IN THE NAME OF ALLAH THE MOST GRACIOUS THE MOST MERCIFUL

.

SELAMAT DATANG

Teruslah bergerak, hingga kelelahan itu lelah mengikutimu.
Teruslah berlari, hingga kebosanan itu bosan mengejarmu.
Teruslah berjalan, hingga keletihan itu letih bersamamu.
Teruslah bertahan, hingga kefuturan itu futur menyertaimu.
Tetaplah berjaga, hingga kelesuan itu lesu menemanimu.”
( allahyarham KH Rahmat Abdullah )

16 Sep 2009

.: takut exam?

alhamdulillah.. marilah sama2 kita memanjatkan syukur y tertinggi kepada Allah taala kerana dengan 1001 nikmat ( banyak sangat) y dikurniakan kepada kita. tak cukup utk kita balas. takkan dapat dengan wang ringgit ataupun harta kekayaan y kita ada sekarang ataupun biasiswa JPA y sangat banyak melambak mengalahkan gaji orang bekerja. aduhai.. betapa tak sedar dirinya kita dengan nikmat itu. susah nak bersyukur apatah lagi mengucap syukur malah melahirkan syukur. contoh situasi sekaranag ( more to me) bila ada kaki dapat jalan ke kuliah, nak basikal supaya tak penat kaki ini melangkah. bila ada basikal, nak pulak motosikal ke kuliah supaya dapat membazirkan minyak petroleum malaysia. dan bila ada motosikal, ahh.. nak beli kereta pulak. supaya dapat memuatkan ramai orang untuk sama2 ke kuliah, ke bazar ramadhan atau ke KB mall supaya tak dikata pentingkan diri , pergi berdua je naik motor. memang manusia sentiasa nak lebih. bagi samah ( 50sen) dan seya ( RM1), bagi seya ( RM1) nak sepuluh ya (RM10). " dan Dia telah memberikan kepadamu apa y kamu mohonkan kepadaNya. dan jika menghitung nikmat Allah, nescaya kamu takkan mampu menghitungnya. sungguh, manusia itu sangat zalim dan sangat bodoh" ( ibrahim 14: 34) sebelum balik raya ni, adik2 junior akan ambil exam selama 3 hari iaitu exam selanjar 1. exam y orang cakap ramai y fail berdasarkan statistik tahun2 y lepas. ( akulah y cakap). sebelum berbicara lebih lanjut, all da best to all my madu' dan mutorobbi. U can do it. InsyaAllah. Jangan pernah bersangka buruk pada diri sendiri. yakinlah, setiap usaha pasti ada balasannya. cuma lambat atau cepat je. jadi, selamat bermujahadah dalam menempuh exam/ peperiksaan/ hari penentuan samada kamu faham atau tak apa y kamu belajar lepas 2 bulan duduk di sini. 4 block semuanya, dari bioethics, nursing, cell and tissue sehinggalah block y perlukan daya penghafalan y tinggi iaitu block musculoskeletal. isu y saya nak bangkitkan adalah, kebanyakan adik2 mengadu takut exam dan ada y mengadu tak de rasa pape dan ada y dah mengadu kalau kena repeat setahun lagi macam mana? adui.. pening juga saya nak jawab. y menjadi highlitght di sini adalah. kenapa TAKUT EXAM ( utk mereka y takut tahap melampau) ? akhwat fillah, takut apa y nak dibincangkan di sini adalah takut sehingga melewatkan solat, takut sehingga tak gi terawih, tak gi majlis ilmu @ ceramah, takut sehingga tidur lambat dan miss QIAM dan lebih dasyat subuh gajah dan badak, ataupun lagi worst adalah tak solat subuh langsung. betapa happy nya mereka y takut exam ni. bahagianya mereka kerana setakut2 mereka pada exam pun, masih lagi dapat result y gempak akibat ketakutan tahap maxima pada exam. tambahan, dan perasan pandai. perasan kejayaan dia tu akibat kepintaran dia. astaghfirullah.. " maka apabila manusia ditimpa bencana dia menyeru Kami kemudian apabila Kami berikan nikmat Kami kepadanya di berkata ' sesungguhnya aku diberi nikmat kerana kepintaranku' sebenarnya, itu adalah ujian, tetapi kebanyakan mereka tidak mengetahui" ( 39 az zumar : 49) sepatutnya minggu ni la kita banyakkan ibadah, banyakkan amalan dan banyakkan doa kerana ini bulan ramadhan. dan kerana sekarang ni kita tengah mencari malam lailtul qadar. malah, bila dah nak abis ramadhan ni, makin ramailah y berpusu2 utk menuju pasar2 raya atau KB mall @ pasar siti khadijah tapi makin liat atau berlari2 anak menjauhi surau dan masjid. apatah lagi minggu ini minggu exam. makin ramailah meninggalkan terawih semata2 utk study dan takut tak dapat habiskan lecture note kerana terawih. ini ke msulim sejati y katanya nak majukan islam dengan akademik y mantap tapi hubungan dengan Allah tak jaga? ini kah generasi y akan menaikkan nama islam kerana kecerdikannya? oh.. saya rasa bukan. anda salah.. anda silap.
" TAKUTNYA EXAM MELEBIHI TAKUT PADA ALLAH! "
sedarkah kita takut kita itu hanya akan memusnahkan diri sahaja. takut y memakan diri. takut sehingga menzalimi diri sendiri. tahukah kita, kejayaan dan kegagalan itu Allah y tentukan? masa y diberikan untuk kita study adalah milik Allah? otak y ligat berfikir dan kuat ingatan itu adalah kurniaan Allah? pernahkah terfikir semua ini? mestilah tak pernah fikir sebab takut exam sahaja. exam lah tujuan utama kita.. kejayaan dalam exam lah petanda kejayaan kita. tiba2 teringat satu ketika di sekolah menengah dulu, sekolah y gah satu masa dulu, y agak disanjung oleh semua orang, y pelajarnya pintar2 belaka. pintar dari segi exam. pintar nya kerana berjaya menggondol pelbagai anugerah dari sultanah dan sultan kedah. tapi di satu sudut, pelajar pintar ini, leka dengan tujuannya untuk hanya menggapai kejayaan pada exam semata. pelajar ini berusaha untuk menandingi kawan2 nya dalam exam. pelajar ini tidak boleh lihat rakan2nya study lebih sedikit daripada orang lain. ada sahaja perasaan cemburu dalam hatinya mendorongnya utk usaha lebih kuat. ( tapi bab2 ibadah atau buat kebaikan tak nak plak berlumba2 atau cemburu). pelajar ini sekarang, sudah lupa apa y dipelajarinya terutama bab pendidikan islam y selalu sahaja dia tidur sewaktu ustaz mengajar tapi mampu dapat highest mark dalam kelas. " pelajar ini adalah aku atau korang la! " dan sekarang pelajar ini rasa tertipu. rasa sia2 dengan apa y dipelajarinya dulu. kerana sekarang pelajar ini terpaksa mengulang dan revise balik subjek sirah, tauhid, akhlak, ibadat etc y dipelajarinya dulu. itulah akibat " EXAM ORIENTED" inilah contoh budak takut exam. tapi takut ALLAH sangat sedikit pada masa tu. jadi saya simpulkan bahawa perasaan takut itu hanya utk Allah. bukan utk sesiapa. bukan kerana situasi. dan bukan utk benda. tapi hanya utk Allah. hanya utk hari di mana segala apa y dilakukan terlihat iaitu di hari perhitungan kelak, hari kiamat. hari dimana tiada siapa y dapat menolong kita, tiada langsung. bahkan mak ayah, keluarga, cikgu, rakan2 y dulu bergelak ketawa dengan kita ataupun slip peperiksaan kita y 10A 1 dan sijil2 akademik kebanggaan kita itupun takkan mampu nak tolong kita. tinggallah slip itu hangus rentung dek hancur disebabkan kiamat y dahsyat pada masa tu. " dan kehidupan dunia ini hanyalah permainan dan senda gurau. sedangkan negeri akhirat itu sungguh lebih baik bagi orang y bertakwa. tidakkah kamu mengerti? " ( al an'am 6: 32) akhwat fillah, anda belum dikira bijak, pandai atau perasan bagus bila mendapat keputusan y cemerlang dalam peperiksaan. ukuran kepandaian seseorang itu berdasarkan ingatnya dia pada mati dan persiapannya utk itu. janganlah perasan pandai jika anda mampu mengingati segala formula dan nota2 medic y melambak tu tapi tanpa sedikit pun mengingati mati y hanya mempunya 4 huruf sahaja. M A T I.
" dan takutlah pada hari ( ketika) kamu semua dikembalikan kepada Allah. kemudian kamu diberi balasan y sempurna sesuai dengan apa y telah dilakukannya dan mereka tak dizalimi (dirugikan) " ( albaqarah 2:281) jadi apa tunggu lagi. nahu menjadi orang y paling bijak? mahu jadi orang y paling pandai dan top dalam sekolah @ IPT ? jadilah orang y boleh mengingati M A T I beserta persediannya utk itu dan dalam y masa y sama boleh mengingati segala fakta2 medic dan formula segala macam benda sepanjang kehidupannya. itulah.. Genius namanya. subhanallah..
" ACHIEVE ALLAH'S LIST, ACHIEVE DEAN'S LIST"
p/s : nak dapat DEAN list kena ingat mati jugak ke?

12 Sep 2009

.: bila Quran tiada di sisi

alhamdulillah.. ALLAH masih lagi memberi nikmat tarbiyah padaku. nikmat y sangat berharga. menjadikan kita semua berusaha untuk menjadi lebih baik dan terbaik. Generasi y terbaik, umat y terbaik. " Khaira Ummah" . Kerana apa? kerana kita mengajak ke arah y makruf dan mencegah y munkar. Subhanallah.. besarnya penghargaan y Allah bagi. Tingginya label y Allah bagi utk para dai' ini. Jadi, apa tunggu lagi? jom rebut title, label dan pangkat ini secara percuma.
' kamu umat islam y adalah umat y terbaik y dilahirkan utk manusia kerana kamu menyuruh berbuat y makruf dan mencegah y munkar dan beriman kepada Allah....' ( ali imran 3:110)
selepas solat subuh bergegas menghantar seorang akhwat balik ke biliknya untuk mengambil nota. disebabkan bergegas saya terlupa untuk membawa Quran terjemahan. entah kerana menganggap bahawa masa untuk mengambil nota adalah sekejap, saya tidak bawa Quran terjemahan kerana yakin hanya beberapa minit sahaja. tapi.. rupanya hampir 20minit saya menunggu akhwat ini mengambil nota dan jikalau dikira 20 minit itu saya mampu utk habiskan separuh juz. Astaghfirullah.. geramnya saya. apa y saya nak tekankan di sini, ibrahnya.. jangan pernah tinggalkan Quran. Quran adalah sepatutnya benda y paling penting untuk kita bawa ke mana sahaja kita pergi. Quran sepatutnya sentiasa di sisi kita. kadang2 kita terlepas pandang dan mengutamakan benda lain dari Quran. of course la ic, lesen memandu, kad bank dan duit kita perlu bawa. itu adalah benda y kita takkan lupa kan? tapi kadang2 kita lupa untuk membawa Quran y merupakan perkara penting iaitu lebih penting dari segalanya. kenapa perlu bawa Quran terjemahan? # mencari keredhaan Allah # untuk terapkan diri dalam mengingatinya #untuk dapatkan pahala berlipat kali ganda sebagai rujukan ilmu y utama # menjadi penenang hati ketika resah # menghabiskan mutabaah # supaya kurang bercakap # untuk elak buat perkara tak berfaedah ( eg. sembang kosong, lawak , bergelak ketawa etc) # untuk elak daripada baca majalah mangga, starz, utopia, komik , gempak dan majalah y lagha # untuk apa lagi ek? ( tambah sendiri) jadi akhwat fillah, lihatlah betapa pentingnya Quran dalam diri dan kehidupan kita. dan insyaAllah tarbiyah mengajar kita untuk menjadikan Quran sentiasa dalam hati kita dan tak segan silu untuk membacanya di tempat tertutup mahupun di tempat umum. di dalam bas, di stesen bas, di kuliah an even di atas motosikal @ kereta. inilah y kita nak bina iaitu Generasi al quran y sentiasa membaca al quran di mana sahaja semata2 mencari keredhaanNya. jadilah generasi rabbani iaitu mereka y mengajar dan belajar al-quran.
' tidak mungkin bagi seorang y telah diberi kitab oleh Allah, serta hikmah dan kenabian, kemudian dia berkata kepada manusia " jadilah kamu penyembahku, bukan penyembah Allah tapi dia berkata " jadilah kamu pengabdi-pengabdi Allah, kerana kamu mengajarkan kitab dan kamu mempelajarinya!" ' ( ali imran 3:79)
inilah quran terjemahanku y sudah lama di mamah usia..
p/s : banyak kali terfikir untuk membeli quran terjemahan y baru tapi siapa y nak baca quran terjemahanku y sudah lama?

9 Sep 2009

.: matangkah kita duhai remaja?



alhamdulillah.. segala puji bagi Allah Tuhan sekalian alam. Tuhan y menguasai pagi dan petang. Subhanallah.. kebesaranMu y tiada tandingan. Tuhan y mengawal setiap kawalan bumi dan seisinya. Alhamdulillah. masih diberi peluang oleh Allah swt untuk merasai ramadhan sehingga hari y ke- 19. moga2 ramadhan y selama ini kulalui Allah terima segala amalanku dan segala taubatku. Amin..

" awak tak matured la, perangai macam budak2. tapi bila berdepan dengan umum dan menyampaikan sesuatu awak boleh berubah wajah. seperti bukan awak y saya kenal"

umur y mencecah hampir 21tahun atau kalaupun 30 tahun ( like my brother), bukanlah indikator kematangan minda dan peribadi seseorang. bukanlah indikator kepandaian seseorang. Bukanlah indikator banyaknya makan garam. dan bukanlah indikator banyaknya ibadah seseorang. itu semua bukan indikator nya.

kagum dengan seorang akhwat y usianya lebih muda, tapi perwatakannya matang, bicaranya mantap, peribadinya bersemangat dan ilmunya hebat kerana banyak membaca. kadang2 merasa rendah diri dengannya. merasa diri ini masih lagi banyak berpoya-poya dengan dunia. ibadah pun belum tentu Allah terima. apa y kita perhabiskan selama 18-20tahun di bumi Allah? lamanya hidup di dunia tapi tak mampu berbuat apa2.

lihatlah di zaman rasulullah sendiri, bagaimana usia Al Arqam Abi Al Arqam bukan penghalangannya untuk berjuang. Rumahnya di gadaikan untuk dakwah islam. di jadikan tempat penyebaran agama islam secara sulit. padalah usianya barulah 15 tahun ( sila cek balik). padahal bila zaman sekarang, adik lelakiku y berusia 15 tahun di rumah masih lagi bermain2, bermalas-malasan belajar, dipaksa ibadahnya dan bergembira dengan usia remajanya tanpa menyumbang sedikitpun utk islam di luar sana. Astaghfirullah. ( moga adikku sedar satu hari nanti). bukan dia sahaja malah remaja islam kita di luar y masih lagi di buai mimpi dunia dan masih lagi dipasak fikirannya oleh fikiran barat. dimana kamu duhai syabab ( pemuda) sekalian?

berlainan dengan zaman Rasulullah dulu, usia pemuda adalah sangat berharga dalam menyambung perjuangan Rasulullah. Dalam perang, menyampaikan risalah Allah dan melangkah serta terus melangkah. Jika dibandingkan sekarang, remaja memang nampak matured. tapi matured dari segi y lainnya. bukan matured dari segi tindak tanduk dan perlakuan. Bila di lihat di shopping complex atau 'KB mall' sendiri, apalah sangat dengan nilai remaja sekarang. pakaiannya dan gelagatnya seperti orang dah matured, tapi hakikatnya masih lagi buntu dan hilang arah. hilang tujuan. tak tahu tujuan diciptakan. solat apatah lagi. masih lagi berlubang2. bile rasa nak solat, baru nak solat. bila rasa malas, tak perlu solat. inikah anda wahai remaja?

isu couple pula makin hangat di kalangan remaja. sedih bila mana saya keluar ke bandar, berjalan2 di daerah kota bharu dan terengganu, masih ramai lagi atau hampir keseluruhannya pelajar sekolah bercouple. Kalau diikutkan statistik di sekolah kampung saya, hampir 100% mereka y bercouple dan 10% sudah hilang dara ( adik aku report kat sekolah dia, tapi kalau sekolah lain bagus rasanya).

bila mana, adik perempuan saya tak bercouple dan menghalang kawan2nya bercouple, dia di sindir baik sangat. dan dia tak ramai kawan. kerana dikatakan tak 'advance' kononnya. tiada taste katanya. ah.. mengarut semua ini. tahniah orang kafir, kerana berjaya mempengaruhi semua remaja di malaysia ini supaya menjadikan budaya couple amalan mulia. dan tahniah juga untuk remaja di luar sana kerana berjaya meng'couple' kan diri anda. tahukah anda COUPLE ITU HARAM ? jadi, bila dah tahu, cepatlah 'break' ye.
( dengan nada geram) kalau tak puas hati sila emel saya di tira0928[at]yahoo.com.

teringat baru2 ini, berita hangat di lubnan, kisah seorang wanita y memakai seluar panjang y dikatakan tidak sopan dan menyalahi undang2. dikehendaki membayar denda tapi dia enggan dan rela dipenjara. huh.. saya berasa malu dengan diri sendiri. apatah lagi saya peminat seluar. tapi di malaysia, pakai skirt atau seluar pendek tidak dikatakan tidak sopan. ( kerana itu sudah menjadi pandangan biasa semua orang). semakin pendek dan kecik baju atau kain, semakin mahal nilainya. dan apatah lagi, saya merasakan untuk mencari baju2 labuh dan lengan panjang y menepati ciri2 muslimah di pasaraya sangat susah. jadi remaja sekalian, especially pada pengunjung @ follower blog saya y terdiri dari remaja sekolah, y akan mengambil spm, ingatlah, anda penggerak generasi akan datang. cubalah mencari jalan untuk menujuNya bukan mencari jalan menjauhiNya.



(ubahlah dirimu. jadilah pejuang y sentiasa menegakkan kebenaran)

Bangkitlah remaja Islamku
dari kealpaan
dari kemalasan
dari kepalsuan duniawi
dari godaan syaitan yang Maha durjana

Terngiang-ngiang di cuping telingaku
kedengaran
‘remaja Islam kian rapuh’
‘remaja Islam kian mundur’
‘remaja Islam mudah dipijak’
‘remaja Islam kini ala kebaratan’
‘remaja Islam kian diambang kehancuran’

Remaja Islamku
ayuh! Mari kita berganding bahu bersama
tanpa mengira pangkat dan darjat
tanpa mengira warna kulit
untuk menentang kata-kata nista ini

Remaja Islamku
mari kita berjuang bersama
berpaksikan al-quran dan sunnah
berpaksikan iman yang takwa
untuk mengembalikan kegemilangan Islam

Remaja Islamku
berjuang dan terus berjuang
dalam seluruh aspek kehidupanmu
biarpun
hingga titisan darah yang terakhir.

(sumber Berita harian, 31disember 2007)



wallahualam'

p/s : dah lama tak menulis. sekali menulis, panjang lebar. moga Allah tetap memberi keizinan untuk ku terus menulis. kepada adikku Ogy y berada di tingkatan 3, selamat menduduki PMR. buat adikku iza y berada di tingkatan 4, selamat bermujahadah dalam menghadapi perang pemikiran. menjadi pelik itu indah.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...