IN THE NAME OF ALLAH THE MOST GRACIOUS THE MOST MERCIFUL

.

SELAMAT DATANG

Teruslah bergerak, hingga kelelahan itu lelah mengikutimu.
Teruslah berlari, hingga kebosanan itu bosan mengejarmu.
Teruslah berjalan, hingga keletihan itu letih bersamamu.
Teruslah bertahan, hingga kefuturan itu futur menyertaimu.
Tetaplah berjaga, hingga kelesuan itu lesu menemanimu.”
( allahyarham KH Rahmat Abdullah )

17 Sep 2010

indahnya hari raya ini


hari raya indah kerana ada hikmah disebalik rumah yang berpenghuni

alhamdulillah.. hari raya kali ini memang berlainan. benar-benar berlainan.
entah mengapa indahnya hari raya kali ini adalah disebabkan oleh hikmahnya Allah menghendaki saya tidak pulang ke kampung di Muar.
bukan saya gembira kerana tidak pulang ke kampung. semestinya hati ini sedih. kampung yang sepatutnya saya beraya sekali setahun jadi beraya 2 tahun sekali.

sedih takkan panjang

apabila dikatakan tidak pulang ke kampung, maka semestinya masa saya lebih banyak di rumah. apatah lagi dengan kelahiran Muhammad Naufal, ramailah yang akan bertandang ke rumah.
bermula hari raya yang pertama, saya dan keluarga memulakan ekspidisi beraya ke rumah jiran-jiran sebelah dan pada hari raya yang kedua pula kami datang ziarah ke rumah Pak Usu di Felda Linggiu, kembar kepada ayah saya.
dan manakala pada raya ketiga pula dan seterusnya saya lebih banyak menerima tetamu yang tidak putus-putus berkunjung.
satu kebahagiaan yang jarang saya temui pada hari raya ini. terutamanya kedatangan akhwat yang saya cintai. pada saya itulah keistimewaan hari raya kali ini berbanding hari raya sebelum ini.

kunjungan dari insan-insan istimewa

kita ibarat satu keluarga besar yang punyai satu tujuan besar
Raihana
kehadiran keluarga besar memang satu yang mengejutkan dan membahagiakan. kehadiran sebuah kereta Unser ke rumah pada malam raya ke-3 adalah satu kegembiraan. kerana apa?
kerana keluarga Raihanah yang terdiri dari 12 orang adik beradik dan ibu abahnya semua datang kunjung ke rumah dan bermalam di sini.


maka, meriahlah rumah kami dengan kedatangan keluarga besar. meskipun Raihana tiada ikatan darah daging dengan saya, tapi saya sudah anggap dia sebagai adik saya dan keluarga mereka sebagai keluarga saya juga.


" kadang-kadang keluarga sendiri dianggap orang asing, tapi kadang-kadang orang asing dianggap keluarga sendiri"


ekada ika
walaupun tak pernah berjumpa dengan ekada ika dan kami hanya berhubung melalui chat dan sms, tapi alhamdulillah, kesungguhan beliau datang rumah saya satu kejutan. walaupun dia datang bersama 2 orang sepupu dan adik lelakinya, namun semangat beliau tak pernah pudar. beliau tetap tidak mengubah rancangan awalnya yang mahu datang bersama 2 orang akhwat tapi akhirnya tak kesampaian.
namun, perbualan kami tetap rancak walaupun masing-masing seorang yang pendiam.


kenangan kami lunch dan solat bersama adalah kenangan yang tidak akan saya lupai.
siapa sahaja mungkin tidak akan percaya dengan seseorang yang hanya dikenali melalui chatting dan sms malah untuk menjemput ke rumah itu adalah mustahil, tapi bagi saya, saya tetap akan percaya pada akhwat yang saya hanya kenal di alam maya, kerana cinta kami tertaut kerana Allah. insyaAllah.


Ina
Istimewanya ina, beliau telah bertandang ke rumah saya 2 kali. kali pertama kerana hanya untuk ziarah ukhti raihana dan kali kedua untuk beraya.
Ina adalah pelajar Kolej Jururawat KK dan juga tinggal sefelda dengan saya. dia juga baru ditarbiyah.


moga Allah tetap meneguhkan dirinya untuk terus istiqamah dalam tarbiyah.


adib and the gang
saya tidak sangka kedatangan adib a.k.a adeq satu kenyataan. saya sangka beliau hanya bergurau. tapi tidak. malah dibawanya akhwat dari ipta lain.
dari USIM, UTM, UITM shah Alam dan UPM. mereka seramai 5 orang.
subhanallah, tak terkata saya kerana kehadiran mereka mengejutkan saya.
namun, kedatangan mereka hanyalah sebentar. 
tidak cukup untuk saya melepas rindu pada kalian semua.


adakah kita mampu untuk menjadi sahabat sampai ke syurga?

penutup : saya akan rindu kalian semua


saya rasa masa berlalu sangat sekejap. dan malam ini pula saya akan pulang semula ke kelantan.
maka bermulalah kehidupan saya sebagai pelajar yang agak terhad masanya. sering saya mahu ingatkan, apabila di rumah kita masih lagi boleh berchating dan berbalas meseg. tapi, saya takut, bila dikampus, keprihatinan saya pada kalian semakin berkurang kerana komitmen lain yang perlu saya lebih prihatinkan.


tapi, kerinduan pada kalian tetap takkan pudar. diharapkan semoga kalian semua tidak jemu bertandang ke rumah saya. segala kekurangan yang ada haraplah dimaafi.


aku akan terus menunggu dan menunggu tanpa putus asa

salam aidilfitri dan terima kasih atas kunjungan bermakna dari kalian semua.
akan saya simpan kemas dalam hati saya dan akan saya pegang erat.


p/s : bila la saya akan sampai ke rumah kalian semua. itu saya tak pasti..

14 Sep 2010

usah mengharap pada orang lain!

keharuman yang membahagiakan


Bergaul dan berjumpa dengan orang-orang yang matang dari medan yang berlainan jarang sekali untuk diperolehi. melainkan mungkin hanya dengan chatting dan sms. berjumpa pada orang-orang yang sudah dewasa wataknya dan bergaul dengan mereka membuat kita akan berfikir lebih jauh.

mendengar luahan mereka dan masalah mereka menjadikan kita akan semakin matang juga. kerana setiap apa yang berlaku dalam kehidupan orang lain, mungkin satu hari akan berlaku pada kehidupan kita. samada lambat atau cepat. itu tidak mustahil. bila-bila sahaja kita juga akan terkena.

persahabatan itu indah

sayangilah sahabat kamu sederhana mungkin, kerana kelak dia akan menjadi orang yang kamu benci.

ramai manusia akan binasa kerana persahabatan. ramai juga manusia akan menjadi lebih baik kerana persahabatan. kerana sahabat kita adalah orang yang paling rapat dengan kita selain dari family kita sendiri. dia adalah ibarat ibu atau bapa kita di kampus. dialah yang akan mencorakkan kita. samada kita menjadi kain sutera yang cantik atau menjadi kain buruk yang busuk dan kotor.

tidak dinafikan, persahabatan itu memang indah. sangat indah. hanya orang yang betul-betul menghargai sahaja akan merasakan perasaan yang sebegitu. wujudnya sahabat kita disisi adalah saat paling bahagia. sama-sama berkongsi rasa. apabila dia gembira, kita turut gembira. apabila dia sedih, kita turut bersedih. dan apabila dia menangis, kita juga menangis. apabila dia susah, kita turut susah.

namun langit tak semua cerah

apabila sahabat hadir, kehadirannya kita tidak hargai. mengabaikan dia seolah kita akan berjumpa lagi kemudian hari. kita sakiti hati mereka dengan perlakuan kita yang tidak menyenangkan. kita tinggalkan dia. kita marahi dia. dan bila kita kehilangannya, kita merasa sesuatu yang hilang. yang tidak lengkap dalam kehidupan kita. 
maafkan aku sahabat kerana berbuat begitu...

kau mengajar untuk dewasa


tangisan kerana sahabat kadang-kadang adalah satu yang merugikan. dan kadang-kadang satu kemanisan. pernah beberapa kali saya menangis kerana sahabat sehingga bengkak mata. pernah juga saya lari dari kampus kerana sahabat. pernah juga saya tidak mahu balik bilik kerana seorang sahabat. dan pernah juga tidak hadir ke kuliah kerana seorang sahabat.

tapi itulah sebenarnya satu kemanisan. saya tidak tahu mengapa. tapi kerana saya mencintainya kerana Allah. sungguh... saya berusaha untuk mencintainya kerana Allah.
satu kerugian juga kerana kita menangis kerana sahabat kita melebihi kita menangis kerana Allah.

“Teman-teman akrab pada hari itu (hari kiamat) akan saling bermusuhan kecuali orang-orang yang bertakwa.” (Az Zukhruf: 67).

bekal 'kekuatan' itu penting

menghargai seorang sahabat, adalah perkara yang paling sukar kerana untuk menghargai mereka, kita perlukan kekuatan ruhiyah. untuk menghargai mereka, kita perlukan kekuatan perasaan. untuk menghargai mereka, kita perlukan segala kekuatan dalam diri.

disakiti oleh sahabat itu lumrah. kita pasti akan disakiti. mungkin setiap hari. pastinya kekuatan ruhiyah dan perasaan adalah bekalan untuk para sahabat setia di luar sana. kerana itulah benteng agar kita tidak terus lemah. kerana apa? kerana kita sentiasa menganggap bahawa Allah itulah sebenarnya 'sahabat setia' kita. 

dan kita akan terus bermuhasabah bahawa :

" mereka itu semua pinjaman dari Allah"

kehilangan mereka tak menjejaskan reputasi kita. kehilangan mereka berangkali tak menjejaskan seluruh kehidupan kita. kerana kita masih lagi kuat berdiri tanpa dia. dan Allah lah segala-galanya.

usah mengharap

pesananku, usah mengharap pada orang lain/sahabat. kerana jika kamu mengharap pada mereka, bila kamu kehilangannya kamu tak mampu untuk berdiri sepenuhnya.

usah mengharap pada sahabat, kerana bila dia tidak merealisasikan kehendak kamu pada dia, kamu akan menyalahinya.

usah mengharap pada sahabat, bila dia tidak memahami perasaanmu, kamu menangis kerana disakiti hati olehnya.

usah mengharap pada sahabat, bila dia tidak menunaikan janjinya, kamu mengutuknya.

usah mengaharap pada orang lain, dia bukanlah segala-galanya.

usah mengharap pada orang lain, kerana Allah lah yang patut segala apa yang diharapkan.

masih lagi ramai sahabat di sekelilingmu

jika kita kehilangan dia sekalipun, kita masih lagi ada sahabat di sekeliling kita. meskipun tidak sama sepenuhnya. tapi, kita masih lagi tetap ada sahabat. kita masih lagi bukan keseorangan.

' Allah mengantikan yang dengan yang lebih baik dari apa yang telah diambil dari kita"

percaya dan yakinlah. sesuatu keajaiban mungkin berlaku. berdoalah agar Allah mengurniakan sahabat yang lebih baik pada kita.

dan pada saya akhwatlah sahabat baik saya sehingga ke syurga. meskipun ada yang saya tak pernah bertemu seperti ekada ika dan jamilah ataupun siswi a.k.a ukhtimu sayang ( jumpa skali je).

sahabat dan dakwah, tak dapat dipisahkan

cinta saya pada kalian semua hanyalah Allah yang tahu..

p/s: maaf kalau saya tak menjadi sahabat yang baik kerana keprihatinan saya pada kamu semua amatlah kurang. jadi, terimalah saya seadanya dan saya akan terima kamu seadanya.

9 Sep 2010

ramadhan menambah pahala, syawal menambah dosa?



alhamdulillah. ramadhan kali ini mungkin berlainan sedikit bagi saya. sebab yang pertama mungkin saya pulang bercuti agak lewat sedikit dari tahun-tahun sebelum ini kerana pada hari rabu semalam kuliah masih ada di kampus. dan yang kedua, kelahiran mujahid comel pada 28ramadhan yang lepas. kelahiran anak buah saya yang ke-4. anak kepada Ukhti Siti Norain dan suaminya Ahmad Zaki Masrudy.

pertamanya di malam syawal ini, ingin saya mengucapkan selamat hari raya aidilfitri kepada semua umat islam di seluruh dunia dan khususnya pada semua pembaca blog akhwat medic. moga ramadhan kali ini lebih baik dan lebih 'best' dari sebelumnya.
posting kali ini berkenaan berkenaan tentang syawal yang akan kita sambut nanti. moga-moga ia menjadi pengajaran dan pedoman semua.

**************

dalam keriangan menyambut syawal, kadang-kadang ramai yang kurang mengambil peka terhadap beberapa perkara yang amat penting bagi menjadikan sambutan syawal kita bermakna dan diredhai Allah.

disebabkan keseronokan beraya, ramai menjadi leka. syariat dilanggari, hawa nafsu diikuti.
Ijazah ramadhan yang kita perolehi hanyalah sia-sia tanpa makna. ramadhan yang sepatutnya menjadikan kita hamba Allah yang lebih bertakwa hanyalah satu omongan kosong sahaja. alangkah ruginya apabila seseorang yang mana sebelum ramadhan dan selepas ramadhan mereka adalah sama. tidak ada perubahan langsung pada diri mereka. malah, selepas ramadhan semakin galak membuat dosa.

berpakaian yang tidak menutup aurat

seorang akhwat pernah bercerita, di kampusnya apabila ramadhan tiba, ramai yang tidak bertudung mula menjinakkan diri bertudung. tapi sayang, apabila ditanya mengapa, mereka mengatakan untuk menghormati bulan ramadhan dan mengurangkan dosa.

tapi bermula syawal dan bulan yang seterusnya, mereka tidak bertudung pula. adakah islam itu hanya bermusim. islam bukan "part time" dan bertudung bukan macam tudung saji atau tudung periuk. bila lapar bukak, bila kenyang tutup! itu soal tudung. ada juga yang ingin menggayakan baju rayanya sehingga tidak mengambil endah tentang kenipisan baju yang dipakai.

malah, mereka tidak segan silu untuk menunjukkan badan mereka dengan baju yang jarang. masakan mereka tidak perasan baju yang sangat jarang sebegitu digunakan untuk dipakai dan apatah lagi fesyen baju sekarang ini semuanya jarang-jarang.

tidak terkecuali dihadapan bukan mahram

apabila berkunjung ke kampung samada rumah mak atau bapa saudara, kita selalu mengambil enteng soal aurat dengan mereka dengan tidak bertudung dan memakai pakaian yang kurang sopan.padahal aurat dengan sepupu dan bapa saudara tak ' pure' adalah sama dengan aurat yang bukan mahram.

tidak terkecuali dengan abang ipar ( bagi perempuan) atau kakak ipar ( bagi lelaki). kadang-kadang saya dapat lihat kemesraan yang terjalin antara kita dan bukan mahram ( seperti yang disebutkan) amat ditahap bahaya sehingga terbiasa untuk bertepuk tampar, bersalaman dan duduk rapat-rapat macam dengan adik beradik pula.

berlebihan dalam makanan

di Hari raya inilah baru kita hendak merasa ketupat. dan sudah menjadi kebiasaan jiran-jiran atau orang-orang yang terdekat, akan saling bertukar-tukar makanan. jadi, banyaklah lebihan makanan di rumah yang tak terhabis dimakan dan dibuang begitu sahaja apabila sudah basi.

fenomena makan berlebihan dengan makanan yang terhidang banyaknya pada awalan hari raya juga amatlah tidak digalakkan.  dengan ketupat, lemang, kuih raya, air yang berbagai macam, lauk pauk yang beraneka jenis, pasti akan mengeyangkan perut sesiapa sahaja.
tapi, perlu diingat bahawa firman Allah:


" makanlah dan minumlah tapi jangan berlebihan."

tinggal solat atau lewat solat

disebabkan sibuk menziarahi sanak saudara di rumah masing-masing, kita meremehkan benda yang wajib iaitu solat.

apa salahnya jika berhenti untuk solat ketika dalam perjalanan atau tumpang sahaja solat di rumah saudara. kenapa mesti sampai rumah baru nak mengerjakan solat?
mungkin hampir habis waktu baru mengerjakan solat.
ataupun, mengambil sikap endah, terus sahaja tinggalkan solat yang wajib itu.

dan ada sesetengah di antara kita yang tak solat langsung disebabkan berterusan menziarahi sanak saudara dari pagi sampai petang hingga malam.

ingatlah bahawa, janganlah kita sibuk mengejar yang sunat tapi yaing wajib diabaikan.
cubalah untuk menjadi insan yang sentiasa 'alert' dan tidak sabar untuk menunggu waktu solat bertemu dan berkomunikasi dengan Allah.

beraya mengikut sunnah

ikutlah sunnah Rasulullah dalam berhari raya. pentingnya untuk kita menjadikan hari raya kita sebagai satu ibadah dan satu muhasabah kita di bulan ramadhan yang lepas.

bolehlah rujuk link yang disediakan;


akhir kalam

S A L A M  A I D I L F I T R I

dari;
dari kiri Mohd Hafiz, Khairulnizam, Abd Aziz, Kamaruzaman dan Mohd Fauzi

~Dr. Mujahidah
~Felda Semencu, Kota Tinggi, JOhor.
~USMKK.

p/s : terus istiqamah dalam amalan kalian ketika bulan ramadhan..

6 Sep 2010

adakah kau seorang akhwat?


satu sajak untuk semua akhwat di mana-mana sahaja antunna berada. diadaptasi dari sajak KATANYA KAU SEORANG PEJUANG.
**********
Adakah kau seorang akhwat?
Auratmu tidak dijaga,
Bila keluar kaki dan pergelangan lengan nampak terbuka,
Tudungmu masih kurang labuh bawah paras dada,
seluarmu ketat dan bajumu singkat tak perasan ke,
Pakaianmu kau rasa dah sempurna,
Padahal jauh lagi rasanya,
asal boleh pakai sudah ler,
macam orang biasa pun tak mengapa.

Adakah kau seorang akhwat?
Pergaulanmu sama sahaja seperti orang biasa,
Pandanganmu tak dijaga,
Jarakmu dengan bukan mahram nampak macam mesra,
Bergelak ketawa dan bergurau senda itu biasa,
Berjumpa selalu katanya ada meeting dan kerja,
Tapi habuk pun takde,
Lebih banyak kau buang masa.

Adakah kau seorang akhwat?
Ziarah mad’u pun masih berkira-kira,
Ziarah akhwat lagi tak de masa,
Dakwah buat sambil lewa,
Pengisian taklim last minute prepare asal ada,
Task halaqah buat time tu juga,
Murobbiah tegur cakap ya ya ya,
Tapi esok perangai sama serupa.

adakah kau seorang akhwat?
suruh dakwah fardhiyah kau kata tak biasa,
malu katanya,
suruh buat taklim kau kata tak cukup ilmu didada,
suruh buat halaqah kau kata tak sedia,
berapa banyak alasan murobbiyah dah terima,
program dah pergi tak terkira,
tapi alasan tetap ada,
niat salah atau program tak berkesan cara,
salah diri sendiri sebab tak hadirkan diri sepenuh jiwa,
datang sekadar syarat sahaja.


Adakah kau seorang akhwat?
Halaqah, program, liqo’ datang lewatnya,
Orang sume dah strt dia baru tiba,
Tak pernah mintak maaf datang duduk saja,
Mulut senyap idea takde,
Datang sekadar jadi pendengar setia,
Kadang-kadang tidur waktu sedang bermula,
Macam mana nak dakwah nak berjaya?,
Mad’u pun lari tengok perangai orang yang nak pimpin dia,
Akhwat tengok mencebik muka,
Rasa geram tak tahu nak wat apa.

Adakah kau seorang akhwat?
Mutabaah mu tak jaga,
Kondisi iman mu berada pada tahap bahaya,
Sehingga bila murobbiah tanya kau main teka,
Kau tak catat, kesungguhan lansung takde,
Tak pernah meningkat, menurun lagi ada,
Qiamullail mu boleh dikira,
Dhuha mu buat asal ada masa,
Mathurat kau baca sekerat jalan je.
Istighfar kau agak-agak cukup tanpa kira dan hayati maknanya,
Quranmu baca tajwid dilanggar, nak cepat habis je,
Mana kualiti, kuantiti pun takda.

Adakah kau seorang akhwat?
Bila ada program selalu hilang,
Balik rumah, nak study itulah alasan,
Orang buat program untuk kau datang,
Masalah kau tak selesai,bertambah buruk kefahaman ,
tsaqafah kurang, musykilah dalam otak tak di selesaikan,
Bila tak faham dan tak tahan,
Mufaraqah jadi pilihan.

Adakah kau seorang akhwat?
Kau lebih pentingkan roommate, housemate dan kawan sendiri,
Bukan main jaga persahabatan yang berdiri,
Tapi ukhwah dengan akhwat hancur lebur berapi,
Kau lebih suka buat hal sendiri dan pentingkan diri,
Cinta akhwat tak pernah wujud dalam hati,
Asal program ukhwah kau datang sekadar itu arahan dari murobbiyah/murobbi,
Bila bersemuka kau macam tak nampak akhwat ditepi,
tak bersalam, tanya khabar atau cium pipi,
Kau lebih suka kalau akhwat tak ada di sisi,
Senang nak mengerjakan benda lagha nanti,
Takde orang nak membebel bagi teguran pada hati kau yang dah mati.
 
Adakah kau seorang akhwat?
Kau tak macam akhwat ,
Sikap dan perangai kau tak leh nak duga,
Layakkah kau dipanggil akhwat?
Atau layakkah kau bersama “ band of akhwat”?
Tepuk dada, Tanya selera,
Selera iman masih ada atau tiada?

p/s : katanya kau seorang akhwat.. tapi.. macam tak pun..hurmm..soalan itu semua untuk aku juga. tangan yang menulis lebih terasa dari mulut yang membaca.

4 Sep 2010

tidak sengaja berbuat silap

semua orang pasti pernah buat kesilapan yang tidak sengaja dia lakukan.
mungkin juga tanpa sedar.
kesilapan itu boleh jadi besar, dan boleh juga nampak kecil.
kadang-kadang dia sendiri tidak sedar itu adalah satu kesilapan.
dan kadang-kadang dia sendiri tidak sedar sehinggalah perlunya ada seseorang yang menyedarkan.


sengaja atau tidak

ada orang berbuat kesilapan dengan sengaja. dia sengaja menunjukkan aibnya yang dia kira satu kebanggaan.
malah menginginkan kepopularan.
apa kesilapan yang dilakukan, dianggap satu kebaikan.
satu yang menjadikan ramai orang ternganga mulut mungkin dengan sikapnya.


dan ada juga orang yang tidak sengaja. seperti aku dan kamu semua.
mungkin dalam bentuk penulisan, penuh dengan kekasaran dan kesalahan bahasa.
mungkin juga dalam bentuk kata-kata, penuh dengan ketelanjuran dan kesakitan hati pendengarnya.
atau mungkin juga perbuatan, yang penuh dengan ketidaksabaran dan kerenah yang membingungkan sesiapa yang melihatnya.


semua manusia mungkin begitu. tidak sengaja. ya, kesilapan yang memerlukan para penegur di luar sana menganalisis dan menegur di saat ramai yang membutuhkannya.


ingatkan saudaramu


begitu juga kehidupan seorang akhwat tak sempurna tanpa kehadiran akhwat disisi mereka.
bila silap, dibetulkan.
bila marah, tolong redakan.
bila bergaduh, tolong leraikan.
bila salah faham, tolong fahamkan.



kalau dikira, memang tak terkira untuk nilai sebuah persaudaraan. apatah lagi ia melibatkan soal iman.
kita berukhwah atas dasar UKHWAH IMANIYAH.
saling menjaga iman sesama kita.


usah menganggap semua akhwat sempurna. semua akhwat hebat-hebat belaka. meskipun usia tarbiyahnya sudah mencecah ribuan tahun.
itu bukan kayu pengukur sebenarnya, kerana manusia... sekuat dan setinggi mana pun iman, pasti akan pernah melakukan kesilapan tak disengajakan.


maafkan sahaja


usah menjauh saat seorang akhwat silap. usah mencebik muka dan usah juga terus menghukum.
kenapa tidak dimaafkan sahaja dan berlapang dada.
adakah kita tak pernah berbuat silap. usah berbohong. pasti ada sahaja kesilapan yang kita tak sengajakan.


maaf itukan jauh lebih baik.
mudahnya kita memaafkan akan membuatkan orang lain pula mudah untuk memaafkan kita.

Allah maha Pengampun pada hamba-hambaNya. dan perlunya kita mencontohi salah satu sifat Allah, iaitu sentiasa memaafkan hambaNya yang berbuat silap samada sengaja atau tidak sengaja.
siapa kita? 
usah meninggi diri. kita sama sahaja. kita adalah hambaNya. masakan kita mahu sombong lebih dari Allah.

ayuh, maafkan sahaja.

wallahua'lam.


p/s : maafkan penulis ini. teguran kalian amatlah diperlukan.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...