di jalan dakwah ini.

seandainya kita tidak dapat suami di dunia ini, insyaAllah di akhirat sana ada ramai lagi 'bidadara' yang akan menunggu kita. yakinlah ukhti.

usah bersedih andai usiamu semakin lanjut. mana tahu, di sebalik itu, Allah mengurniakan hikmahnya, kamu ditakdirkan menikah dengan ikhwah yang lebih muda. terus bergembira dengan janji Allah.. 

cincin ini akan disarung di jari kita oleh tangan yang tidak pernah menyentuh kita. 
siapakah dia? hanya Allah yang tahu.


p/s : adakah penantian satu penyeksaan? atau penantian satu kesabaran?

17 Okt 2010

menjaga keaslian dakwah

AWAS: artikel ini adalah peringatan diri sendiri
menjaga keaslian dakwah ibarat menjaga kualiti bangunan agar terus tersergam indah meskipun dilanda taufan

semakin ramai orang yang sudah sedikit memahami dakwah dan semakin ramai juga yang tengah berusaha untuk menyebarkan dakwah. tapi, hakikatnya semakin banyak juga perkara kemungkaran yang terjadi. adakah para pendakwah yang mengaku berdakwah tidak buat kerja? atau ramai orang tidak boleh terima dakwah yang disampaikan? tepuk dada, tanya diri. sejauh mana kita telah berbuat untuk islam dan untuk ummah.

disebabkan banyak juga organinsasi dakwah atau jemaah wujud di era ini, maka, ramai juga pemuda-pemudi yang semakin dekat dengan islam. namun, terdapat banyak perkara perlu diteliti agar dakwah laju dengan mengambil serius masalah-masalah kecairan yang berlaku sekarang.

menjaga keaslian dakwah

apa yang dimaksudkan dengan menjaga keaslian dakwah atau menjaga asolah dakwah? menjaga segala keaslian yang ada pada hubungan lelaki perempuan, tarbiyah yang berlansung, halaqah, program dan segala yang ada di dalam sesuatu organisasi dakwah sepertimana dakwah baru berkembang dahulu.

keaslian dakwah akan mengalami kecairan bila mana perkara yang serius dianggap remeh. pembina atau murobbi mengambil enteng terhadap permasalan orang yang dibina tanpa bersikap tegas terhadap apa yang sepatutnya dilakukan.

proses tarbiyah berlansung dengan cincai tanpa ada penekanan tentang aspek-aspek tertentu yang menyebabkan pemahaman yang kurang oleh binaan / mutorobbi sehingga bila mana mutorobbi menjadi murobbi, banyak sisi- sisi lain yang dipandang remeh sehinggalah generasi seterusnya memandang lagi remeh sesuatu hal yang berlaku.

percampuran ikhwah dan akhwat



sekarang, sukar untuk melihat program ikhwah dan akhwat di luar sana kurang sangat bercampur. bahkan, setiap kali program, mesti bercampur. malah, kalau dikirakan, boleh sahaja membuat program berasing. namun, terdapat alasan-alasan yang mengatakan boleh kerana tujuan kebaikan dan amar makruf nahi munkar atau topik yang mahu ditekankan adalah sama. jadi, perlunya program yang bercampur. percampuran ikhwat dan akhwat yang sangat kerap dalam program adalah satu ciri-ciri kecairan yang berlaku.

alhamdulillah, selama saya ditrabiyah, sukar untuk saya menemui program yang bercampur. pernah sekali itupun prgoram yang diada-adakan baru-baru ini. namun, percampuran hanya berlaku bila waktu pengisian sahaja. dan pernah dulu, saya menganggap management yang saya ikuti ini hanya ada akhwat sahaja kerana setiap kali program sukar untuk menemukan ikhwah kecuali ikhwah itu adalah pengisi dan pengiring pengisi.

kenapa ditekankan sangat agar program tidak bercampur? kerana fitrah manusia. suka memandang pada yang cantik dan sempurna. pantang sahaja nampak lelaki yang berkopiah iaitu ikhwah sendiri, mungkin menginginkan satu hari nanti akan menjadi bakal suami kita dan sebaliknya bilamana melihat akhwat yang bertudung labuh. bila-bila sahaja zina hati dan zina mata akan berlaku.

pernah juga ikhwah bercerita sewaktu melihat fenomena dimana apabila ikhwah dan akhwat sudah punyai pejabat dan bisnes sendiri, maka, kedudukan tempat kerja bersebelahan sahaja dan bercampur. alangkah lebih baik jika bilik ikhwah dan akhwat kita diasingkan demi menjaga keaslian tarbiyah mereka. nampak disini kecairan yang berlaku.

kadang-kadang tempat prgoram yang tidak sesuai juga seperti sempit, tandas yang sama digunakan, LDK yang bercampur, dan tempat solat yang tiada tabir sepertinya menambahkan lagi penyakit-penyakit yang wujud dalam diri ikhwah dan akhwat kita.

nampak fenomena ini biasa, dan tiada masalah, tapi hakikatnya peserta program sahaja yang tahu bagaimana terseksanya bilamana program ikhwat dan akhwat bercampur.

ramai pemuda pemudi yang sudah terlibat dengan dakwah kampus, namun sejauh mana kualiti mereka?

halaqah yang tidak berkualiti

halaqah adalah sarana tarbiyah yang utama. bilamana halaqah juga mengalami kecairan, maka, tarbiyah yang berlansung juga sepertinya berlaku kecairan dan kualiti yang terbina mungkin akan berkurang.

halaqah yang sepatutnya meningkatkan iman, memberi kefahaman dan mengalirkan semangat jihad yang tinggi menjadi halaqah biasa yang hanya ada cerita-cerita kosong, lawak jenaka dan sesi ukhwah semata-mata. sesi ukhwah dan tafahum yang tiada berkesudahan. maka, pengisian bahan yang menyentuh roh-roh jiwa dalam diri tiada dan pulanglah dari halaqah hanya dengan tangan kosong.

murobbiyah pula tiada bahan khusus untuk diberikan mengikut permasalahan mutorobbi dan  akhirnya masalah mutorobbi tidak diselessaikan sehinggalah halaqah yang berikutnya. halaqah juga menjadi jenuh dengan rujukan buku dan tajuk yang sama sahaja setiap minggu sehinggakan berlaku kebosanan.

halaqah juga tidak mengikut silibus dan objektif yang benar sehinggakan banyak perkara yang mutorobbi tidak tahu seperti agenda yahudi, barang boikot, ikhlas ( setiap kali halaqah) dan mutabaah.

akhirnya, masa halaqah yang mungkin minimum 2 jam( malah kurang daripada itu) berakhir tanpa sebarang keberhasilan dan jadilah sia-sia. halaqah yang selama ini seminggu sekali menjadi sebulan sekali atau 2 minggu sekali mengikut ' ketidaksibukan' murobbiyah. maka, kedisiplinan halaqah semakin berkurang dan banyak perkara yang akan diremehkan dan ketinggalan.

kurang ditekankan mutabaah

dulu, saya hanya tahu teori sahaja tentang kepentingan mutabaah. murobbiyah suruh buat, saya buat. tapi setelah mengalami mutabaah yang menjunam habis, maka saya merasakan pentingnya mutabaah dalam kehidupan kita terutama bagi seorang dai'e. namun, bila berlaku kecairan, mutabaah dipandang sebelah mata.

mutabaah dipandang enteng oleh murobbiyah tanpa ditanya setiap kali halaqah sehingga mutorobbi mengabaikan amalan-amalan sunnah yang menguatkan hubungannya dengan Allah dan indicator imannya. maka, bilamana menjadi murobbi dan sibuk dengan kerja dakwah, seorang daie' itu mengabaikan amalan-amalan sunnah yang menguatkan langkah mereka dijalan dakwah dengan alasan penat dan tiada masa. ini memang realiti.

kepentingan mutabaah ditunjukkan oleh Rasulullah sendiri dalam menjaga amal ibadahnya dan melalui persoalan Rasulullah dengan sahabat-sahabat tentang amalan mereka.

penutup: kecairan dalam dakwah sudah banyak berlaku

adakah kecairan dalam dakwah telah berlaku pada management anda sendiri? maka, cepatlah di baiki agar islam akan terus berkembang luas dengan kualiti yang baik bukannya dengan kuantiti sahaja yang baik.

menjadi seorang dai'e bukanlah hanya dengan mengaku melalui mulut dan mengaku dengan memegang jawatan. tapi, ia lebih dari itu. dakwah memerlukan seluruh anggota badan dan komitmen anda yang sungguh-sungguh.

dakwah boleh berhenti kerana kecairan dalam dakwah itu sendiri

ramai yang terlibat dengan halaqah tapi boleh on off. ramai yang terlibat dengan halaqah tapi masih bercouple. ramai juga yang terlibat dengan halaqah, tapi akhirnya menghilangkan diri bila sudah berkerja. ramai juga yang terlibat halaqah, tapi akhirnya tidak menjadi dai'e.

ramai yang terlibat dengan halaqah tapi hakikatnya diabaikan momentumnya oleh murobbiyah sendiri. dan diabaikan begitu sahaja tanpa melakukan halaqah yang istiqamah. sepertinya halaqah itu dibuat tanpa tujuan yang jelas.

p/s : asolah dakwah perlu dikekalkan!

10 Okt 2010

cemburu yang memakan diri

cemburu kerana menganggap hati dia milik kita seorang

" ana tak boleh kalau ada akhwat rapat sangat dengan enti"
" apa masalahnya?"
" nanti enti abaikan ana"

begitulah kehidupan seorang akhwat. hubungan akrab dan ukhwah yang kuat adalah satu kemestian.sukarnya untuk melihat hubungan yang sebegini utuh. hubungan yang didasari dengan keimanan dan ketakwaan kepada Allah swt. Ia merupakan akar penguat untuk terus menapak dan istiqamah di jalan dakwah ini. tanpa ukhwah, maka takkan terhasilnya  satu jemaah yang kuat dan mungkin juga dakwah akan hambar dan lenyap dari muka bumi ini. 

ukhwah menyatukan hati kita

salah satu cara untuk berdakwah pada seseorang adalah melalui ikatan ukhwah. sudah dibuktikan, ukhwah yang kuat mampu merubah seseorang menjadi lebih baik. sejarah telah membuktikan Lihatlah bagaimana ukhwah Abu Bakar dengan Rasulullah sendiri, menyebabkan mudahnya Abu Bakar mempercayai dan meyakini segala apa yang disampaikan Rasulullah meskipun seluruh masyarakat menafikannya. subhanallah.. hebatnya momentum ukhwah.

semestinya, sejarah kita mula berjinak pada tarbiyah juga adalah disebabkan kekuatan ukhwah dengan orang yang menarik kita ke jalan ini. meskipun, pada masa itu kita berkira-kira dan dalam keadaan terpaksa, namun, ukhwah mengatasi segalanya. rasa simpati dan kasihan pada seseorang yang mengajak kita, menyebabkan kita tetap hadir ke taklim/ halaqah dan program.

cemburu itu biasa?

Dalam ukhwah , ada orang kata, cemburu itu biasa. cemburu itu petunjuk sejauh mana seseorang menyanyangi kita. tapi, kalau cemburu yang luar biasa bagaimana? tidak boleh kah? 

bukan di medan saya sahaja ada masalah cemburu ini, tapi di medan akhwat lain pun turut berlaku. cemburu yang luar biasa sehingga memutuskan untuk mufaraqah ( keluar halaqah). dan cemburu yang diakhiri dengan permusuhan sesama kita.

pantang sahaja, kalau ada akhwat yang sangat rapat ukhwahnya, pasti ada sahaja mata-mata memandang dan mulut-mulut yang tidak puas hati. katanya, terlalu rapat sangat sehingga mnyukarkan kerja dakwah, tidak mahu berdamping dengan akhwat lain lah dan macam-macam lagi yang akan dipersoalkan. padahal hakikatnya tidak semua yang begitu.

saya pernah mendengar cerita tentang seorang akhwat. kerana dikatakan terlalu rapat hubungan mereka, maka, mereka memutuskan untuk berjauhan satu sama lain. timbullah konflik dan hubungan mereka tidak seperti dulu. akhirnya, masing-masing merana. dan hubungan mereka goyah begitu sahaja. subhanallah.. rasanya ukhwah seperti dimain-mainkan.

cemburu sesama akhwat

berlakunya cemburu sesama akhwat kerana merasakan dirinya sahaja yang boleh memiliki kasih sayang dari akhwat kesayangannya. maka, sesiapa sahaja akhwat yang mempunyai hubungan yang rapat sedikit dengan akhwat kesayangannya, akan lahirlah rasa cemburu dan dipendam sehinggga akan meletup satu hari nanti.

ada orang sanggup menikam dari belakang kerana cemburu

apa yang dapat dilihat dari sikap cemburu ini, hanya akan membawa mudarat. disebabkan kita merasakan diri tidak lagi dihiraukan, kita akan cuba untuk menyakiti hati orang yang kita sayang. saya juga pernah cemburu dengan sahabat saya semasa di sekolah dulu hanya kerana sahabat saya rapat dengan orang lain. walaupun sahabat saya tidak mengabaikan saya, namun saya merasa saya dipinggirkan. dan akhirnya saya membuat keputusan untuk mem'protes' tindakan sahabat saya dengan menyakitinya dan berjauhan darinya. satu tindakan yang saya rasa semata-mata untuk mendapatkan keprihatinan dari dia. namun, akhirnya kerenggangan yang saya dapat.

keretakan ukhwah

cemburu yang pada mulanya tanda kita sayang seseorang, menjadi satu bencana buat diri kita. sikap cemburu membuatkan hubungan kita dengan orang yang kita sayang dan dengan mereka yang rapat dengan orang yang kita sayang akan renggang. itu berdasarkan pengalaman.

tidak percayakah? lihatlah apa yang berlaku pada diri anda sendiri dan pada akhwat yang ada sikap cemburu. bagaimanakah sikap mereka dan bagaimanakah tindakan mereka mengatasi cemburu yang ada? pastinya, tidak rasional.

maka, ukhwah akan berantakan di sebabkan cemburu yang tak bertempat.

murobbiyyah main peranan

ada murobbiyah yang hanya rapat pada sesetengah mad'unya sahaja tanpa mengira perasaan mad'u yang lain. terutamanya apabila berlaku penukaran murobbiyah baru.
disebabkan ikatan ukhwah tidak di'settle' kan awal-awal lagi dengan mad'u yang baru, maka, ukhwah akan terasa janggal. berlakunya 'gap' antara murobbiyah dan mad'u.

jadi, mad'u akan berasa disisihkan dan cemburu dengan hubungan yang agak rapat murobbiyah dengan mad'u  yang lain dan merasakan ukhwah itu hanya di halaqah sahaja. 

akan berlakulah krisis dimana mad'u yang disisihkan merasa tiada gunanya untuk datang ke halaqah kerana ukhwah yang lemah. segala musykilah dipendam dan dibiarkan begitu sahaja kerana merasakan tiada kebersamaan.

itulah penting peranan murobbiyah melayan sama rata mad'u mereka. ditakuti ada mad'u yang terasa hati dan akhirnya menjadi golongan yang berciciran dari jalan tarbiyah dan dakwah ini.

penutup: mengelak cemburu dengan berlapang dada

mahukah kita hidup keseorangan kerana cemburu kita menyakiti ramai orang

saya cemburu dengan adik saya, kerana punyai kakak-kakak yang rapat dengan dia. saya cemburu dengan kakak saya kerana punyai adik-adik yang rapat dengan dia. dan saya juga dicemburui kerana punyai adik-adik yang ramai. ( perasan)

tapi, apa yang saya nak tekankan disini adalah mengatasi sikap cemburu itu dengan berlapang dada. menerima segala-galanya dengan berlapang dada.
dan bermuhasabah adakah hubungan kita dengan orang yang kita rapat adalah kerana Allah?

kalaulah hubungan kita dan orang-orang yang kita sayang kerana Allah, mengapa mesti cemburu? orang yang kita sayang bukan milik kita seorang. masih ramai lagi yang memerlukan mereka. siapa kita mahu mempersoalkannya.

Teruslah bersangka baik dengan orang-orang yang kita sayang. insyaAllah segalanya akan selesai dan ukhwah kita akan terus bersih dan mengalir laju ibarat air sungai jernih yang mengalir deras.


" usahlah rasa memiliki, kerana rasa memiliki 'mungkin' buat kita sengsara"

p/s : selesaikan masalah cemburu sebelum ia berlarutan dan berjangkit pada orang lain

6 Okt 2010

wajarkah akhwat berjawatan?

tanggungjawab kita bukan hanya belajar

Di kampus, semestinya banyak peluang yang akan diberikan pada kita untuk mendapatkan jawatan, samada secara sukarela atau terpaksa. apatah lagi, dengan jawatan itu merit akan diberikan dan itulah indicator samada kita terus dapat menapak di hostel atau duduk di rumah sewa.

kitalah yang membuat pilihan samada nak atau tidak. mahu terus memikul beban ini atau melepaskannya pada orang yang lain.

wajarkah akhwat berjawatan?

kalau mahu jawapan dari saya, tentu sahaja jawapannya adalah tidak. tapi mungkin juga sesetengah akhwat merasakan boleh sahaja anda memegang jawatan tapi anda perlu memikirkan terlebih dahulu komitmen anda pada dakwah dan tarbiyah..Priority come first.

mengapa jawapannya tidak? kerana mungkin merasakan lebih banyak keburukan dari kebaikan. ini .terpulang pada anda untuk menerimanya. tiada paksaan. cuma ada baiknya jika anda memikirkan faktor-faktor luaran dan dalaman yang akan ada disekeliling anda kelak apabila telah memegang jawatan.

memilih jawatan

disebabkan taksub pada merit kampus, maka apa sahaja peluang untuk berjawatan di ambil tanpa memikirkan apa motifnya walaupun jawatan itu mencemar nilai islam sendiri ataupun tidak menyumbang langsung kepada islam.

sepertinya menjadi AJK kepada konsert melaghakan atau menjadi AJK bola sepak/ bola jaring atau menjadi AJK teater dan tarian, atau menjadi peserta kepada aktiviti-aktiviti yang hanya merosakkan iman. adakah wajar untuk akhwat meletakkan diri mereka ke arah tempat-tempat yang sebegitu?

mutabaah menurun

dengan jawatan menyebabkan mutabaah kita menurun. mengapa ya? kerana masa kita banyak diperuntukkan pada meeting, kerja-kerja, memikirkan masalah-masalah yang berlaku dan pantauan terhadap anak buah. beban kita terletak pada semua itu. kalaupun tidak menjadi ketua, maka, apapun perjumpaan atau arahan dari ketua perlu kita ikut meskipun masa terpaksa ' overlap' dengan halaqah, ziarah atau taklim. kerana komitmen kita telah diberikan pada jawatan itu dan kita yang memilihnya sendiri.

kalau berjawatan pada sesuatu program tidaklah terlalu berat kerana sibuknya hanya pada masa tertentu sahaja, tapi kalau jawatan itu kontrak satu tahun atau selama berada di situ, selama itulah kita memikul tanggungjawab yang diberikan. dan selama itulah kita memikul dosa yang ada jika kita tidak mampu mencegah kemungkaran kerana adanya kuasa/ jawatan.

penyakit hati

inilah masalah utama yang menimpa para akhwat atau para dai'e sendiri iaitu penyakit hati.
disebabkan percampuran antara lelaki dan perempuan yang terlalu kerap tanpa dijaga batasannya dan pandangannya, maka timbullah penyakit dimana merasa berkeinginan pada wanita atau lelaki tersebut kerana kacak, cantik atau baik akhlaknya.

maka, perjumpaan yang kerap dan perbincangan yang tiada hala tuju menyebabkan, timbullah masalah zina hati, zina mata dan zina mulut. perbincangan yang pada awalnya berkisar tentang aktiviti yang dijalankan, tiba-tiba bertukar lawak jenaka dan berkenal-kenal-kenalan samada melalui gtalk, Yahoo mesengger atau sms sendiri.

berlakulah couple islamic atau hubungan akrab antara lelaki dan perempuan sehingga batasan kerja dan peribadi tidak dapat dibesakan. itulah masalah yang paling besar pernah saya lihat selama hidup berjawatan.

komitmen semakin berkurang

selalunya kehadiran ke halaqah atau taklim, hanya akan dihadiri oleh orang yang tiada jawatan. pemerhatian ini ada benarnya. namun, tak semua orang berjawatan sebegitu.

bila waktunya ada taklim atau halaqah, maka, pada masa itu juga ada meeting atau kerja yang perlu dibereskan, maka, majlis ilmu terpaksa ditinggalkan. waktu ziarah juga semakin berkurang. dan komitmen pada jawatan terpaksa melebihi komitmen nya pada halaqah, ziarah, program dan dakwah/ tarbiyah.

komitmen yang kita pegang  pada dakwah dan tarbiyah lebih besar dari ini

sebagai murobbiah juga, agak sukar untuk menarik orang berjawatan ke halaqah. kerana kehadirannya sukar dijangka. macam chipsmore. kejap ada kejap tiada. dan inilah menyebabkan golongan-golongan sebegini terpaksa dikeluarkan dari senarai nama orang-orang yang berpotensi dan dibiarkan bergelumang dengan jawatan yang tidak dapat menjaminnya untuk terus istiqamah pada tarbiyah.

ada atau tiada, sama sahaja

mengapa jawapan untuk wajarkah akhwat berjawatan adalah tidak wajar? kerana mempunyai jawatan atau tidak, sama sahaja. mungkin juga akan ada orang mengatakan dengan jawatan lebih mudah untuk membuat kerja-kerja dakwah dan membuat aktiviti yang gempak-gempak dan besar. tapi apabila tiada jawatan apa yang dilakukan? adakah akan duduk goyang kaki menunggu orang melantik anda untuk mengambil jawatan ini sekali lagi?

oh.. tidak.. kerja dakwah bukanlah part time. hanya bila dilantik, barulah berbuat. tapi kerja dakwah adalah full time sehingga akhir hayat kita.

kalaupun tiada jawatan, apa masalahnya? tidak dapat berdakwah? kalaupun tiada jawatan, kita masih lagi dapat buat halaqah/ taklim. kalaupun tiada jawatan, kita masih lagi dapat buat ifthar dan riadah. kalaupun tiada jawatan, kita masih lagi boleh membuat program lagi gempak untuk dihadiri mad'u dan akhwat. kalaupun tiada jawatan, ktia masih lagi boleh membuat bacaan al-mulk setiap malam.

kalaupun tiada jawatan, kita masih lagi boleh berdakwah! itulah pointnya.

kesimpulannya

kalau sekadar mahu merit sahaja dengan berjawatan dan untuk duduk dalam kampus, maka lupakanlah niat anda itu. tapi kalau mahu berjawatan untuk duduk dalam kampus dan memudahkan kalian untuk berdakwah, maka silakanlah.

cumanya, saya yakin, ramai akhwat yang terpaksa duduk luar kerana tidak mahu 'merebut-rebut' jawatan. tapi, dakwah mereka terus gencar dan semakin gencar. itu bukan penghalang untuk mereka berdakwah.

kalau ada orang mengatakan, ambillah jawatan jadi anda akan dapat duduk dalam kampus, dan anda akan dapat mengahalang orang-orang kristian daripada menyebarkan agama kristian di kampus. tapi kalau orang-orang islam sedikit sahaja di kampus, maka, orang kristian akan bermaharaja lela di kampus. benarkah?

bilangan tidak menjamin. yang penting kualiti. ajaran kristian akan terus tersebar. dan kita sebagai dai'e, terus menyebarkan fikrah islam. bukan, menyebarkan fikrah merit.. merit dan merit tanpa menghirau merit dari Allah itu lagi besar nilainya dan lagi diyakini hasilnya.

cukuplah Allah melantik kita menerima jawatan sebagai hambaNya

p/s: jawatan yang diberikan Allah sebagai khalifah, dai'e, pelajar, anak, kakak/ abang, isteri/suami, sahabat sudah terlampau cukup dan terlampau banyak. mahukah kita menambahkan lagi jawatan sedangkan jawatan dari Allah itu kita masih lagi tidak selesaikan.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...