IN THE NAME OF ALLAH THE MOST GRACIOUS THE MOST MERCIFUL

.

SELAMAT DATANG

Teruslah bergerak, hingga kelelahan itu lelah mengikutimu.
Teruslah berlari, hingga kebosanan itu bosan mengejarmu.
Teruslah berjalan, hingga keletihan itu letih bersamamu.
Teruslah bertahan, hingga kefuturan itu futur menyertaimu.
Tetaplah berjaga, hingga kelesuan itu lesu menemanimu.”
( allahyarham KH Rahmat Abdullah )

29 Apr 2010

iman, dimana kau?



iman,
dimana kau?
aku kehilangan.
rasa kerinduan,
berhari kau meninggalkan..
membiarkan aku lemah kaku pengsan.

iman,
kenapa tiba-tiba kau jauh?
akukah yang salah?
membiarkan kau lari,
sehingga tak larat ku capai kembali.
aduh.. sungguh, aku memerlukanmu
merawat kembali hati yang sudah layu.

iman,
jangan menangis,
aku takkan meninggalkanmu lagi,
akan kujaga rapi,
demi cintaku pada Ilahi,
demi kebahagian yang hakiki.

iman,
sayu aku hari ini,
diri syaitan dah penuhi,
tanpa kau awasi,
kerana hilang beberapa hari sebelum kau kutemui,
harap tak begini lagi,
takut ia berterusan sampai ajal mari.

marilah iman,
jangan takut.
aku perlukanmu,
seseungguhnya diri ini menyesali,
kelalaian yang sering diulangi, 
kemari..
agar diri bersemangat kembali,
melakukan kerja dakwah sepenuh hati..

p/s : iman, jangan lari lagi....!!!!

26 Apr 2010

selamat mendekati mati



KEPADA :


Hasnah binti Said ( ibu) - 28 April


Siti Norain Abd Samad ( kakak) - 30 April


Raihanah Zakaria ( sahabat) - 26 April


Siti Nor' Ainaa binti Mohd Musa ( sahabat sekolah rendah) - 26 April


Siti Masliza Abd Samad ( adik ) - 3 Mei


peringatan:


"Seseorang itu tidak akan mengetahui apa yang akan dikerjakan pada esok harinya dan seseorang pun tidak akan mengetahui pula di bumi mana ia akan mati." (Luqman: 34)


Dari Ibnu Mas'ud r.a. katanya: "Nabi s.a.w. menggariskan suatu garis berbentuk persegi empat dan menggariskan lagi suatu garis di tengah-tengahnya yang keluar dari kalangan persegi empat tadi, juga menggariskan lagi beberapa garis kecil-kecil yang menuju ke arah garis di tengah-tengah itu dan keluar dari arah tepinya yang tengah, lalu beliau s.a.w. bersabda:
"Ini adalah manusia dan ini adalah ajalnya meliputi diri manusia tadi, atau memang telah meliputinya. Garis yang keluar dari kalangan ini adalah angan-angannya, sedang garis-garis kecil-kecil ini adalah barang-barang baru yang mendatanginya - yakni apa-apa yang dapat ia ambil dari keduniaan, berupa kebaikan atau keburukan. Jikalau ia terluput dari yang ini - yakni bencana yang satu, tentu ia terkena oleh yang ini - bencana yang lainnya - dan jikalau ia terluput dari yang ini - bencana yang satunya lagi, maka ia tentu akan terkena oleh yang ini - bencana yang lainnya pula." (Riwayat Bukhari)




sumber : riyadus salihin

25 Apr 2010

maafkan aku sahabat

aku rindu ceritamu,
rindu tawamu,
rindu tangismu,
rindu luahanmu,
rindu kisah dulu,
rindu kerna Allah yang Satu.
rindu semua itu.

sahabat,
jangan kau jauhi aku,
kembali lah seperti dulu
aku bukan asing bagimu,
aku tetap sahabatmu,
jangan kau buat begitu,
hancur luluh harapanku,
baru aku sedar,
aku telah mensia-siakanmu,
kembalilah sahabat,
kembalilah kepadaku.

sahabat,
tangisan itu takkan henti,
hingga hujung nyawaku datang,
hingga ajalku menyerang,
maafkanku duhai sahabat,
meskipun egomu kau tak mampu halang,
egoku ku undur demi persahabatan.

sahabat,
kau sahabat ku,
sahabat sampai ke syurga,
tak mahu aku menginjak bersama ke neraka,
moga Allah ampunkan dosa kita,
moga tak lagi maksiat kita lakukan bersama,
agar nanti kau sahabatku sampai ke syurga.

maafkanku,
aku merayu,
kau sahabatku sampai ke syurga...

SAHABATKU SAMPAI KE SYURGA..

unic - sahabat sejati


Ku biar kalam berbicara
Menghurai maksudnya di jiwa
Agar mudah ku mengerti
Segala yang terjadi
Sudah suratan Ilahi

Ku biarkan pena menulis
Meluahkan hasrat di hati
Moga terubat segala
Keresahan di jiwa
Tak pernah ku ingini

Aku telah pun sedaya
Tak melukai hatimu
Mungkin sudah suratan hidupku
Kasih yang lama terjalin
Berderai bagaikan kaca
Oh teman, maafkanlah diriku

C/O :
Oh Tuhan
Tunjukkan ku jalan
Untuk menempuhi dugaan ini
Teman, maafkan jika ku melukaimu
Moga ikatan ukhwah yang dibina
Ke akhirnya

Aku tidak kan berdaya
Menahan hibanya rasa
Kau pergi meninggalkan diriku
Redhalah apa terjadi
Usahlah kau kesali
Mungkin ada rahmat yang tersembunyi

p/s : ya Allah, satukan hati kami semula dalam mencari redhaMU.. ampunkan aku ya Allah..

20 Apr 2010

apabila duduk luar...



apabila duduk luar kampus.. maka, akan terjadilah beberapa perkara yang kadang-kadang tidak ingin ia terjadi.


dalam skop pelajar biasa,


apa agak-agaknya?


- iman akan kurang di jaga
- bebas
- perbelanjaan meningkat
- proses tarbiyah akan terhenti


dan bagaimana proses tarbiyah itu terhenti?


kerana anda tidak akan terikat dengan aktiviti keagamaan di kampus.


tiada orang yang akan ketuk bilik anda untuk di ajak ke taalim atau ke tayangan. ataupun ke usrah barangkali.


pasti juga merasa malas untuk menghadirkan diri ke aktiviti sebegitu rupa. apatah lagi, jika housemate anda sendiri bukan jenis orang yang baik-baik. maksudnya, bukanlah jenis orang yang minat majlis ilmu.


maka, hati anda akan keras dan mati, kerana pengisian jiwa sudah tiada.


solusinya, berkorbanlah dan carilah. anda mungkin akan menemuinya. hidayah Allah bukan datang bergolek. ia datang pada orang yang berusaha mencarinya..insyaAllah.


 skop seorang dai'e


- semakin gencar dakwahnya
- semakin gencar tarbiyahnya
-semakin gencar taklimnya
-semakin gencar studynya.


kerana apa? kerana semakin banyak halangan, semakin dia terus berkobar-kobar.
semakin dia merasakan rumah sewanya itu hanyalah tempat persinggahan.
tapi kampus sebagai tempat dia memperbanyakkan amalan.


dakwah tidak akan berhenti




ingatlah wahai dai'e. dakwah tidak akan berhenti. samada anda duduk di luar, duduk di dalam. atau anda sudah habis belajar dan bekerja. dakwah itu akan lebur dalam diri anda. dan akan terus-terusan sehingga akhir hayat anda.


jangan mengaku anda hanya join usrah/ halaqah/ taklim semasa di kampus dulu, tapi hakikatnya bila mana sudah ada tittle doktor dan bekerja, semua itu sudah tiada. sudah hilang. sudah hancur. seakan-akan anda tidak pernah pun join majlis-majlis sebegitu.


p/s : apa hasilnya kalau anda ini seorang yang ditarbiyah? fikir-fikirkanlah

18 Apr 2010

woi, cuti bukan untuk khatam movie!





 sumber dakwah.info (komik)

tajuk yang agak menyakitkan hati orang yang minat tengok movie


semestinya penulis tengah dalam keadaan tahap bersabar dengan telatah orang-orang yang tengah bercuti dan semakin hampir dengan cuti. mungkin juga cemburu yang tak bertempat.


sepatutnya tajuk ini diedit kepada cuti adalah untuk khatam al quran. lembut sedikit dengar. baru orang boleh terima. 


".... dan kalaulah engkau bersikap kasar lagi keras hati, tentulah mereka lari dari kelilingmu..." ( 3: 159)


dialog orang sana


sayup-sayup dari kejauhan. masing-masing berpusu-pusu mahu meminjam cd dan meminta soft  copy movie-movie yang tidak di khatam lagi.
padahal baru study week.


inikah dikatakan persediaan kita untuk menghadapi cuti yang panjang?


ataupun dengan erti kata lain, inikah persediaan kita untuk menghadapi mati yang akan datang?


terdengar satu perbualan orang dekat.


' ABC, ko cuti nak buat ape? aku bosan'


' aku kalau cuti nanti aku nak habiskan tengok movie-movie yang aku download.banyak cerita tak tengok lagi'


' oh, aku nak movie tu, nanti aku bagi pendrive kat ko. kalau tak muat, gune pendrive ko dulu'


wah, inilah dikatakan konsep tolong menolong diantara sahabat baik. sahabat sehati sejiwa. sahabat yang dikatakan akrab.


padahal takut nanti jadi musuh akan datang.


“Teman-teman akrab pada hari itu (hari kiamat) akan saling bermusuhan kecuali orang-orang yang bertakwa.” 
(Az Zukhruf: 67).
   
buat senarai ' thing to do'


mesti kena buat. untuk mengelak masa kita dibazirkan begitu sahaja.
dan untuk elak daripada terlampau boring dan bosan.


'thing to do' adalah untuk aktiviti yang berguna sahaja. bukan aktiviti yang lagho dan tak bermanfaat.


cadangan


wahai saudara seislamku, ABC. apa kata saya cadangkan awak buat benda ni.


1) khatam alquran dan terjemahan
2) habiskan baca buku-buku agama, dakwah dan tarbiyah yang sudah berhabuk
3) buat taklim dengan family
4) tolong emak dan ayah
4) ambil lesen memandu
5) belajar buat video-video islamik
6) mengajar adik-adik yang akan ambil peperiksaan
7) buat artikel
8) menghadiri program & ceramah-ceramah agama
9) revise nota semula
10) cari kerja sambilan untuk permulaan semester depan


your life, your choice


selalunya bila cuti, mutabaah kita akan turun.
sebab kita tiada perancangan. jadual hidup kita masa cuti hampir berantakan.
tidak tentu arah.
suka hati nak buat apa..


saya bagi saranan. nak ikut boleh. tak nak ikut, pun boleh. anda yang rugi.

p/s : apa ABC baca ke tak posting aku...

15 Apr 2010

ana rindu saat itu


~ ana rindu saat itu.~

apabila rindu, pasti akan teringatkan seseorang. apabila jauh, pasti mahu mendekat dan berjumpa.
marilah mendekat duhai akhwat. kita tetap sahabat.
terimalah.. ana rindu saat itu.


ana rindu saat itu,
saat kita bersama,
melangkah di dunia nyata,
berpegangan tangan tersenyum indah,
mengorak langkah setulus jiwa.

ana rindu saat itu,
tika kita semua bersama,
ilmu dicurahkan iman dijaga,
daurah, rehlah mematangkan kita,
hidangan dijamah kenyang bersama,
tertawa gembira hati lega.

ana rindu saat itu,
call sms tak dilupa,
hubungan akrab bagaikan saudara,
pengorbanan dibuat banyak tak terhingga,
terharu jiwa bila memikirkannya.

ana rindu saat itu,
sampai kini semua membisu,
masing-masing ada hala tuju,
jalan dipilih berlainan liku,
menjadi benteng ukhwah yang jitu.


ukhwatfillah, adakah kita rindu saat itu?

13 Apr 2010

kenapa kita ditarbiyah?



'ukhti, kenapa kita ditarbiyah?'


'ukhti, kenapa kita kena ikut halaqah?'


'ukhti, kenapa kita kena buat taalim?'


'ukhti, kenapa kita mesti turun program? program luar pulak tu, jauh beribu batu, tambang bas pun mahal.'


' ukhti, kenapa kita kena ziarah dan silaturrahim?'


kalau nak tarbiyah, sampai macam ini sekali ke tugas kita?


ana tak larat la, ana tak mampu la.


***********************************************

itulah sebenarnya tujuan kita ditarbiyah. ia menuntut pengorbanan. beginikah hasil orang yang ditarbiyah kalau tidak mampu berkorban?


lihat sorang akhwat ni, sanggup jalan kaki untuk pergi ke halaqah, padahal tak sampai sebulan dia ditarbiyah.


kita pula? sejauh mana pengorbanan kita?


masa, wang ringgit, jiwa, kesenangan,. tarbiyah mengajar kita hidup susah.
tidak bersenang lenang. punyai masa rehat, enjoy dengan kawan sentiasa,


kita tak sama dengan mereka.


kita perlu berharaki. bergerak. kita tak boleh penting kan diri. tarbiyah bukan untuk kita sahaja. tarbiyah untuk semua. kita perlu mentarbiyah orang lain.


kita perlu berlumba-lumba nak dapatkan ganjaran besar dari Allah.


apa erti tarbiyah kalau kita tak sanggup nak berkorban?


keluar saja halaqah. keluar saja tarbiyah. tarbiyah tak perlukan orang manja. dan tarbiyah tak perlukan kamu.


bye.. bye..


p/s : tengoklah sejauh mana hasil tarbiyah dalam diri kita.

8 Apr 2010

Kamu ini, mengambil teguran itu bagaimana ha?


penulis : hilal asyraf ( sini )
edit sket : mujahidah88
Bila satu teguran keluar, akan ada tiga jenis kumpulan.
Pertama, kumpulan yang akan menerima teguran itu. Kalau mereka berada bukan di tempat pesalah pun, mereka akan mendengar teguran itu dan mengambil khasiatnya.


Kedua, kumpulan yang tak kisah langsung. Macam tak dapat teguran sahaja gayanya. Dia tak peduli pun teguran-teguran ini.
Ketiga, kumpulan yang akan membaling teguran tu ke arah lain dan menyalahkan si penegur pula. Contoh, teguran diberikan kepada pengawas, kemudian pengawas berkata: “Ala, pelajar biasa tu lagi teruk. Kenapa tak tegur mereka dahulu?”
Saya sekarang ini fokus kepada kumpulan ketiga.
Kamu ini, mengambil teguran itu bagaimana ha?
Peringatan itu baik untuk orang mu’min
Allah SWT menggesa orang-orang yang beriman untuk sentiasa menyebarkan peringatan. Tidak kira dalam bentuk apa sekali pun selagi mana caranya masih berada di dalam lingkungan syara’.
Allah SWT berfirman: “Dan berikanlah peringatan, sesungguhnya peringatan itu bermanfaat untuk orang yang beriman” Surah Adz-Dzariyat ayat 55.
Maka sebagai orang yang beriman, sepatutnya dia terbuka dengan teguran. Memandang kepada teguran itu sebagai satu penambah baikan untuk dirinya. Walaupun teguran itu mungkin bukan menuju kepada dirinya. Tambah pula kalau tepat menuju kepada dirinya.
Jika kita orang yang beriman, setiap teguran pasti mempunyai manfaatnya.
Bila teguran datang…
Bila teguran datang, muncul menyentuh diri kita, maka hendaklah kita bertenang dan melihat teguran itu. Memandang teguran itu pertama sekali pada diri kita. Apakah benar teguran yang dilontarkan? Jika benar bagaimanakah yang sepatutnya kita lakukan? Buat bodoh? Nak terasa? Atau menerima teguran dengan rendah hati dan bergerak melakukan perubahan?
Kita memilih untuk membuktikan keimanan kita. Jika kita beriman, teguran itu akan menjadi satu manfaat kepada kita.
Kalau teguran itu bukan untuk kita, tidak terkena pun pada kita, orang yang tegur tu salah ‘parking’ pula tegurannya pada kita. Maka apakah yang patut kita lakukan? Adakah buat bodoh? Melenting? Hentam-hentam penegur? Atau kita akan mengambil manfaat daripada teguran yang silap ‘parking’ itu?
Kita memilih untuk membuktikan keimanan kita. Jika kita beriman, maka teguran itu walaupun salah ‘parking’, ia semestinya masih memberikan manfaat kepada kita.
Percayalah, Allah tak akan biar si penegur itu salah ‘parking’ tegurannya pada kita sia-sia sahaja. Mesti ada hikmahnya yang mendalam.
Penutup: Kita terbuka dengan teguran. Kalau bukan, rilek-rilek sudeh
Bila orang menegur, kita lihat dulu tegurannya. Memang bukan semua teguran kita terima. Tapi tak perlu kita bising pun kalau tegura itu bukan patutnya diberikan pada kita. Mungkin kalau kita ni ditegur jangan mencuri sedangkan kita tidak mencuri, dan teguran sebagai pencuri itu boleh menjatuhkan maruah kita, bolehlah kita bangun dan berkata: “Enta dah silap ni kut, ana tak mencuri. Tapi teguran enta tu baguslah”
Apa salahnya? Tapi kalau tak bersangkut paut dengan maruah, kalau tersilap pun apa kurangnya kita diamkan dan mengambil manfaat?
Tambahan kalau teguran itu memang kena pada batang hidung kita.
Kenapa pula hendak menghalakan teguran itu, membaling teguran itu pada orang lain pula?
Bagaimana agaknya kita hendak mengambil pengajaran?
p/s : ana menyanyangi antunna kerana Allah
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...